Bab 56

Romance Series 27539

Pandanganku dihalakan ke siling dapur. Sudu besi diketuk-ketuk ke atas pinggan berkali-kali. Sejemput nasi yang tersedia di atas pinggan masih tidak bersentuh.

"Kenapa ketuk-ketuk sudu tu, makanlah."

Aku tidak menghiraukan suara Danial, malah terus mengetuk sudu di atas pinggan seperti pesta muzik pula. Hari ini, sejak dari awal pagi tadi sudah ada orang yang merosakkan moodku, manalah tidak jadi begini. Hendak makan tengah hari pun, tidak lalu.

"Nak ... abang suap lagi?"

Daguku diangkat olehnya. Sedikit pun hatiku tidak terusik dek perbuatan Danial. Aku cuba tersenyum plastik biarpun sukar.

Aku ini, kejap okey, kejap tidak. Seperti orang ada penyakit kus-kus pula. Siang macam hantu, malam tenang sahaja.

"Tak payahlah."

'Tawaran' Danial aku tolak dengan dua kalimah, dengan nada mendatar. Entah mengapa, hati ini terasa berdosa pula telah membuatkan suami sendiri berkecil hati.

Ya, moody pun moody juga. Hati encik suami perlu dijaga. Dia lahir sebagai kaum Adam, manalah tahu perasaan wanita yang agak sukar untuk difahami ini. Jangan kata lelaki, diri sendiri pun susah untuk faham diri sendiri. Pelik, bukan?

Istimewanya wanita.

"Kenapa sayang macam tak semangat je ni?" Bisikan itu berlegar di telingaku. Baru aku perasan, sejemput nasi pum belum disentuh Danial, semata-mata menunggu aku untuk makan bersama.

"Tak ada apalah. Abang, Dina minta maaf kalau abang terasa dengan ayat Dina tadi. Tak sengaja..," ucapku perlahan. Disebabkan kasihan kepada Danial, aku mengambil sedikit lauk sup daging ynag masih panas di dalam mangkuk ke pingannku dan dia.

"It's okay lah. Sejak bila abang terasa ni? Bakal umi, apa yang Farah cakap tadi sampai Dina jadi macam ni? Teruk sangat ke?" Nadanya berbunyi serius.

Ya.

Bertalu-talu kata sinis yang dicampak kepadaku, seolah-olah aku adalah seorang perampas yang paling hina. Niat asalku menghubungi Kak Farah atas sebab ingin menolongnya, bertukar lain pula jadinya.

"Hmm, mana ada apa-apa. Dina okey je, abang yang terlebih risau ni. Dahlah, jom makan. Kesian nasi ni tunggu lama-lama." Tangan ditadah lalu kami membaca doa makan.

Ya Allah,

Berkatilah rezeki yang kau berikan dan jauhkanlah kami dari azab api neraka.

Suapan pertama masuk ke dalam mulutku. Tanpa sebarang perkataan, aku makan dengan tenang. Menu tengah hari kali ini, aku yang masak sendiri. Sup daging kegemaranku.

"Abang rasa, macam ada benda tak kena je ni. Kenapa tak bagitahu? Kenapa rahsiakan? Penting sangat ke?"

Aku berhenti mengunyah.

"Makanlah dulu. Tak elok makan sambil cakap, nanti tercekik. Sat lagi lah Dina bagitau."

Fuh, selamat. Masih ada sekurang-kurangnya lima minit untuk aku memikirkan jawapan yang sepatutnya untuk Danial.

Lima minit di akhir zaman ini, terlalu sebentar. Sangat pantas masa berlalu berbanding pada zaman dahulu. Dunia sudah hampir mencapai waktu binasanya, iaitu Hari Kiamat, rukun iman kelima yang wajib dipercayai oleh umat Islam.

Fikir Dina, fikir.

*

Pinggan kotor yang telah aku gunakan tadi dibiarkan di bawah singki yang mengalir. Air singki dibuka sederhana kuat, ingin mencuci segala kekotoran yang ada. Setelah basah, span membasuh pinggan dicapai lalu digosok-gosok permukaan kaca tersebut agar bersih.

Setelah membilasnya dengan air lagi sekali, aku mengangkat pinggan kaca tersebut, kembali menyusunnya ke rak. Istimewanya di rumah umi ini, semua pinggan mangkuk berkonsepkan barangan lama. Pinggan kaca putih dan corak bunga yang ringkas ini menjadi nostalgia buat kami sekeluarga, satu ketika dahulu.

Bunyi air singki terbuka dapat ditangkap oleh telingaku. Cepat-cepat aku kembali ke singki, risau tidak tutup pilinya, boleh banjir rumah nanti.

Figura suamiku yang sedang mencuci pinggan aku tatap lama. Disangkakan air singki yang aku terlupa tutup, rupanya Danial yang mencuci pinggan.

Alhamdulillah, sejuk hatiku melihat bakal abah membuat kerja rumah, yang sekecil-kecil benda. Insya-Allah, tidaklah akan menyusahkan bakal umi nanti. Akulah itu.

Perut yang masih kecil aku pegang. Sayangnya aku kepada anak ini dan Danial, tidak ada bezanya. Cuma biasalah, manusia ada baik buruknya. Kadangkala, apa yang terjadi kepada pasangan kita, pasti ada hikmah.

Agak-agaknya, apakah nama yang paling sesuai untuk diberikan kepada cahaya mataku ini?

"Dah, jom naik atas. Ceritalah apa yang Dina nak cerita tadi."

Kami melangkah pantas ke ruang tamu meninggalkan dapur. Kini giliranku untuk bercerita. Terpaksa aku jujur kepada Danial, memandangkan dia sudah bertanya. Walaupun hatiku terasa berat, tidak salah untuk aku melepaskannya.

Bukan apa, risau aku andai Danial akan memarahi Kak Farah, atau membatalkan rancangan kami. Aku faham, kadang-kadang wanita ini ada harinya. Ada hari yang dia 'cuti', emosi dan hari-hari biasa.

Susah benar hendak faham wanita.

Kami berdua duduk di atas kerusi kayu jati bersebelahan. Aku menarik nafas sedalamnya sebelum memulakan cerita, hendak benar-benar bersedia terlebih dahulu.

Danial hanya diam. Kali ini lelaki yang bergelar suami ini tidak mengeluarkan kata apa-apa. Mungkin sedang menunggu aku yang memulakannya.

Okey, aku akan beritahu seperti yang aku janjikan. Tentang Kak Farah.

"Abang..."

"Iya, bagitahulah apa yang sayang nak bagitahu tadi. Abang sedia mendengar."

Aku menarik nafas sekali lagi, memastikan diri ini benar-benar bersedia. Entah mengapa, hati ini merasakan berat untuk memberitahu Danial, apatah lagi merahsiakannya.

Tetapi, aku sudah berjanji. Janji itu, wajib ditunaikan. Orang yang tidak menunaikan janji ialah orang munafik. Dan aku, bukanlah sebahagian darinya.

"Kak Farah, macam tak suka Dina."

Danial diam. Begitu juga aku yang menanti riaksinya. Keadaan terus menjadi sunyi, hanya bunyi burung dari luar rumah yang menjadi pemecah suasana.

"Tak suka macam mana tu?" Kepala Danial dipusingkan seratus lapan puluh darjah, tepat memandang wajahku.

"Emm ... Kak Farah cakap .... Alah, macam mana nak terangkan eh?"

Susah benar untuk menerangkannya. Patutkah aku beritahu, Kak Farah bercakap sinis denganku? Adakah Danial akan menganggap aku terlalu lemah, mudahnya koyak hanya kerana kata sinis orang?

Aku tidak sama dengannya. Aku berbeza. Dia kaum Adam, yang dilahirkan kuat dan kental. Dijadikan kaumnya untuk memimpin wanita ke syurga. Aku pula kaum Hawa, yang diciptakan dengan sifat lemah lembut dan mudah terguris.

"Kak Farah, macam marah bila Dina call dia tadi. Dia cakap..."

Aku mula mengingati kembali situasi yang berlaku tadi. Setiap perkataan yang keluar daripada mulutnya, semuanya aku hadam di dalam kepala. Berbaur sinis, aku merasakan Kak Farah tidak lagi menyukai aku. Kami sudah tidak serapat dahulu.

"Dah bosan ke layan suami tu?"

"Nak tolong macam mana? Nak akak jadi madu Dina? Eh, akak tak sanggup. Akak bukan perampas."

"Dina tak payahlah masuk campur urusan akak. Kita kena ingat, hidup kita yang sekarang dah tak sama macam dulu. Lepas semua ni terjadi, anggaplah dunia ni dah berubah."

Pedih.

Siapa sangka, niatku yang baik untuk menolongnya akhirnya dibalas dengan kata-kata sinis yang menyakitkan hati. Susahkah untuk menerima kenyataan akan Danial sudah menjadi suamiku?

Ya, aku tahu susah. Tetapi, bukan begini cara untuk merawatnya. Aku berniat untuk tolong, tetapi begini pula yang terjadi. Susah benar manusia mahu menerima takdir, bercinta saban tahun tetapi sekadar cinta kosong yang mendekatkan diri dengan maksiat, sedangkan tidak membuahkan hasil.

"Farah..." Satu perkataan terpacul dari mulut Danial. Kalaulah aku boleh membaca fikirannya, sudah lama aku berbuat demikian. Masih curiga, apakah sebenarnya yang terdetik di fikiran suamiku?

Sabar. Hanya itu yang mampu aku lakukan. Tidak dapat untuk melakukan apa-apa, risau Danial akan melenting.

"Sayang..."

Danial memanggilku.

"Ya?"

"Mesti sayang tertanya-tanya kan, kenapa sayang terlibat dengan semua ni? Sepatutnya tugas abang untuk melindungi, bukan menyakiti. Abang ni, betul-betul naif. Culas untuk melindungi isteri."

No, no. Danial bukan begitu. Aku redha dan menerima takdir, aku menggantikan tempat Kak Farah di waktu getir. Dan aku tahu, kenapa aku berada di sini. Sejak dari awal perkahwinan dahulu, aku sudah menerima untuk mengambil risiko sepanjang perkahwinan.

"Abang bukan macam tu. Abang dah banyak berkorban untuk Dina, cuma Dina yang tak perasan. Kan kita dah janji untuk saling berkongsi. Bukan gembira je perlu dikongsi, masalah dan duka pun sama," kataku yakin.

Tidaklah lengkap pasangan suami isteri itu jika hanya salah seorang yang merasakan bahagia atau lara. Manusia ini diciptakan berpasangan, untuk meneruskan saki-baki hidup di dunia ini, dengan melakukan amal soleh.

Jika berkahwin itu mampu mengelakkan maksiat dan lelaki itu mampu untuk menyara kehidupan isterinya, maka sunatlah hukumnya. Andai perkahwinan hanya berniat untuk menyiksa isteri sepanjang ikatan tersebut, maka haramlah hukumnya.

"Tapi, ini masalah abang sebelum kahwin. Sepatutnya abang kena selesaikan sebelum kita sah jadi suami isteri. Tapi abang betul-betul culas, tak ambil kisah pun pasal tu, last-last Dina jadi mangsa keadaan. Bukan tak tahu Farah tu macam mana."

Danial menongkat dagunya. Jelas kelihatan lelaki itu langsung tiada semangat.

Kalau difikirkan semula, memang ada benarnya. Dalam hal ini, ketiga-tiga orang bersalah.

Aku, terus bersetuju untuk berkahwin dengan Danial, tanpa sedikit pun mahu menyemak latar belakangnya. Tentang dia dan Farah sebelum ini, langsung tidak aku ambil tahu.

Danial pula, bertindak melulu. Terus sahaja menjadikan aku sebagai gantinya, tanpa memikirkan hati dan perasaan pihak sana. Lagi satu, mengapa mereka terlalu mudah untuk memutuskan tarikh perkahwinan, sedangkan semasa itu masih belum jumpa walinya?

Kak Farah, makin menambahkan masalah. Banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan selain lari. Bukan mudah untuk move on dengan orang yang pernah hadir dalam hidup ini, tetapi tiada alasan untuk lari dan membiarkan masalah tergantung begitu sahaja.

Inilah kesimpulan yang dapat aku ulaskan. Cukuplah ketiga-tiga mempunyai kesilapan besar, yang akhirnya menjadi beban masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience