Bab 33

Romance Series 27539

Pintu lipat bilik air kelihatan sudah dibuka oleh Danial. Dengan wajah yang cuak, aku pandang semula suamiku. Kertas nota yang sudah aku cabut tadi aku tampal semula ke dinding. Haraplah Danial tidak perasan.

"Kenapa muka lain macam je? Sakit perut ke?" Dahi Danial berkerut melihatku yang lain macam sahaja setelah membaca isi nota berwarna-warni yang sudah dilekatkan di dinding itu.

"T-Taklah." Dengan cepat, kakiku terus meninggalkan meja kerja itu. Risau sekiranya Danial boleh hidu perbuatanku tadi.

"Cuak pun comel. Dahlah, dah nak masuk zohor tu. Kalau sayang tak nak mandi, ambillah wuduk, kita solat sama-sama." Arah Danial sambil mengelap rambutnya yang masih basah.

Danial bukan milikku zahir batin. Itu hakikat yang perlu aku sedar.

"Okey." Tudung bawal kapas yang menutup auratku aku tanggalkan di hadapan Danial supaya senang untuk ambil wuduk nanti. Pintu bilik air aku buka lalu aku mengambil wuduk untuk menunaikan solat zohor.

Setelah pintu bilik air dikunci dari dalam, aku merenung diriku sendiri di dalam cermin. Nafasku dihembuskan lembut perlahan-lahan. Desahan nafasku jelas kedengaran.

Danial, aku haraplah semua itu hanya sekeping nota lama yang terlupa untuk dicabut. Harap bukanlah lebih dari itu hubungan dia dan Farah. Isteri manalah yang tidak cemburu jika suami sendiri masih ada hubungan dengan bekas kekasih? Bekas tetaplah bekas, sedangkan isteri yang halal di depan mata.

Air mutlak sudah membahasahi seluruh anggota wudukku. Aku kembali merenung diriku sendiri di hadapan cermin. Rileks, Dina. Bukan semua yang kau lihat itu benar.

Pintu tandas aku buka dari dalam. Danial sudahpun menungguku dengan membentang sejadah dan memakai kopiah hitam di kepalanya.

Allahu, melting aku!

Ini sepuluh kali ganda lebih hensem daripada professor pujaan ramai semasa zaman belajar dahulu, Wallahi!

"Abang, telekung dalam kereta lah." Aku menggeleng kepalaku perlahan apabila sedar kecuaian sendiri. Sudah tahu ingin duduk di sini sampai ke petang, sudah mengapa tidak dibawanya telekung sekali. Ish ish ish...

"Hmm, ye ke. Nah kunci. Pergilah ambil kat bawah tu ataupun nak abang ambilkan?" Kunci kereta bertukar tangan daripada Danial ke tanganku dengan berhati-hati agar tidak bersentuh sesama sendiri. Kami berdua dalam keadaan berwuduk, batallah nanti jika bersentuhan.

"Abang tunggu sekejap." Dengan sepantas kilat terus aku menuju ke bawah untuk mengambil barang yang aku perlukan. Turut juga aku ambil beberapa barangan peribadi denganku.

Tombol pintu bilik Danial aku pusingkan perlahan lalu pintu itu dikuak olehku. Sudah jelas lagi kelihatan aku yang termengah-mengah menahan nafasku sendiri. Baru suruh turun ke bawah, belum lagi buat itu ini.

Pakaian sembahyangku aku sarungkan kemas tanpa membiarkan sehelai rambut pun terkeluar yang mungkin membatalkan solatku. Setelah bersedia, kami menunaikan solat berjemaah seperti biasa.

Merdu. Itu sahaja yang ingin aku kata.

*

"W-Wanginya..." Dahiku berkerut sedikit sambil hidungku menahan bau aroma wangian yang menyengat masuk. Ya, aku alahan kepada minyak wangi. "Abang nak pergi mana wangi-wangi ni? Nak keluar dengan siapa?"

"Keluar dengan sayanglah, siapa lagi. Abang memang suka pakai perfume, baru meningkatkan keyakinan diri." Danial berjalan mendekat padaku.

"Awat wangi-wangi sangat ni? Pedih hidung tahu." Aku ketawa lucu. Lucu melihat aksi suami sendiri. Mudah sahaja aku terlupa dengan nota yang aku terjumpa tadi. Mudah sangat.

"Its only for you, sayang." Bisik Danial ke telingaku. Mendalam sungguh. Sampai, lekat ke otak.

"Kenapa abang suka berbisik?" Soalku dalam nada berbisik juga. Nafas dihembus perlahan, biar dapat rasakan aura yang mengembalikan mood aku bersama Danial.

"Sebab, berbisik tu meningkatkan mood romantik."

Bisikan itu jelas kedengaran di telinga kiriku. Serta-merta waktu bagaikan terhenti, jantungku berdetak laju seketika.

Ya, aku tidak nafikan. Memang benar 'fakta' yang dinyatakan Danial. Berbisik ini bukan sahaja membuatkan aku seram, tetapi membuatkan aku juga ingin tidak mahu melepaskan Danial.

Kerana bisikan itu. Bisikan yang menghentikan nafasku, melajukan setiap degupan jantungku.

"Abang..." Aku pejam mata seketika sambil merangkul lehernya. Kepala kami tidak sebaris, Danial tinggi 8 cm daripada aku.

"Sayang..."

"Danial, Dina. Mari turun makan."

Suara panggilan daripada mama memecah kesunyian kami. Hilang habis segala mood romantik yang berlaku sebentar tadi. Perlahan-lahan aku melepaskan leher Danial sambil tersengih manja.

"Mama ni, perosak mood betullah." Danial duduk di birai katil sambil ketawa.

Sabar sahajalah, pengantin baharu.

"Jangan cakap macam tu, sebab..." Kata-kataku dibiarkan tergantung sebentar. Sekuntum senyuman ikhlas diberikan khas buat suamiku.

"Sebab?" Sudah aku sangkakan, Danial akan menantikan jawapannya.

"Sebab, kita kahwin bukan hari ini je. Kita ada banyak lagi masa untuk bermanis-manis macam madu tambah gula. Kita kahwin bukan sehari, tapi untuk selamanya, kan?" Aku mengambil tempat di sebelah Danial lalu bersandar di bahunya pula. Sungguh selesa. Lebih selesa berbanding bantal hotel sepuluh bintang yang berpuluh ringgit harganya.

"Cantik ayat. Of course. Kita kahwin, untuk ke syurga. No secret and third person between us. Tiada siapa yang akan merosakkan kebahagiaan kita, Insya-Allah." Kini kedua-dua pasang mata bertentang sesama sendiri, memunculkan semula aura romantik yang telah lenyap sebentar tadi dek kerana mama.

"Anda pasti?" Sengaja aku mahu menguji Danial. Dalam fikiranku hanya terdetik tentang nota-nota itu, adakah sekadar kisah lama atau betul-betul Danial masih rindukan Farah.

"Im 100 percent sure, sweetie. Dahlah, mama panggil makan tu. Jomlah turun." Kami berdua laju sahaja keluar dari bilik menuju ke ruang tamu di bahagian bawah. Walaupun aku masih ragu-ragu tentang nota itu, biarlah. Mungkin Danial tulis semua ini sebelum aku dan dia berkahwin. Bersangka baik sahaja.

Aku berjalan di belakang Danial menuruni anak-anak tangaa menuju ke tingkat bawah. Kali ini aku tenang, tiada lagi gemuruh di hati, Danial kesayanganku berada di sisi.

'Abang, terima kasih sebab jadi suami Dina...' Bisik hatiku sendiri.

Biarpun kami diam sahaja tanpa berkata, hati kami tetap bersama.

*

"Ketuk-ketuk sudu tu buat apa? Nak abang suap?" Danial menggeleng melihat aku yang sedang mengetuk-ngetuk sudu di atas meja makan. Fikiranku melayang entah ke mana, sehingga terlupa untuk menjamah hidangan di hadapan mata.

"Abang nak suap pun macam mana, ini bihun sup lah. Bukan nasi." Nampaknya, kali ini 'gurauan' Danial tidak tepat. Nasib baik, tidaklah Danial betul-betul menyuapku. Malu nanti mama menyaksikan 'drama' pengantin baru seperti kami ini.

"Suap pakai sudulah!" Satu sudu bihun sup disuap laju ke dalam mulutku. Tanpa dipinta.

"Abang!" Kalau bukan disebabkan mulutku yang sedang penuh, sudah lama aku membebel lebih banyak. Bukan aku tidak tahu lelaki tidak menyukainya, tetapi aku geram sangat. Geram.

Sudu besi itu aku capai lalu disuap ke dalam mulut suamiku pula. Balas dendam. Padan muka!

"Terima kasih, sayang. I'm really love it." Danial menunjukkan baris giginya yang lurus dan cantik. Ingat mahu balas dendam, sekali Danial lagi menyukainya pula. Huh!

"Abang,... Nak tanya sesuatu boleh?" Wajahku yang ceria sebentar tadi bertukar serius dalam sekelip mata. Sebentar, aku perlu tahu sesuatu.

Apalah lagi kalau bukan semua nota itu. Nota misteri, yang mungkin menimbulkan fitnah.

"Apa di..."

"Abang, n-nota apa yang dekat meja abang tu? Dina tanya je, abang jangan marah tau. Dina nak tahu je. Please..." Pantas sahaja kata Danial aku potong. Semakin lama ditangguh, semakin berat untuk aku soal kepada Danial.

"Nota ... tu?"

Masing-masing diam seribu kata. Makanan di depan mata yang belum dijamah sehingga habis tadi dipandang begitu sahaja. Serba salah untuk aku makan apabila melihat Danial berpeluh-peluh mencari jawapan.

Jujurlah, suamiku. Aku tidak kisah. Aku hanya perampas.

Sabar, jangan sangka yang pelik-pelik dulu. Belum ada jawapannya lagi ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience