"Abang dah siap mandi?" Tanyaku apabila melihat Danial masuk dengan berbaju dan bertuala masuk ke bilik kami.
"Dah, sayang. Jomlah solat maghrib sama-sama." Aku yang sudah siap berpakaian telekung putih hanya duduk di kerusi meja solek sementara menunggu suamiku siap.
Danial terus menyarungkan kain pelikat dan baju melayu berwarna biru terang. Segak sungguh. Anak melayu jati katanya.
Kami berdua berdiri tegak memandang sejadah lalu suamiku mengangkat takbir dan aku mengikuti langkahnya. Ini bukan kali pertama aku dan dia solat berjemaah.
Usai solat, Danial memberi salam terlebih dahulu, barulah kemudian aku mengikutinya. Alunan zikir dan istghfar kedengaran merdu. Entah mengapa tiba-tiba sahaja jantung aku berdegup dengan kencang.
Pejam mata. Hayati dalam-dalam.
Itulah yang aku lakukan. Sungguh merdu bacaan suamiku. Syukur aku dikurniakan suami yang rajin solat, alim, tak kurang manja juga.
"Bismillahirrahmanirrahim..." Lafaz basmalah diucap dan tangan ditadah menandakan kami ingin berdoa. "Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Rahmatilah kami Ya Allah, berkatilah hidup kami Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang halal lagi suci Ya Allah, jadikanlah kami insan yang sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian-Mu Ya Allah... Jauhkan kami daripada dosa yang keji dan perbuatan mungkar Ya Allah... Berkatilah hubungan kami Ya Allah, kekalkanlah jodoh kami sehingga ke syurga-Mu Ya Allah. Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah, yang dapat membantu kami satu hari nanti..." Doa yang dialunkan Danial aku hayati ertinya. Cukup dalam, cukup bermakna.
Sebentar.
Zuriat?
Ya, aku tidak salah dengar kan? Zuriat? Biar betul? Aku belum sedia untuk mengandung apatah lagi untuk melahirkan anak.
Apapun, aku biarkan dahulu Danial menghabiskan doanya.
"Amin..." Kami berdua menyapu tangan ke muka tanda sudah habis berdoa. Danial pusing ke belakang lalu menghulurkan tangannya kepadaku. Untuk apa?
Aku terkedu sebentar. Untuk salamlah, apa lagi. Terus aku memberikan tanganku lalu mencium belakang telapak tangan suamiku. Tangan inilah yang bakal mencari rezeki buatku. Meskipun hanya sekadar menaip di atas papan kekunci, tetap tangan ini yang berjasa.
"Sayang..." Kepala aku yang masih berlilit litup dengan telekung diusap lembut lagi.
"Kenapa abang?" Aku merelakan segala sentuhan lembut yang diberikan Danial. Setiap sentuhan itu, punyai makna tersirat tersendiri yang tidak pasti untuk aku jelaskan. Hanya aku yang faham.
"You look so sweet... Cantik sangat telekung putih ni. Sama macam hari kita nikah haritu." Sulaman putih yang berada di hujung kain telekung itu pula menjadi permainan tangan Danial.
"N-Nikah?" Benarlah, kami memakai pakaian serba putih pada hari itu. Putih bersih, ibarat suci daripada dosa.
"Pandai mama pilih jadikan telekung ni hantaran untuk sayang. Sesuai sangat dengan sayang tahu?" Danial memuji aku. Malu aku dibuatnya.
"Abang... Bawakan Dina jumpa mama abang boleh? Dina sempat jumpa sekejap je masa hari tu. Mama duduk dua hari je kat sini, lepas tu dah balik. Tak sempat Dina nak sembang sangat." Pinta aku. Puan Rozita baik orangnya, bukan seperti dalam drama pukul 7 itu. Haraplah keluarga mentua aku tidak toksik seperti dalam drama yang bermain di kaca televisyen.
"Mestilah boleh. Nanti-nanti tau sayang. Abang pun banyak kerja lah, tak boleh nak datang sini selalu. Tapi janganlah risau, abang hari-hari akan video call Dina tau." Danial cuba meyakinkan aku yang kurang semangat.
"Abang tak sayangkan Dina ke?" Jam yang berdetik di dinding bilik membuatkan aku semakin resah. Masa berbaki 13 jam 30 minit lagi sebelum aku akan berpisah dengan suamiku buat sementara waktu.
"Tak pernah abang tak sayang, tahu tak. I'm really love you so much. Sudahlah, tak payahlah kita cakap pasal ni, nanti dua-dua makan hati. Tak ke tak seronok macam tu?" Mata kami saling bertaut. Berpandangan sambil duduk bersila di atas sejadah masing-masing. Ya, langsung tidak bangkit daripada tadi. Kiranya dating di atas sejadah, begitu?
"Abang, abang sebenarnya kerja apa? Kenapa abang tak pernah bagitahu Dina pun?" Soalan inilah yang aku tertanya-tanya sejak tadi. Pening aku memikirkannya.
"Kerja abang, memikat hati isteri abanglah."
"Abang...." Pipi Danial aku cubit lembut. Main-main betullah dia ini. Aku soal serius, boleh pula dia main-main.
"Abang gurau je, janganlah marah. Dahlah tu, lipat sejadah. Kita ni dah macam dating atas sejadah pula." Danial dan aku bangun daripada sejadah lalu melipatnya. Telekung Siti Khadijah yang aku sedang pakai aku buka dan gantung semula di dalam almari. Bukan seperti orang lain yang sekadar melipat tetapi aku menggantungnya. Nampak lebih elok.
"Rajin gantung. Farah pun lipat je."
Farah?
Terdiam sebentar aku mendengar nama itu. Tipulah andai aku tidak takut akan kepulangan semula suamiku ke kota esok hari. Memanglah Kak Farah, cinta sejatinya itu sudah berpindah tempat kerja tetapi bagaimana kalau dia kembali?
Aku sayangkan kakak saudaraku sebagai hubungan keluarga, tetapi janganlah dia menganggu aku dan Danial. Aku dan Danial suami isteri yang sah, bukan tunang, bukan pasangan kekasih anak muda zaman kini.
"Sayang kenapa diam ni?" Tindakan aku disedari Danial. Otakku ligat berfikir bagaimana untuk menjawab soalan suamiku.
"Abang, sorrylah. Mengelamun pula tadi." Jawapan selamat. Kalau ikutkan memang benar aku mengelamun pun.
"Mengelamun apa tu? Malam ni Dina nak masak apa? Ke umi yang masak?" Danial cuba mengubah topik, mungkin sudah tahu apa yang aku tidak sukakan.
"Dina dengan umi masak sama-sama." Tak pasti lagi. Abang suka lauk apa? Kalau Dina pandai Dina masakkan. Untuk suami Dina je." Tawarku. Mungkin inilah saatnya aku perlu bertugas kepada suami. Kalau tidak, bila lagi?
"Tomyam Siam campur extra pedas satu, nasi tambah."
"Wah, order kemain macam dekat kedai. Dina bukan tak pandai masak tapi abang jangan letak harapan yang terlalu tinggi, nanti takut kecewa. Dina bukannya chef, Dina baru je belajar masak lauk-pauk dengan umi." Pesan aku terlebih dahulu. Iyalah, takut terlalu kecewa nanti dibuatnya.
"Tak apa, abang tak pernah pun mengharapkan yang lebih. Buatlah setakat Dina mampu dan yakin. Insya-Allah pasti boleh. Abang terima je apa yang Dina masak, sebab masak tu satu cabaran. Abang pernah alaminya." Tangan putih mulusku digenggam erat Danial sambil senyuman manis dilirik kepadaku.
"Terima kasih, abang." Entah mengapa aku terasa ingin peluk suamiku secara tiba-tiba. Lelaki yang sudah bergelar suamiku itu aku peluk erat. Dialah tempat kedua aku bergantung selain umi.
"Sama-sama, sayang. Usahalah semampu yang boleh. Terima kasih peluk abang, abang suka sangat." Pelukan erat itu dibalas Danial. Tidak mahu aku lepaskan.
"Abang... Janganlah balik esok, boleh?" Rayu aku lagi. Pelukan kemas ini tidak aku leraikan. Air mata berjujuran di pipi menandakan aku tidak mahu kehilangan suamiku. Aku mahukan dia sentiasa berada di sisiku. Selamanya.
"Sayang,... Janganlah macam ni, janganlah buat abang rasa bersalah..." Belakang badanku diusap lembut. Terasa lega sedikit kesedihan yang menimpa diriku ini apabila diusap Danial. Setiap sentuhannya terlalu berharga untukku umpama sebutir permata yang harganya ribuan harga wang kertas.
"Kenapa abang rasa bersalah?"
"Sebab abang risau isteri abang merajuk dengan abang. Abang tak boleh. Abang tak boleh tengok Dina menangis. Abang rasa bersalah." Jujur dia. Terasa sebak di dadaku.
"Abang...."
"Sayang...jangan menangis, boleh? Sayang sentiasa akan ada di hati abang walaupun di mana jua abang berada." Air mataku yang mengalir di pipi diseka lembut oleh Danial. Pelukan kami dileraikan.
"Abang, anggaplah kerja itu satu jihad. Jihad untuk mencari rezeki halal. Tidak perlu usaha terlalu keras, cukuplah jadi yang berkualiti." Pesanku sambil menyentuh bahu Danial. Tiada lagi air mata yang mengalir di pipi.
Kerana bekerja itu sesuatu jihad.
Bersatu kerana Allah, berpisah juga kerana Allah.
"Irdina Safiyya..." Wajah suamiku terus berubah serta-merta. Mengapa? Mengapa Danial memanggilku dengan nama penuh?
"Abang, kenapa abang?" Jantungku berdegup semakin kencang, nafasku semakin laju.
Apa yang pelik?
Share this novel