Satu senduk nasi goreng yang aku masak tadi aku cedokkan ke dalam pinggan Danial. Disebabkan sudah lama, mungkin sudah tidak berapa panas sama dengan air teh o yang aku bancuh.
"Cukup tak awak?" Soalku. Manalah tahu dia makan banyak ke...
"Satu senduk je? Mana cukup awak.... Tambah lagi dua senduk. Baru cukup. Isteri abang masak kan sedap...." Danial membodek aku. Aku sekadar membalas dengan senyuman lalu menceduk dua senduk nasi goreng ke dalam pinggan kaca suamiku.
"Dah cukup?"
"Dah. Terima kasih. Jomlah makan." Aku melabuhkan punggung di kerusi kayu lalu kami berdua menadah tangan membaca doa makan.
"Bismillahirrahmanirrahim...." Sebaik sahaja aku ingin menyuap nasi ke dalam mulutku, ada tangan yang menghalang.
Danial lah. Siapa lagi.
"Biar abang suap Dina...." Nasi goreng yang aku masak disuap kedalam mulutku oleh Danial. Malu aku dubuatnya.
"Awak ingat saya ni baby ke?" Aku tersengih sambil mengunyah nasi goreng. Boleh tersedak nanti.
"Memanglah baby. Awak kan baby kesayangan abang...." Aku tersengih kecil mendengar balasannya. Bab memikat hati isteri ini, bijak sungguh.
"Yelah... Tak baik cakap sambil makan... Nanti tersedak." Aku memotong bicara dan Danial terus menyuapkan nasi ke dalam mulutku.
"Kot ye pun pengantin baru nak sweet-sweet, hormat la sikit orang single weh!" Terkejut aku mendengar suara lantang itu. Siapa lagi kalau bukan abang Najmi. Umur sudah 28 tahun tetapi belum bertemu jodoh lagi.
"Sorry." Sepatah perkataan sahaja aku ucapkan. Dalam hati sebenarnya ingin ketawa terbahak-bahak melihat abang Najmi. Kasihan dia.
Aku pula, langkah bendul daripada dia.
"Awak. Dah la tu, saya pun boleh suap sendiri lah. Kesian Najmi tau."
"Yelah, makan elok-elok tau." Serta-merta Danial berhenti menyuapkan nasi ke dalam mulutku. Keadaan 'manis' seperti tadi dilihat oleh abang Najmi pun sudah cukup membuatkan aku malu, apatah lagi jikalau umi yang melihatnya.
Danial, Danial.
Sisi indah dia yang tidak pernah aku jangka. Benarlah kata kak Farah. Tetapi bagaimana andai suatu hari kakak saudaraku akan kembali....
*
Secawan kopi o panas yang masih berwap dihantar ke meja bernombor empat di warung itu. Perlahan-lahan bingkai cawan kaca diangkat lalu diletakkan di atas meja lipat tersebut.
"Farah. Tolonglah...." Rayu lelaki berusia pertengahan 30-an itu.
"Tolonglah abang. Abang dah ada isteri. Tolonglah faham perasaan perempuan...." Farah tidak mahu berlama-lama dengan bekas suaminya yang selalu datang ke warung itu sejak Farah bekerja di situ.
"Abang tak sayangkan isteri abang pun. Sumpah." Jujur lelaki itu.
"Ya Allah abang ni dah gila, tahu tak. Dari dulu pun sama je, tak berubah. Saya taknak bermadu, abang." Tanpa membuang masa Farah meninggalkan lelaki itu sendiri. Hendak pandang mukanya pun sudah benci. Lelaki, memang mudah melupakan hal yang lalu tetapi tidak bagi wanita.
"Kalau ye pun, boleh abang nak tengok anak abang?" Farah berpura-pura tidak mendengar permintaan bekas suami pertamanya itu. Biarkan. Bukan dia ikhlas pun mahu melihat Aisyah.
"Saya tak ada anak dengan lelaki macam abang." Itu sahaja yang diucapkan Farah. Nasiblah di warung itu hari ini tiada orang. Kalau tidak, dapatlah mereka menonton 'drama' percuma Farah dan Azim.
Azim melangkah keluar daripada warung tepi jalan itu. Kenapalah hari ini dia baru taksubkan wanita ini? Kenapa bukan semalam? Kenapa bukan dulu? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak melakukan sesuatu tidak boleh berbuat apa-apa.
Azim menghidupkan enjin kereta lalu memecut laju ke rumah sewanya. Sudah hampir dua bulan tidak berjumpa isterinya di kampung. Malas hendak bertemu wanita itu. Semasa mereka mabuk bercinta, bolehlah. Kini tidak lagi. Iyalah, lelaki memang cepat move on.
Apa yang dia kerja di sini? Azim, kalau di kampung berniaga kedai runcit yang kini diuruskan isterinya. Di sini dia langsung tidak bekerja, cukup dengan sedikit duit daripada hasil bisnes yang ditinggalkan kepada isterinya di kampung. Nasib baiklah si isteri baik, tidak pecah amanah.
Setelah 15 minit perjalanan, Azim tiba di rumah pangsapuri sewanya. Kawasan itu agak sunyi sedikit ditambah lagi dengan semak samun ke pintu masuk utama yang membuatkan ramai orang tidak berminat untuk tinggal di situ. Sudahnya, di dalam satu blok yang sepatutnya ada 80 buah rumah hanya lebih kurang 30 buah rumah yang diduduk. Itu pun kebanyakannya warga asing.
Sudahlah tiada lif, menyeramkan pula tu. Patutlah orang tidak mahu tinggal di sini. Azim memanjat setiap satu anak tangga hinggalah ke tingkat lima, tingkat atas sekali. Ada 16 buah rumah di situ, tetapi hanya 3 yang berpenghuni.
Anak kunci dari kantung seluar dikeluarkan lalu dibuka mangga kunci tersebut.
"Azim." Suara halus lagi lembut memanggilnya. Tidak, bukan hantu atau makhluk halus.
"Erin? Baliklah..." Malas Azim hendak melihat wajah itu. Dalam hatinya hanya ada Farah, bukan isterinya atau Erin.
"Tolong tumpangkan saya tinggal kat sini... Sehari je..." Rayu wanita lemah itu. Kasihan pula Azim melihatnya. "Kalau awak nak minta saya bayarkan pun boleh."
"Tolong bayarkan dengan cara lain. Bukan duit." Azim tersenyum sinis. Mendapatlah dia hari ini. Ini bukan kali pertama, sudah berkali-kali sebenarnya. Kasihan Erin menjadi mangsa.
Erin terpaksa melangkah masuk ke dalam kediaman yang sepi itu. Ingin sahaja dititiskan air mata kesedihan. Dia tahu, semua ini dilakukan kerana terpaksa, bukan kerelaan hatinya. Tiada tempat lain untuk dia bergantung, melainkan lelaki yang sudah beristeri ini.
*
Malam.
"Abang. Kenapa abang lama tak balik. Tak rindu umi ke?" Soalku kepada abang kandung keduaku ini. Hanya dia seorang dalam kalangan kami bertiga yang masih bujang.
"Dina. Abang sebenarnya cemburu." Jujur abang Najmi. Ikhlas dari sudut hatinya.
"Cemburu apa?" Aku tahu sebenarnya apa yang dimaksudkan abangku tetapi aku mahu mendapat kepastian sendiri daripadanya.
"Kenapa orang lain muda-muda dah kahwin, kenapa abang tak?" Najmi menggigit bibir bawahnya. Ya, benar sekali apa yang aku maksudkan.
"Abang, kenapa abang nak cemburu? Jodoh di tangan Tuhan, right? Kahwin ni bukan main pondok-pondok, abang rasa dah ready nak pegang satu tanggungjawab besar?" Ujar aku serius.
"Dina. Dina tak faham abang. Kawan-kawan abang semua dah kahwin. Abang selalu kena cop tak lakulah, tak pandai cari jodohlah. Abang penat."
"Abang, Dina pernah rasa semua tu. Dina pernah buat cabaran dengan kawan-kawan Dina, siapa kahwin dulu dia menang. Kawan Dina ni, dia sangkakan dia menang tapi Dina potong Q dia. Dina tak pernah langaung plan nak kahwin, tapi Allah merancang segalanya. Abang tak payahlah nak cemburu." Aku mengukir senyuman kepada abang Najmi. Sudah lama kami adik beradik tidak meluangkan masa bersama. Sejak masing-masing mempunyai kehidupan sendiri, jarang kami berkumpul. Semasa raya aidilfitri pun tidak semestinya, abang Hakim perlu berselang-seli beraya di kampung isterinya dan belah kami. Sama juga seperti aku dan Danial, suatu hari nanti.
"Dina.... Abang kagum dengan suami Dina." Abang Najmi menggoyang kakinya sambil menghirup air suam di dalam cawan.
"Kenapa?" Tanyaku pelik. Apa yang istimewa sangat dengan Danial sampai abang Najmi 'kagum' dibuatnya.
"Dia pilih orang yang tepat untuk jadikan isteri. Dina isteri terbaik dan solehah, right?" Abang Najmi meyakinkan aku. Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia ini.
"Insya-Allah...." Balasku ringkas. Hati aku sudah berbunga-bunga apabila disebut nama suamiku Danial. Entah apalah yang dia buat di bilik mandi lama sangat. Rindu aku dibuatnya.
Rindulah sangat. Baru sepuluh minit tidak melekat.
"Dina tahu tak, dulu masa abah hidup abah selalu harap dapat walikan Dina tapi sekarang abang Hakim pulak yang jadi. Semua tu Allah yang tentukan." Ujar Najmi lembut.
Abah. Aku rindukan insan itu.
"Dina tahu. Abang rindukan abah?"
"Mestilah rindu. Sayang sangat abah tak sempat nak tunaikan hajat terakhir dia." Abang Najmi memandang aku.
Hajat apa?
"Hajat.... Apa?" Terketar-ketar suaraku.
"Dia nak walikan Dina."
Aku menguntum senyuman manis. Ingat apalah tadi yang serius sangat.
"Dina, boleh tak ajak Danial kita pergi kubur abah esok?"
"Insya-Allah....." Aku menunduk ke lantai. Entah mengapa aku tidak kuat sekarang. Aku perlukan Danial untuk bersandar.
Ianya sakit menahan rindu. Sebuah rindu yang tak berpenghujung.
Share this novel