Bab 58

Romance Series 27539

Kereta berlambang jenama buatan tempatan itu berhenti betul-betul di hadapan rumah kami. Aku sangkakan kami yang perlu menunggu di rumah Pak Mad dan Cik Cah, rupanya mereka yang menunggu kami.

Beg sandang denim yang berisi pakaian untuk dua malam sudah aku bawa bersama. Setelah mengunci pintu rumah, aku dan umi duduk di kerusi penumpang belakang berdua. Di dalam kereta ini ada empat orang. Pak Mad, Cik Cah, umi dan aku.

Setelah keluar dari kawasan kampung, kereta meluncur laju di atas jalan raya. Pekan dan kota-kota kecil ditempuh, bermacam yang aku lihat di sebalik tingkap. Tidak lupa juga, satu-satunya klinik kerajaaan di mukim ini.

Telefon pintar masih lagi berada di tanganku. Meskipun berasa agak pening kerana menatap skrin dengan keadaan yang bergerak, tetap aku gagahkan jua demi melihat jika Danial sudah membalas mesejku.

Masih tiada. Namun, aku tetap tidak berputus harapan dengan lelaki itu. Jika dia tidak membalas mesejku, akan aku mencari dia sendiri di mana dia berada. Biarpun berjam-jam lamanya terpaksa aku berada di atas jalan raya, aku rela. Janji dapat berjumpa dengan Danial.

Kini, aku berada di Lebuhraya Utara Selatan, menuju ke arah Selatan. Biasanya yang agak sesak menuju ke arah Utara, disebabkan mereka yang menetap di Selangor dan Kuala Lumpur ingin pulang ke kampung halaman.

*

Kereta Pak Mad berhenti di sebuah gerai makan. Sudah kami berpusing berkali-kali di tempat ini, namun masih tidak jumpa di mana sebenarnya rumah Danial. Silap juga tempoh hari, aku tidak menghafal jalan ke rumah Danial.

Dan kesilapan terbesar kami ialah, bagaimana aku sendiri pun tidak tahu alamat rumah suamiku sendiri? Pelik.

Sepatutnya aku perlu tahu, supaya mudah sekiranya apa-apa terjadi. Seperti hari inilah.

Nombor Danial cuba ditelefon berkali-kali tetapi tidak dapat. Mungkin telefonnya mati.

Di mana sebenarnya rumah abang, Danial sayang?

"Dina ... jangan risau sangat. Makan dululah."

Tinggal aku sahaja yang sibuk melayan perasaan sampai tidak sedar tiga orang lagi sudah lama keluar daripada kereta. Umi yang membuka pintu sebelah kiri, menjemput aku keluar bak puteri. Malu aku dibuatnya!

"Danial okey. Jomlah makan, nanti lapaq."

Kami berempat duduk di sebuah meja plastik untuk empat orang. Sengaja kami memilih gerai nasi campur, lebih banyak pilihan lauk. Lebih daripada lima belas lauk yang disajikan, cukup banyak untuk kami pilih. Silap-silap, boleh obesiti dibuatnya.

Kalau aku diberi pilihan, sudah pastilah akan aku pilih gulai kambing atau daging lembu. Jika dibeli di kedai agak mahal sedikit, kalau masak sendiri di rumah, murah sahaja.

Kami beratur untuk mengambil lauk. Boleh tahan ramai juga, pelanggan kedai ini. Dulang-dulang lauk dipandang sekilas terlebih dahulu, untuk memastikan lauk yang aku ingin pilih.

Gulai daging?

Kejap.

Tiba-tiba, mataku menangkap sebuah dulang yang disusun paling hujung. Dulang itu berisi...

Tomyam.

Lauk yang Danial suka.

Tidak, aku tidak jadi untuk memilih gulai daging. Aku akan pilih tomyam. Lauk kegemaran Danial dan aku pernah masakkan untuknya.

*

Kami meneruskan perjalanan untuk mencari rumah Danial. Setelah makan, aku berasa sedikit lega. Tidak terlalu risau seperti sebelum ini.

"Dina yakin ke, Dina nak ingat langsung?"

Aku memandang umi. Entah mahu atau tidak memberi jawapan. Ya, aku sedang cuba untuk ingat kembali jalan yang pernah aku lalui haritu. Al-maklumlah, ketika itu aku hanya tidur, sampai-sampai sahaja sudah di hadapan rumah. Kasihan Danial ketika itu.

Hendak buat macam mana, aku ini asal masuk keeta sahaja, pasti mengantuk. Sudah ditakdirkan begitu sifatku agaknya. Hari ini sahaja berbeza, aku terlalu risau hingga tidak sempat untuk tertidur.

"Umi, masa tu Dina tiduq," jawabku perlahan.

Walaupun tahap kerisauanku semakin berkurangan, jangan kata aku sudah lupa tentang Danial.

Dari jauh, aku titipkan doa semoga dia selamat dalam lindungan-Nya. Kadangkala, bukan semua benda perlu dilepaskan dengan air mata yang mengalir laju, cukuplah dengan berdoa agar Dia melindunginya.

"Hmm, hang ni bijak sangat."

Aku ketawa kecil, turut diikuti oleh Cik Cah dan Pak Mad. Aku yakin, rumah Danial sudah hampir.

Orang tua kata, semakin dekat kemenangan, semakin lebar cabaran. Pasal duit, aku tidak kisah. Yang aku kisahkan, ialah Danial.

If this night is not forever,

At least we are together,

I know I'm not alone,

I know I'm not alone,

"Bunyi apa tu?" Soal umi.

Telefon pintar yang disimpan di dalam beg sandang denimku dicapai. Sudah aku agak, ada orang call.

Nombor yang tidak dikenali. Tidak apalah, aku jawab sahaja.

"Hai, adik. Suami adik, sekarang dengan saya. Saya hantar location, adik datang ke sini."

Suara lelaki yang garau kedengaran dari lubang pembesar suara. Aku berasa tidak sedap hati.

Siapa dia ini sebenarnya? Apa dia mahukan dengan Danial? Dalam banyak-banyak mangsa, kenapa Danial juga menjadi pilihannya?

"Saya tahu, adik dah ada kat KL ni. Senang je nak detect. Datang sekarang. Tapi, aku bagi kau amaran. Jangan sesekali call polis. Aku tak minta tebusan pun. Datang je."

Satu mesej yang mengandungi lokasi dihantar kepadaku. Segera aku menunjukkan lokasi tersebut kepada Pak Mad. Jantungku berdegup kencang sekali.

Ya Allah, selamatkan dia.

"Kau ... kau siapa!"

Aku menjerit kuat. Tidak dapat ditahan lagi kegelisahan yang melanda hatiku. Siapa dirinya pun aku tidak tahu, mengapa dia mahu mengambil kesempatan kepada Danial?

Ah long? Pengutip hutang?

Atau, konco-konco Kak Farah?

Tak, Kak Farah tidak sejahat itu.

Aku melepaskan hembusan nafas berat. Pening kepala semakin menyengat, membuatkan aku semakin mudah penat. Hanya aku biarkan Pad Mad memandu ke lokasi tersebut, sementara aku menenangkan diri di kerusi penumpang belakang, ditemani umi.

"Danial akan okey, Insya-Allah."

Umi mengurut bahuku. Tidak dapat dibandingkan lagi, kasih seorang ibu kepada anaknya.

Wahai Ilahi, sejauh mana ujian yang Kau hendak berikan kepadaku?

*

"Betul ke .... Ni tempat dia?"

Aku memerhati keadaan sekeliling. Sebuah rumah kayu yang agak lama, sudah ditumbuhi semak samun. Rumah itu tidak berpenghuni, apatah lagi Danial berada di dalamnya.

"Betul, Dina. Ikut lokasi yang hang bagi ni, memang tempat ni."

Telefon pintarku yang berada di tangan Pak Mad diserahkan kembali. Benar, mengikut lokasi yang diberi oleh lelaki tadi, memang ini tempatnya.

"Jadi, depa scam kita?" Aku mengetap gigi geram.

"Mungkin."

Umi mengusap belakang badanku, menyuruhku bersabar. Aku penat.

Di mana dan mengapa dengan Danial sebenarnya? Apa yang lelaki itu mahukan dengan Danial?

Soalan yang sama, berlegar di dalam kepalaku.

Sekali lagi, lagu 'Alone' yang menjadi ringtone ku berbunyi. Nombor yang sama menghubungi aku tadi.

"Mana Danial!" Laungku sekuat mungkin.

Kesabaran aku, ada batasnya. Kali ini, sudah meletus.  Bak gunung berapi yang mengeluarkan lava yang menghancurkan segalanya.

Telah pudar perasaan maluku terhadap semua orang, aku menjerit di hadapan umi dan pasangan jiranku ini.

Aku mahu Danial.

Aku mahu, Prince Charming ku pulang kembali. Danial, sang kekasih terang dan gelap lagi halal.

"Irdina, sabar okey."

Dua wanita itu cuba menenangkan aku, sama seperti tadi.

Soalanku masih tidak berjawab biarpun aku berada di dalam panggilan.

"Semua tinggalkan Irdina dekat situ." Arah suara dari telefonku.

Apa dia mahu, sebenarnya?

"Nak ikut ke cakap dia?" soalku takut. Tidak, aku tak akan terjerat dengan permainan mereka.

"Tinggalkan Irdina dekat situ."

Panggilan ditamatkan. Aku masih berbelah bahagi. Umi, Pak Mad dan Cik Cah kelihatan serba salah. Ya, aku yakin dalam fikiran umi sedang buntu, patutkah umi meninggalkan aku seorang di tempat ini?

Di tempat yang sunyi ini?

"Kita takdak pilihan."

Aku mengangguk perlahan. Aku setuju untuk ditinggalkan di tempat ini. Mereka bertiga kembali ke dalam kereta dan bergerak meninggalkan aku.

Mengapa? Terlalu mudah untuk aku terjerat dengan permainan orang. Aku duduk melutut sendirian. Ke mana mereka pergi, langsung tidak aku ketahui.

It's time to survive yourself, Dina.

Pin!

Bunyi hon kereta mengejutkan aku. Sebuah kereta hitam berhenti betul-betul di hadapanku. Seorang perempuan yang berpakaian hitam menarik aku masuk ke dalam kereta.

Apakah semua ini?

"Tolong!" Aku cuba untuk menjerit biarpun mulutku ditekup oleh tangan perempuan itu. Aku ditarik masuk ke dalam kereta, lalu meninggalkan kawasan itu.

Ke mana aku akan pergi?

Air mataku mengalir laju. Aku rindu Danial, aku rindu umi. Jika ini jalan untuk bertemu Danial, aku rela disumbat begini. Aku mahu cintaku selamat dan terus hidup.

Keadaanku semakin lemah. Tidak berdaya untuk berkata apa-apa. Pandanganku mula layu, dan akhirnya mataku terkatup sendiri.

*

"Assalamualaikum, isteri abang sayang."

Perlahan-lahan mataku terbuka. Cuba direnung dalam-dalam wajah yang sedang memerhatikan aku, memastikan dia benar-benar Danial.

Persoalannya, aku di mana? Kali terakhir aku buka mata, rasanya aku berada di dalam kereta. Bagaimana aku boleh berada di sini?

"Kau ... kau bukan suami aku!"

Badan lelaki itu aku tolak sekuat mungkin supaya dapat menjauhkan diriku dari dirinya. Kini jarak kami hanya satu meter, mudah sahaja jika dia ingin melakukan sesuatu kepada aku.

"Dina, aku minta maaf." Lelaki itu mengusap pipiku lembut, namun aku membalasnya dengan tepisan kasar. Tidak layak untuknya menyentuh dan membelai setiap anggota tubuhku, melainkan dia sudah halal buatku.

"Siapa ... siapa kau?"

Aku menggigit bibir. Seperti aku kenal wajahnya, sang lelaki.

"Korang dah lama sangat bahagia, aku nak pinjam bahagia tu sat. Sekejap, je." Dia berbisik ke telingaku. "By the way, aku Azmi. Bekas suami Puan Anggun dan Cik Farah."

"Jadi, kau ni nak apa? Tebusan?"

Wajah Danial berlegar di fikiranku.

Aku yakin, selagi aku masih berdiri, Danial juga turut berdiri. Bersabar, aku akan okey.

Aku akan okey.

Kalimat itu berulang-ulang kali bermain di fikiranku.

"Tak. Aku tak perlukan duit. Aku, cuma cemburu dengan kau. Ada keluarga bahagia, pasangan memahami. Pernah tak kau fikir, orang yang hidup merempat, tak cukup makan? Ataupun, yang ada keluarga ibarat neraka? Aku nak pinjam sekejap je, kebahagiaan kau."

Cemburu?

"Maksudnya?"

"Farah, Danial, aku, Khairina dan Anggun. Aku pelik, kenapa kau dikelilingi dengan orang yang ada masalah keluarga, tapi sorang pun kau tak tolong. Kau lagi tindas diorang, adalah." Azmi memeluk pinggangnya. "Aku cemburu, Dina. Kenapa kau bahagia sangat?"

"Jadi, semua ni terjadi sebab cemburu?"

"Yes, Dina. Jealousy." Bisikan Azmi menghantui telingaku. "Dan aku, sayangkan kau. Kenapalah kau boleh jatuh kat tangan Danial? Aku rela madukan Anggun, sebab nak jadikan kau isteri aku. Kenapa kau boleh jatuh ke tangan Danial, kenapa?"

"Azmi! Jangan apa-apakan Dina!"

Danial!

Masya-Allah, indahnya takdir!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience