"Lufya, hang boleh translate kan apa dia orang cakap tu ... tak faham aku. Pekat betul loghat orang sini eh, kalah negeri kita." Pintaku sambil tersengih kecil. Sememangnya penduduk kampung di sini menggunakan loghat Sabah sebagai bahasa utama, perbezaan perkataannya membuatkan aku agak keliru.
"Haha, okeylah." Kami berdua melangkah ke dapur. Kedengaran suara-suara perbualan dalam dialek Sabah memasuki ruang telingaku. Namun satu pun aku tidak dapat memahaminya dengan tepat.
"Weh, Dina ...." Lufya menghentikan langkahnya.
"Kenapa?" Soalku kehairanan.
"Mana laki hang? Dari tadi tak nampak pun. Dah balik ke?"
"Laki aku? Entahlah. Ada lah kat luar tu kot." Perjalanan yang terhenti di sini aku sambung semula. "Awat tanya?"
"Taklah, selalu pengantin baru nak berkepit je. Aku ni, tak tahulah macam mana nanti. Berkepit ke tak berkepit ke bergantung kepada kami sendiri. Kalau baik, bolehlah berkepit tapi kalau gaduh, berjurang lah nanti." Lufya tertunduk lemah.
"Aku bukan pengantin baru lagi, Cik Puan Nur Lufya oi. Hang tu yang pengantin baru. Lagi satu, janganlah cakap macam tu, dunia lepas kahwin ni lain, Lufya. Tak sama dengan zaman bercinta. Lepas nikah ni, macam-macam kita boleh buat. Aku taknak lah cerita bab dalam bilik tu, tapi setakat nak peluk, pegang, salam semuanya boleh. Yang tak boleh, masa kita dalam berwuduk je. Nikmat dia lebih seronok dari bercinta sepuluh tahun. Percayalah." Aku tersenyum meyakinkan sahabatku untuk terus ke alam perkahwinan.
"T ... tapi aku ...."
"Aku yakin, lepas kahwin hidup hang akan lebih baik selepas ni. Takmau la sedih-sedih, nanti cik abang merajuk. Lelaki ni, nampak je ego di luar tapi dalam hati ada taman tau." Serta-merta tawa kami terburai. Lucu. "Ingat lagi cabaran kita? Bukan ke hang yang beriya nak menang dulu? Sekarang, hang nak kalah di tangan Sarah?"
"Cabaran tu semua tak penting. Yang penting adalah keikhlasan hati sendiri untuk membina masjid. Tak perlu pun untuk rush, dan aku silap. Sekarang, aku bergelut dalam masalah, antara nak teruskan ke batalkan je terus. Habis cerita." Balas Lufya dalam suara mendatar. Jelas terlihat bakal pengantin baharu itu tiada semangat untuk meneruskan jalan untuk membina masjid.
"Lufya, please. Jangan cakap macam tu. Sehari je lagi. Kau kena lupakan kisah silam, buka mata hidung telinga untuk melangkah jauh ke hadapan. Jadikan kisah-kisah silam, sebagai pengajaran untuk kita terus melangkah ke depan, bukan jadikan sebuah ketakutan. Kahwin ni, ibarat tutup buku lama, buka buku baru."
Lufya tidak membalas sepatah pun melainkan dengan senyuman. Hari ini aku hadir, bukannya tolong sangat pun melainkan meneman bakal pengantin baru ini. Atas permintaan Lufya sendiri.
"Weyh." Dengan satu kata, Lufya memanggilku.
"Apa?"
"Lepas ni, aku kena ikut Harith kot. Tak tinggal Kedah dah. Mungkin aku kena cari kerja baru, ataupun jadi suri rumah macam kau. Aku tak sekuat hang, nak hadap perhubungan jarak jauh, sumpah."
"Ye, aku faham. Aku pun, bukan sekuat macam yang orang sangka. Aku pun lemah juga bila bersendiri, jarang jumpa suami. Tak tahu apa tok laki buat kat sana, kita takkan tahu. Cuma berharap je yang dia setia, takkan buat masalah. Hati suami ni, milik Allah kan? Kita tak berhak nak tentukan." Senyuman pahit aku ukirkan.
"Dina, janganlah macam tu. Kau bagi aku vibe sedihlah." Suara Lufya kedengaran seperti berbisik di telingaku.
"Sorry." Kini kata-kataku mati. Kami saling membisu, hanya kedengaran makcik-makcik bawang yang bersembah memecah suasana kelam.
Kita sama-sama kaum Hawa yang lemah, Lufya. Kita takkan mampu menakluki hati suami. Kita takkan mampu menawan hati seseorang. Dan hati-hati mereka, bukanlah milik kita seorang. Bahkan, mereka milik Tuhan pencipta sekalian alam. Begitu juga dengan jasad kita sendiri.
Ingatlah wahai isteri, kita perlu bersyukur hidup di zaman serba moden, tiada lagi kezaliman terhadap wanita seperti di zaman jahiliyyah terdahulu. Tiada lagi bayi perempuan yang ditanam secara hidup-hidup setelah dilahirkan, semua itu tidak wujud lagi. Jangan biarkan hanya seorang lelaki, yang membuatkan kita lemah dan putus semangat untuk hidup.
Semua orang sayangkan kita.
*
"Abang kat mana? Abang dah balik ke?"
"Taklah, abang tunggu kat luar ni. Ada lah orang lelaki." Suara serak-serak basah yang aku rindukan kini bergema dari lubang pembesar suara telefon pintarku.
"Oh, yeke. Kalau abang nak balik dulu, baliklah. Dina dengan Lufya dalam bilik ni. Tak tahu pukul berapa nak balik, mungkin malam nanti. Tak manis la kan nak tidur rumah pengantin." Balasku.
"Kalau macam tu abang balik dululah. Abang pun tak tahu nak buat apa kat sini. Nanti Dina nak balik nanti, call je tau."
"Okeylah abang. Elok-elok."
Panggilan telefon dimatikan. Aku dan Danial, sebenarnya lebih banyak berhubung dalam dunia digital berbanding realiti sebenarnya. Itu hakikat yang perlu aku terima. Mungkin kami tidak selalu berjumpa, mungkin juga hati yang merindu membuatkan cinta semakin mekar berbunga.
"Jadi, laki hang bagi duduk sini sampai malam?" Suara Lufya pula masuk ke koklea telingaku.
"Ye, mestilah. Danial kan baik ...." Tawa kami berdua terburai.
"Auch, jelous lah kitew ...." Cebik Lufya sekadar bergurau. Lufya ada Harith, tak mungkin mahu merampas suamiku pula.
"Janganlah macam tu, Harith kan ada. Mana tahu Harith 10 kali ganda lagi romantik, kan?" Senyuman nakal aku ukir. Tidak sangka pula jodoh kami datang pada masa yang agak hampir, memang benar sahabat sejati namanya.
"Ehem, pakcik tu langsung tak romantik! Garang!"
"Garang-garang pun, bakal tok laki hang jugak kan ...." Kami ketawa sekali lagi menahan lucu.
Inilah namanya sahabat, ada ketika suka dan duka. Akulah orang yang paling gembira ketika sahabatku ingin bertemu jodohnya, begitu juga Lufya.
"Hahaha, betullah tu. Suami kitew jugak." Lufya tersengih lucu. Mungkin membayangkan Harith dengannya lah tu. Macamlah aku tidak kenal siapa Lufya, sekejap sahaja sedih.
"Ehem. Hormat orang single! Bak kata Sarah."
"Hahaha! Sarah mana ada kat sini!" Serta merta pipiku dicubit Sarah. Eee, geram.
"Hang masih rasa, Sarah tu single ke? Bukan ke dia ada ustaz Saiful dia tu?" Soalku sambil mengurut dagu kehairanan.
"Ye lah, betul juga. Cuma diaorang ni yang malu-malu kucing, tak nak ajak selangkah ke hadapan. Malu, malu juga. Komunikasi tu penting."
"Haah la. Tak apa, nanti kita tengoklah siapa yang potong Q dulu. Mana tahu Sarah kahwin malam ni ke, manalah tahu kan .... Hahaha!" Usik aku. Merah padam wajah ayu Lufya nampaknya. Aku? Kisah apa, janji aku sudah menang cabaran itu.
"Hang biaq betiq Dina?"
"Betiq apanya, aku gurau je. Mana sempat nak kahwin malam ni, lainlah kalau nikah Siam. Tapi, takkanlah Sarah nak nikah Siam kot. Cemar nama keluarga nanti." Kataku bagi melegakan Lufya. Tahu pun panas.
"Yelah, Tengku Sarah Izati mana boleh nikah Siam, habis keturunan 'tengku' dia kena kecam nanti."
"Ehem, sedap pula kita membawang pasal Sarah kat sini, lupa dosa pahala." Sejak tadi aku tidak dapat menahan daripada ketawa.
Bab ini adalah bahagian terakhir yang Deena update untuk tahun ni, sambung tahun depan pulak hehehe <33 Bonus publish awal sikit harini... Happy new year...
Share this novel