"Hang dah ready?" Soal Sarah sambil menemankan aku di dalam bilik yang sedang disolek oleh seorang mak andam kampung. Sudah aku 'request' agar menyolek dengan look natural sahaja, tidaklah nampak pelik sangat. Aku ini, kalau pernah mekap pun bedak, blusher dengan gincu je tahu. Yang lain semua tidak. Nampak sangat aku kurang bermekap.
Aku tidak memberi sebarang jawapan kepada Sarah memandangkan juru solek sedang menyolek aku, nanti terganggu pula dia. Tetapi, jujurlah aku katakan jawapannya tidak. Sungguh!
Berkahwin dengan Danial adalah sebuah pilihan, namun itu sahaja pilihan yang aku ada. Aku pasrah. Aku terima takdir aku. Bercinta selepas nikah lebih baik, bukan?
"Janganlah nervous sangat Dina. Relax je." Nasihat Sarah kepadaku. Eh, sedap-sedap mulut dia sahaja. Dia pun belum pernah rasa, mana dia tahu.
Melafazkan akad nikah ini bukan semudah seperti melafazkan janji manis. Ia sebuah tanggungjawab yang besar untuk aku dan dia. Kami bakal menjadi suami isteri serta ibu dan ayah kepada cahaya mata. Aku harap Danial tidak bermain kata, cukuplah agar dia melayanku sebaiknya seperti seorang isteri.
Aku balas nasihat itu dengan segaris senyuman tawar. Kemudian aku lihat wajahku sendiri di dalam cermin. Lain. Lain sungguh aku kelihatan hari ini. Dengan persalinan serba putih yang aku gayakan hari ini.
Sabar, Dina. Segalanya akan berubah nanti.
*
Bunga tangan aku genggam kuat dengan dua tanganku kerana gugup. Berdebar-debar hingga mahu tercabut jantung menunggu si bakal suami melafazkan akad nikah. Dengan mama Danial di sebelah aku yang setia menemaniku ini.
Aku takut. Aku tidak berani.
Aku pejam mata rapat. Bismillahirrahmanirrahim.... Dengan lafaz basmalah aku buka.
Dengan hanya sekali lafaz, aku sudah sah menjadi isteri kepada Muhammad Danial. Aku tidak percaya. Tidak. Tidak, ini biar betul!
Aku ialah isteri Danial sekarang?....
Ya Dina, ya!
*
Setelah selesai bacaan doa serta lafaz taklik, Danial segera menghampiri aku. Tangan kirinya diletakkan ke dahiku sementara tangan kanannya menadah tangan memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa.
Setiap sentuhannya, sangat dipenuhi makna. Muhammad Danial. Dialah suamiku. Tugas aku sekarang untuk menjadi isterinya, menjadi isteri terbaik dan solehah buat si suami. Aku akan tekad berusaha memberi yang terbaik untuk Danial. InShaaAllah.
Setiap kalimah doa yang diucapkan Danial, aku dengar sepenuhnya. Cukup syahdu. Buat pertama kalinya aku disentuh oleh lelaki yang halal buatku. Danial, pada mulanya hanya seorang ajnabi kepadaku dan hari ini, dia telah memperisterikan aku. Dengan sebaris lafaz akad nikah.
Mulai hari ini, segala susah senang, pahit manis semua aku perlu tempuh bersama suamiku Danial. Aku tidak tahu lagi sama ada suatu hari nanti kak Farah akan kembali atau tidak. Dan, apa perasaannya nanti apabila kak Farah muncul kembali melihat kami yang sudah suami isteri. Atau,... Ibu dan ayah?
Itulah yang perlu aku tempuhi. Suatu hari nanti....
"Dina.... Berangan lagi?" Aku dikejutkan Danial yang sudah bersedia untuk menyarungkan cincin ke dalam jari manisku. Aduh, malunya. Semua orang tahu aku ini memang kuat berangan. Sampai pengantin lelaki mahu sarungkan cincin pun aku masih berangan.
Aku membalas senyuman manis kepada suamiku lalu menyerahkan tanganku kepadanya. Hujung jariku semuanya sudah merah dengan inai daun yang aku pakai semalam. Cantik warnanya.
Cincin emas dengan sebutir permata putih disarungkan ke jari manis runcingku oleh Danial. Bahagia. Itulah yang dapat aku rasakan sekarang.
Aku dan Danial serasi berdua dengan persalinan serba putih ini. Aku dengan baju kurung putih dengan hiasan sedikit lace di bahagian bawah dan lengan manakala Danial dengan baju melayu slim fit berwarna putih, bersampin songket melayu serta bersongkok kemas. Dia kelihatan sungguh tampan.
"Selamat pengantin baru Dina dan Danial....." Ucapan itu tidak henti-henti aku dengar sebaik sahaja aku sudah sah menjadi isteri Danial. Inikah rasanya menjadi pengantin baharu?
*
Aku duduk di hadapan meja solek sama seperti semasa aku disolek sebelum nikah tadi. Pakaian nikah sebentar tadi langsung tidak aku tanggalkan kecuali tudung semasa solat tadi. Itu pun dipakai semula tadi. Esok barulah majlis sanding kecil-kecilan diadakan di rumahku. Sudah nama pun 'last minute', pastilah semuanya dirancang dengan terburu-buru. Lagipun, biarlah majlis dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak mahulah aku menyusahkan Danial memandangkan aku bukanlah 'isteri' yang sepatutnya. Aku cuma mengganti.
Aku cuma mengganti.
Senyuman pahit aku ukir. Siapa sahaja yang mengharapkan perkahwinan yang dibina bertahan sebentar sahaja?
Hari sudahpun hampir malam. Tengah hari tadi kami dinikahkan dan aku langsung tidak sempat menukar baju. Iyalah, ramai tetamu di rumah ini, biarlah aku pakai pakaian yang sopan dahulu.
Bunyi pintu ditolak dari luar kedengaran. Aku segera menoleh melihat siapa yang mengerjakannya.
Danial, suamiku kini.
"Awak?" Aku terkejut melihat Danial.
"Isteri abang buat apa sorang-sorang ni? Tak ajak abang?" Danial mengambil tempat di birai katil. Mahu tidak mahu, aku terpaksa dudukdi sebelahnya. Aku mesti melayan suamiku dengan layanan terbaik, seperti yang disuruh dalam agama Islam.
"Tak ada apa-apalah...." Jawab aku. Inikah perasaan duduk bersebelahan dengan suami? Jantungku berdegup kencang. Gugup dan bahagia.
Ya, inilah nikmat perkahwinan. Hubungan antara lelaki dan perempuan yang haram menjadi halal. Hari ini, aku dapat menikmatinya. Bukankah aku perlu bersyukur? Ramai lagi oramg di luar sana masih membujang sehingga kini. Lelaki ada, perempuan pun ada.
Danial pun, memang sesuai sangat menjadi suamiku. Usia kami hanya berbeza tiga tahun. Tidaklah jauh mana. Seperti seorang senior dan junior sahaja. Aku 25 tahun dan Danial 28 tahun. Kak Farah pula 30 tahun. Tidakkah pelik jika Danial berkahwin dengan Kak Farah?
"Kenapa tak bukak tudung lagi? Dah solat belum?" Tersentuh aku dibuatnya Danial menyentuh tentang 'solat'. Hari perkahwinan hari perkahwinan juga, tuntutan Allah jangan dilupa. Ya, aku sudah mengerjakannya terlebih awal memandangkan hari ini suamiku ada sekali.
"Dah.... Tak apalah, saya malu lah awak....." Jujur aku. Selama ini, aku dan Danial menjaga aurat masing-masing dan hari ini kami sudah menjadi suami isteri. Perasaan segan dan malu itu pasti ada.
"Janganlah malu-malu, ini abanglah.... Abang kan suami Dina.... Kenapa Dina solat awal? Kenapa tak berjemaah dengan abang?"
"Berjemaah? Kenapa awak tak cakap awal-awal...." Aku cuba menghilangkan kekok untuk berbual bersama suami sendiri.
"Tak apalah, pagi esok kita solat sama-sama tau. Nanti abang kejut." Belakang badanku diusap. Seperti seorang ayah dan anak. Rindunya aku pada abah. Kenapa abah pergi terlalu awal? Aku tidak sempat untuk membalas semua budi abah.....
"Awak....." Aku memanggil suamiku lembut.
"Ye, kenapa?"
"Awak.... Saya rindu abah.... Boleh tak nanti saya nak pergi kubur abah?" Soalku sedikit kekok pada malam pertama perkahwinan kami.
"Boleh... Nanti kita pergi sama-sama. Abang nak ambil wuduk kejap. Isteri abang ni jangan takut sorang-sorang tau..... Nanti abang balik." Danial tersengih manja.
"Ish, awak ni!" Aku juga tersengih di dalam hati. Hari pertama kami berkahwin, memanglah bahagia.
Ya tak ya jugak.
Danialkah jodoh a.k.a prince charming yang tertakdir buatku? Yang selama ini aku tertanya-tanya. Cantik benar rancangan Allah S.W.T. Langsung tidak pernah aku terfikir dengan cara begini kami disatukan. Walaupun terdesak, kalau sudah jodoh tidak ke mana.
Share this novel