Bab 38

Romance Series 27572

"Jangan demam. Nanti .... Abang...." Belum sempat Danial menghabiskan ayatnya, terlebih dahulu aku potong pantas.

"Dina tak demamlah. Abang ni...." Aku tersenyum sahaja melihat gelagat Danial. Serius, hari ini aku penat. Tidak larat untuk melayan kerenah Danial lagi. Balik pun, mahu tidur sahaja. Seharian di rumah Lufya, begitu memenatkan.

Maafkan aku, Danial. Hari ini, aku penat sangat.

"Tak apalah, tidurlah. Abang bukan apa, abang risau Dina terlalu penat je. Tolong orang pun, tolonglah. Tapi jangan lupa kesihatan diri. Jangan jadi macam abang." Pesan itu terngiang-ngiang di telingaku.

Abang, ampunkan Dina.

"Jangan jadi macam abang? Maksud abang?" Soalku hairan. Kenapa pula? Aku lihat dari mata kasar, Danial happy go lucky sahaja. Tiada yang pelik. Namun hati, siapalah yang tahu kan.

"Abang dah pernah cerita dulu. Tak ingat?"

"Pernah ke? Tak ingatlah." Kataku dalam keadaan mamai. Terasa mengantuk sangat sehingga tidak dapat mengawal diri. Mungkin diri aku, sekejap berada di alam mimpi, sekejap berada di dalam dunia realiti. Suara Danial pun, aku tidak dapat dengari dengan jelas.

"Abang dah pernah ceritalah haritu. Masa kita voice call sebelum tidur. Sayang tak ingat?" Suara husky itu berbisik di telingaku. Sampai, sampai jauh ke dalam otak.

Sejak bila pula Danial cerita?

Serta-merta otakku ligat memutar kembali adegan yang telah berlaku beberapa minggu lalu. Sakit, pening untuk mencuba mengingati kisah lama yang hampir terpadam disebabkan aku yang sedang letih teramat.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Ya, aku dapat ingat! Ada Danial menceritakan tempoh hari. Pedih dan dalam makna bagi setiap perkataan yang disebut Danial.

Pedih, pedih sangat.

*Imbas kembali*

"Abang ... ada penyakit, sayang." Suara serak-serak basah itu terhenti di situ sahaja.

Penyakit apa, Danial cintaku?

"P-Penyakit apa, abang?" Jantungku berdegup kencang. Rahsia gelap dan sulit Danial ialah...

Sakit?

Tidak, aku perlu mengetahuinya dahulu sebelum berkata. Nafas aku tarik sedalamnya, bersedia mendengar apa sahaja yang akan diucapkan Danial. Berkahwin dengan dia, ibarat berkongsi seluruh jiwa. Sakit, senang, bahagia dikongsi bersama, berdua selamanya.

"Janganlah risau, bukannya penyakit kronik pun. Cuma dulu abang terlalu ambil mudah, kesan dia hari ni baru boleh tengok."

Danial.

"Abang .... Kenapa ni? Bagitahu lah. Janganlah berahsia dengan isteri sendiri...." Jantungku berdetak laju biarpun aku redha segala ketentuan takdir. Bukan aku tidak mahu menerima takdir, cuma aku risau aku akan kehilangan Danial.

Kita berkenalan baru sebentar, Muhammad Danial. Aku takut, Allah akan mengambil nyawa suamiku.

"Abang ... tak tahu nak cakap macam mana. Tapi sayang kena terimalah. Bukan semua orang tahu, hanya orang yang teristimewa di hati abang je yang tahu."

Cintaku, jujurlah. Biar apa yang mendatang, aku tetap cintakan kau sepenuh hati.

"Dina tahu tak? Dulu, abang pernah digelar tak waras, gila, tak boleh berfikir dengan baik. Masa tu, semua orang pulaukan abang. Dari zaman sekolah, sampailah sekarang. Bayangkan, hidup dengan berjuta manusia kat sekeliling tapi orang tak layan kita, pulaukan kita."

"Pu... Pulaukan?" Aku menarik nafas lembut sekali lagi. Sukar betul oksigen segar mahu masuk ke dalam tubuhku disaat sebegini. Seolah-olah, aku turut merasakan pedih yang dirasakan Danial.

"Sebab kita sentiasa dihimpit oleh toksik, sayang. Kadang-kadang, abang berusaha keras untuk orang, tapi bila sampai giliran kita tak ada pun semua tu. Abang dihimpit dengan toksik dari kecil lagi, keluarga yang menyusahkan, kawan yang sekadar menjatuhkan. Sampailah, abang jadi macam ni."

"Keluarga toksik? Di ... Dina tengok keluarga abang okey je?" Gagap suaraku membalas suara dari telefon pintar itu.

"Dari luaran, manalah tahu. Abang, cemburukan Dina mula-mula dulu. Dina ada sebuah keluarga bahagia, abang pula sebaliknya. Abang cuba untuk menunjukkan rasa sayang abang pada keluarga, tapi semua tu tak dihargai langsung. Hidup abang penuh dengan cemburu, kecewa, sedih, luka yang masih berdarah dan tak tahu bila nak sembuh."

"Kenapa abang nak cemburu? Sekarang, keluarga Dina pun keluarga abang juga. Kita kongsi semua benda, termasuk keluarga." Balasku tenang. Ingat penyakit apalah tadi, cumanya aku kasihan kepada Danial.

Nasib dia dan aku berbeza. Namun perkahwinan ini, akan menyatukan kita bersama. Insya-Allah. Dengan izin Allah. Bahagia milik kita.

"Kita terlalu baik untuk orang, sekali orang tikam belakang. Sakit, pedih."

Abang,...

Tipulah andai aku tak pernah merasa bagaimana ditikam belakang. Aku faham, keadaan aku tidak seteruk Danial. Aku, seorang yang tenang dan mudah lupa kesilapan yang lalu manakala Danial mungkin sebaliknya. Aku tidak boleh samakan aku dan dia, kerana manusia diciptakan berbeza-beza.

Dan perkahwinan, diciptakan untuk saling melengkapi kekurangan pasangan. Baik buruk dia, aku mesti terima. Baik buruk aku juga, dia harus terima.

"Abang harap, sayang terima baik buruk abang, sisi gelap abang. Abang masih dalam proses untuk kenal sayang sepenuhnya. Abang harap, sayang orang yang kuat dan tabah macam Farah. Bila sayang setuju nak kahwin dengan abang, sayang kena tahu, semua benda kita kena kongsi. Termasuk tempias kejian dan makian orang." Kata-kata itu terhenti di situ.

Ya, aku sudi. Aku akan terima. Bukan kerana cinta itu buta, tetapi kerana keikhlasan hati sendiri. Hati yang tulus mencintai, tiada siapa berhak menafi.

"Abang ... pilih PJJ sebab abang tak nak libatkan sayang dalam hal ni. Sayang tak berdosa, abang rasa bersalah dengan sayang. Apatah lagi menanggung malu ajak kahwin ganti tiba-tiba."

Aku ketawa kecil sambil berkata, "Ya Allah abang, kenapa nak malu? Kalau dah ditakdirkan kita berjodoh, tak boleh nak lari tau. Abang sendiri yang kata haritu kan? Jadi, sebab tu ke abang tak bagi Dina ikut abang? Tapi takpelah, Dina pun kena jaga permata Dina yang seorang tu. Umi."

"Ye, sayang. Abang ... minta maaf."

"Tak apa lah, abang tak salah pun." Balasku mesra. Bahagia mendengar suara garau manja itu walaupun hanya berhubung melalui telefon pintar. "Dina percaya pada qada' dan qadar Allah. Semua ni, ada hikmah. Dina yakin sangat-sangat."

"Abang, tetap tak bersedia nak bagi sayang rasa kesusahan abang. My suffer is mine, not yours baby. Abang ... tak sanggup."

"Abang, banyak kali dah Dina cakap, Dina akan okey. Insya-Allah."

"Sebenarnya abang memang gila pun. Abang benci makan ubat yang psikiataris bagi. Kadang-kadang, abang rasa nak campak ubat tu. Semua orang kata abang gila, hanya sebab ubat bodoh tu."

"Ya Allah .... Kenapa orang cakap macam tu? Abang tak gila! Abang manusia biasa, ada kesilapan macam Dina pun. Jadi ni 'sakit' abang?" Soalku serius. Kali ini, kasihan aku mendengar suara itu.

Kegelapan kehidupan mengahantui Danial. Kenapa aku tidak tahu? Kenapa?

"Abang harap, Dina terima baik buruk abang, sisi gelap abang. Mungkin, orang yang familiar dengan abang je, abang akan bagitahu. Mula-mula, abang takut sangat nak jujur dengan Dina. Bila fikir balik masak-masak, Dina isteri abang. Dina layak untuk tahu."

Kenapa? Kenapa Danial begini? Kenapa Danial yang sedang dalam panggilan waktu ini berbeza dari Danial yang sebelum ini?

Manusia ini, perangainya berubah-ubah.

*Tamat imbas kembali*

*

Pancuran air suam segar membasahi tubuhku yang dingin kerana penyaman udara yang dipasang pada suhu paling minimum malam tadi. Di sini, subuh masuk awal, kira-kira jam 4.30 pagi. Nasib baiklah aku tidur awal semalam, kalau tidak sukar untuk bangun disebabkan aku selalu bangun jam 6 pagi tepat.

Setelah selesai membersihkan diri pada awal pagi, pintu bilik air aku buka dari dalam lalu melihat Danial sudah menunggu di luar. Lelaki yang sidah berlilit tuala itu aku pandang lama, malu-malu kucing.

"Seronok tengok?"

"Ha?" Aku berpura-pura terkejut sambil mengalih pandangan. Eh encik suami, suka-suka hati sahaja kata aku sedang mencuci mata ye? Huh.

"Cakap jela kalau suka. Abang nak mandi dulu." Lelaki itu meninggalkan aku lalu masuk ke dalam bilik air yang kosong. Aku menghembuskan nafas lega walaupun jantung ini masih berdegup kencang. Bila mahu berhenti pun, masih belum aku tahu.

Sebentar.

Mengapa perlu aku takut?

Sudahlah, lupakan sahajalah. Telekung putih bersih bersulam di bahagian bawah ini aku keluarkan dari beg lalu menyarungkannya. Sejadah yang sudah diberi oleh pihak hotel aku bentang di atas karpet, sudah bersedia untuk menunaikan solat.

"Sayang nak sembahyang ke? Tunggu abang!"

Suara yang muncul dari dalam bilik air itu mengejutkan aku. Mana tidak terkejut, pandai sahaja meneka perbuatan aku. Mahu tidak mahu, aku terpaksa tunggu Danial untuk mengimamkan aku.

Tombol dipulas dari dalam. Mataku kini memandang tepat ke arah tubuh Danial yang berbalut tuala putih milik hotel. Ya Allah, sekali lagi aku tertengok. Hish!

Awak seksi.

Aku menggelengkan kepala laju. Melupakan sebentar apa yang aku lihat tadi.

"Tadaa!"

"Eh, cepatnya?"

Kini Danial sudah siap dengan persalinan baju melayu serta kain pelikat hitam. Ya Allah, segaknya. Terlalu indah untuk menjadi tatapan mata wanita lemah sepertiku. Sekali lihat sahaja, boleh lebur seperti ais yang disiram air panas.

"Am I handsome baby?" Kami masih mengekalkan jarak, tidak mahu wuduk yang sudah diambil terbatal.

"Y... Yes." Dengan gagap dan perlahan aku menyatakan jawapan. Seram sejuk bila Danial berbisik.

"Solat dulu." Sehelai sejadah berwarna hijau dibentangkan di hadapan tikar sembahyangku. Bibir merahku terlakar senyum sahaja melihat aksi Danial.

Setiap bacaanku, aku hayati sedalam-dalam ertinya apatah lagi apabila mendengar alunan merdu ayat suci Al-Quran daripada suami sendiri. Terharu.

Kenapa Allah uji dia sedangkan dia manusia yang baik, jaga solat, beriman dan langsung tak melupakan Tuhan biarpun hidup dihambat permainan emosi yang parah.

DIA uji, kerana DIA sayang. Benarkah?
             

Assalamualaikum <3 Deena kembali semula selepas dua hari berehat... Sorry tak dapat tunaikan janji untuk publish buku baru, ada sebab tertentu. Bab kali ni agak hambar, sebab tengah writer block :( Sorry ya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience