Bab 11

Romance Series 27539

Aku termenung sendiri di jendela rumah. Tengah hari tadi adalah sesuatu yang cukup menakutkan untuk aku. Kau akan berkahwin, Dina. Tak lama dah pun. Tiga minggu je lagi.

Tetapi kenapa? Kenapa mesti aku?

Sungguh aku tidak bersedia. Aku tidak tahu sama ada perkahwinan ini aku yang rela ataupun umi yang memaksa. Aku seperti berlawan dengan perasaan sendiri.

"Dina, dah dah latu menung..." Umi datang kepadaku. "Dari tadi umi tengok Dina ni macam ada masalah je... Habaq la kat umi... Umi dengaq...."

"Taklah, Dina tak ada masalah pun... Dina cuma hairan dengan takdir..." Aku memandang langit petang yang biru.

"Hairan dengan takdir? Macam mana tu? Ceritalah dengan umi.... Nanti Dina dah kahwin, umi tinggal seorang tau... Dina ada suami, umi dah tak ada sesiapa...."

"Umi, umi janganlah cakap macam tu.... Dina tak nak kahwin, Dina nak jaga umi sampai bila-bila... Dina taknak umi sunyi...." Aku memeluk tubuh umiku. Semakin bertambah usianya semakin kurus. Umi sentiasa ada wangiannya yang tersendiri.

"Syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami..... Dina kenalah taat kepada suami, ikut apa dia suruh selagi tak langgar Islam...." Entah mengapa ayat umiku ini membuatkan aku sebak. Apabila aku bergelar isterinya, semua tanggungjawab bukan lagi keatas abangku mahupun ibuku. Semuanya berpindah ke atas dia. Bagaimana kalau perkahwinan ini hanya sementara?

Jangan fikir yang bukan-bukan, Dina. Danial tak cakap apa-apa pun.

"Tapi umi, syurga Dina tetap di bawah tapak kaki umi. Suami boleh berubah, tapi umi, sampai bila-bila pun takkan berubah...."

Mengapa?
Mengapa semua ini terjadi kepadaku?...

*

Hari ini barulah aku faham erti 'mimpi' yang dikatakan Lufya. Iyalah, syaitan ini mana suka kita membina masjid. Semakin dekat harinya, semakin tinggi tahap cabaran yang perlu ditempuhi.

Lufya sudah pun tahu tentang ini. Terkejut juga dibuatnya sahabatku ini. Padan muka, siapa suruh berlagak lagi. Kan sudah kalah....

Tetapi aku tidak pedulikan semua itu. Yang aku peduli, bagaimana keadaanku apabila menjadi isteri Danial nanti? Adakah aku perlu ikut dia ke Kuala Lumpur? Oh tidak, aku belum sedia untuk meninggalkan negeri ini atau tinggal berbatu jauhnya daripada umi.

Aku menghela nafas berat. Bertenang. Jangan fikir yang bukan-bukan. Everything gonna be alright...

Danial, Danial.

Suatu hari nanti, rumah ini akan kosong dan bertukar penghuninya. Suatu hari nanti, kami bertiga akan berpisah, membawa haluan masing-masing bersama pasangan sendiri. Mengapa perlu tergesa-gesa? Mengapa tidak nikmati dahulu saat indah persahabatan ini?

Kerana suatu hari nanti semuanya akan ditarik balik oleh Allah. Smeuanya akan hilang lenyap. Yang tinggal hanyalah memori yang akan menjadi satu-satunya kenangan manis terbuku jauh di lubuk hati.

Sarah. Lufya. Tidak pernah aku harapkan hilangnya kamu berdua.

Semuanya tidak lama lagi. Sedar mahupun tidak, inilah hakikat. Aku akan pergi, begitu juga yang lain.

Aku berbeza dengan Lufya. Jika Lufya bakal mengadakan majlis perkahwinan yang besar-besaran, tidak buat aku. Seperti yang kami janjikan pada hari aku dirisik, kami akan mengadakan majlis nikah sahaja dahulu. Nanti barulah akan ada majlis sanding. Tidak apa, bukan itu yang aku impikan.

Cukuplah ada sebuah memori. Itu yang aku mahu. Memori di jari terindah kami. Iyalah, kalau boleh perkahwinan ini hanya sekali dan bukan berkali-kali.

"Lufya, Sarah...." Aku memanggil dua nama itu lembut. Aku tahu mereka berada di dapur sedang mencuci pinggan mangkuk.

"Awat Dina..."

"Aku minta maaf kalau selama ni aku ada buat salah kat hangpa selama setahun ni..." Aku merenung lantai. Suasana bertukar sepi seketika.

"Kenapa? Hang takdak buat salah kat kami pun... Awat tiba-tiba minta maaf..." Sarah mengambil tempat di sebelahku manakala Lufya kekal berdiri dengan apronnya.

"Aku dah nak kahwin... Aku dah nak jadi isteri orang dah ni..." Tutur aku lembut. Aku mahu menikmati hari ini tanpa menunggu tibanya esok.

"Takpalah, kami ni pun, satu hari nanti akan kahwin jugak, pasai apa nak sedih-sedih..." Balas Sarah pula.

"Iyalah, aku cuma pelik. Antara kita bertiga, kenapa aku yang dulu?" Soalan ini masih tertanya-tanya di fikiranku. Tempoh hari beriya mahu mencari 'prince charming' pujaan hati, sekali mahu patah balik pula. Itulah, terlebih sudu dari kuah.

"Itulah yang dinamakan 'takdir', Dina...." Mereka berdua masih cuba meyakinkan aku. Aku tahu ianya qada' dan qadar Allah, tetapi....

Apa sebenarnya yang tertanya-tanya di fikiranku? Aku sendiri pun tidak tahu.

*

"Ibu, ibu!" Farah tidak menang tangan melayan kerenah dua anaknya yang berlainan bapa itu. Seorang berpakaian seragam sekolah rendah, lagi seorang lengkap dengan seragam tadika. Kedua-duanya puteri. Aisyah dan Kamilia namanya.

"Anak-anak ibu dah siap?" Farah tersenyum pahit sambil merenung wajah si anak sulung. Setiap kali dia memandang wajah itu, setiap kali itu dia teringat kepada Azim yang asyik mengganggu dirinya. Wajah Nawal Aisyah, memang hampir serupa dengan bapanya.

"Dah!" Kedua-duanya terjerit riang. Di sebalik tawa kedua insan ini, hanya Farah yang tahu derita di sebaliknya. Bermacam-macam dia telah lalui, semata-mata demi menjaga puteri tercinta. Tanpa kasih dan bantuan seorang bapa sedikit pun.

"Kalau dah, jom kita gerak. Nanti lambat sampai, kena denda tau..." Tangan dua anak itu dipegang penuh kasih lalu mereka menuju ke kereta. Setiap kali Farah memandu kereta ini, setiap kali itulah Farah teringat kepada Danial. Daniallah yang membantunya menghantar kereta ini ke bengkel semasa ia pernah rosak satu ketika dahulu.

Kini hanya tinggal kenangan. Tidak wujud lagi nama seorang Danial di benaknya. Biarlah yang berlalu, terus berlalu. Biarlah dirinya terus sakit dan disakiti. Lelaki dalam dunia ini memang banyak, tetapi bukan semuanya yang benar-benar ikhlas.

"Danial, kalaulah ayah tak ada dalam dunia ini, dah lama saya kahwin dengan awak...." Air mata seorang Farah yang cuba ditahan daripada mengalir sejak tadi jatuh jua.

"Ibu!!!!" Kedua-dua anak itu menjerit apabila melihat kereta hampir melanggar mereka. Farah tersedar daripada lamunannya. Mereka selamat. Nasib baiklah tiada yang cedera.

"Ibu..... Ibu tak sayang kakak Icah dengan Lia ke...." Puteri kedua bernama Nawal Kamilia itu menangis. Trauma dengan kejadian tadi.

"Ibu sentiasa sayang Lia dengan Icah........" Farah mengeluh perlahan. Kalau benar ikutkan hati, mahu saja dicampak dua anak ini ke dalam gua, hanya tahu menyusahkannya sahaja. Menjadi seorang ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini ternyata membuatkannya benar-benar tertekan dengan dua permintaan si kecil ini. Kanak-kanak kan, biasalah.

Tetapi dia belum sanggup untuk melakukan sekejam itu. Farah masih berhati perut, tidak mungkin akan membiarkan anaknya menderita sama seperti dirinya.

Namun, 'sakit' kemurungan ini ada batasnya.... Sampai satu masa, ia akan meletus jua.....

*

"Ok, cun!"

Aku memandang diriku sendiri di hadapan cermin. Ya, aku kelihatan lain dengan persalinan serba putih ini. Semuanya dibuat dengan 'last-minute', menjadikan aku dan Danial masing-masing kelam kabut menguruskan hal sendiri.

Ini pun, aku memilih baju nikah yang sedia ada sahaja. Tidak sempat untuk menempah baru. Sejujurnya aku pun, memang tidak meminta lebih untuk hari bahagia yang tidak dirancang ini. Seperti yang pernah aku kata, cukuplah sekadar tercipta sebuah memori yang kekal abadi selamanya. Sebab itulah aku mahu duit lebih disumbangkan kepada jurugambar supaya dapatlah hasil yang berkualiti sedikit.

Alhamdulillah, Danial tunaikan juga permintaan aku yang satu itu. Siapa sahaja yang mahukan bahagia yang sementara? Tak, bukan aku.

Jika Danial adalah jodohku, aku mahu dia setia bersamaku, selama-lamanya.

Danial nampak segak berpakaian baju melayu putih slim fit beserta sampin putih dan songkok yang akan digayakan semasa hari pernikahan kami nanti. Danial kelihatan lain sangat daripada biasa. Mudah kata, terlalu segak!

Tidak salahkan aku memuji kerana dialah bakal 'Prince Charming' aku kan? Cia cia cia.....

Berangan saja tahu!

"Dina sayang....."

Merah padam dibuatnya Danial memanggilku 'sayang'. Ingat Danial, kita belum kahwin lagi, belum halal lagi jadi tidak perlu untuk bersayang-sayang terlalu awal.

"Janganlah panggil saya macam tu... Malu la... Kita belum nikah lagi awak..." Kataku sambil menahan malu. Danial, Danial. Sabarlah, seminggu sahaja lagi. Tak lama pun.

"Tahu pun. Saya panggil awak berkali-kali, tak jawab pun. Entah prince charming mana yang melayangkan fikiran awak tu. Cemburu saya nanti...." Danial memuncungkan mulut. Dasar gatal!

Staf butik yang menguruskan kami tersengih menahan tawa melihat telatah kami. Ada juga beberapa orang yang tersenyum sinis. Ah biarlah, malas aku hendak mengambil tahu tentang orang lain. Umi selalu pesan, jangan hiraukan sangat orang luar, kadang diaorang cuma cemburu dengan apa yang kita ada.

"Ha, pengantin baru abang sayang.... Jadi ke tak nak ambil baju ni?" Staf butik itu memandang kami berdua. Aku dan Danial.

Aku pandang Danial sambil membuat isyarat 'nak ke' kepadanya. Danial terus mengangguk laju. Alah bolehlah, cantik juga kan baju ini walaupun ada yang tidak sempurna. Ini bukan custom-made untuk aku seorang, ini adalah baju ready made... Biasalah itu ada kekurangan.

"Cik kalau nak alter sikit boleh je..." Tawar staf itu.

"Sempat ke siap.... Kami ni pengantin last minute encik... Minggu depan je nak kahwin baru nak cari baju...."

"InShaaAllah sempat... Sehari dua siaplah.... Cik boleh tanggalkan dulu baju ni, kita ukur balik lepas tu alter." Aku segera ke bilik persalinan lalu memakai pakaian yang aku pakai semasa datang ke sini tadi. Begitu juga Danial.

Danial ini, pakai apa pun cantik kan? Allahu, iman aku tidak setebal para muallimin.... Sabar Dina, sabar.....

Tanpa aku sedari, Danial hanya memerhati tingkah laku aku yang kuat berangan ini. Dia hanya tersenyum kepadaku, cukup untuk membuatkan hatiku cair!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience