"Kau dah rampas Danial, pengkhianat!" Suara perempuan itu semakin bergema. Aku berundur sedikit ke belakang, selangkah demi selangkah. Perasaan takut memenuhi fikiranku, membuatkan aku tidak dapat mengawal emosi sendiri.
"Farah..." Aku cuba untuk bertindak biasa walaupun sakit. Danial suami aku, bukan suami kak Farah. "Kita settle baik-baik, boleh? Janganlah macam ni."
"Settle baik-baik? Lepas apa yang kau buat? Kalau orang lain, tak apa lagi. Ini Dina sendiri tahu tak! Dina sedar tak Dina siapa? Dina adik saudara akak tau! Akak letak kepercayaan sepenuhnya kat Dina, last last akak kena tikam belakang!" kak Farah berjalan meninggalkan aku sendiri.
Aku kelu sendiri. Terpinga-pinga.
Salahkah aku? Salahkah aku untuk menjadi isteri Danial? Kenapa? Adakah aku telah mengkhianati sepupuku sendiri? Layakkah aku dihukum dengan semua ini?
"Akak, dengarlah dahulu ... janganlah buat keputusan melulu..." lirih aku. Ke mana pula Danial yang sepatutnya melindungi aku pun aku tidak tahu. Kalaulah dia ada, aku mahu dia tahu yang aku sedang memerlukannya. Aku sangat lemah sekarang.
Danial cintaku, awak di mana?
*
"Astaghfirullahalazim ... aku mimpi lagi?"
Dari katil, aku mengangkat kakiku menuju ke bilik air. Nasib baiklah apa yang berlaku tadi hanyalh mimpi, bukan realiti.
Danial. Farah. Yakinkah aku bahawa kenangan itu manpu terpadam dengan sepenuhnya dari fikiran Danial?
Tidak, aku tidak dapat membaca hati seseorang. Yang aku mampu, hanyalah berdoa agar semua kisah manis antara mereka terpadam dari ingatan suamiku. Bukanlah aku mahu cemburu buta, cuma aku terlalu risau. Risau yang bagaimana, hanya Allah yang tahu.
Setelah melakukan apa yang patut, aku berjalan semula ke bilik. Setiap kali aku melalui ruang tamu ini, setiap itulah aku asyik teringatkan hari perkahwinan kami kira-kira lima hari lalu. Ya, baru lima hari. Sekejap, bukan?
Seminggu pun belum.
Hari perkahwinan aku dan Danial, ramai sanak saudara yang berkumpul, kalah ketika hari raya. Pelamin mini yang dipenuhi bunga, menjadi tempat kami bersanding walaupun tempohnya tidak lama. Masih segar di ingatan bagaimana gugupnya rasa menjadi pengantin baharu. Takut.
Itu belum lagi semasa Danial melafazkan sendiri akad nikah di hadapan tok kadi. Mungkin aku sebagai perempuan tidak rasa seteruk lelaki, cuma aku dapatlah rasakan sedikit kegugupan yang ada.
Saat itu, aku langsung tidak tahu apa-apa. Malu-malu, jangan cakaplah. Hendak bersembang dengan Danial pun rasa kekok. Kekok sungguh.
Semua itu memori.
Pintu kamar tidur dikuak perlahan olehku. Aku tersenyum sendiri melihat katil yang pernah dikongsi dengan Danial dua hari lalu. Mustahil untuk aku lupa. Rasa seperti masa bersama itu baru berlalu sepuluh minit lepas.
Mataku meliar di seluruh kawasan bilik pula. Kalau ikutkan, jarang juga aku tinggal di rumah sebelum ini. Sejak 13 tahun, aku mula tinggal di asrama dan jarang pulang. Setelah habis sekolah pula, aku menyambung belajar. Memang jarang sungguh aku tinggal di sini. 12 tahun sahaja masa yang sebenar-benarnya aku bersama keluarga.
Kini aku kembali, untuk menebus semua itu biarpun terpaksa berjauhan dengan suamiku. Ikrarku sendiri akan menjaga umi sehingga ke hari tua. Tiada insan yang lebih bernilai daripada keluarga. Suami boleh dicari, keluarga tidak boleh ditukar ganti.
Eh, tidak. Bukan aku tidak sayangkan Danial. Aku cintakan dia separuh mati, cuma keluarga adalah lebih utama. Biarpun aku sudah menjadi isteri orang, tanggungjawab seorang anak perempuan kepada ibubapa tetap tidak berubah.
Aku, hanya tinggal umi. Abah sudah tiada.
Kalau aku tidak sempat untuk membahagiakan abah, biarlah aku sempat untuk membahagiakan umi. Kalau abang-abangku tidak ada masa untuk umi, aku pasti ada.
Aku duduk sebentar di atas kerusi yang dikhaskan untuk meja belajarku. Inilah satu-satunya kenangan aku dengan arwah abah. Meja ini, abah yang belikan walaupun aku tidak sempat menggunakannya. Tahu-tahu sahaja ada panggilan ke sekolah berasrama penuh.
Hari ini, bagaikan segala memori semalam berulang kembali. Memori indah, bukan pahit. Hari ini, aku asyik tersenyum sendiri mengenangkan peristiwa manis yang telah berlaku. Cepat benar semua itu pergi dimamah masa.
Masa yang meninggalkan kita, bukan kita yang meninggalkan masa.
"Gambar ni?" Tanganku mencapai pula gambar yang diletakkan di dalam bingkai gambar kayu itu. Aku dan kak Farah. Pada hari itu, begitu akrab hubungan kami walaupun jarag berjumpa.
"Akak, maafkan Dina. Dina tak nak hidup dalam rasa bersalah seumur hidup..." Entah mengapa sahaja tiba-tiba air mataku mengalir perlahan.
Sakit.
Aku tidak tahu lagi apakah perasaan kak Farah. Mungkin sakit, mungkin biasa-biasa sahaja. Dua kali dikecewakan oleh bekas suami, sukar untuk semua itu pudar dari hatinya.
Meja ini, bagaikan sebuah mesin masa walaupun ia hanyalah bayangan aku sendiri. Setiap kenangan, pasti tersimpan di sini. Semuanya ada melainkan aku dan Danial.
Aku dan Danial. Masih tiada memori yang paling indah di sini. Hanya tiga hari aku sempat meluahkan rasa sayangku padanya.
*
"Lufya..." Aku mengetap bibir geram. Ada sahaja sahabatku ini ingin menyakatku walaupun kami berjauhan. Tiba-tiba sahaja aku dapat panggilan video daripada dua wanita yang sebaya denganku ini. Aku pun, apa lagi. Gembira bukan kepalanglah.
Kali ini, gurauan itu agak berlainan. Kalaulah Lufya ada, pasti pipinya yang gebu menjadi tarikan aku.
"Esok hang rasa nanti, tunggulah." Aku ketawa jahat. Kurang dari sebulan lagi Lufya ingin mendirikan rumahtangga. Tidak sabar untuk aku pergi menjelajah ke negeri kelahiran sahabatku sendiri yang berada di Selatan Malaysia. Hanya dipisahkan dengan Laut Cina Selatan, tetapi kita masih bersatu.
"Jangan marah ... aku gurau je."
"Sarah mana ni? Diam je? Kamera pun dia off." Pelik betul aku sejak tadi, ke mana pulanya pergi sahabatku lagi seorang ini? Masih ada dalam panggilan, tetapi batang hidungnya langsung tidak kelihatan. Pelik benar.
"Rasanya pergi tandas kot. Jap aku tengok." Lufya melangkah keluar daripada bilik untuk mejenguk bilik sebelahnya, bilik Sarah. Pelik, mereka tinggal di dalam satu rumah, tetapi masih membuat panggilan video. Mungkin kerana aku.
Lufya hilang dalam beberapa minit, aku masih setia menunggu di hadapan skrin telefon pintar. Sudah lama rasanya kami tidak berjumpa. Rindu sangat!
"Ha nah, ni Sarah yang hang cari." Lufya menarik Sarah supaya muncul di hadapan kamera. Kali ini barulah mereka berdua kelihatan bersama.
"Sarah ... macam mana dengan Ustaz Saiful hang tu? Ada cerita? Kalau ada, habaq la. Mana tahu Sarah potong Q Lufya dulu ... nanti Lufya yang kalah cabaran kita." Kataku sambil tertawa kecil. Cabaran tetap cabaran. Siapa suruh buat tempoh hari.
"Tak ada apa-apa pun. Tak ada maknanya nak potong Q. Lambat lagi jalan seterusnya tu." Wajah Sarah kelihatan sedikit sembap. Aku sendiri pun tidak tahu mengapa sahabatku itu menangis.
"Hang ni awat?" Lufya menepuk bahu Sarah laju. Nampak lemah semangat sahaja Sarah hari ini. Demamkah?
"Tak ada apa-apa pun..." Sarah menggeleng laju, cuba untuk menidakkan namun hati kami masih curiga dengan perlakuan Sarah.
"Ceritalah..." Rayu aku dan Lufya serentak.
"Hmm?" Sarah masih ragu-ragu dengan kami.
"Macam ni lah, aku ada nampak .... entahlah. Tak tahulah nak cakap macam mana. Aku syak Ustaz Saiful tu macam ada simpan rahsia dari aku." Luhur sahaja suara Sarah. Aku faham sangat perasaan syak wasangka yang tinggi itu. Semakin kita mahu menghalalkan hubungan, semakin banyak ujian yang perlu dihadapi.
"Sarah, put your trust on Allah. Saiful loves you, dear. Abaikan perasaan yang datang, semua tu syaitan yang mahu menghalang kita." Aku mencuba memberi kata-kata semangat buat Sarah.
"Dina..." Suara Sarah semakin sebak.
"Rahsia tu, rahsia yang macam mana?" Soalku untuk kepastian. Boleh jadi sesuatu yang baik, boleh juga yang buruk. Aku tidak betul-betul berada di keadaan Sarah yang sedang bergelut dalam suasana sebegitu. Masing-masing seperti menunjukkan tanda suka sama suka, namun tiada seorang pun yang mahu mengajak selangkah ke hadapan.
Rasanya seperti mengejar angin.
Assalamualaikum semua... Lama betul Deena menyepi. Penat kena ulang alik ke sekolah + tak ada idea >< Sekarang ni hero melarikan diri dulu, nanti baru muncul...
Share this novel