"Abang......" Aku terpegun melihat 'warung' yang dimaksudkan Danial. Tipulah andai aku terlupa segala kisah manis aku di sana. Terlalu banyak kenangan yang tak mungkin aku dapat lupakan.
"Sayang tahu kan?" Kami berdiri lebih kurang lima meter daripada warung tersebut.
"Tahu.... Terima kasih abang....." Ingin sahaja aku peluk Danial pada masa itu. Melihat keadaan sekeliling, tidak jadilah. Ramai pula orang di situ.
Kenapa warung ais batu campur ini terlalu banyak menyimpan kenangan kepada aku? Semuanya kerana seseorang.
Abah.
*Imbas kembali....*
"Dina nak minum apa? Abah belanja." Aku menarik kerusi plastik lalu duduk di atasnya sambil merebahkan kepalaku di atas meja. Sungguh aku berasa amat mengantuk hari ini. Ikutkan aku mahu melantak sahaja di rumah, namun abah yang beriya bawa aku ke sini.
"Abc...." Jawabku dalam lemah. Fikiran aku melayang entah ke mana. Kelas tambahan yang selalu dibuat setiap hari membuatkan aku semakin penat dan tidak cukup tidur. Iya, sudah nama pun budak asrama.
"Bangunlah.... Orang bawa nak minum, dia pi tidoq pulak. Haih...." Najmi menggelengkan kepala melihat adiknya yang hampir dibuai mimpi di atas meja. Keadaan masih lagi tengah hari, bukan petang, bukan juga malam.
"Abang tak tau.... Penat lah kat sekolah...." Aku cuba meyakinkan 'fakta' aku untuk tidur.
"Hang ni Najmi, biaq la adik tidoq. Kesian dia penat. Abah dah bawak hangpa minum ni, bersyukuq la...." Nampaknya abah menyebelahi di pihak aku. Selamat aku dibuatnya untuk 'landing' di sini. Kalau di sekolah, memang aku perlu tidur selewat 12 malam dan bangun seawal lima pagi. Hanya lima jam aku sempat untuk tidur.
"Hmm abah. Yelah." Aku mendengar sahaja abangku Najmi mengaku kalah. Padan muka.
"Nah." Pekerja kedai menghantar tiga mangkuk kecil air batu campur ke meja kami. Aku segera bangun daripada tidur.
"Minumlah. Dah lama abah tak jumpa anak dara abah ni." Kepala aku diusap lembut oleh abahku, menandakan rasa kasih yang ingin disampaikan. Kasih seorang bapa kepada anak perempuannya.
"Terima kasih, abah." Itu sahaja yang mampu aku ucapkan sebagai anak. Sudah lama rasanya aku tidak berjumpa abah sejak cuti dibekukan kerana aku bakal mengambil PMR tahun ini. Rindu yang semakin menebal membuatkan aku semakin sayang kepada abah.
Aku tidak mahu abah tinggalkan aku.
Perlahan-lahan satu sudu air batu campur disuap ke dalam mulutku. Dapat aku rasakan betapa nikmatnya ais batu yang sejuk dengan campuran sirap yang mengisi tekakku. Indah yang tidak dapat aku bayangkan. Selalunya aku hanya makan makanan biasa di dewan makan, kadang ada yang sedap kadang tidak. Lumrah seorang pelajar yang tinggal di asrama.
"Sama-sama. Makanlah. Anak-anak abah, semuanya pandai-pandai belaka. Dah penat dekat sekolah tu, sekarang kita rehat pula." Abah tersenyum sambil menyuapkan air batu campur ke dalam mulutnya sendiri.
Entah mengapa aku terasa sebak. Air mataku mula bertakung di tubir mata. Aku terlalu sayangkan abah.
Ya Allah, jangan kau ambil nyawa abah dan umi dahulu. Izinkan aku untuk bersama abah, menjaga abah dan umi di hari tua mereka. Izinkan aku berbakti kepada mereka suatu hari nanti. Ini sahaja yang aku dapat lakukan untuk membalas jasa mereka yang tak terhingga nilainya.
"Dina tenung apa tu?" Abah perasan aku termenung seketika. Aku tersengih kecil.
"Tak ada apa-apalah." Sesudu lagi ais batu campur aku suap. Aku sukakannya bukan kerana harganya yang murah tetapi lebih kepada nilainya sendiri yang tidak dapat disaksikan dengan mata kasar.
Sentimental value.
"Nanti Dina dah besar, abah nak tengok Dina belajar pandai-pandai, kahwin dengan lelaki yang baik, dapat anak soleh dan solehah. Abah tak sabar nak tengok anak perempuan abah bila besar nanti. Mesti jadi lebih cantik kan? Ingat, cantik itu bukan untuk ditunjukkan kepada ajnabi tetapi untuk orang yang kita sayang. Suami. Satu hari nanti, Dina akan kahwin juga, kan?"
Terkedu aku dibuatnya. Kahwin?
Ya, suatu hari nanti. Aku pasti aku akan bertemu seorang lelaki yang ditakdirkan buatku.
*Tamat imbas kembali.*
"Menung apa tu? Jauh nampak. Tak kesian ke kat abang, cemburu nanti." Lamunanku mati tiba-tiba dek Danial yang bersuara. Terkejut aku dibuatnya.
"Tak ada apa-apalah.... Abang jangnlah cemburu buta sangat. Dina teringat kat abah je." Aku tersengih. Tanpa aku sedari, dua mangkuk air batu campur sudah terhidang di meja kami. Cepat benar.
"Abang...."
"Ye sayang, kenapa?" Danial merenung anak mataku dalam.
"T-Tak ada apa-apalah...." Melihat renungan dalam Danial yang membuatkan aku terkesan, tidak jadi untuk aku bertanya.
"Kenapa ni? Kalau ada masalah cakap je dengan abang..." Kepala aku diusap lembut, sama seperti abah yang pernah mengusap kepala aku sebegini.
"Abang, betul ke abang nak balik KL esok?" Dengan suara yang masih tergagap soalan itu aku ajukan kepada Danial. Ya, kami bakal melalui perhubungan jarak jauh. Kami bakal dipisahkan dengan jarak yang berbatu jauhnya.
"Iyalah, abang tak boleh cuti lama, sebab awal-awal kita tak rancang pun nak kahwin. Kenapa ni, risau abang pergi ye?" Akhirnya Danial dapat meneka apa yang terbuku di hatiku. Benar sekali.
"Mestilah, nanti takut rindu...." Tanpa sengaja aku berikan muncung itik kepada suami aku sendiri. Ish, buruk sungguh.
"Oh, macam tu. Kalau rindu, kita buat video call hari-hari. Jangan risau, abang akan okey, InShaaAllah. Dengan izin Allah." Senyuman manis yang ikhlas dari Danial mampu membahagiakan aku buat sementara.
"Video call? Kenapa Dina tak terfikir eh? Idea yang bernas." Iyalah, kenapalah aku tidak terfikir dari awal. Sekarang ini zaman teknologi, macam-macam boleh dilakukan.
"Dahlah, makan abc tu. Kesian tau dia, Dina tak nak makan dia. Merajuk dia nanti, sama macam abang bila tengok Dina sedih." Tawa kecil kedengaran daripada mulut suamiku. Danial ini, kalau sehari tidak buat lawak memang tak sah.
"Abang ni.... Janganlah merajuk. Nanti susah Dina nak pujuk." Aku ketawa kecil.
"Eh, macam kenal je ayat tu? Dina curi dari mana tu?" Danial juga mengikuti aku yang sedang tersengih. Tahu pun.
"Curi dari hati abanglah. Apa lagi." Sesudu air batu campur aku suapkan lagi ke dalam mulut sambil menyaksikan riaksi Danial.
"Okeylah, curilah. Tapi hati abang pun, Dina kena curi tau. Nanti abang merajuk lagi." Danial mengukir senyuman paling indah yang pernah aku lihat. Ya Allah, mana tidak cair aku dibuatnya...
Tanpa kami sedar, semangkuk air batu campur telahpun aku habiskan dengan sekelip mata. Haus benar nampaknya.
"Abang, Dina nak tanya sesuatu, boleh?" Nafas aku ditarik dalam.
"Tanyalah." Nampaknya Danial sudah memberi lampu hijau kepada aku.
"Abang, boleh tak Dina nak pergi wedding Lufya bulan depan? Kalau boleh, abang ikutlah sekali...." Pinta aku. Aku memang sudah menempah tiket, tetapi tidak Danial. Kalau Danial ikut pun pasti kami akan menaiki pesawat berlainan.
"Mestilah boleh. Kat Sabah kan? Abang pun ikut sekali lah. Abang dah tempah flight, tapi itulah. Memang kita tak naik flight yang sama." Tutur Danial.
"Betul ke? Tak apalah, janji abang ikut." Syukur aku dibuatnya Danial turut mahu ikut sama. Bukan aku tidak biasa bersendiri, tetapi apa pula kata orang nanti. Aku sudah bersuami, kenalah buat cara bersuami.
"Abang mestilah ikut, takkan nak biarkan sayang pergi seorang-seorang. Kalau ada perompak ke penyamun ke, abang boleh selamatkan. Abang kan superhero Dina!" Sebelah tangan suamiku diangkat seperti seorang Superman.
"Superhero? Macam dalam movie tu? Biar betik? Abang boleh terbang ke? Boleh panjat dinding ke?" Sengaja aku ingin mengenakan Danial pula kali ini.
"Iyalah. Abang memang tak boleh terbang tapi abang boleh terbangkan hati Dina tau. Abang seorang je suami Dina a.k.a superhero kesayangan Dina.
"Pandailah sangat. Cubalah terbangkan kalau boleh!" Tawa kecilku terletus jua. Ya, aku tidak nafikan apa yang Danial katakan, ada benarnya.
Bersambung.....
Maaf sebab dah lama tak update, saya semakin busy setiap hari.... Enjoy the read! :)
Share this novel