"Seronok berjalan?" Belum sempat kami sampai ke pintu rumah Najmi telahpun menegur kami di pangkin kayu. Kurang asam boi punya abang.
"Abang janganlah merajuk sangat. Nah kami beli ais kepal milo kegemaran abang." Satu plastik kecil berwarna merah yang berisi ais kepal milo aku serahkan kepada Najmi. Kali ini abang yang dimaksudkan bukanlah Danial, tetapi abang kandungku Najmi.
"Thanks." Plastik yang membalut bungkusan itu dibuka dengan berhati-hati oleh Najmi. Takut tumpah pula isi di dalamnya. Perlahan-lahan sudu disua ke dalam mulut menikmati kesejukan ais kepal yang sampai sehingga ke tekak itu.
"Abang bila balik Selangor?" Sama seperti tadi, 'abang' yang aku maksudkan ialah Najmi.
"Malam ni." Jawabnya ringkas. Khusyuk sangat makan.
"Malam ni? Bawa motor tu elok-elok tau. Sayang sikit nyawa. Abang ingat Dina tak tahu abang pernah race dengan kawan-kawan abang? Bagitahu umi baru tahu. Kalau abah tahu ni, memang dia dah rotan dah abang." Pesan aku kepada Najmi. Aku tak mahu kehilangan lagi seorang ahli keluarga yang aku sayang. Aku hanya ada mereka.
"Janganlah bagitahu umi, kesianlah umi dah tua..." Rayu Najmi. Tahu pun mahu takut.
"Yelah, Dina tak bagitahu pun. Tapi abang pun sama lah, janganlah buat benda tu, please?... Tolonglah sayang nyawa abang.... Abang pun nak kahwin kan?" Rayu aku pula.
"Orang macam abang ni, ada ke orang nak?" Senyuman sinis dilemparkan kepada aku membuatkan aku takut. Seraya aku mengambil tangan Danial lalu menggenggam erat. Danial kan superhero aku, kalau Najmi mahu berbuat sesuatu, Danial ada.
Tetapi kan, sewaktu aku bersembang dengan Najmi, Danial hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata. Hanya sawah padi yang menghijau yang dia tenungkan.
"Abang ni pun satu. Tolonglah faham, semua orang Allah dah tentukan jodoh. Cuma bila je kita tak tahu." Setiap kali ayat itu jugalah yang aku ulang, tidak ada yang lain.
"Hish, iyalah." Tidak jadi Najmi ingin berlawan kata dengan aku. Sama seperti Danial, Najmi merenung kawasan bendang. Memang kalahlah kalau diajak berdebat dengan aku. Perempuan sentiasa betul, benar?
Aku sedang diapit oleh dua lelaki yang aku sayang. Satu suamiku, Danial. Satu lagi abang kandungku Najmi. Dua-dua aku sayang.
"Najmi, janganlah ikut emosi sangat... Nak cari jodoh boleh daftar kat app TillJannah ke? Alternatif kat dunia ni banyak tau. Tapi, kau betul-betul dah bersedia ke nak kahwin? Kau jangan ingat kahwin kahwin ni sekadar nak bermanja-manja sehari dua je." Danial yang diam sejak tadi mula bersuara. Bangga aku mendengar ucapan suamiku. Danial hanya membahasakan dirinya sebagai 'aku' dan Najmi 'kau' memandangkan mereka sebaya.
"Eh kau, boleh pula buat iklan TillJannah dekat sini." Najmi menggeleng kepalanya sebelum menyambung tuturnya; "Betul juga, aku belum sedia."
"Slow-slow Najmi.... Kau boleh." Aku perasan Danial dan Najmi sedikit kekok untuk berbual tetapi tidak apalah, tiadalah aku lihat mereka ini seperti dalam perang dingin sahaja.
"InShaaAllah..." Balas Najmi. Entah mengapa kalau aku yang cakap, Najmi asyik melenting sahaja. Kalau Danial pula, mudah sahaja Najmi diam dan akur. 'Men's talk' namanya....
"Dina. Abang doakan Dina dengan Danial berjodoh hingga ke akhir hayat..." Ucap Najmi sebak.
"Kenapa tiba-tiba je... Apapun, terima kasih. Dina tak pernah lupa doakan abang cepat dapat jumpa jodoh abang." Balasku. Danial hanya memberikan senyuman mesra.
"Sebab abang sayangkan Dina sama macam abah. Abah tak nak Dina terpilih orang yang salah, sama macam abang tahu. Sebab abang ialah abang kandung Dina, tanggungjawab abang untuk protect Dina sebelum Dina kahwin. Sekarang tanggungjawab tu dah berpindah kepada Danial, aku harap kau jaga adik aku baik-baik." Ujar Najmi panjang lebar. Sekali lagi sebak memenuhi ruang hatiku.
Aku nampak, Najmi. Aku nampak kesungguhan abang.
"O-Okey... Dina isteri aku. Aku janji akan jaga dia baik-baik." Tangan aku diraih lalu diusap lembut. Terharu aku dibuatnya apabila Danial mengakui aku isterinya.
"Abang, terima kasih sebab gantikan abah... Dina..." Ayatku terhenti di situ. Tidak mampu untuk aku zahirkan sambungannya apabila dadaku mula dipenuhi sebak.
"Sayang nak nangis ke ni?" Air mataku yang hampir ingin gugur diseka dahulu oleh Danial. Terkejut aku dibuatnya.
"Abang...." Aku renung dalam anak mata hazel Danial. Anak mata yang memberi sesuatu sinar keceriaan kepadaku setiap hari. Sebelum aku berkahwin dengannya aku perasan tentang mata bundar yang istimewa itu tetapi tidak berani untuk aku tenung dalam.
"Shhh... Janganlah menangis. Najmi loves you. Abang pun sayangkan Dina. Please, janganlah menangis, tak comel nanti..." Kepala aku diusap lembut lagi oleh Danial. Terasa sesuatu kasih muncul kembali.
"Kami berdua sayangkan Dina, tahu tak." Najmi mengukir sekuntum senyuman mesra, ikhlas datang dari hati kecilnya. Bahagia. Itulah yang aku rasa. Dikelilingi oleh orang yang aku sayang, semestinya bahagia yang aku rasakan.
"Hangpa berceloteh apa tu?"
Suara dari belakang mengejutkan kami bertiga. Tersentak dibuatnya.
Umi rupanya.
"Tak ada apa-apalah umi. Saja je." Belum sempat aku mengemukakan jawapan terlebih dahulu Danial menjawabnya.
"Umi dah dengaqlah." Umi melabuhkan pumggungnya ke pangkin kayu yang muat sehingga lima orang itu. "Najmi, hang toksah rasa bujang tu satu kesilapan besaq... Tu takdir. Takdir. Umi yakin, satu hari nanti Najmi jumpa juga bini hang..."
Diam. Najmi diam tanpa sepatah kata. Sudah aku agak, kalau dengan sesiapa sekalipun memang ayat itulah yang akan keluar, tiada yang lain. Tanyalah mana-mana orang sekalipun, pasti jawapannya sama sahaja.
*
"Comelnya dua si kenit ni, rasa nak babap je..." Rambut lurus lagi lembut Nawal Kamilia dimain-main oleh Khaireena.
Farah hanya tersenyum dari jauh sambil memerhatikan dua anaknya bersama auntie baru mereka. Khaireena dengan rela hati mahu menjadi pengasuh kepada Aisyah dan Kamilia. Walaupun bayaran upah yang diberikan Farah tidaklah banyak mana, tetapi cukuplah untuk dirinya menyara hidup di dunia ini. Sudah dapat tempat tinggal percuma pun sudah bersyukur.
Kini masanya untuk tutup buku lama, buka buku baru. Usah diungkit kisah silam yang menyimpan sejuta kedukaan, cukuplah dipandang masa hadapan yang menyimpan bahagia yang akan dikecapi, dengan izin Allah.
Jika menjadi pengasuh kepada dua anak ini adalah sesuatu tanggungjawab, Khaireena rela untuk melakukannya dengan penuh amanah. Kenapa perlu kerja haram sedangkan kerja halal di depan mata?
Farah duduk di sofa sambil tangannya memicit butang alat kawalan jauh televisyen. Kali ini bolehlah dirinya bersenang-lenang memandangkan si dua permata sudah ada auntie baharu. Biarlah mereka sibuk dahulu bermain dengan auntie Erin mereka.
"Auntie Erin, Lia nak jelly tu." Kamilia melompat-lompat mencapai sebungkus jelly yang terletak di atas meja. Kanak-kanak empat tahun, normallah untuk tidak sampai mencapai sesuatu yang tinggi.
"Jelly tu? Kena tanya mama dulu." Serba salah untuk Khaireena tidak menunaikan hasrat si kecil. Kasihan melihat muka comel teramat mereka.
"Mama! Nak jelly! Nak jelly!" Lengan Farah ditarik kasar oleh dua anak. Merayu mahukan jelly yang terletak di atas meja.
"Aisyah, Lia. Mintalah elok-elok dengan mama. Tak baik macam tu tau..." Pesan Erin. Melihat Aisyah dan Kamilia yang bahagia dengan keluarga walaupun tanpa seorang ayah, Khaireena mengenangkan nasib dirinya. Dibesarkan tanpa keluarga, bukanlah perkara yang pelik bagi Erin.
Kata-kata Khaireena langsung tidak diendahkan oleh dua cahaya mata sebaliknya mereka terus memaksa Farah.
"Mama, nak jelly! Nak jelly!" Lengan Farah ditarik lebih kuat dari sebelumnya.
"Tak boleh! Tak payahlah buat mama macam ni, mama stres tahu tak!" Tiba-tiba sahaja Farah melenting. Entah kenapa fikiran wanita itu kacau secara tiba-tiba ditambah lagi dengan dua anak yang merayu-rayu tanpa henti. Memang penat.
Farah terus beredar dari situ tanpa mengendahkan Khaireena mahupun Aisyah dan Kamilia. Pintu bilik dihempas kuat lalu Farah membaringkan badannya ke atas katil empuk. Pandangannya dihalakan ke atas, merenung kipas yang berpusing. Oleh kerana kipas dibuka pada tahap kelajuan maksimum, memang tidak dapat dilihat langsung bilahnya. Yang kelihatan hanya sebuah bulatan dan bilah yang berpusing tanpa henti, tanpa penat.
Jiwanya terasa tidak aman. Seperti merindukan seseorang. Sebulan lebih sudah dia tidak bertemu lelaki itu, demi menjaga hatinya sendiri. Tipulah andai Farah tidak berasa rindu kepada Danial. Kalaulah ayahnya memberikan lampu hijau tempoh hari, pasti dia sudah menjadi isteri solehah buat Danial.
Share this novel