Bab 7

Romance Series 27539

"Pi negeri orang, jaga diri elok-elok. Jangan buat hal." Pesan umi sambil kedua tangannya aku salam. Seperti yang dijanjikan, aku akan ikut kak Farah bersama bakal suaminya ke rumah paklong. Lama lah juga kami tidak mendengar khabar tentang paklong. Entah hidup lagi atau tidak.

Eh, apa cakap begitu, tak baik. Astaghfirullahalazim.

Kereta yang dipandu Danial memecut laju meninggalkan kawasan kampung. Dalam hatiku hanya mendoakan yang baik-baik untuk Farah. Harapnya paklong sudah berubah dan dapat terimalah anaknya bakal berkahwin dengan pilihan sendiri. Lagipun Danial ini nampak baik orangnya.

"Akak. Kenapa ni. Kenapa nampak gusar je?" Ya, dahi kak Farah berpeluh. Kami sama-sama duduk di baahgian penumpang belakang, jadi mudahlah untuk aku lihat. "Janganlah risau, lambat lagi nak sampai. Dua jam lagi."

"Bukan pasal ayah, Dina...."

"Habistu?" Aku kehairanan. Kalau bukan disebabkan gugup untuk berjumpa paklong, apa lagi?

"Dina, cuba cek betul-betul. Ada orang ekori kita tak?" Farah memandang sekeliling. Begitu juga aku.

"Ekori kita? Untuk apa?" Iyalah, aku baru perasan kereta Proton Saga berwarna hitam itu asyik mengikut kami dari tadi.

"D-Dina.... Danial...." Suara kak Farah semakin lemah. Kenapa dia begitu takut? Belum pasti lagi mereka mengekori kita. Mungkin perasaan sendiri atau kebetulan agaknya.

"Danial, ada bulatan kan depan tu. Pusing dua kali nak tengok kereta hitam tu memang nak kejar kita ke?" Aku memberanikan diri bersuara kepada Danial. Kak Farah yang sedang lemah menyandarkan kepalanya ke bahuku. Danial juga perasan, tetapi tidak mampu melakukan apa-apa. Dia perlu fokus ke hadapan untuk memandu.

"Okey." Danial memandu kereta mereka memusing bulatan itu dua kali manakala aku melihat jika kereta tadi masih mengekori kami.

"D-Danial. Memang dia ekori kita lah..." Jantung aku mula berdegup kencang. Nasib baiklah jalan ini masih dipenuhi kenderaan. Kalau terjadi rompakan atau apa-apa, masih ada orang untuk diminta tolong.

"Dina, Danial. Teruskan drive, jangan pernah berhenti.... Akak tahu siapa diaorang..." Lemah suara kak Farah.

"Siapa!?"

*

"Akak, kita berhenti solat zohor dulu. Bangunlah.." Tanganku menyentuh lembut menggerakkan kak Farah yang tidur dipangkuan aku. Danial hanya tersenyum melihat kami. Aku tahulah, lelaki ini pasti sudah terbayang mengejutkan isteri apabila sudah berkahwin nanti. "Dina tolong ambilkan telekung akak dalam beg tau."

Kak Farah membetulkan tudungnya sementara aku pula mengambil telekung di bahagian bonet. Tangan kakak saudaraku ini aku pimpin risau sekiranya dia pitam lagi.

Sampai di surau.

Orang ramai memenuhi kawasan surau. Ada yang sedang solat, tak juga bersembang. Nasib baiklah surau ini besar sedikit, masih ada ruang untuk kami solat walaupun sesak.

Aku menapak langkah pertama ke dalamnya. Kak Farah masih tercegat di luar.

"Akak, jom lah masuk." Ajakku.

Kak Farah hanya menggeleng kepadaku. Dengan sekali gelengan itu, aku sudah faham ertinya.

"Akak.... Cuti?"

Kak Farah mengangguk perlahan.

"Jadi akak nak tunggu kat mana? Dina memang solat cepat, tapi Danial tu ha, dari awal tadi dia cakap lambat. Bangku tepi-tepi ni pun dah penuh." Soalku sambil merisaukan kak Farah yang bakal duduk seorang diri. Mungkin kami sudah tidak lihat lagi kereta hitam tadi, tetapi manalah tahu ada bahaya yang mendatang. Lagi-lagi kak Farah yang hampir pitam.

"Akak nak pergi tandas. Dina kalau dah siap, call akak tau. Akak nak duduk dalam tandas je."

"Okey." Dalam banyak-banyak tempat, tandas juga dipilihnya. tidak apalah, asalkan tandas berkunci dan tidak ada orang boleh buka, terjamin sedikit keselamatannya.

Usai solat, sejadah aku lipat dan letakkan di tempat asal kembali dan telekung yang aku sarungkan aku lipat dan memasukkan ke dalam beg denim yang menjadi teman setiaku setiap saat. Masa untuk menghubungi kak Farah. Tidak tahulah aku sama ada dia masih di dalam tandas atau sebaliknya.

"Akak kat mana?" Soalku.

"Akak kat tandas lagi. Dina tunggu je dekat surau lelaki tu, sekejap lagi akak datang. Nanti kita jumpa Danial terus." Balas kak Farah dalam panggilan. Aku pun, apa tunggu lagi. Teruslah pergi ke tempat yang disuruh kak Farah.

Surau lelaki.

Surau lelaki ini agak besar sedikit berbanding wanita. Ada cermin kaca yang boleh menampakkan bahagain dalamnya. Aku mencuri-curi pandang Danial yang sedang khusyuk solat daripada cermin kaca. Nasiblah kak Farah belum datang.

Comel betul Danial. Terasa jatuh hati pula.

Eh, astaghfirullahalazim... Apa aku cakap ni, bakal suami orang kot. Tu pun nak kebas ke? Bakal suami sepupu sendiri pula tu. Aduhai...

Tetapi kan, kalaulah Danial ini suami aku.... Tak, tak. Kalaulah suami aku orang seperti Danial.....

"Dina. Berangan?" Tegur seseorang dari arah belakang.

"Eh, akak! Dah lama sampai?" Jantungku berdegup kencang. Janganlah aku angau dengan bakal suami orang ni....

"Baru je. Dina tenung siapa tu?"

Gulp. Aku menelan liur. Mengapa soalan ini juga ditanya. Aduhai, apa perlu aku jawab....

"Tak, Dina termenung jauh je. Tak tenung sesiapa pun." Jawabku. Huh, jawapan selamat. Mati aku kalau beritahu aku tenung bakal suami dia.

"Bukan tenung Danial ke tu?..." Kak Farah tersengih.

"Taklah.... Danial bakal suami akak, mana boleh kacau. Tu ha, banyak lagi lelaki kat sana tu. Rajin solat."

"Nasib baik tau. Dina jangan cilok akak punya, Dina cari lain. Danial akak punya tau." Kak Farah tersenyum simpul. Apakah ayat ini... Mengapa ia benar-benar menusuk kalbu aku!? Why?

Orang kata, sentap kerana buat salah. Aku tak jatuh hati pada Danial pun, apa yang aku salah?

"Tak ada maknanya nak cilok Danial. Banyak lagi lelaki kat dunia ni. Dina nak akak bahagia, lupakan kisah lama." Aku memberi semangat kepada sepupuku ini.

"InShaaAllah, Dina. Kita merancang tetapi Allah yang menentukan. Akak tak tahu lagi sama ada Danial dan akak berjodoh atau tidak... Semuanya rahsia Allah."

Sentap. Itu yang aku rasa. Mencari pasangan itu bukan satu perlumbaan mahupun cabaran, Dina. Ia akan hadir apabila kita benar-benar bersedia.

Tetapi, aku tidak mahu kalah dengan Lufya. Jika Lufya ada pasangan, aku pun mahu. Tipu andai aku tidak mahu. Aku manusia biasa, punya keinginan untuk berkasih dan bersayang serta hidup berpasangan.

Sarah ada Ustaz Saiful. Lufya ada Harith. Aku ada?...

Ada sekeping hati yang kosong dan tak dimiliki.

"Akak. By the way, akak tak cerita lagi pasal siapa orang yang ekori kita tadi. Ceritalah." Rayu aku.

"Bekas suami pertama akak. Dia nak akak balik. Akak tak nak, sebab dia dah kahwin lain, Dina. Akak tak mampu untuk lukakan hati isteri dia dan hati sendiri. Lagipun, akak tak boleh lupa apa yang dia buat kat akak dulu..." Kak Farah menunduk. Bekas suami?

"Anak-anak akak, siapa jaga?" Iyalah, sepanjang pulang ke kampung hari itu dan hari ini, langsung tidak membawa Aisyah dan Kamilia, dua si manja yang menjadi pengisi hati kak Farah.

"Kawan akak jaga. Akak dah bagi upah. Akak rahsiakan daripada bekas suami akak. Dia memang tak pernah bertanggungjawab. Dua-dua pun sama. Nafkah anak, segalanya ke laut." kak Farah masih merenung cermin kaca surau lelaki itu. Danial sudah siap solat, tinggal berdoa sahaja lagi. Paling menyentuh hati, pertama kali dia menjumpai lelaki yang tulus dan menjaga agamanya. Bukan bermakna lelaki lain di dunia ini tidak tulus dan menjaga agama, tetapi antara tiga lelaki yang pernah ada hubungan dengannya, Danial lah satu-satunya lelaki sejati yang menjaga agamanya.

Berat sungguh dugaan kak Farah. Mengapa aku tidak bersyukur?....

Assalamualaikum dear.... Macam mana setakat 7 chapter ni... Deena pun tengah cuti, Alhamdulillah boleh update hari-hari... Nanti kita tengok semut hitam berlawan dengan semut merah tau tau. Love, Deena <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience