Bab 26

Romance Series 27539

"Dah siap ke abang?" Baju-baju Danial yang sudah dibasuh aku lipat lalu aku masukkan ke dalam beg sandang yang memuatkan segala pakaiannya. Bersih dan wangi, itu caraku.

"Dah, sayang." Danial berdiri tegak di hadapanku dengan memakai t-shirt biru muda berkolar dan seluar slack. Bergaya betul! Aku tersengih melihat suamiku yang tiba-tiba kacak begini.

"Abang, abang nampak...." Belum sempat aku menghabiskan ayatku, tiba-tiba sahaja dipotong Danial.

"Shhh..." Jari telunjuknya diletakkan rapat ke bibirku menyuruh aku diam. Ubun-ubunku disentuh lembut, rambut lurusku dimain-main dengan tangannya. "Sayang lagi cantik. I love you." Bisik Danial ke telingaku. Suasana romantis mula kembali, membuatkan aku mahu peluk suamiku semahunya. Nasib baiklah di dalam bilik, bukan di hadapan umi.

"Buatlah apa sayang suka kat abang. Nanti kita dah jarang jumpa." Pipi mulus aku dibelai halus oleh Danial sementara aku merangkul lehernya. Perpisahan itu sakit, sakit sangat. Aku tidak mahu melepaskan Danial, aku mahu Danial sentiasa ada denganku namun ini takdir yang perlu aku terima.

Danial akan pergi. Berjuang untuk kerjanya. Demi aku juga.

"Jarang jumpa?" Wajah sahaja aku sembunyikan kesedihannya berbanding hati yang sedang sebak menahan kesedihan. Tiga hari aku berkahwin dengan Danial, aku sudah pelajari untuk jatuh cinta. Wallahi, aku cintakan Danial.

"Macam yang abang cakap sebelum ni, kita boleh video call. Kenapa nak sedih? I'm always with you, Irdina Safiyya. Abang tak ada yang lain." Kata suamiku.

Dalam. Sungguh dalam.

"Abang. I love you." Bisikku ke telinga Danial. Biar bisikan itu terus masuk ke minda. Biar Danial tahu, aku cintakannya sungguh-sungguh.

"I love you too. Tapi, cintailah Allah lebih dari cinta manusia." Bisikan aku dibalas dengan penuh kata yang menusuk kalbu.

Cinta Allah.

"Terima kasih, abang. Abang lelaki yang mewarnai hidup Dina selepas 10 tahun abah tak ada. Abang buat Dina rasa kasih sayang seorang lelaki semula. Abang tahu kan, Dina rasa sunyi tanpa abah. Abanglah penggantinya." Ucapku sebak. Pertama kali dalam hidupku, aku terasa sedih untuk melepaskan seseorang selain umi dan abah.

Iaitu suamiku, Muhammad Danial. Yang aku cintakan sungguh-sungguh.

"Allah plans everything, sayang." Mata Danial dikenyitkan kepadaku. Aku sekadar membalas dengan senyuman sambil tanganku sibuk mengemas baju suamiku yang ingin dibawa pulang.

Sekejap betul tiga hari ini. Terasa seperti tiga minit sahaja. Bahagia sungguh aku tiga hari ini, sudah nama pun pengantin baharu. Senyum sampai ke telingalah nampaknya.

"Abang, dah siap."

Akhirnya waktunya pun tiba, seperti yang dijanjikan.

Aku perlu kuat, jangan lemah. Aku mampu untuk berpisah dengan Danial. Sementara sahaja, bukan selamanya.

Pelbagai kisah-kisah tentang pasangan PJJ di media sosial telah aku baca sebelum ini, nampaknya majoritinya lebih bermasalah. Aku dan Danial, harap baik-baik sahajalah.

Silap juga aku, siapa suruh baca kisah-kisah pahit orang di media sosial. Orang-orang tua kata, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, maka wangilah kita. Sepatutnya aku baca kisah yang positif, barulah semangat aku menjadi positif sedikit.

Aku menyaksikan sendiri Danial mencium tangan umi. Penuh kasih seperti anak kandung biarpun hakikatnya hanya menantu. Nasib baiklah umi bukan seperti ibu mentua di dalam drama pukul 7 itu. Kejam sungguh si ibu mentua. Kantoilah aku suka tengok drama. Ya, memang aku suka.

Umi melayan anak orang lain penuh kasih, sama sahaja seperti anak sendiri. Kak Farah dan Danial, aku saksikan sendiri kasih umi.

"Dina berangan lagi?" Terkejut aku dibuatnya dengan suara Danial yang seakan-akan berbisik kepadaku. Beg sandang sudah dimasukkan ke dalam kereta. Danial akan memandu sendiri pulang ke kota.

"M-Maaf abang. Tak perasan." Balasku dalam suara yang tergagap-gagap. Segera dua tangan aku hulurkan kepada Danial. Tangan yang bakal mencari nafkah untukku aku cium penuh kasih.

Hormat aku kepada dia, suamiku. Seperti yang umi sentiasa ajar kepadaku.

"Bye abang." Saat Danial ingin melangkah masuk ke dalam perut kereta, tiada setitis air mata yang mengalir. Buat apa untuk aku menangis, sedangkan Danial pergi untuk aku, bukan untuk melakukan sesuatu yang tidak elok.

"I love you again. Tolong jaga diri baik-baik tau." Kucupan terakhir di pipi suamiku aku berikan. Selepas ini aku akan melayari rasa rindu yang teramat. Cukuplah ujian kecil ini untukku.

Ya, teramat kecil ujian ini berbanding ujian yang pasangan lain lalui. Ini baru perpisahan jasad, bukan hati dan perasaan. Kalau hendak dibandingkan dengan mereka, sangat jauh bezanya.

"Ahabbakalladzi ahbabtani lahu." Ringkas sahaja jawapan suamiku, menggunaakan Bahasa Arab. Pernah aku dengari kalimah ini namun kini aku terlupa maksudnya.

"Hmm, maksudnya?"

"Semoga Allah mencintaimu dan Dialah membuatkan engkau mencintaiku kerana-Nya." Senyuman nipis diberikan kepadaku. Baiklah, aku faham akan makna perkataan Bahasa Arab tersebut. Cukup dalam.

Deep orang kata kan.

"Semua yang kita lakukan, semuanya atas izin-Nya. Sedangkan sekecil-kecil benda seperti bernafas pun atas izin Yang Maha Esa. Kalau tidak, memang sudah ke kubur dah kita." Ujarnya lagi. Cukup dalam untuk aku hadamkan.

"Betul tu abang." Kalau ikutkan, memang Danial jauh lebih arif daripada aku dalam perihal agama. Terutama dalam bab cinta Allah. Mahabbah.

Allah yang lahirkan rasa cinta antara suami dan isteri, Allah yang campakkan kebahagiaan buat manusia di muka bumi ini. Maka nikmat apa lagi yang engkau mahu dustakan?

Danial masuk ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjinnya. Aku hanya lihat dari jauh kepergian suamiku. Senyuman pahit aku terpaksa ukir, melihat dia bergerak pergi. Perit di hati usah ditanya lagi.

*

"Dina." Tiba-tiba terasa ada tangan yang menggoyang badanku. Kelopak mataku terasa berat sekali, hendak dibuka pun payah. Hanya cahaya samar-samar yang menerobos masuk ke kornea mataku.

Tangan itu ialah umi.

"Umi?" Serak-serak basah suamiku.

"Bangunlah, tak elok tiduq asaq. Dah solat belum?" Suara lembut itu bergema di telingaku. Solat?

Aku terlupa!

"Dah pukul berapa dah, umi?" Mataku meliar mencari jam di mana-mana untuk melihat waktu kini. Seingat aku, setelah solat zohor aku tertidur kepenatan. Tiada Danial, aku bosan. Sudahlah tidak kerja. Hanya menjadi suri rumah di sini.

"Pukul 5.30 dah. Lamanya Dina tiduq. Patutlah sunyi je umi dengar." Kata umi perlahan. Teringat aku pada zaman dahulu, ketika aku masih kecil. Umi sentiasa kejutkan aku, tidak pernah penat dengan tugasnya sebagai ibu kepada tiga cahaya mata ini. Ada yang nakal sungguh seperti abang Najmi, ada yang pintar seperti abang Hakim dan ada yang biasa-biasa sahaja seperti aku. Pelbagai jenis kerenah di dalam rumah kecil ini melengkapi dan mewarnai hidup kami sekeluarga.

Hanya kami berlima.

Kalau ada pun, kak Farah sahajalah. Tiada orang lain. Kak Farah pun, bukanlah selalu sangat pulang berjumpa umi.

"Lama betul Dina tidur." Tanganku menggosok-gosok mata sendiri yang masih penat. Penat untuk bertugas setiap hari kepada tuannya.

Dari bilik, kakiku melangkah perlahan menuju ke bilik mandi untuk mengambil air sembahyang. Cebok berisi air mutlak aku angkat lalu diratakan airnya ke anggota wudukku.

Sudah siap!

Kakiku melangkah semula ke bilik untuk menunaikan solat asar yang sudah tertunda. Seperti biasalah, telekung yang sama aku sarungkan untuk menunaikan perintah yang wajib itu.

Kalau semalam, pasti ada Danial yang menjadi imamku. Kini tidak lagi. Aku menunaikan solat sendiri, tanpa seorang suami di hadapan.

Aku teringat lagi. Fuh.

Normalkah bagi pasangan PJJ yang baharu seperti aku untuk merasakan begini? Harap begitulah.

Takbiratul ihram aku angkat. Dengan penuh keikhlasan untuk Tuhan sekalian alam yang menciptakan makhluk-makhluk di muka bumi ini.

Sabar.

Bismillahirrahmanirrahim. Minta maaf kalau sebelum ni banyak sangat kesalahan tatabahasa dan hukum penulisan ... Insya-Allah saya sentiasa akan baiki dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada semua yang masih menyokong saya walaupun saya 'budak baru nak up' lagi. Kalau saya beritahu umur saya, saya pasti anda semua akan terkejut. Ya, begitulah hakikatnya. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience