Bab 52

Romance Series 27539

Bayu pagi yang sejuk meraba pipiku. Tipulah, jika aku berkata aku sudah mendapat jawapan 'siapa' yang berbisik kepadaku beberapa hari lalu. Biar sahajalah, mungkin itu bayangan aku sahaja.

Hari ini, Danial berjanji untuk pulang lagi. Dari awal pagi tadi aku sudah menunggu di pondok ini. Dengan membawa sebuah buku dan secawan air teh o, sudah cukup untuk menghilangkan bosan. Nasiblah aku ulat buku orangnya.

Sedar tidak sedar, usia perkahwinan kami semakin lanjut. Semakin lama aku hidup bersama Danial, semakin aku kenali dunia yang sebenar. Bukan sahaja perlu mendalami ilmu untuk masa hadapan, tetapi tanggungjawab itu sendiri yang penting.

Rugilah, di sekolah kanak-kanak tidak diajarkan dengan sikap-sikap murni untuk masa hadapan. Mereka hanya didedahkan dengan ilmu akademik, bukan lagi akhlak dan nilai murni yang menjadi keutamaan.

Kali ini, aku menumpukan sepenuhnya bacaanku. Walaupun sekadar buku fiksyen, tidak salah untukku mengambil pengajaran yang ingin disampaikan oleh penulisnya.

Berkisah tentang seorang isteri yang bangkit dengan tabah daripada suaminya yang curang. Setakat ini, masih tiada ahli keluargaku yang berpisah kerana orang ketiga. Kalau aku dapat jumpa wanita ini di hadapan mata, pasti sudah aku memujinya kerana ketabahannya yang tidak semua orang miliki.

Curang itu satu pilihan. Tiada istilah 'terpaksa' dalam kes munculnya orang ketiga. Benar, segala takdir telah ditentukan oleh DIA, tetapi mahu atau tidak itu terletak di tangan sendiri.

Jika aku dan Danial diuji sebegini, tidak tahu apa yang akan aku lakukan. Aku hanya mampu berdoa, agar 'masjid' yang kami bina ini kekal hingga ke akhir hayat.

"Assalamualaikum."

Sebaik sahaja aku menyedari suara seseorang memberi salam, laju sahaja kepalaku menoleh.

"Wa... Waalaikumussalam..."

Aku terpana.

Mengapa? Mengapa semua ini terjadi?

"Dina, tahniah. Sorry sebab lambat ucap."

Hanya perkataan itu yang keluar daripada mulut wanita itu. Tangan dihulurkan, lalu kami berjabat tangan sambil berpelukan. Entah ikhlas atau tidak, hatiku kini berasa kosong dan sepi.

Tahniah? Tahniah untuk apa?

"Kak..." Suaraku lemah. Pipi mulusku mula basah dengan air mata yang mengalir perlahan. Orang yang tersangat aku rindui, kini telah muncul kembali.

Secara tiba-tiba, tanpa dijangka.

Tapi, kenapa disaat ini dia hadir? Adakah dia akan memperbetulkan keadaan atau sekadar menambah beban? Ya, aku tahu aku seorang perampas.

Aku rampas Danial.

Aku ambil Danial dari dia.

Danial bukan hak aku.

"Dina, akak dah tahu segalanya. Okay, akak okay. Janganlah fikir akak nak tikam Dina dengan pisau pulak. Akak tak sekejam tu."

Dengan lemah, kami melepaskan pelukan. Mata kami saling menatap sesama sendiri.

"Akak tak pernah salahkan takdir. See that." Jari telunjuk Kak Farah dihalakan ke dua orang kanak-kanak yang sedang bermain kejar-mengejar di halaman rumah, sama seperti kami sewaktu kecil. Sudah besar nampaknya si kenit dua ekor ni, lama tidak jumpa. Umur mereka berapa pun sudah tidak aku ingat.

"Tapi... akak..." Bicaraku terhenti di situ.

"You... such a strong lady, Irdina. Demi kebahagiaan orang lain, Dina sanggup berkorban. Dina sanggup terima lamaran orang yang Dina baru kenal. I'm sorry, sebab buat hidup Dina rasa bersalah sebelum ni." Kak Farah menggenggam tanganku.

Aku yang terkedu. Kenapa?

"Danial adalah milik Dina."

Kaki wanita itu melangkah pergi. Entah mengapa, tiba-tiba terdetik rasa bersalah di hatiku. Aku dan dia, berebut suamikah?

Danial sebenarnya milik siapa? Farah atau Irdina? Sehingga ini, aku masih tertanya-tanya. Jika dia bukan jodohku, akan aku mengundurkan diri sebelum semuanya terlambat.

Janin yang aku kandungkan, ialah zuriat hasil perkahwinan aku dan Danial. Jika kami berpisah sekalipun, Danial tetap bapa kandung kepada bayi ini.

Aku tidak mahu, anakku yang tidak bersalah ini menjadi mangsa perpecahan keluarga. Tidak mahu aku ulangi penderitaan Danial kepada anakku.

Dua kanak-kanak yang sedang duduk di atas tanah tanpa rasa geli itu aku tenung lama. Bahagia sahaja mereka, langsung tidak mengerti tentang penderitaan yang ibu mereka alami. Yang mereka tahu hanyalah bermain dan bermain.

Meskipun tidak kenal siapa ayah mereka, tidak semestinya mereka tidak boleh menjalani kehidupan normal seperti biasa. Itulah kanak-kanak. Alangkah indahnya jika aku akan kekal menjadi kanak-kanak, tidak perlu untuk memikirkan masalah dunia.

Tidak perlu untuk berkahwin.

Tidak perlu untuk berkongsi perasaan.

Paling penting, tidak perlu merasakan kesakitan dalam hubungan.

Sungguh aku rindu akan zaman kanak-kanakku bersama Kak Farah. Berlari berkejaran bersama, bermain congkak dengan menggunakan biji relai dengan lubang-lubang yang dikorek dari tanah dan pelbagai jenis permainan lagi.

Perlu diingatkan juga, aku ini hidup di dalam dua alam. Lahir pada tahun 90-an, sempat merasakan zaman yang masih kurang penggunaan teknologi dan gajet. Dalam masa yang sama, aku juga membesar pada tahun 2000 ke atas, di mana lahirnya generasi yang digelar generasi Z.

"Kak Long! Janganlah tarik baju lia!"

"Nak tarik jugak. Bluek!"

Aku tersenyum mesra melihat mereka. Sekurang-kurangnya, hati umi tenang apabila mengetahui Kak Farah sudah pulang. Air mata yang masih berbaki di tubir mata aku kesat dengan kain tudung kapas ini.

Bahagia itu di tangan Tuhan, Irdina.

Bersyukurlah dengan apa yang aku ada.

Ingatlah,

Apa yang aku ada kini, diimpikan oleh orang yang masih bujang. Kemesraan aku dan umi yang takkan pernah pudar sehingga akhir hayat ini, diimpikan oleh semua orang yang mempunyai keluarga toksik.

Maka, nikmat apa lagi yang engkau dustakan?

Terjemahan petikan ayat suci Al-Quran dari Surah Ar-Rahman, ayat ketiga belas itu berlegar di fikiranku.

Hari ini, aku belajar untuk bersyukur.

*

"Makngah."

"Farah... Minta maaf."

"Farah, minta maaf sebab tak dapat balas jasa makngah."

"Lepas ni, Farah nak berhijrah. Boleh, makngah?"

Aku mengetap bibir, menyaksikan sahaja kakak saudaraku bersalaman dengan umi. Bukan kerana marah, tetapi aku rasa keputusan yang Kak Farah lakukan adalah terburu-buru.

Aku dapat rasakan, fikirannya sedang bercelaru. Tidak yakin dengan keputusan yang dilakukannya.

"Farah... Minta maaf sebab tak dapat jaga makngah sampai tua. Dina, ada kan?"

Ya, aku ada.

Tetapi, aku mahu Kak Farah ada bersama. Sehebat mana pun pergaduhan antara kami, pasti ada jalan penyelesaiannya.

Kami, adik beradik biarpun bukan yang kandung. Kami bukan dilahirkan dari rahim yang sama, tetapi kami mempunyai darah keturunan yang sama.

"Assalamualaikum."

Suara dari bahagian depan rumah mengejutkan 'drama' air mata kami. Sudah tahu siapa sang pemilik suara itu.

Danial.

Kak Farah pula, ada di sini.

Bertabahlah, Dina. Kebenaran akan tiba.

Masalahnya sekarang, siapakah orang ketiga antara kami? Aku mahupun dia?

Jika orangnya aku, aku...

Akan pergi.

Done double update. Sorry eh ayat kalini pendek-pendek. Tengah lost.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience