Bab 5

Romance Series 27539

Cincin merisik yang tersemat di jari manis Lufya Ibrahim dibelai lembut. Cincin itulah tandanya dia bakal menjadi isteri kepada Harith Affan setelah tiga tahun saling mengenali. Ia bukanlah cincin tunang, tetapi hanyalah cincin merisik daripada pihak lelaki.

"Tak lama lagi, aku bakal jadi 'ISTERI' Harith, aku kena ingat tu. Jaga ikhtilat, elakkan kawan berlebihan dengan lelaki." Bisik hati Lufya sendiri.

Hakikatnya, memang Lufya tidak akan terjangka Harith mengajaknya berkahwin begitu cepat. Hati Lufya semakin gelisah, memikirkan apa yang bakal berlaku dalam hidupnya nanti.

Mungkin dia akan memenangi cabaran itu, namun tidak semestinya dia akan 'menang' dalam menghadapi dugaan rumahtangga apabila telah berkahwin nanti. Ada yang sampai bercerai-berai dan sebagainya. Tidak, Lufya takkan menjadi seperti itu!

"Aku ni, banyak fikir buruk sangat ke?.."

*

Nampaknya, kak Farah tidak jadi mengajakku ke rumah paklong untuk meminta kebenaran untuk berkahwin. Sibuk katanya.

Hari ini aku memakai baju kurung bercorak batik serta tudung bawal kapas berwarna kuning air. Aku sentiasa setia dengan tudung bawal, tidak pernah mengenakan tudung jenis lain, sama juga seperti aku setia kepada seseorang walau apa pun yang berlaku. Eh, cia cia cia...

Jangan mimpilah, calon pun tiada ada hati nak setia hingga ke hujung nyawa konon!

Hari ini hari Ahad. Kalau di Kuala Lumpur, pastilah hari cuti kan? Tetapi tidak di sini. Hari Ahadlah hari yang kami perlu bekerja, murid-murid pula bersekolah.

"Sarah, hang ni comei la.." Lufya yang sudah siap berpakaian baju kurung mencubit pipi si Sarah yang gebu. Sarah memang sedikit tembam, ditambah pula dengan tudung dua lapis labuh yang dikenakannya, cukup menampakkannya seperti ustazah yang mengajar di sekolah dahulu.

"Auchh.... Sakit la! Nanti ada suami, cubit la pipi suami tu. Tak pasal-pasal aku jadi mangsa." Sarah membalas semula perbuatan Lufya. Aku menggeleng kepala melihat keletah dua rakan serumahku yang tidak ubah seperti kanak-kanak baru masuk tadika ini.

"Hello, lambat lagi nak tunggu pakcik suami tu, dua bulan lagi. Alang-alang, cubit la dulu pipi si gebu ni." Mereka berdua ketawa. Beruntung aku dihadiahkan dua sahabat yang 'masuk air' dan ceria ini. Tiadalah hari-hariku suram sahaja.

"Wow, pakcik suami. Untunglah hang, dapat kahwin muda. Aku ni, tak tahulah laku ke tak laku." Sarah berpura-pura merajuk di hadapan Lufya.

"Yelah tu, Ustaz Saiful tu bukan suka dekat kau ke? Tapi ye tak ye jugak, kenapa tak lamar je terus?" Usik aku. Semua orang tahu tentang Ustaz Saiful, imam surau kawasan perumahan kami yang menyimpan hati kepada Sarah.

"Ustaz Saiful? Sorry sikit, dah tua. Tak layan, okay!" Sarah menepuk bahuku sambil mencebik. Tahu pun.

"Okay, balik nanti kita sambung. Aku nak pergi dulu." Kami semua bergerak menuju ke tempat kerja masing-masing. Nampak sahaja aku kelihatan tenang tetapi dalam hati, wallahualam. Hanya Allah yang tahu.

Panas panas panas!

*

"InShaaAllah, sayang. Mama gembira anak bujang mama nak kahwin. Janda pun tidak apa, bukannya takkan bahagia kalau berkahwin dengan janda." Puan Rozita memegang kedua-dua tangan Farah dengan erat. Danial hanya menyaksikan sahaja detik indah itu di depan matanya. Syukur Alhamdulillah, mama dan papa Danial bersetuju untuk memenantukan Farah.

Farah tersenyum simpul. Tidak lain dan tidak bukan, dalam hatinya masih dipenuhi 1001 tanda tanya. Mengapa ibu bapa Danial melayannya dengan begitu baik? Mudahnya mereka bersetuju?

Pelik. Pelik dan misteri. Selalunya ibu bapa pasti tidak sukakan si anak bujang berkahwin dengan janda. Apatah lagi Danial itu satu-satunya anak teruna kedua pasangan itu.

Sudah tujuh hari berturut-turut Farah menunaikan solat istikharah namun masih tiada tanda daripada Allah, Tuhan yang maha esa.

"Aunty...." Farah memanggil Puan Rozita lembut.

"Kenapa sayang? Tak perlu panggil aunty, panggil mama je. Farah nanti akan jadi menantu mama juga..." Balas Puan Rozita mesra. Gembira bukan kepalang mengetahui anak tunggalnya bakal berkahwin. Mungkin wanita inilah, yang mampu mengubah anak tunggalnya itu.

Mereka bukanlah keluarga kaya, tetapi punyai keluarga yang bahagia. Berbeza dengan dirinya, miskin dan tidak bahagia. Apakah nasib dirinya sebegini? Berkali-kali Farah ingin bertanya kepada Allah, namun tidak dapat juga jawapannya.

Bertabahlah seorang hamba, ini semua ujian daripada-Nya...

"M-Mama, betul ke mama nak Farah jadi isteri Danial?" Soal Farah dalam gagap.

"Betul sayang, kita merancang tetapi Allah menentukan segalanya..." Sudah lama Puan Rozita menginginkan anak perempuan, apatah lagi anak perempuan seperti Farah, yang sentiasa lemah lembut dan sentiasa menjaga tutur katanya.

Tiba-tiba air mata Farah bergenang. Masih ada orang yang sayangkan dirinya selama ini. Ingatkan, semuanya sudah musnah!

"Awak, kenapa menangis?" Danial mula menyedari bakal isterinya mengalirkan air mata. Air mata terharu.

Lampu hijau sudah diberikan oleh keluarga pihak lelaki, apa pula kata ayahanda si pihak perempuan? Dialah yang bakal menjadi wali Farah nanti.

*

"Dina..." Kak Anggun menegur aku yang sedang menghirup air sirap yang dibeliku tadi.

"Eh, akak. Kenapa?" Lama sudah tidak aku jumpa si kakak angkatku ini. Aku, Lufya dan Sarah menggelar kak Anggun sebagai kakak angkat kerana hanya dia satu-satunya bekas teman serumah kami yang lebih tua tiga tahun daripada kami bertiga.

"Tak ada apalah, saja ajak Dina sembang. Dina free kan?" Ujar Kak Anggun lembut, sopan santun.

"Dina okey je akak. Lagipun dah lama tak jumpa akak. Satu pejabat, tetapi susah hendak jumpa disebabkan kami bekerja di bahagian berlainan. "Anyway, rumahtangga akak okey ke?"

Kak Anggun diam. Silap juga, kenapalah aku pergi tanya soalan peribadi macam ni. Aduhai...

"Akak, Dina minta maaf, terlepas kata pula. Tadi Lufya dengan Sarah asyik cakap pasal kahwin je, sampai semua benda nak dikaitkan. Maaf tau akak..." Berkali-kali aku memohon maaf. Huh, semua salah si Lufya lah ni, mentang-mentang dia bakal menjadi isteri orang, tak jaga hati orang 'single' ni.

"Err, tak apalah. Bukan salah Dina pun." Mudah sungguh kak Anggun melupakan kata-kataku yang terlepas tadi. "Sebenarnya, memang akak ada masalah. Akak dengan abang Azim asyik bergaduh sahaja, lepastu abang Azim terus tinggalkan rumah. Dah dua hari tak balik, risau akak dibuatnya. Akak bukan apa, tapi...."

"Kenapa, akak?..." Aku lihat wajah berseri kak Anggun tidak lagi kelihatan serinya. Semuanya pudar jua.

"Akak bukan nak bersangka buruk dengan suami sendiri.... Tapi nanti Dina kahwin, Dina tahulah...." Ayat itu tergantung. Tergantung sepi tanpa jawapan. Seribu tanda tanya bermain di fikiranku. Apakah sebenarnya maksud kak Anggun ini?...

Aku tidak mengerti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience