"Hah? Check out pagi esok?"
"Ye lah sayang ...." Danial membalas pertanyaanku sambil mengemas pakaiannya ke dalam beg. Hanya beberapa untuk malam ini dan pagi esok sahaja yang ditinggalkan.
"Kita nak tidur kat mana pula lepas ni?" Soalku. Ya, aku faham tempat ini mahal, takkan pula kami ingin tidur di sini seminggu, habis duit Danial nanti.
"Tempat yang ... sayang mesti suka."
"S ... Suka? Hmm, tempat apa yang Dina suka?" Fikirku sendiri. Tempat jenis apa yang aku suka pun, aku tidak tahu.
Oh ya! Aku sukakan tempat berair. Sejak kecil, abah selalu membawa aku dan abang-abangku ke pantai atau taman tema air, syok sangat. Alangkah indahnya, itu semua memori lama. Kalaulah abah masih ada...
"Abang pun tak tahu sayang suka ke tak, cuma abang bawa je. Kalau tak suka, lain kali kita tak payah pergi dah. Tapi, abang yakin Dina akan suka, Insya-Allah." Jawab Danial penuh yakin. Hanya beberapa minit hendak masuk waktu solat maghrib, aku dan Danial sudah siap memakai kain sembahyang masing-masing. Sejak tadi, kami langsung tidak rehat. Iyalah, pulang pun sudah lewat petang.
Allahu Akbar .... Allahu Akbar ....
Kedengaran jelas azan berkumandang dari masjid yang terletak di belakang hotel ini menandakan masuknya waktu maghrib. Segera kami tamatkan perbualan, mendiamkan diri sambil menjawab azan serta bersedia untuk menunaikan perintah yang wajib ini.
*
Tangan Danial aku cium lembut sementara Danial mencium ubun-ubunku. Rasanya sama seperti semasa awal pernikahan kami dahulu. Rutin ini, hanya dapat dilakukan ketika aku dan Danial bersama.
Ya, bila jauh, hati akan lebih merindu. Itulah hikmah perhubungan jarak jauh yang sedang aku lalui sekarang.
"My princess, I know you're tired. Tidur lena tau. Esok kita nak jalan jauh lagi." Pesan Danial. Sudah hampir pukul lapan malam. Benarlah orang kata, di sini gelapnya lebih cepat berbanding di semenanjung. Pukul lapan malam, seperti sudah sembilan malam. Sedar tidak sedar, sudah hampir malam. Cepat benar masa berlalu, darilah aku dan Danial solat maghrib berjemaah tadi sehinggalah solat isyak beberapa minit lepas.
"Abang tak nak tidur?"
"Nak, tapi lambat sikit. Sikit ... je. Okey?" Kepalaku diusap lembut oleh Danial lalu perlahan-lahan dicium lembut.
"Rambut sayang ni, wangi sangat. Pakai syampu apa?" Danial terus lagi bermain rambut panjang separas pinggangku tanpa henti. Warna hitam dan lebat, mewarisi umiku. Dijaga penuh rapi sejak kecil, kerana rambut adalah mahkota seorrang wanita. Hanya layak dipertonton kepada lelaki yang berhak, bukan ajnabi.
"Syampu?" Aku menguntum senyuman ikhlas. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ini, setiap itulah membuatkan aku teringat kepada sesuatu. Bahagia yang aku cari, kini ada pengganti.
"My preacious ...."
"Abang ...." Aku kembali merenung anak mata hazelnya. Dengan hembusan nafas yang lembut, kami berpandangan sesama sendiri. Masa inilah, kami ingin berduaan. Mungkin suatu hari nanti kita akan ada zuriat, tiada lagi masa seindah ini. Jika tiada bulan madu untuk kami, cukuplah masa yang berharga ini buatku.
"Sayang ... jangan tinggalkan abang, boleh?"
"Kenapa abang cakap macam tu?" Aku senyum sahaja menghadap Danial. Mustahil untuk aku tingggalkan dia tanpa sebab. Dialah segalanya buatku. Dia yang mengenalkan aku erti cinta yang sebenar, mengapa aku perlu menyakiti dia?
Dia suami. Dia mungkin jodohku yang ditakdirkan untuk hidup bersamaku hingga akhir hayat, boleh juga terjadi terputus di tengah jalan. Kadangkala, pergaduhan yang lima minit pun, boleh merana sehingga lima tahun. Bahaya.
Aku, sedaya upaya akan berusaha setia bersama Danial, biar ribut apa pun yang melanda. Manusia, sentiasa melakukan kesilapan walaupun sekecil-kecil cara. Tentang cerita Danial, apakah hak aku untuk menghukum, sedangkan aku tidak tahu apa-apa di sebalik cerita.
Jujurnya, aku kasihani dengan nasib Danial. Hidup dengan keluarga yang tidak memahami, tidak ubah seperti meringkuk di dalam penjara. Hidup terperangkap, tanpa kebebasan dan tiada hak untuk bersuara. Mudah kata, hidup dalam kongkongan lah.
Aku akui, Danial seorang yang sabar. Danial sabar melayani kerenah aku, sudi 'memungut' aku menjadi isterinya. Nakalnya aku dahulu, hanya Allah dan keluarga terdekat yang tahu. Irdina Safiya kan, manalah sah jika tidak nakal.
"Sebab abang, tak yakin bila isteri abang sendiri tahu sifat sebenar abang. Abang susah untuk melupakan perkara lalu, walaupun dah bertahun-tahun. Lagi-lagi kenangan yang indah sepanjang hidup abang. Mustahil untuk abang lupakan dengan mudah," tutur suamiku perlahan.
Kenapa perlu buang kenangan yang indah? Lainlah jika ianya menyakitkan. Sedangkan aku sendiri pun, terlalu banyak kenangan pahit dan manis selama 25 tahun aku diizinkan tinggal di muka bumi yang luas ini. Yang manis, aku simpan sebaiknya kekal dalam ingatan memori. Kadang kala, rasa tersesat di dalam ruang bayangan pun ada.
Aku hanyut dalam khayalan memori. Tipulah jika orang lain langsung tidak pernah merasainya. Cuma aku lain, aku sangat sukar untuk melepaskan sesuatu yang sudah aku kunci untukku, akhirnya terlepas.
Arwah abah, umi dan Danial. My precious things.
Kalaulah wang sejuta mampu menghidupkan semula orang yang telah meninggal dunia, akanaku cari wang sebanyak itu.
Eh, apa pula aku merepek ini? Bukankah ajal, jodoh dan rezeki itu qada' dan qadar Allah? Bukankah aku juga yang pernah kata satu ketika dahulu? Aku ini siapa, untuk menidakkan?
"It's okay and normal, abang. Dina pun, selalu hanyut dalan memori. Abang janganlah cakap macam tu, jangan bagi vibe sedih malam-malam ni. Tak syoklah." Aku ketawa kecil, sengaja mengubah topik bagi menghilangkan mood sedih kami berdua.
"I'm proud of you. Susahnya nak jadi orang yang sentiasa happy macam Dina. Abang ni lelaki, tapi selalu sangat sedih tiba-tiba. Nak kata sebab single, tak jugak. Isteri dah ada. Hahaha. Pelik betul manusia macam abang ni." Pecah sunyi apabila suara ketawa kami bergema di waktu malam ini. Sedikit pun tidak kisah kalau cik ponti datang mengganggu, asalkan Danial bahagia.
"Kalau abang sedih, tidurlah. Insya-Allah hati abang akan tenang lepas bangun. Jangan tidur lambat sangat, kesian kat badan, dah penat bekerja di siang hari. Kalau Dina ada masalah, Dina akan terapikan diri dengan tidur. Sesetengah orang suka makan, buat yoga, baca Al-Quran ataupun sekadar berteleku kat atas sejadah. Abang, orang yang jenis macam mana?" Tenang sahaja aku menyoal.
Serius, tidur sangat menenangkan aku. Seberat mana pun masalah yang perlu aku hadapi, aku akan tidur dahulu sebelum menyelesaikannya. Biarpun semasa minggu peperiksaan sekalipun, agak jarang sekali aku menelaah setelah lampu ditutup tepat jam 11 malam, tidur sahajalah. Kalau mahu mengulangkaji sekalipun, jam 2 atau tiga pagi, aku bangunlah nanti. Mungkin orang kata, aku telah pandai secara sudah menggigil. Apatah lagi suhu 16 darjah celcius di bilik ini. Kalaulah aku hidup di negara bersalji, pasti sudah mati membeku Irdina Safiya dibuatnya.
*
"Wah ...." Tersenyum sahaja aku melihat pemandangan dari tingkat lima bangunan hotel ini. Sinar fajar seawal jam tujuh pagi ini begitu menarik perhatian aku. Telefon pintar dikeluarkan dari kocek seluar palazo ku, beberapa keping gambar diambil dari balkoni bilik ini. Danial? Mungkin masih menonton televisyen.
"Buat apa tu?"
Serta merta aku mengalihkan pandangan ke belakang. Danial.
"Abang ni, nak buat ala-ala Titanic daratan ke?" Aku mula menyedari Danial datang memeluk aku dari belakang seperti dalam filem yang terkenal satu ketika dahulu.
Rose dan Jack berpelukan di atas kapal besar Titanic, manakala kami berpelukan di balkoni hotel. Memalukan betul!
"Iyelah!"
semulajadi. Benar atau tidak, wallahualam.
"Tidur? Boleh cuba."
"Kalau macam tu, jomlah kita tutup mata, masuk dalam selimut." Tangan berkulit sawo matang itu aku genggan erat.
Dan tidurlah, jika tidur itu sebuah terapi untuk menghilangkan kesedihan.
"Sebelum tu, naikkan sikit suhu air-cond, sejuk sangatlah." Tanganku mula menggigil kesejukan. Macam manalah Danial boleh tahan sesejuk ini. Kalau aku, kipas yang diputar hingga ke kalajuan maksimum pun, aku
"Abang!" Aku tersengih malu. Kalaulah ada orang perasan perbuatan kami ketika ini, memang sudah aku capai pasu kaca hiasan di lobi untuk menelangkup muka aku ini. Malu benar.
"Betullah sayang cakap, tidur tu buat abang tenang, terlupa sikit masalah."
"Ha, abang! Abang kata ada suprise? Apa suprise nya? Nak tahu juga ...." Tiba-tiba sahaja aku teringat tentang 'suprise' yang rahsia sangat dari Danial. Agaknya, apalah yang 'rahsia sangat' itu? Kalau bukan sesuatu yang istimewa, kenapa pula perlu bersiap seawal jam tujuh pagi ini. Penting sangatkah? Seatahu aku, waktu check out ialah jam 11 pagi, ada lagi empat jam.
"Tunggulah."
Sepatah je? Huh. Tidak dapat aku membongkar rahsia kali ini. Daial bukanlah seorang lelaki beku, tetapi perangai sukar dijangkanya, apalah beza dengan drama lelaki beku di kaca televisyen.
Tak apa, aku akan nantikan sendiri kejutan itu. Sabar Dina, sabar.
Share this novel