Bab 1

Romance Series 27539

"Bye, Dina pi lu tau. Umi duduk kat sini elok-elok, jangan skip makan, jaga diri baik-baik. Dina sayang umi... Dina taknak tengok umi sakit.. Umi seorang je yang Dina ada... Assalamualaikum." Ucapku panjang lebar sebelum aku melangkah keluar dari rumah berasaskan kayu itu. Berat hatiku ingin meninggalkan kampung ini, berat lagi hatiku untuk meninggalkan bonda tercintaku keseorangan di sini. Nasib baiklah aku mempunyai jiran yang baik dan boleh membantu jika umi ada masalah.

Dua abangku pula masing-masing berada di negeri berlainan. Abang Hakim, abang sulungku berada di Selangor bersama isterinya, abang Najmi pula bekerja di Negeri Pahang. Aku yang dahulunya belajar di megeri ini juga, bakal berhijrah ke bandar yang lain tetapi masih di bawah negeri yang sama untuk mencari kerja.

Umur aku? Rasanya masih terlalu muda untuk aku berkahwin. Usiaku baru hendak menginjak ke 24 tahun bulan hadapan. Walaupun begitu, aku masih kelihatan tidak matang.

Setelah 10 minit berjalan kaki, aku tiba di stesen bas untuk ke Bandar. Ya, kampung aku sangat dekat dengan stesen bas, memudahkan abang Najmi yang masih belum mendirikan rumah tangga pulang ke kampung ini.

"Adik, tumpang tanya..." Tiba-tiba sahaja aku ditegur oleh seorang lelaki yang berpakaian kemas berkemeja dan bertali leher. Bau wangiannya juga hampir membuatkan aku pengsan.

"Errr... Ya?" Aku membalas pertanyaan lelaki itu. Risau juga sekiranya ada orang mahu menipu aku. Iyalah, umi selalu berpesan agar jangan terlalu mudah percaya dengan orang, kelak nanti meyesal.

"Adik, ni... Dekat mana? Saya sesat masa datang sini tadi.. Saya ni orang KL, tak tahu sangat jalan di kawasan sini... Saya datang sini pun sebab kerja." Lelaki itu menunjukkan kertas yang tertulis beberapa nama tempat itu.

"Oh, tempat ini, dekat je... Hang jalan ja teruih, lepaih tu belok kiri. Dah sampai." Jawab aku dengan yakinnya. Sudah semestinya aku tahu tempat ini, tempat arwah babah aku bekerja dahulu, sebelum dia meninggal dunia. Rasanya sudah lama tempat ini, usianya hampir 30 tahun. Iyalah, aku pun sudah 24 tahun, umi menceritakan arwah babah bekerja di situ daripada awal mereka kahwin. Abang sulungku pun 30 tahun.

"Terima kasih adik... Maaflah, bateri telefon saya habis, tak dapatlah guna waze... Assalamualaikum." Lelaki itu meninggalkan aku dengan segaris senyuman mesra. Tak, tak. Jangan tergoda, Irdina. Kawal sikit iman dalam dada tu!

"Wa-waalaikumussalam.." Aku menjawab salam lelaki itu. Entah ke mana aku dibawa lari dengan khayalan.

Ya, tidak dinafikan, lelaki itu not bad....

*

Aku melangkah masuk ke dalam rah teres dua tingkat yang kelihatan lebih moden itu. Inikah rumah baharu aku?

Mangga yang mengunci pagar rumah itu segera aku bukanya. Aku sidah mengambil kunci daripada tuan rumah ini tadi. Esok barulah aku akan mula bekerja. Hari ini aku sekadar mahu berehat dan menyesuaikan diri dahulu di kawasan pekan ini.

"Hang siapa?" Seorang wanita cantik bertudung shawl satin yang dililit di kepala itu menegurku.

"Err, saya duduk rumah ni..." Aku malu-malu menjawab pertanyaan wanita comel itu. Iyalah, aku baru hari pertama di sini, risau sekiranya orang menganggap aku sebagai perompak pula.

"Housemate baru la ni? Awat mangkuk Sarah tu tak habaq? Nama kami Lufya. Nak panggil Luf pun boleh." Wanita comel yang menggelarkan dirinya Lufya itu segera membantu aku memasukkan beg-beg ke dalam rumah. Segan pula dibantu begitu.

"Terima kasih, Lufya." Ucapku gembira.

"Sama-sama. Kami ni asyik duduk berdua ja kat sini, dah lama bilik ni kosong... Kami tertanya-tanya jugak, memang takdak orang ke nak sewa... Sekali kami tau awak housemate kami, kemain terlajak happy lagi." Nada suara Lufya kedengaran riang. Iyalah, siapa tidak gembira mendapat teman serumah baharu.

"Awak, dekat rumah ni, siapa lagi yang duduk?" Tiba-tiba aku menyoal Lufya yang sedang membancuh air untuk dihidangkan kepadaku.

"Ada seorang lagi. Nama dia Sarah. Kami sebaya. Sarah tu perangai dia gila-gila sikit. Masuk ayaq depa kata... Tapi, dia sorang ni la penceria hidup kami ni..." Jawab Lufya sambil menghidangkan sejag air sirap kepadaku.

"Eh, buat apa hang hidang air ni, buat susah-susah je..." Rajin pula si Lufya ini membancuh air. Baik sungguh melayan housemate baharu.

"Tak apa, hang kan housemate kami... Apa salahnya... Minum lah. Kalau tak sedap ke, tawaq ke habaq...." Lufya menuangkan air di dalam jag ke dalam sebuah cawan kaca. Aku meneguk air sirap ais itu dengan nikat. Terasa hilang segala dahaga daripada cuaca panas yang membahang di luar tadi.

"Hang kerja kat mana? Lupa nak tanya, apa nama?" Lufya bertanya soalan kepadaku.

"Kami Irdina Safiya, boleh panggil Dina je. 24 tahun, kerja dekat-dekat sini je... Kawan hang yang duk sini tu pi kerja ke?" Balasku sambil meneguk air sirap ais lagi.

"Haah, Sarah kerja. Kami pulak ni kebetulan cuti, tup tup ada housemate baru. Memang bertuahlah." Aku melihat Lufya suka dengan kehadiranku. Baguslah begitu, aku sangat memerlukan kawan yang boleh membantu aku. Syukur Alhmadulillah, aku dikurniakan teman serumah yang mesra dan baik.

Tanpa disedari, kami bersembang hingga petang. Pelik juga, aku tidak berasa lapar pun. Mungkin kerana terlalu leka dengan kawan baharu, sehingga terlupa untuk makan. Lufya kata Sarah akan pulang sebentar lagi, apa salahnya aku menunggu. Mungkin ada peluang untuk berkenalan?

"Assalamualaikum." Pintu dibuka daripada luar. Aku dan Lufya memandang wanita yang berada di daun pintu itu.

Itukah Sarah?

"Waalaikumussalam..." Aku dan Lufya menjawab salam wanita tinggi lampai itu. Manis berbaju kurung dan bertudung bawal candy yang terletak bulat di muka. Walaupun warna kulitnya sawo matang seperti wanita Malaysia biasa, namun dia tetap kelihatan cantik dengan penampilannya.

"Hang kenai dia ni? Awat tak habaq kami ada orang baru..." Lufya memandang wanita itu. Sambil itu, Lufya membisikkan sesuatu ke telingaku.

"Itulah Sarah."

Ya, tepat sekali sangkaan aku. Itulah Sarah yang aku sangka.

"Kenai la, makcik Roslina yang bagitau ada orang baru..." Sarah datang kepadaku lalu kami bersalaman.

"Sarah, 24." Ujarnya.

"Dina. Irdina. 24 jugak. Tak sangka kita sebaya." Aku berjabat tangan dengan Sarah.

"Kita bertiga ni housemate sekarang. Harap kita bertiga baik-baik, jangna gaduh-gaduh tau. Susah senang, mesti bersama. Anggap kita semua ni macam adik beradik sendiri." Sarah memberi ucapan.

Ya, aku akan ingat itu.

*

Hari ini.

Tidak sangka, setahun sudah persahabatan kami terjalin. Setahun sudah aku menetap di rumah ini. Kenangan lalu saat kami baru berkenalan itu masih segar di minda. Takkan aku lupakan semua itu.

"Heyyo!" Lufya menepuk bahuku dari belakang secara tiba-tiba. Lamunanku mati.

"Ye makcik, nak apa?" Aku sengaja memanggil Lufya dengan perkataan 'makcik'. Ada sahaja keletahnya mahu mengacau aku!

"Berangan ke tu?" Lufya meneka.

"Berangan apanya? Teringat kisah lama je." Aku ketawa kecil.

"Yeye lahtu, mana tahu tengah berangan kahwin dengan prince charming dari kayangan ke, fikiran hang tu mana boleh teka!" Lufya sambung ketawa.

"Prince charming? Dari kayangan? Eh, tak ada masa kami nak berangan pasal tu. Ni kerja ni. Kerja ni banyak lagi nak buat." Segera aku menunjukkan komputer ribaku yang berada di atas mejaku ini.

"Bukan boleh percaya kawan kami yang sorang ni. Tah tah dalam fikiran dia, tengah berasmaradana dengan putera idaman hati...." Lufya ketawa lagi. Sengaja mahu mengusik aku.

"Kalau ye pun, apa salahnya kan?" Bahu Lufya aku tolak. Sengaja.

"Ha, kan betul.... Dah berangan nak kahwin lah tu. Ha, along hang dah kahwin, hang pulak bila? Bila nak naik pelamin dengan prince charming idaman hati?" Lufya cuba mengusik aku.

"Kahwin? No wonder la. Kita muda lagi, cari pengalaman dulu. Hang dengan Sarah pun belum kahwin." Aku lucu mendengar Lufya menyentuh soal 'kahwin'. Iyalah, aku sudahpun 25 tahun, sepatutnya sudah boleh mendirikan rumah tangga bersama lelaki pujaan hati, tetapi masih belum dijumpai.

"Dina." Panggilan Lufya tidak aku endahkan. Aku masih hanyut dalam khayalan.

Agaknya, siapalah prince charming yang tertakdir buatku?...

Assalamualaikum... Deena's back! So, macam mana dengan karya ketiga Deena? Kalau tak memuaskan, bagitahu je tau... With love, D e e n a <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience