Bab 6

Romance Series 27539

"Keluarga saya dah bincang. Kalau keluarga awak setuju, keluarga saya nak kita nikah cepat-cepat, dalam tempoh enam bulan dari sekarang." Ucap Danial sambil duduk di sebuah bangku di taman rekreasi kawasan perumahannya. Memang sudah dijanji untuk bertemu dengan Farah di sini untuk membincangkan hal perkahwinan mereka.

"Enam bulan? Tak ke cepat sangat tu?" Terkejut Farah mengetahui bakal keluarga mentuanya bersetuju untuk mengahwinkan anaknya dengan dirinya dalam hanya tempoh enam bulan. Mengapa perlu sepantas ini?

"Mama tak nak kita berkawan lama-lama, tak baik...." Balas Danial perlahan. Ada benarnya apa yang dikatakan Danial. Tidak elok juga bercinta lama-lama tetapi melengahkan perkahwinan, seronok dapat, ha dosa pun dapat sekali.

"Awak. Kita tak jumpa ayah saya lagi. Saya takut...." Bisik Farah. Mungkin semua orang telah bersetuju, kecuali si ayah yang masih tidak tahu khabarnya. Sihat atau sakit pun dia tidak tahu.

"Awak takut apa? Kalau ayah awak nak serang awak, ni ha saya tolong. Saya lemah di mata orang lain je. Depan awak, sayalah 'hero' awak. Saya akan pimpin tangan awak ke syurga. Tapi sekarang ni tak boleh pegang, nanti dah kahwin baru boleh." Danial menunjukkan lagak seperti hero kepada Farah.

"Awak ni, romantik la. Harap bila dah kahwin pun, macam ni la. Dua kali saya kahwin, dua-dua bekas suami saya layan saya ni macam pelacur je. Saya harap kalau kita berjodoh, awak tunaikanlah semua janji tu, jangan sekadar berbunyi di mulut je. Lagi satu, saya bukan takut ayah saya. Cuma dia kan wali saya, kalau dia tak setuju kita tak boleh kahwin tau." Farah memandang Danial. Lelaki kali ini, dia akan pastikan tidak disia-siakan begitu sahaja. Personalitinya, kemanisannya, cara percakapan dan yang paling penting, menjaga agama. Semuanya ada. Kiranya all in one lah ni. Cukup pakej lengkap untuk dijadikan suami.

"Yelah, yelah. Tapi betul jugak, ayah awak tu wali awak kan. Kalau dia tak setuju, macam mana pulak?..." Dua jari Danial meraut dagunya yang dipenuhi dengan janggut halus.

"Awak. Janganlah fikir macam tu. Doakan yang baik-baik je." Farah berpura-pura merajuk untuk menarik perhatian lelaki itu. Sudah lama dia tidak dimanjakan sebegitu. Apalah salahnya sekali sekala kan....

"Alah, yelah. Jangan la merajuk. Nak panggil sayang, macam tak sesuai lah. Kita belum halal lagi. Tapi lepas kahwin nanti, abang panggil sayang tau." Danial ketawa kecil di dalam hati. Malu pulak mendengar suaranya sendiri menyebut dua perkataan itu. Abang-sayang.

"Abang? Bukan ke saya lagi tua daripada awak. Sepatutnya, awaklah kena panggil saya kakak." Usik Farah. Nakal juga ye...

"Hmm, kalau abang tak boleh, suka hati awaklah nak panggil saya apa bila dah kahwin nanti. Hubby ke, baby ke, honey ke, lovey ke, adik pun boleh." Danial memuncungkan mulutnya tanda merajuk. Ini merajuk tipu namanya!

"Eleh, orang gurau pun nak merajuk. Taknak lah kawan. Eh, taknak lah kahwin!" Kali ini giliran Farah bergurau. Sengaja mahu melihat reaksi Danial.

"Taknak sudah. Saya ada yang lain." Danial ketawa kecil.

"Biar betul. Awak, janganlah... Saya gurau je. Janganlah cari lain, please...." Rayu Farah. Benar-benar dramatik.

"Ha, itulah. Tahu pun takut. Takut lagi saya bila awak cakap tak nak kahwin. Takut jadi betul-betul." Danial merenung wajah bakal isterinya. Perbualan yang tadinya dipenuhi gelak tawa, berakhir dengan topik serius pula.

"Awak, janganlah cakap macam ni, saya tak suka." Jujur Farah. Kata-kata itu satu doa. Takut jika 'doa' itu dimakbulkan Allah tiba-tiba. Kucar-kacir jadinya.

"Hmm...." Mereka berdua menikmati pemandangan petang di taman rekreasi itu. Ada yang sedang berjoging, ada juga yang hanya duduk saja-saja di bangku seperti mereka. Semuanya ada aktiviti sendiri yang perlu dilakukan.

"Farah, saya nak tanya sesuatu. Maaf kalau soalan ni terlalu peribadi tapi boleh saya tahu, kenapa awak bercerai dua kali?" Danial memberanikan diri menyoal perkara sensitif itu kepada Farah.

"Saya dan kedua-dua bekas suami saya berkahwin bukan atas pilihan sendiri tetapi pilihan keluarga. Orang kata pilihan keluarga ni yang terbaik, tetapi Allah je yang lebih tahu. Jodoh kami tak panjang. Saya dilayan sebagai hamba, mereka berdua ada perempuan keliling pinggang, tak kisah pun kalau saya tak ada. Masa bercerai kali pertama, Aisyah dah berusia 2 tahun. 3 tahun je perkahwinan saya dengan Azim. Tak panjang. Kali kedua pula, sewaktu saya diceraikan, saya mengandungkan Kamilia. Kiranya sampai hari ni, bekas suami kedua saya tak tahu pun saya ada anak dengan dia." Kata-kata Farah terhenti di situ.

"Farah, saya minta maaf, saya memang tak tahu...." Serba salah dibuatnya Danial mendengar kisah pahit Farah. Wanita besi ini, kelihatan riang di luar namun di hati, hanya diri sendiri yang tahu pahitnya luka.

"Tak apalah, 'KALAU' awak jadi suami saya pun, awak perlu tahu juga. Empat tahun hati saya kosong, sepi. Saya harap sangat awak boleh jadi pengganti. Kalau boleh biarlah yang terakhir." Farah menahan air matanya daripada mengalir lagi. Dia tidak mahu menangis di hadapan seorang Danial.

"Kenapa perlu kalau? Kita akan terus meniti hidup di atas bumi Allah, walau apa pun yang akan terjadi. Kita bergantung kepada Allah, Farah. Yakin dengan takdir." Ceramah Danial.

"Awak ni, ceramah saya pula. Ya lah, InShaaAllah. Awak jangan nak merepek sangat, saya pun sama. Tapi, janganlah over sangat, takut nanti kecewa." Amaran yang mendalam maksudnya. Bukan mereka tidak pernah berdoa, tetapi mereka bukan boleh menentukan segalanya yang akan datang.

*

"Balik lewat nampak? Pergi tidur dekat surau ke? Kau kan budak usrah." Sapa Lufya sinis. Semalam Sarah langsung tidak pulang ke rumah. Entah ke manalah si tembam ini pergi agaknya sampai subuh baru mahu pulang.

"Tahulah kat surau tu ada siapa.... Ustaz Saiful jejaka kiriman tuhan tu kan, siapa tak nak. Alang-alang dah 'crush' dekat hang, tak dan nak elak naa..." Aku ketawa kecil. Mungkin aku dan Lufya kelihatan seperti hantu di dalam gelap ditambah lagi dengan telekung serba putih yang kami sarungkan. Baru sahaja kami selesai solat subuh, terdengar pula bunyi orang membuka pintu. Risau dibuatnya, kami segera turun dengan keadaan masih bertelekung. Dengan lampu ruang tamu yang masih tertutup nya....

"Husnuzon lah dengan kawan sendiri. Takkan nak tidur rumah Ustaz tu kot. Aku tidur rumah Mirah la." Sarah masuk lalu memetik suis lampu di tepi pintu utama. Tidak adalah kami kegelapan lagi.

"Awat hang tak habaq kami lu?" Soal Lufya dengan suara lantangnya.

"Sorry la. Malam semalam ada majlis baca yasin dengan keluarga dia kat rumah Mirah. Dah lewat, tidur jela sana. Orang dah ajak takkan nak tolak pula. Lagipun dah mengantuk." Sarah mendaki tangga menuju ke biliknya di tingkat dua. Dengan baju kurungnya yang dipakai semalam, nampak sangat belum mandi.

"Sorry. Naik lori. Hang dengan ustaz kesayangan, apa cerita? Jangan menipu aih, konon tak suka dalam hati ada taman." Lufya ketawa. Entah mengapalah si Lufya ini suka sangat mengenakan Sarah dengan Ustaz Saiful itu.

"Kepala otak hang la. Taman ada, tapi takdak pun nama Ustaz Saiful tu." Aku dapat menyaksikan lagi dua sahabatku yang berperangai seperti budak prasekolah ini. Aduhai, harap sahaja 25 tahun. Nampak sangat tidak matang.

"Tapi, kalau ada pun... Kenapa?" Sarah terseyum sinis. Mata Lufya membulat.

"Seriously!?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience