Dari luar, Rio tertinjau-tinjau ke dalam wad yang menempatkan Ammar. Pilu hatinya melihat Ammar yang sedang terbaring dalam kesakitan. Sudah beberapa minggu dia terlantar di situ. Langsung tidak ke sekolah. Langsung tidak berdaya untuk mengulangkaji pelajaran bagi menduduki SPM.
Doktor telah menasihatkan ibu bapa Ammar agar anak mereka itu tidak diberikan tekanan yang melampau kerana khuatir bakal menjejaskan proses pemulihan kecederaannya. Berkemungkinan besar, Ammar tidak akan dapat menduduki SPM. Dia terpaksa menunggu kertas pengulangan pada Julai tahun hadapan. Ini demi membolehkannya menjawab peperiksaan besar itu dengan mudah dan tenang. Pihak hospital dan ibu bapa Ammar masih lagi dalam perbincangan tentang perkara itu.
Kalau hendak diikutkan, Rio tidak dibenarkan berada di situ. Ibu bapa Ammar tidak mahu Rio meracuni fikiran anak mereka lagi. Bagi mereka, Rio adalah punca kenapa Ammar boleh dibelasah di sekolah. Selama ini, Ammar tidak pernah terjebak dengan gejala yang dipandang tidak bermoral. Semenjak video Rio dimuatnaik, segala-galanya berubah.
"Jangan cuba dekat dengan anak kami lagi kalau kau tak nak apa-apa jadi dekat family kau!" ibu Ammar memberi amaran kepada Rio ketika dia datang melawat pada hari pertama Ammar dimasukkan ke situ.
Tapi hari ini, Rio memberanikan diri untuk berada di situ. Dia terlalu merindukan sahabatnya itu. Semalam, rancangannya untuk menyatukan rakan-rakan seperjuangannya dalam menentang keganasan yang berlaku terhadap golongan LGBT tergendala kerana tempat pertemuan mereka sudah terlebih awal diserang. Rio tidak mahu lebih ramai lagi yang menjadi mangsa. Terutama sekali mereka yang tidak berdosa. Jadi, dia membatalkan hasratnya itu. Dia berpesan kepada rakan-rakannya itu untuk menjaga diri. Sekiranya mereka berasa terancam, Rio mengingatkan mereka untuk segera menelefon pihak polis.
Tujuan Rio berada di hospital itu adalah untuk menenangkan fikiran. Kalaulah dia dapat bercakap dengan Ammar, mungkin Ammar boleh membantunya memberikan idea bernas tentang bagaimana untuk menghapuskan golongan anti-LGBT daripada terus mengganas dan menghukum mereka yang tidak berdosa.
Satu keluhan lemah dihembuskan tatkala Rio memandang tubuh Ammar terbaring kaku di atas katil hospital. Dia mengambil keputusan untuk berlalu pergi dari situ biarpun dia baru saja tiba. Tatkala dia melangkah setapak ke belakang dan menoleh ke tepi, Rio dapat melihat seorang gadis yang cukup dikenalinya sedang tercegat di hadapan.
"Emilya..."
"Hai Rio. Long time no see?" Emilya menegur. Dalam tangannya sekarang ada sebungkus plastik berisi bekas makanan. Mungkin untuk diberikan kepada Ammar.
"Yeah. In case you forgot, you kinda ended our friendship." Rio menyindir.
Emilya tersengih. Kemudian, dia datang mendekati. Langsung tidak nampak seperti dia mahu menyerang balas kata-kata Rio tadi. "Rio oh Rio. Still the same old you. Cynical and sassy. How could I missed the fact that you are gay?"
"You have always known that I'm gay. Kau benci aku sebab aku couple dengan Zack. That's why."
Emilya tertawa. "Finally, you admit it! Kau memang couple dengan Zack."
"Guess someone didn't read the news. He came out already. Pretty sure you knew? Otherwise you wouldn't be here. Ammar was part of the coming out incident."
Emilya merengus kasar. "Of course I know! And yes, you were right. Aku putus kawan dengan kau sebab aku jealous tengok kau dengan Zack. Sedangkan kau tahu yang aku dah lama nak dekat dia. Kau memang kawan yang tak berhati perut, Rio!"
Kata-kata Emilya itu tidak terus dibalas oleh Rio. Ternyata, Rio sedikit terpukul. Memang benar dia langsung tidak memikirkan soal perasaan Emilya sewaktu dia dan Zakwan awal-awal menjalinkan hubungan. Sedangkan dia tahu Emilya suka kepada Zakwan. Dan Rio sendiri pernah berjanji untuk membantu Emilya mendapatkan lelaki itu. Siapa sangka, akhirnya Zakwan jatuh hati pada Rio. Bukannya Emilya. Sebab itu Emilya benar-benar kecewa dengan Rio.
"Look...Emil. I'm really sorry, okay. I didn't know how to tell you. Zack was still in the closet. I couldn't tell you that. I'm really sorry. I didn't mean to hurt you. You know how much I care about you, kan? I'm so sorry, Emil."
Emilya langsung tidak mahu bertentangan mata dengan sahabat yang sudah lama bermasam muka dengannya. Hatinya masih sakit mengenang kembali pengkhianatan Rio. Sehingga dia sanggup melakukan perkara-perkara yang di luar jangkaan. Dia berubah menjadi seorang yang berhati busuk. Dan menjadi punca kenapa Rio dan Zakwan putus dulu.
Tidak semena-mena, air mata Emilya yang bergenang mula gugur ke pipi. Rio pantas datang mendekati. Mujur lelaki itu membawa bersama sepaket tisu di dalam poket. Dia menghulurkan beberapa helai tisu kepada sahabat lamanya itu.
"Thanks..." kata Emilya sewaktu dia menerima helaian tisu dari Rio.
"I'm really sorry, Emil. Truly, I am. Aku dah penat nak gaduh dengan kau. Please, why don't we end all of this? I know that you still can't forgive me but please, let's just end this fight. Before somebody else gets hurt." Rio kelihatan bersungguh-sungguh.
Emilya juga sebenarnya turut merasakan perkara yang sama. Dia tidak mahu lagi bergaduhan dengan Rio. Cukuplah Ammar menjadi mangsa. Cukuplah lelaki-lelaki keparat di sekolah mereka dimasukkan ke juvana sekarang. Cukuplah Zakwan melarikan diri dari keluarganya. Cukuplah Rio menderita akibat daripada video yang telah dimuatnaiknya beberapa bulan yang lalu. Cukuplah!
"I never hate you, Rio. You will always be my best friend," kata Emilya dengan wajahnya yang sembap kerana menangis tadi.
Emilya menyambung lagi, "I agree with you. Let's just end this fight. Tak ada guna kita gaduh lagi. Dah ramai sangat yang terluka dengan pergaduhan kita. So I think, it's about time that we end this."
Rio benar-benar gembira mendengar kata-kata Emilya itu. Dia mahu memeluk Emilya namun dia sedar mereka berada di hospital kini di mana pak cik dan mak cik konservatif berada di situ memerhatikan mereka. Maka, masing-masing sekadar menganggukkan kepala tanda berakhirnya pertelingkahan.
"Thank you, Emil. Thank you for forgiving me."
"No problem. You should go. I was on the phone with Ammar's parents before I came here. They'll be here soon." Emilya memberi pesan.
Rio baru tersedar tentang ibu bapa Ammar yang memang tidak akan bersenang hati melihat anak mereka didatangi oleh Rio. Maka, Rio pun meminta diri dan berharap agar Emilya tidak memberitahu ibu bapa Ammar bahawa dia berada di situ tadi.
"Don't worry. Your secret is safe with me...friend."
Rio tersenyum mendengar Emilya memanggilnya 'kawan'. Dia terus berlalu pergi dari situ dengan penuh rasa gembira.
Emilya memerhatikan sahaja langkah Rio yang meliang-lintuk menuju ke lif untuk turun ke bawah. Sebaik saja Rio hilang dari pandangan, senyuman Emilya terus mati. Dia menyeka air matanya yang masih bersisa sambil mengeluarkan telefon pintar di dalam poket seluar. Satu nombor dicari-cari dalam log masuk panggilan. Kemudian, Emilya menghubungi nombor yang dicarinya itu.
"Helo. Ya, Emil ni. I jumpa Rio tadi. Macam yang you suruh, I dah 'maafkan' dia. Lepas ni apa you nak I buat?"
Satu suara dari corong telefon kedengaran memberi arahan kepada Emilya. Satu senyuman sinis mula terukir. Emilya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil berkata, "Okey, sayang. Anything for you." Panggilan ditamatkan.
Share this novel