Bab 36

Romance Series 27539

Seperti yang aku sangkakan, suasana di rumah ini bukanlah tenang-tenang sahaja. Riuh rendah juga apabila sudah ramai orang di dalamnya. Masing-masing menyibukkan diri dengan kerja untuk menjalankan kenduri kahwin di kampung ini. Benarlah, berbeza negeri tidak menjadi halangan persamaan adat. Yang penting, kita bekerjasama.

Kata kartun Wonderpets semasa zaman aku bersekolah dahulu, 'Apa yang penting? Kerjasama!'.

"Eh, Irdina!" Seorang wanita separuh usia datang memanggil namaku lalu memelukku erat. Aku sendiri tidak tahu siapakah gerangan wanita ini. Ibu Lufya? Mungkin juga.

"Makcik ni siapa ye? Macam mana boleh tahu nama saya?" Soalku dengan menggunakan gelaran 'makcik' apabila melihat umurnya dengan sekali lalu sudah hampir sama seperti umi.

"Makcik ni, emak Harith. Bakal suami kawan kamu tu." Perlahan-lahan pelukan dilepaskan. Kini kami memandang sesama sendiri.

"Emak Harith? Macam mana makcik boleh kenal saya ye?" Soalku kehairanan dua kali ganda daripada sebelum ini.

"Makcik ni kan, kawan Umi Dina. Haritu Dina kahwin pun makcik ada datang. Tak perasan ke?" Wanita itu menarik lenganku untuk kami berdua duduk di atas kerusi yang disediakan. Danial hanya memerhatikan aku dari jauh.

"La ye ke? Maaf sangat-sangat makcik, Dina tak perasan." Kedua-dua tangan tua itu aku capai untuk memohon ampun. Sejak kecil lagi, umi mengajarku untuk menghormati orang tua, sama seperti ibu kandung sendiri. Wanita ini, bukan sahaja kawan umiku tetapi juga bakal ibu mentua Lufya.

"Alah, tak apa. Makcik tak kisah pun. Lufya dengan Dina dah lama ke berkawan?"

"Bolehlah, dah dua tahun. Walaupun dua tahun, Lufya lah yang ada masa susah dan senang, masa bergelut nak cari duit. Susah nak jumpa 'sahabat' macam Lufya." Terang aku. Esok hari bersejarah beliau. Biarpun aku bukan orang pertama yang mengucapkan selamat pengantin baharu, aku tetap akan meraikan majlisnya.

*

"Pengantin baru kat mana?" Suara beberapa orang tetamu memecah kesunyian di dalam bilik pengantin ini. Dua kali ketukan tidak dibalas akhirnya wanita itu menerjah masuk kamar mempelai yang sudah berhias cantik ini. Untuk pasangan pengantin baharu yang bakal diijab kabulkan esok.

"A... Akak ni dah mengganggu privasi orang ni. Maaf ya..." Niatku bukan mahu menghalau wanita itu keluar dari bilik, tetapi bilik ini merupakan privasi Lufya. Mana boleh orang masuk sesuka hati. Aku pun, Lufya sendiri yang meminta aku teman. Kini bakal pengantin baharu ingin bersendiri, tetapi diajak aku sekali.

Bersendiri yang dimaksudkan ialah menjauhkan diri daripada orang ramai. Rumah ini sudah dipenuhi oleh umat manusia dari sekeliling kampung, manalah pengantin baharu mendapat privasi. Ada sahaja soalan yang mahu ditanya apabila berjumpa. Rumah sendiri, sudah tidak ubah seperti pusat pemindahan mangsa banjir. Penuh dan sesak.

"Nak halau aku pulak ke? Dasar pengantin sombong. Patutlah hidup kau banyak masalah." Wanita berusia 40-an yang memakai tudung sarung laycra itu mengibas sedikit tudungnya. Aku yang panas mendengar kata-kata itu. Sudahlah menerjah masuk tanpa izin, kini mahu cari gaduh pula.

"Eh akak. Akak ni kenapa? Saya bukan nak halang akak, tapi akak tak sedar ke yang akak masuk bilik ni tanpa izin? Pengantin baru ke, pengantin lama ke mana ada yang suka diterjah masuk macam ni. Bayangkan akak tengah dengan suami akak, tiba-tiba kita orang masuk dalam bilik tu suka hati, macam rumah sendiri. Akak suka?"

Puas. Puas hatiku sound wanita itu. Bukan aku tidak menghormatinya, tetapi dia yang memulakan 'perang' ini dahulu.

"Eh, budak. Aku dah lama kahwin, dah 20 tahun dah. Aku dah rasa macam mana rasanya hidup dengan biawak hidup, zaman bermanis-manis tahap potong kaki masa awal kahwin, aku dah rasa semua tu. Suami sweet kau tu, sekejap je. Kau tunggulah tahun depan, tak ada nak sweet dah. Dia minta cari baru je nanti!" Senyuman sinis dilemparkan kepada aku dan Lufya.

Ada benarnya kata wanita itu. Kadangkala, hanya pada awal fasa perkahwinan sahaja indah. Masuk fasa kedua, pudar semua 'keindahan' semasa awal kahwin dahulu. Yang tinggal hanya memori.

Tetapi, bukan semua manusia itu sama!

Lihatlah contoh Rasulullah SAW mencintai isterinya Siti Khadijah. Cinta sampai mati. Nabi Yusuf dan Zulaikha. Siti Hajar dan Ibrahim.

Takdir itu, semuanya telah tertulis sejak di luh mahfuz lagi. Ada yang pengakhiran hidupnya bahagia, ada juga yang sebaliknya. Tetapi percayalah, setiap kesusahan yang kita alami di dunia ini, pasti ada hikmahnya.

"Akak, saya rasa lebih baik kita berdamai. Kesian kat pengantin baru kita, jangan rosakkan mood dia." Dengan suara yang lemah lembut, aku cuba untuk berdamai dari bertikam lidah lagi. Peribahasa melayu berkata, kerana mulut badan binasa. Begitu juga dengan keadaan kami sekarang.

"Apa-apa jelah. Tapi budak zaman sekarang tak tahu, couple lepas tu terus nikah. Tak cek asal usul bakal suami, jangan menyesal di kemudian hari. Jangan cakap aku tak warning." Senyuman sinis dilemparkan kali kedua sebelum wanita itu meninggalkan kamar mempelai ini.

"Astaghfirullahalazim, jodoh tu kan aturan Tuhan, siapa kita untuk menidakkan?" Aku menggelengkan kepala menahan geram. Kenapalah mulut wanita itu sungguh longkang! Tahulah dia sudah berpengalaman lebih dari 20 tahun dan aku baru sahaja sebulan, tetapi itu tidak bermakna kita boleh menghentam orang sesuka hati, macam dunia ini bapak kau punya pula. Huh. Celaka punya perangai.

"Biarkanlah dia." Lufya yang sedang duduk di kerusi meja solek mula bersuara. Bila sudah ramai orang di rumah ini, hendak buka hijab sesaat pun, usah mimpilah. Lainlah jika ingin menempah dosa percuma menayangkan aurat kepada ajnabi.

"Lufya, hang abaikan ja semua orang yang berdengki kat kita. Tak dinafikan, kadang-kadang depa tu ada kisah silam yang pedih sangat, sampai depa hasut orang lain jadi lagu tu." Nafas panjang aku tarik dahulu. Kalau ditahan lebih lama lagi, boleh biru wajah ayuku disebabkan menahan nafas yang terlalu lama.

"Maksud hang?"

"Hang tahu kan, takdir manusia ni lain-lain, macam aku habaq tadi kat minah tu. Semua orang layak untuk bahagia. Termasuk hang dan aku." Bicaraku terhenti di situ. Kini aku mengunci mulutku dari mengeluarkan sebarang kata-kata.

"Aku... Aku kenal Harith pun, dengan cara yang salah. Aku... Tak sepatutnya bercinta sebelum nikah. Bukan lagi memudahkan proses perkahwinan, tetapi makin menyusahkan adalah. Makin banyak masalah, konflik yang timbul. Betullah orang kata, 'berkawan' jangan lama. Nanti bosan."

Lufya...

"Aku, dah buat satu dosa, Dina. Bercouple tu haram, mendekati zina. Dan, aku cuma nak cerita kat hang seorang je rahsia terbesar aku." Lufya tertunduk lemah. Aku faham, perasaan pedih yang terbuku di hati Lufya sekarang ini. Sakit.

"Ceritalah. Aku akan simpan. Sebab, kau sahabat aku." Bahu Lufya aku tepuk bagi meyakinkannya.

"Aku ... hampir terlanjuq dengan Harith."

"Lufya? Ini ke Lufya yang aku kenal?!" Kelopak mataku dibuka luas menghadap sahabatku. Kenapa, Lufya? Kenapa?

Sanggupkah dikau berpaling daripada keluarga hanya kerana seorang lelaki yang belum tentu milik kita? Ini bukan Nur Lufya yang aku kenal, bukan. Lufya yang aku kenal, Lufya yang baik, sopan santun, lemah lembut dan menjaga hubungan dengan Tuhan serta manusia di muka bumi ini.

"Hampir, Dina. Aku, masa tu tak fikir apa, aku rasa nak puaskan diri sendiri je. Bertahun-tahun bercinta, tapi rasa nak menghalalkan hubungan tu tak ada. Aku dah buat dosa, Dina. Allah nak terima ke taubat orang berdosa macam aku? Berkat ke perkahwinan kami nanti?"

Kami berpelukan sesama sendiri. Dalam pelukan, aku dapat rasakan kehangatan air mata Lufya  yang jatuh menitis membasahi pakaianku. Rasa ini amat dalam, menusuki hati dan sakit.

Bertabahlah, sahabat. Ini semua ujian. Ujian untuk melihat seteguh mana iman yang berada di dalam hati kecil kita. 

"Lufya, selagi pintu taubat masih terbuka, selagi tu kita boleh mohon keampunan dari Allah. Allah itu Maha Pengampun, Lufya. Aku pun, ada dosa. Aku, sampai sekarang dibelenggu dengan rasa bersalah. Aku, rampas 'bakal suami orang'. Bakal suami kakak sepupu sendiri pula tu."

"Dina, hang bukan perampas. Buktikan pada dunia, martabat seorang isteri tu lebih tinggi daripada kekasih. Perkahwinan ni, ikatan suci kan? Aku bangga dengan hang, tak terjebak dengan dunia couple macam aku. Aku, entah berapa banyak dosa pun dah tak terkira." Bidas Lufya dalam tersedu-sedan menahan tangisan.

"Kita bukan maksum, Lufya. Tak apa, memang semua orang ada kesilapan, yang penting keinginan kita sendiri untuk kembali ke pangkal jalan. Lufya, hang sebenarnya bertuah. Tengok kat dunia luar sana, bertahun-tahun bercinta pun, last-last putus di tengah jalan. Tapi hang, takdir hang dengan Harith. Tu satu nikmat. Orang yang hang sayang, akan jadi pasangan sehidup semati hang." Bicara aku panjang.

"Hmm ... terima kasih." Pelukan erat sebentar tadi masih tidak dileraikan. Kalau ada Sarah, pasti lebih seronok. Malangnya Sarah tidak dapat datang hari ini, hanya datang ke sini dua hari, itu pun malam esok.

"Dahlah, jangan nangis please. Tak comel tahu tak. Esok hari bahagia kau, pastikan kau simpan momen bersejarah dalam hidup kau. Orang kata, kahwin ni biarlah sekali. Jangan berkali-kali."

"Irdina, I love you so much, as a bestfriend. Aku bersyukur, aku dikurniakan sahabat yang baik macam kau. Dari aku sekolah, aku tercari-cari sabahat yang ada susah dan senang, ingat dah pupus dah dari dunia ni. Rupanya ada lagi." Lufya mengesat air matanya, disaksikan olehku sendiri.

Perkara yang paling bahagia buatku, adalah melihat orang yang aku paling sayang bahagia. Kali ini, aku bahagia dan dia bahagia. Adil.

"Lufya, jangan pernah anggap perkahwinan tu jurang untuk kita bersahabat. Walaupun kita tak boleh menggila macam dulu-dulu, kita tetap sahabat. Dah macam adik-beradik. Air dicincang tak akan putus, kan?"

"Ya." Ringkas sahaja jawapan yang dikeluarkan bibir mungil itu. Kini kepalanya yang masih bertudung litup dilentokkan ke atas meja solek, tanda kepenatan.

Part kali ini akan menguji emosi anda. Kurang gula, kita tambah kopi. Gula banyak sangat boleh kencing manis tau! Hahaha! Kalau tambah madu pula, nanti merajuk Dina nanti! Danial yang suka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience