"Awak. Awak ceritalah sikit. Macam mana awak dengan Kak Farah boleh kenal." Rayu aku. Aku masih tidak boleh tidur walaupun badanku penat. Lampu sudah dipadam, kami di pembaringan dan masih-masih belum boleh melelapkan mata.
"Kenapa Dina suruh macam tu?" Aku tahu, mungkin serba salah untuk dia tetapi aku mahu tahu juga.
"Hadirnya awak dalam hidup kak Farah adalah sebahagian daripada kisah saya. Kalau awak tak muncul dengan kak Farah, saya tak jadi isteri awak." Jelasku. Baik terus terang sahaja.
"Yelah. Tapi, kalau dah jodoh tak kemana. Dina nak lari ke Amerika sekalipun, tetap jumpa juga. Kan? Betul tak?"
"Eh, Dina tak dan nak lari ke Amerika lah. Dina mana ada duit. Lainlah awak. Awak banyak duit kan?... Kan?..." Sengaja aku mahu mempermainkan Danial. Iyalah, aku ini siapa. Sampai sekarang makan gaji. Tetapi, samalah seperti Danial kan? Dia pun makan gaji juga.
"Gold digger lah awak ni." Nada suara Danial kedengaran merajuk. Ha, tahu pun nak merajuk.
"Siapa kata saya minta duit awak. Saya cuma cakap je. Tak ada duit awak pun saya boleh hidup lah." Ha, nak merajuk? Biar aku tambah merajuk dia tu.
"Anda pasti? Kalau macam tu, abang taknak kasi duit kat Dina." Ujarnya dalam nada belagak. Huh. Tak mati pun aku kalau tak ada duit dia ni. Tetapi alang-alang, mestilah aku mahu gunakan status aku sebagai isterinya kan?
Tetapi janganlah ingat aku ini 'pengorek emas' pula. Bukan.
"Sila tanggung dosa anda. Haaa? Macam mana? Sentap?" Aku ketawa kecil. Terus Danial diam.
"Tidurlah. Esok sambung. Baca doa dulu. Sweet dreams, sayang. Jangan mimpi orang lain tau, mimpi abang seorang je." Danial memberi kata putus. Tahu pun.
"Sweet dreams. Mengada lah awak ni." Perlahan-lahan aku menutup kedua-dua belah mataku.
Mimpi indah, encik suami. Jumpa esok kalau hidup lagi.
*
Air teh o panas di dalam jag aku hidangkan di atas meja makan. Ruangan dapur di rumah ini agak besar yang dapat memuatkan ruangan makan dan memasak. Selesa untuk aku dan umi sebagai perempuan meyediakan hidangan untuk tetamu. Ruangan masak dan makan juga dipisahkan dengan tirai, tidaklah terganggu tukang masak dengan tukang makan.
"Pi ajak laki hang makan. Orang lain semua dah makan dah." Suruh umi. Hari ini semua tetamu yang datang sudah pulang kecuali abang keduaku abang Najmi. Abang Hakim pula tidak dapat bercuti lama kerana anaknya sekolah hari ini. Abang Najmi tidak apalah, dia kan masih 'single'. Belum bertemu jodoh nampaknya. Umur sudah sama dengan suamiku Danial tetapi benarlah orang kata, jodoh itu ditangan Tuhan.
"Alah umi. Sat lagi dia mai la tu. Seronok kan jadi lelaki, semua benda boleh suruh perempuan. Manja sangat." Balasku sambil menghidangkan makanan di atas meja makan. Memang aku dan Danial sahaja yang akan makan lagi pun.
"Kita ni perempuan, Dina. Senangkan hati suami, baru dia sayang. Jadi laki ni penat, cari rezeki untuk anak bini dia makan, tak kebuluran. Memang kita rasa tak adil kan, tapi itulah fitrah yang Allah tetapkan." Umi duduk di kerusi meja makan. Umi ini, kalau sehari tak beri nasihat memang tak sah. Tetapi kerana nasihat itulah, aku dapat pergi jauh. Umi yang tak pernah jemu beri nasihat. Itulah umi yang aku sayang. Lagipun, akulah satu-satunya anak perempuan yang umi ada.
"Yelah." Mahu atau tidak aku terpaksa mengalah juga. Umi makan garam terlebih dahulu daripada aku. Sepanjang 22 tahun bersama arwah abah, macam-macam yang umi lalui. Aku ini baru 'budak' dalam alam ruamhtangga. Baru dua hari. Mentah lagi.
Aku segera ke bahagian atas rumah untuk memanggil suamiku. Entah ke mana pula si Danial ini pergi menghilang.
Dalam bilik, tiada. Dalam bilik air pula tiada orang. Alah, mana pula encik suami ni... Manja betul mahu makan pun tunggu orang panggil.
Selipar jepun aku sarungkan ke kaki lalu berjalan ke kawasan luar rumah. Ha, jumpa pun encik suami yang menyorok. Patutlah satu rumah aku cari dia menghilang, rupanya ada di luar. Kurang asam boi betul.
"Awak. Awak buat apa kat sini? Umi suruh panggil, makan. Kita berdua je yang tak makan lagi." Kataku. Mata Danial masih melekat di sawah padi yang menghijau, bukan aku. "Awak dah jatuh cinta kat sawah padi tu ke?"
"Eh, mana adalah. Cuma best jugak tengok keindahan alam ni. Seronoknya Dina, membesar dalam kawasan sawah padi. Happy je hari-hari tengok sawah padi hijau depan rumah." Tuturnya lembut.
"Ini musim dia. Esok-esok dia tuai memang kosong habis tanah ni. Awak tak tahu ke?" Aku menggeleng sambil ketawa kecil. Tidak apalah, nama pun budak bandar.
"Tak. Dina cerita lah sikit. Please.... Abang ni mana lah membesar dekat kawasan pedalaman macam ni. Abang hidup dekat bandar je." Danial memuncungkan mulutnya. Eii, geramnya aku melihat 'kecomelan' itu.
"Padi ni biasanya enam bulan macam tu lah. Mula-mula membajak tanah, awak pernah tengok orang bajak tanah guna kerbau. Tapi tu dulu. Sekarang orang pakai mesin je. Lepas tu menyemai, pun pakai mesin. Ha, lepas tu membaja. Akhir sekali, cuba awak teka." Aku pandang sawah padi yang terbentang luas sambil menanti jawapan dari Danial.
"Menuai?" Danial mengurut dagunya. Macam tidak yakin sahaja dengan jawapan sendiri.
"Betullah tu. Lepas tu barulah dia hantar proses ke kilang untuk jadikan beras. Sebab tu umi selalu pesan, jangan membazir sebutir nasi pun. Arwah abah saya penat bekerja kat bendang dulu masa dia masih hidup. Umi kata kena hargai setiap titik peluh arwah abah." Kataku.
"Sayang ni, kuat nasihat oranglah. Nanti mesti dekat anak kita pun, Dina suka nasihat-nasihat kan. Mewarisi umi ni. Orang perempuan kan..." Danial ketawa kecil.
"Awak ni... Jahat la." Giliran aku pula memuncungkan mulut. Ingat dia seorang sahaja boleh buat? Aku pun boleh.
"Kalau suami dia jahat, isteri dia pun jahat sekali lah kan? Suami dan isteri kan semua kena sama-sama...." Danial ketawa kecil lagi. Aduh, ada sahaja mahu menyakat aku.
"Jadi awak jahat lah ni."
"Tak, abang orang baik. Baik sangat tau." Danial mengangkat bakulnya sendiri. Perasantan betul.
"Yelah. Nak cakap dengan awak ni, sampai esok pun tak habis lagi. Awak tengok kolam kecil kat situ. Dulu abang-abang saya dengan kawan-kawan dia selalu memancing dekat situ. Ada ikan keli lah, lepastu umi masak ikan keli goreng. Sedap." Kataku sambil menunjukkan kolam kecil yang terdapat di hujung sana.
"Memancing? Makan ikan fresh? Sedapnya.... Abang nak merasa juga semua tu."
"Kalau nak pergilah pancing. Mana tahu ada ikan ke." Suruhku. Sebenarnya aku bergurau sahaja.
Danial terus berjalan menuju ke kolam kecil itu. Aku menggeleng sahaja kepala melihat suamiku pergi. Membuta tuli pula dia percaya.
"Awak. Mana ada ikan dah. Dulu-dulu je!" Jerit aku. Harap dia dengarlah walaupun sudah jauh.
"Dina, umi suruh hang panggil laki hang tu, hang buat apa pula kat sini..." Umi mengambil tempat di sebelahku menggantikan Danial tadi.
"Biarlah. Danial nak memancing. Dina gurau je tak sangka dia boleh percaya bulat-bulat pula. Memancing kat kolam tu. Macam abang Hakim dengan Najmi dulu. Rindu zaman tu...."
"Umi pun rindu. Umi rindu masa abah ada lagi. Tengok Dina dengan Danial, umi rindu nak bersama dengan abah semula. Tetapi rindu kepada orang yang dah tiada ni, ibarat sebuah rundu yang tak berpenghujung. Umi sentiasa menanti abah di pintu syurga. InShaaAllah." Kata umi.
Di atas pangkin kecil kami berbicara. Meluahkan segala yang terpendam di hati. Di pangkin kayu ini terlalu banyak kenangan dengan aku terutamanya abah. Abah suka berehat di sini dan aku pula teman abah.
Semuanya hanya tinggal kenangan manis yang tak pernah aku akan lupakan.
"Umi, janganlah cakap macam tu. Dina selalu ada untuk umi tau. Dina sayang umi sangat. Dina takkan tinggalkan umi..." Aku sebak melihat umi sedih.
"Kalau sayang umi, jaga suami elok-elok tau. Hormat dia, bagi layanan yang terbaik kat suami tu. Umi sentiasa doakan anak-anak umi baahgia walau kat mana sekalipun. Lagi-lagi Dina. Seorang je anak perempuan yang umi ada." Pesan yang begitu dalam ke hatiku.
"Awak.... Tak ada pun ikan...." Danial tiba-tiba sahaja datang. Kacau daun betullah Danial ini. Baru sahaja aku mahu merakam detik-detik indah bersama umi.
"Memang lah tak ada. Saya tipu je. Dulu ada lah ikan, sekarang mana ada dah..." Kataku sambil tertawa dengan suamiku yang lurus bendul ini. Lucu benar.
"Awak....." Danial memeluk tubuhnya tanda merajuk lagi. Entah kali ke berapa dia mahu merajuk. Harap sahaja nampak gagah namun dalam hatu lembut seperti tisu. Manja benar!
"Awak janganlah marah-marah. Nanti cepat tua. Kesian kat anak kita dapat papa tua. Ish ish ish..." Merajuklah lagi. Aku suka tengok 'kelucuan' dia merajuk.
"Hangpa berdua ni, umi suruh makan hangpa pi beromantik kat sini pulak... Masuk... Sat lagi nak berasmaradana ke silakan." Kata umi sambil bercekak pinggang. Kami berdua seperti budak kecil terus masuk ke dalam rumah kerana ketakutan. Umi mempunyai auranya tersendiri.
Share this novel