"Sah!"
"Alhamdulillah ...." Beberapa orang tetamu termasuk aku mengucapkan kalimah kesyukuran sebaik sahaja perkataan 'sah' disebut oleh saksi. Dua kali lafaz, Lufya sah menjadi isteri Harith. Sebagai sahabat, syukur dan sebak apabila sahabatku sendiri kini milik orang.
Lufya yang aku sayang seperti adik beradik sendiri, kini sudah jatuh ke tangan Harith. Haraplah, Harith dapat menjaga Lufya, sama seperti ibu bapanya.
Eh, macamlah aku orang tua mereka! Berdrama pula. Tetapi sebagai sahabat, tipulah andai aku tidak sebak. Semalam berdrama tak mahu kahwin, sekali dah sah, mana boleh tahan rasa bahagia tu kan?
Benar, kerana aku pernah laluinya. Sebulan lalu. Segar lagi di ingatan. Mulanya degil tidak mahu kahwin, akhir sekali jatuh cinta sampai tidak mahu melepas juga.
Selesai sahaja bacaan taklik, pengantin lelaki berganjak sedikit ke hadapan ke pengantin perempuan untuk acara biasalah, pembatalan air sembahyang. Lufya hanya tersenyum malu sambil melirik ke arahku. Malu pun buat apa, sudah halal kan?
"Lufya."
Lufya menghulurkan jarinya lambat-lambat kepada Harith. Aku perhati sahaja detik indah Lufya itu. Comel! Comel sungguh pasangan ini, tidak ubah seperti aku dan Danial tempoh hari. Normal apa, malu-malu kucing pengantin baru. Sekali sahaja seumur hidup.
Telefon pintar aku keluarkan dari poket lalu merakam segala detik bersejarah mempelai dua sejoli ini. Bagai pinang dibelah dua, begitulah pasangan ini. Aku pula yang rindu mahu berkahwin!
Selamat pengantin baharu, sahabatku Lufya. Semoga kau akan bahagia dengan masjid yang dibina, aku tetap doakan kau dari jauh.
*
"Selamat pengantin baru!"
Aku dan Lufya yang masih dengan persalinan nikahnya berpelukan dengan Sarah yang sedang menarik bagasi mahalnya itu. Lambat!
"Rugi hang. Tak dapat nak tengok Lufya nikah. Nangis-nangis tau dia tadi, semalam kemain taknak kahwin," kataku sambil ketawa lucu.
"Hmm, takpelah. Sorrylah, aku terpaksa pilih flight pagi ni. Tiket penuh." Wajah Sarah kelihatan sedih.
"Sis Sarah, janganlah sedih. Kita orang dah kahwin, hang ada Saiful. Kau wajib kahwin dengan Saiful, wajib!" Lufya menepuk bahu Sarah gembira.
"Saiful? Hurm ...."
"Adik pengantin baru, mana cik abangnya? Tak layan cik abang?" Suara yang datang dari arah belakang mengejutkan aku, Lufya dan Sarah yang sedang rancak bersembang.
"Kejap ye." Lufya berlari-lari anak meninggalkan kami. Ke serata tempat dicari encik suami yang menghilangkan diri. Harith pun, baru kahwin pun mahu lari ke? Tidak kesiankah pada isteri baru yang comel ni? Nak kata tak cantik, Lufya cantik manis orangnya.
"Pengantin baru memang macam tu ke? Gelabah sangat hilang suami macam orang mati anak." Sarah ketawa kecil melihat gelagat lucu Lufya, si pengantin baharu yang bari diijabkabulkan.
"Iyelah, hilang suami ni, samalah macam hilang anak. Tapi sedih lagi mati anak rasanya. Nanti hang kahwin dengan Mr. Saiful, kau tahulah. Confirm melekat macam gam gajah." Celoteh aku. Sengaja ingin berjenaka, bukan selalu pun jumpa setelah kahwin ini.
"Oh, ye eh? Hahaha, aku mana dak tahu, aku belum kahwin lagi. Mungkin lima tahun lagi, sepuluh tahun lagi. Lambat lagi oii, lambat lagi. Nak kahwin lagu mana kalau pasangannya pun tak ada niat jauh." Sarah hanya menunjukkan baris giginya yang cantik. Jelas sekali dia cemburukan aku dan Lufya memandangkan hanya dia seorang yang masih bujang. Single, but not available. Only available to Mr. Saiful, lelaki yang kuat pegangan agama, ustaz di kawasan perumahan kami.
"Sebab tu, hang yang kena mula. Hang kena belajaq komunikasi dengan bakal suami tu. Kalau belum kahwin pun tak reti nak berkomunikasi, camna lepas kahwin nanti?" Bebelku panjang. Boleh pula kami bersembang dalam loghat Kedah di Negeri di Bawah Bayu ini. Pelik benar orang dengar. Begitu juga aku yang masih mencuba untuk memahami dialek mereka. Tidak terlalu jauh dari Bahasa Melayu yang asli, tetapi susah juga untuk biasakan diri bercakap.
"Hmm..."
Bukan cabaran yang dikisahkan lagi, tetapi keadaan hati itu sendiri. Sebulan hidupku berkongai dengan Danial, sebulan itulah aku banyak belajar tentang erti kehidupan yang sebenar.
*
"Abang rasa nak tambah, tapi malu lah pulak." Bisik Danial ke telingaku. Kini meja bulat yang memuatkan sepuluh orang ini sudah penuh dengan manusia termasuk aku dan Danial. Kami menjamu hidangan pada waktu puncak, tidak hairanlah ramai orang datang berpusu-pusu waktu ini.
"Pergi jelah. Ini rumah Lufya, dia pun pesan kalau nak tambah, tambah je. Malu sangat, pergi ambil pinggan lain." Balasku perlahan. Adab tertib di majlis perlu dijaga, memandangkan aku dikelilingi orang. Orang yang tidak dikenali pun, ada yang bersembang dalam bahasa Sabah, tidak apalah mahu bersembang dengan mereka pun payah.
"Bijak, isteri abang." Pinggan melamin yang sudah licin dimakan diangkat dari meja pantas. Aku membiarkan sahaja Danial ke meja bufet mengambil pinggan yang baharu lalu menambah hidangan. Mula-mula kata tiada selera, sekali sedap nasi minyak buatan sendiri ini, sampai tertambah-tambah dibuatnya. Sedap!
Lebih sedap daripada hidangan majlis kami sebulan lalu.
"Bila pengantin nak datang?"
"Eh, abang ni. Terkejut tahu tak?"
Suara Danial yang entah muncul dari mana itu benar-benar membuatkan jantungku hampir gugur. Bagaimana tidak terkejut, datang dari arah belakang aku secara tiba-tiba dengan suara menggodanya. Eee, seram!
"Kejap lagi datang lah tu." Balasku kali kedua. Pengantin dijangka tiba tepat jam 12.30 tengah hari, namun tidak ditemui langsung batang hidung sehingga kini. Sudah sepuluh minit berlalu, apa pula masalah yang melanda mempelai ini?
Majlis ini, berbeza dengan majlis aku. Majlis ini dilakukan secara besar-besaran, sementara aku tidak. Sejujurnya, aku selesa melihat dekorasi yang ringkas tetapi menarik di dalam majlis ini. Kerusi chiavari yang berhias reben ini pun, sudah menarik perhatian aku. Apatah lagi dekorasi yang lain.
Eh, tiba-tiba minat wedding decorating ni sudah kenapa?
Jujurlah, bukan kerana aku minat. Ia memang cantik di mataku. Kanopi yang dihiasi lembayung atau 'underlayer' dan chandalier ini membuatkan seisi majlis nampak tenang sahaja. Banyak betul si Harith gunakan duitnya semata-mata untuk menghalalkan Lufya.
Dia, bekerja keras untuk menghalalkan orang yang dia sayang. Mungkin, mereka pernah melakukan kesilapan pada suatu masa dahulu, tetapi mereka pasti ada sesuatu yang baik sebalik kegelapan. Bumi pun, ada siang dan malamnya, ada gelap dan terangnya. Begitu juga manusia, ada baik ada buruknya.
Bunyi bising mula memasuki ruang telingaku. Kelihatan ahli kompang sudah memulakan alat muziknya menandakan pengantin dalam perjalanan ke mari, semakin kuat bunyi itu, semakin aku tahu mereka makin dekat.
"Ya, pengantin baru kita dah sampai!"
Suara DJ dari pembesar suara pula memasuki ke koklea telingaku. Mataku kini fokus ke ahli kompang, melilau sekiranya pengantin baharu menyorok di belakangnya.
Ya, itu pun dia!
Persalinan songket kuning diraja ini menampakkan Lufya cantik menyerlah, lebih dari biasa. Bunga tangan besi yang dipegang separas pinggang bersama dengan tangan kanan yang memegang tangan suami, mereka kelihatan seperti pinang dibelah dua.
Sama cantik, sama padan. Sumpah!
*
"Weh, sekejap je dah habis kan?" Lufya memeluk tubuh kecilku lama. Sejak baru-baru ini, perutku kelihatan buncit sedikit dari biasa. Biasalah, tinggal di kampung macam-macam aku dan umi masak. Silap haribulan boleh tambah lagi berat badan ni. Aku pula, malas bersenam orangnya.
"One day, kau akan rindukan semua ni, trust me." Kataku sambil membalas pelukan. Harith masih berada di sisi, membiarkan sahaja si isteri bersama kawan-kawannya. Mungkin lepas ini, sukar lagi untuk aku bertemu Lufya secara bersemuka, mungkin hanya mudah di dunia maya.
"Ya." Setelah bersalaman, Danial mengajak aku pulang. Malu lah pula berlama-lama di rumah orang. Sudah kenyang, apa lagi. Baliklah. Itu pun aku sudah berada di rumah ini sejak awal pagi hingga lewat petang hari ini. Lama sungguh.
"Sayang, jom." Tanganku ditarik lembut oleh Danial. Kami menuju ke kawasan parkir kereta, di bawah pokok yang agak rendang. Tidaklah panas sangat bila kami naik kerana telah terlindung daripada panas terik matahari.
"Dina nak majlis macam tu ke? Abang tengok, Dina macam berkenan je." Apabila menyedari kami sudah jauh daripada rumah Lufya, Danial memulakan bicara. Di bawah pokok mangga yang lebat buahnya. Nasib baiklah, tidak jatuh ke atas kereta sewaan kami.
"Dina memang suka. Suka sangat. Tapi, nak buat majlis macam tu telan duit banyak tau. Dina ... tak suka menyusahkan orang." Jujur aku. Tipulah andai aku berkata tidak mahukan majlis perkahwinan yang cukup meriah, dipenuhi hiasan serta pakaian yang cantik. Pelamin dan andaman, usah katalah. Meletop kebabom!
"Abang ... minta maaf sebab tak dapat bagi semua tu. Abang sebenarnya bukan tak ada duit. Abang masa tu terdesak sangat nak cari pengganti Farah. Abang rasa, untuk kahwin ganti ni kita tak perlukaan sebarang majlis. Cukup akad nikah je. Bila abang fikir balik, abang macam permainkan Dina. Dina tetap perempuan, Dina tetap isteri abang walaupun bukan orang pertama yang abang sayang."
Kata-kata kali ini, Danial hanya menggelarku 'Dina' dan bukannya 'sayang' lagi. Sampai sekarang, aku masih belum boleh mengerti apa sebenarnya yang Danial sembunyikan.
Aku ikhlas mencintai dia kerana Allah, benarkah di turut merasai perasaan ini? Adakah panggilan sayang itu, sekadar mahu mengaburi aku?
"Tak apalah, Dina tak pernah harapkan semua tu dari abang. Dina cuma nak, kita gapai bahagia sama-sama. Insya-Allah, sampai ke syurga. Please..." Rayu aku. Anak mata hazel Danial aku tenung lama, mengharapkan sesuatu dari si dia.
"Sebab dulu, niat abang lain. Sekarang lain. Bila abang letakkan tapak tangan abang ke dahi sayang, dunia abang ibarat berubah sekelip mata. Perlahan-lahan, abang dapat rasakan apa itu cinta yang sebenar."
"Cinta yang sebenar itu, cintakan Tuhan. Cintakan Allah. Bukan cinta manusia." Potong aku. Bibir merah delimaku melakar senyuman mesra.
"...dan cinta yang sebenar, takkan pernah hilang. Cuma kita yang hilang DIA. Tangga seterusnya, cintakan keluarga. Sayangkan keluarga lebih dari segalanya. Biar sakit mana pun diaorang buat kat kita, kita tak berhak untuk menyimpan dendam."
"Betul, abang." Aku mengangguk mengiyakan kenyataan Danial. Ternyata benar.
"Selepas tu, isteri. Isteri, orang yang sentiasa akan ada masa susah dan senang. Isteri ni, bidadari syurga suami. Abang sedar, cinta halal kita yang baru sebulan ni, lebih bermakna dari cinta abang dengan Farah bertahun-tahun lamanya. Wallahi, abang sebenarnya lebih bahagia dengan Dina daripada Farah."
"Abang ... terima kasih." Air mata terharu sudah bertakung di tubir mataku.
Danial sebenarnya cintakan aku, jangan risau.
"Kalaulah abang tinggalkan Dina satu hari nanti, Dina nak buat apa?" Soal Danial.
Cuak.
"H... Ha?" Sekali lagi, aku berpura-pura terkejut tidak menjadi. Kalaulah aku sedang minum air, boleh tersedak aku dibuatya.
"Abang tanya je."
"Abang, janganlah bagi soalan yang boleh rosakkan mood ni!"
"Okeylah. I have a special suprise to you. Wait for me, Irdina Safiya." Bisik Danial ke telingaku. Seperti biasa, dia sukakan teknik berbisik. Whisper is Danial.
"Suprise?" Mindaku mula tertanya-tanya apa pula perancangan Danial pada waktu-waktu seperti sekarang ini...
Danial, Danial.
Share this novel