Bab 41

Romance Series 27539

Aku buka kelopak mata perlahan-lahan. Terasa berat dan sukar, mungkin telah lama aku tidur. Kali ini, aku berada di dalam kereta.

Oh ya, memang aku sendiri pun yang masuk ke dalam kereta dan tertidur. Pagi tadi.

"Dah bangun?" Suara itu menerjah ruangan telingaku.

"D... Dah." Jawabku laju. Danial yang berada di kerusi pemandu aku tatap. Matanya sedikit pun tidak memandang aku, fokusnya masih ke jalan raya.

"Abang yang drive, co-pilot tidur ye? Tak ajak."

"Sorry lah abang ...." Bibir bawah aku gigit. Iyalah, asyik-asyik aku yang tidur sahaja, sedangkan Danial masih memandu. Kasihan dia.

"Tak apalah. Sambunglah tidur dulu. Jauh lagi ni."

"Jauh lagi? Kita nak pergi mana?" soal aku hairan. Dengan keadaan aku yang baru bangun tidur, sepatah perkataan pun tidak dapat aku baca dek kerana pening kepala yang menyengat.

Biasalah, baru bangun tidur.

Sehingga sekarang, masih tidak dapat aku hidu lagi ke mana Danial akan membawa aku. Tempat berair? Mungkin ya, mungkin tak.

Ataupun, gunung tinggi?

Hutan tebal?

Sudah, sudah Dina. Semakin mengarut pula yang aku fikirkan. Mahu tidak mahu, ikut sahaja tanpa membantah. Biarlah ia rahsia, barulah ia lebih bermakna. 

"Tempat yang isteri abang suka." Dengan yakinnya suamiku menjawab.

Aku diam sahaja tanpa membalas. Mataku masih menghadap jalan raya. Pertama dan mungkin kali terakhir aku menjejakkan kaki ke negeri ini, tidak mungkinlah aku tidak mahu meneroka tempat-tempat menarik kan, tambahan pula aku ini jenis tidak selalu sangat berjalan. Lainlah Danial, sudah berkali-kali menjejakkan kaki ke negeri orang.

Barulah aku tahu, seronok rupanya melancong melihat keindahan alam ciptaan Tuhan di dunia ini. Mungkin aku, sudah terbiasa melihat sawah padi di hadapan rumah, sementara orang seperti Danial jarang melihatnya. Begitu juga aku juga jika merantau ke tempat orang. Setiap tempat di bumi ini, pasti ada keindahannya tersendiri, bukan?

Ruginya aku, berkahwin sebelum sempat menjelajah dunia ini. Sekarang, aku sudah bersuami, manalah boleh berjalan sesuka hati.

Eh, apa ni Dina? Bukankah kau melawan takdir?

*

"Dah sampai ...."

Ya, kami sudah tiba di destinasi. 'Destinasi' apa, aku tidak tahu. Ikut sahajalah.

"Abang, kita kat mana?" Aku mula berpusing sekeliling. Bayu mula bertiup di kawasan kami berada. Sejuk. Baru aku sedari, tanah yang aku sedang pijak ialah pasir. Di sini pula, terdapat beberapa pokok kelapa. Ini bermakna, kami sudah dekat dengan ...

Pantai?

Tetapi, di mana pantainya?

Desiran ombak mula kedengaran jelas di telingaku. Tidak salah lagi, kami sudah dekat dengan pantai, aku yakin. Dari mana datangnya semua petanda itu, masih misteri.

"Abang, kita dah dekat dengan pantai, kan?" soalku. Tudung bawal yang aku pakai mula mengerbang ditiup bayu laut. Haruman dari keindahan alam semulajadi ini masuk ke dalam rongga hidungku. Eh sebentar. Laut ni, ada bau ke?

Lantaklah.

"Pandai pun isteri abang ...." Tanganku dicapai lalu digenggam erat Danial. Di satu tempat yang lapang tanpa gangguan dan agak berpasir, di sini kami berdiri.

Kalau inilah tempat berbulan madu kami, aku terima. Tidak pernah sekali aku menginginkan tempat berbulan madu yang mahak seperti di pulau Bora-Bora mahupun Maldives, tidak juga Menara Eiffel yang menjadi saksi cinta ramai pasangan. Aku, biarlah lain dari mereka. Setakat berdiri dan berpegangan tangan di tanah lapang ini, aku sudah merasakan lebih dari cukup.

"Kenapa kita dekat sini? Kenapa bukan dekat pantai? Tanah lapang ni, bukan ada orang pun." Aku menghebuskan nafas lembut. Jujurlah aku katakan, di sini aku tenang sahaja tanpa sebarang gangguan.

"Dina tahu, sejarah abang dekat tempat ni? Tempat ni lah, tempat yang abang pergi untuk menghilangkan stres. Dah dua kali dah, tak adalah banyak mana pun. Abang ada saudara kat sini, sebab tu lah abang macam dah biasa datang."

Aku termenung sebentar. Untungnya Danial, boleh berjalan ke mana sahaja yang mahu pergi. Kalau aku, mungkin terkurung di dalam rumah sahaja. Umi dan abah, jarang sekali membawa aku berjalan, melainkan di kawasan kampung sahaja.

Aku sedar, itu kelebihan Danial dan juga kekurangan aku. Jika suami isteri hidup untuk saling melengkapi kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing, Danial akan berkongsi perjalanannya denganku dan aku, akan berkongsi keluarga dengannya.

"Bestnya, abang selalu berjalan-jalan. Dina tak pun." Aku menjuihkan bibir. Senyum kelat aku ukirkan. Kelat-kelat pun, sayang juga. Mana tak sayang.

"Sebab tu lah, abang nak ajak sayang berjalan-jalan harini. It's your day, Irdina Safiya. Cakap je nak apa, abang akan tunaikan. Untuk 24 jam, bermula sekarang." Tutur suamiku sambil tersenyum manis. Rambut hitam lurusnya yang tadi kemas, kini mengerbang kerana angin laut. Eh, geramnya. Kalaulah kaum hawa yang lain lihat, agaknya tergoda tak?

Ya Allah, apa aku merepek ni. Ingat, kata-kata itu sebuah doa, Dina. Bukankah kau mendoakan sesuatu yang buruk untuk diri sendiri? Kalau benar suamiku boleh membuatkan wanita lain tergoda, mudahlah dia dicaras orang. Oh tidak, mana mungkin aku mahu ianya berlaku.

"Boleh minta apa-apa je? Hmm, Dina nak minta apa ye? Rasanya setakat ni, Dina tak nak minta apa-apa melainkan ada abang di sisi. Tu je." Bibir merah delimaku mengukirkan senyumanikhlas, khas buat suamiku Danial.

Hanya dia seorang, lelaki yang berada di hatiku selain abah. Aku yakin, aku telah mabuk cinta disebabkan Danial.

"Itu ... permintaan Dina?" Suara itu kedengaran ragu-ragu. Aku hanya menunggu jawapan seterusnya dari Danial.

"Kalau macam tu, abang akan berusaha tunaikan."

"Kenapa abang macam ni?" Mataku mula merenung Danial. Wahai cinta, mengapa wujudnya perasaan ragu-ragu terhadap isterimu?

"Abang dah banyak kali cakap. Abang, tak boleh menjanjikan sesuatu. Abang selalu mungkir janji."

"Abang ... tak boleh janji akan setia dengan Dina?" Aku menggigit dua bahagian bibirku.

Danial, barulah aku nampak sisi gelapmu. Hari ini, barulah aku mengetahui di mana kelemahanmu suamiku.

"Abang bukan ...."

Aku tahu, Danial kurang keyakinan diri disebabkan kisah silamnya yang lalu. Kerana sesuatu yang menyakitkan, seluruh hidupnya gelap dek kesilapan orang lain.

Ya Allah, bantulah suamiku.

"Shhh ... please. Kita kan, nak happy kat sini. Abang kata, nak tenangkan diri kat sini? Kenapa bawa mood sedih abang tu?" Jujur sahaja aku kali ini, tiada lagi berlapik-lapik.

"Abang akan setia." Tanganku diraih lalu digenggam lembut. Aku mendongak sedikit memandang Danial yang lebih tinggi.

Kenapa kita tak boleh, sedangkan takdir berpihak pada kita?

*

Selipar pantai terus aku sarung pantas sambil menghirup bayu laut. Tenang sahaja aku duduk di bangku kayu di hadapan rumah Mak Idah. Dari sini, sudah dapat aku dengari jeritan kanak-kanak sedang berseronok di pantai. Petang yang indah, bukan.

Seronoknya, tinggal di rumah ini. Tenang dan bahagia, hari-hari boleh tengok laut. Sedikit bising, tidak menjadi masalah. Bising pun, hanya pada waktu siang sahaja. Waktu malam, akan kembali sunyi.

Oh laut, kalaulah kau boleh berpindah, ke marilah pindah ke rumahku. Ingin juga aku bermandi-manda setiap hari. Pasti seronok!

Siapa pula Mak Idah?

Mak Idah, ibu saudara Danial yang tinggal di negeri ini. Nampaknya malam ini, kami akan bermalam di rumah ini. Ingat apalah tadi kejutan yang ingin dibuat Danial, rupanya bawa aku ke rumah yang betul-betul berhadapan dengan pantai untuk bermalam. Rumah, bukan chalet. Nampaknya, mereka sudah terbiasa tinggal di tepi laut ini, perlu bersedialah untuk berhadapan dengan tsunami.

Ke mana Danial sekarang?

Katanya, beli sesuatu. Tinggallah aku, Mak Idah dan seorang lagi anak perempuannya di rumah ini. Suami mak idah, kerja nelayan. Sudah ke laut awal petang tadi.

Entah mengapa, asyik aku memandang kanak-kanak yang riang bermandi manda, asyik sahaja aku teringat kepada Danial. Baru sepuluh minit tidak jumpa, sudah rindu.

Sejujurnya, aku takut. Aku risau. Aku khuatir.

Khuatir untuk kehilangan orang yang aku sayang. Danial.

Jika cintanya boleh dibeli dengan wang ringgit, sudah lama aku gadaikan semua hartaku.

Jika hatinya boleh ditukar ganti dengan emas permata, sudah lama aku jual segala barang kemas yang aku punyai.

Semua itu tinggallah mimpi. Hati manusia, sukar diduga. Sukar diteliti al-kisahnya. Sukar diketahui sedalam mana perasaannya melainkan diri sendiri.

Danial ialah Danial, aku ialah aku.

"Sayang." Suara itu menghampiri aku.

"Abang ...." Aku tersenyum melihat figura lelaki berusia lewat 20-an itu betul-betul berada di belakang aku. Hati ini, sudah berbunga-bunga tersenyum riang melihat Danial di sisi.

Menunggu Danial pulang, tidak ubah seperti menunggu abah pulang. Hati tersemat rasa risau, khuatir dan takut, andai itu kali terakhir kita berjumpa.

"Seronok tengok orang mandi laut? Nak juga? Kalau nak, pergi jelah. Jom abang teman." Danial masih lagi menjinjing beg plastik berisi makanan ringan dan beberapa barang lain yang baru dibelinya tadi.

"M ... mandi laut?" Aku tersenyum sendiri. Membayangkan peristiwa lalu semasa aku masih kecil. Laut.

Laut.

Di sebalik aku sukakan air itu, tersembunyi sebuah kisah silam di sebaliknya.

Dahulu. Pada zaman dahulu.

Jika diungkit kembali, pasti tidak ada keberanian lagi untuk aku turun ke laut lagi.

"Dina .... Tak suka mandi laut."

Jawapan selamat. Tipulah jika aku berkata begitu. Sejujurnya, aku sangat menyukai tempat ini. Cuma, kisah silam yang membawa aku kepada trauma yang mendalam. Sampai ke hari ini.

"Ha? Tak suka pula? Nampaknya, abang dah salah tempat ni untuk bawa Dina happy-happy..." Keluh Danial.

Aku, dah mengecewakan suamiku sendiri? Isteri jenis apakah ini Irdina Safiya?

Hurmmm... Lamanya lah tak update :( Minggu depan Deena dah nak exam + sekolah dah nak buka... Kalau update selang sehari atau dua hari boleh kan? Love you readers! <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience