Bab 2

Romance Series 27539

"Dina. Berangan lagi!" Hidung aku dicubit Lufya. Nampak sangat dia sudah geram. Aku ketawa kecil di dalam hati.

"Tadi, hang yang suruh berangan. Ni dah berangan betui-betui tak boleh pulak!"

"Hurm, nampaknya memang dah bau-bau nasi minyak ni... Dah ada calon ke?" Lufya tersenyum nakal.

"Eh, mana ada. Dina muda lagi, Dian taknak kahwin. Dina nak enjoy zaman bujang ni lama-lama sikit. Esok lusa dah ada anak laki dah tak ada me time..." Ya, mungkin ada benanrya apa yang aku katakan. Ramai orang sekarang terlalu kemaruk hendak berkahwin muda. Esok lusa pula, stres disebabkan hidup hanya dikelilingi orang yang sama. Bukan tidak biasa berlaku. Biasa. Sangat biasa.

"Muda lah sangat. Hang pi lah kahwin dengan putera dalam mimpi tu. Semuanya tampan belaka, baik pulak orangnya. Nak cari kat dunia realiti ni, dah pupus dah, dah pupus. Semuanya jenis buaya. Dasar buaya!" Lufya bangun mengangkat tangannya seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang sedang mengangkat tangan tanda merdeka.

"Harith tu buaya jugaklah?" Sengaja aku mahu menaikkan api kemarahan Lufya. Harith, siapa lagi kalau bukan teman lelaki Lufya. Dia cakap aku ni bau nasi minyak, dia tu lagilah bau!

"Emmm, sat." Lufya diam tanda dia kalah. Aku ketawa. Ya, aku menang lagi kali ini.

"Tahu pun..." Akhirnya Lufya mengaku kalah juga.

"Kalau macam tu, kita buat satu challenge nak?" Lufya tiba-tiba bersinar bagaikan ada panahan petir di otaknya.

"Challenge apa pula?" Aku mengerutkan dahi tanda tidak faham. Cabaran apa pula kali ini, Lufya?...

"Challenge apa ni? Nak join!" Sarah tiba-tiba datang dari arah belakang.

"Ha join la Sarah. Challenge dia macam ni, cabar diri sendiri cari prince charming untuk jadikan suami. Siapa paling cepat kahwin, dialah yang menang." Ujar Lufya.

Aku dan Sarah ternganga. Cabaran apakah ini?... Lain macam....

"Jadi, hangpa terima atau tak?"

"Terima." Sarah menghentak meja tanda bersetuju. Mudah pula si Sarah ini bersetuju dengan cabaran Lufya ini.

"Dina, setuju ke tak?..."

*

"Berapa kali aku nak pesan, semak dulu sebelum hantar kat aku!" Danial menhentak mejanya. Apa lagi kaalu bukan lelaki itu stres. Stres kerana tanggungjawabnya yamg terlalu pelbagai.

"Danial. Calm down. Ingat Allah." Wanita cantik bergaya bernama Farah itu cuba memujuk teman lelakinya daripada mengamuk lagi. Ya, bukan tidak tahu Danial sebenarnya mempunyai masalah mental yang tidak mampu mengawal dirinya sendiir ketika stres melampau.

Disebabkan itu semua orang menjauhi Danial kecuali seorang wanita bernama Farah. Danial terlalu istimewa untuk Farah. Disebabkan itu Farah memilih untuk setia dengan Danial walaupun bertahun lamanya.

"Terima kasih, Farah. Awak je yang ada ketika saya susah... Saya kecewa.... Semua orang tinggalkan saya." Danial memandang Farah.

"It's okay, dear. Kalau awak rasa stres sangat, why not kita pergi bercuti? Pergi menenangkan diri tengok alam semulajadi yang Allah ciptakan...." Farah memberi cadangan.

"Bercuti... Di mana?" Danial kehairanan.

"Di mana-mana yang awak suka. Kita ada pulau, pantai, sungai, hutan dan banyak lagi. Kalau nak pergi luar negara pun, rasanya awak mampu kan? Pergilah merantau ke tempat orang. Pergilah cari diri sendiri." Farah memberi senyuman manis kepada Danial.

"Ya, betul tu. Sebelum tu, saya ada satu perkara nak cakap dengan awak. Itu pun kalau awak nak lah." Kali ini nada suara Danial kedengaran serius.

"Apa dia?" Farah memandang Danial serius.

"Kita kahwin. Saya dah lama nak cakap. S-Saya nak kita kahwin." Danial melepaskan isi hatinya dengan tergagap-gagap. Jantungnya berfldegup kencang hingga hendak tercabut! Harap penerimaan Farah baiklah.

"Apa? Kita kahwin?" Farah tersengih. Biar betul?

*

"Nah." Lufya menghulurkan sekeping sampul yang aku tidak tahu apa isinya. Aku pun terima sahajalah, sudah diberi.

Isinya aku buka perlahan. Ya, isinya sekeping kad bersaiz 4 x 6 inci dengan warna yang ceria menarik perhatianku.

Raikan Cinta
Lufya & Harith

Aku tercengang. Tarikhnya 2 bulan lagi. Kau tak bergurau kan, Lufya?...

"Lufya.... Hang biar betui.... Awat tak habaq!" Aku masih tidak dapat terima kenyataan. Lufya sudah mahu membina rumahtangga? Seriously?

"Betullah, tengok alamat tu, dekat Sabah, kampung aku. Majlis belah lelaki pulak kat Sarawak, kampung si Harith. Kami tak buat majlis tunang, terus nikah je." Jawab Lufya. Aku memeluk Lufya. Bangga aku dengan teman serumahku ini. Tidak sangka hubungannya dengan Harith itu benar-benar serius dan mahu dibawa ke jinjang pelamin.

Tidak apa, asalkan aku masih ada Sarah kalau suatu hari nanti Lufya meninggalkan rumah ini.

"Aku menanglah challenge kita ni?" Lufya menepuk bahuku. Pipiku terasa berbahang. Ya, tidak lain tidak bukan, aku rasa tercabar. Tercabar dengan Lufya. Patutlah Lufya beriya sakan mahu membuat cabaran itu, rupanya dia sudah pasti akan menang.

Huh, mana aci!

"Dak pa, hang tunggu... Mana tau kami potong Q ke, manalah tahu kan..." Aku ketawa sinis. Sebenarnya aku langsung tidak ada calon, apatah lagi mahu mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat. Jauh sekali.

Lufya pula berasa bahang. Tercabar? Macam itulah yang aku rasa. Sekarang, masing-masing berasa tercabar dengan api yang dinyalakan sendiri. Huh.

"Siapa bakal laki hang?" Mata kuyu Lufya membulat. Padan muka!

"Rahsia... Biarlah rahsia dulu... Habaq awal-awal nanti dak misteri la ni...." Aku tersenyum nipis. Ya, aku berjaya kenakan Lufya.

*

"Saya tak paksa awak, Farah. Kalau awak tak sudi, tak apa. Lagipun saya tahu saya orang yang macam mana...." Danial memandang Farah. Sehingga kini dia masih tiada jawapan tentang persoalan lelaki itu walaupun sudah seminggu berlalu.

"S-Saya...." Farah memejamkan mata.

Danial terus menanti dengan penuh pengharapan. Berharap wanita yang telah bertakhta di hatinya ini akan bersetuju. Mungkin Farah akan terkejut, tetapi inilah jalan terakhir untuk menghalalkan hubungan yang haram. Dengan berkahwin. Danial asyik angau dengan Farah, jadi apa salahnya dia menghalalkan Farah?

"Boleh kita teruskan percutian kita dahulu sebelum saya membuat keputusan? Lagipun, saya perlu tanya dengan keluarga saya dahulu." Farah masih menolak untuk memberitahu perkara sebenar. Dia masih takut untuk menjelaskan semua itu kepada Danial.

"Okey." Nampaknya, bukan hari inilah Danial akan mendapat jawapan daripada Farah. Nasib baiklah Danial ini sabar orangnya.

"Danial, saya harap awak tak kecewa kalau saya beritahu...." Gumam Farah dalam hati kecilnya. Mungkin bagi sesetengah orang ia bukanlah sesuatu yang memalukan, namun ya bagi sesetengah lelaki.

"Awak.... Awak boleh janji dengan saya?" Farah meminta kepada Danial.

"Janji apa?" Danial memberikan senyuman manis kepada Farah. Hanya wanita ini yang mampu menenangkan jiwanya selain berteleku di atas sejadah memuji Allah yang maha esa.

"Awak.... Tolong jangan skip ubat awak tu... Awak ingat, berkahwin ni bukan sesuatu yang ringan, bukan sekadar untuk memuaskan nafsu. Perkahwinan ini tanggungjawab." Farah mengeluh panjang. Tidak mahu kejadian sama yang menimpa dirinya berulang kembali. Dia sudah serik menjadi permainan ayahnya!

"Ya, saya tahu. Saya janji, akan jaga awak sampai akhir nafas saya. Saya akan pimpin awak ke Jannatul Firdaus, InShaaAllah."

Farah masih menunduk memandang lantai. Dia masih merenungkan nasibnya beberapa tahun lalu. Dia kecewa. Sungguh kecewa.

Farah berharap, jika ditakdirkan jodohnya dengan Danial, berharap kali ini yang terakhir. Tidak sanggup lagi untuk menempuh kekecewaan dan kedukaan lagi.

Share this novel

Nur Rin
2021-01-24 09:05:52 

,


NovelPlus Premium

The best ads free experience