Bab 53

Romance Series 27539

"Wa... Waalaikumussalam. Abang..."

Salam yang diberikan Danial tadi dijawab olehku sementara Kak Farah hanya memandang Danial lama. Entah apa yang berada di fikirannya, aku tidak tahu.

"Farah." Sepatah perkataan keluar dari mulut suamiku.

"Danial, saya..."

"Kenapa awak lari, Farah? Kenapa tak boleh selesaikan dengan baik haritu? Kalau kita selesaikan baik-baik dan tak lari, Dina takkan menderita dengan perasaan dia sendiri tahu tak!" Danial berjalan mendekati Kak Farah seperti ingin menamparnya.

"Abang, jangan!" Sempat aku memegang tangan Danial sebelum hinggap di pipi kakak saudaraku.

Ya Allah, kaki pukul juga suamiku ini.

Tidak apa, semua orang ada emosi.

"Jawablah, kenapa diam?" Danial memandang Farah tepat. Aku hanya dapat menyaksikan, tidak tahu untuk membuat apa. Ada betulnya soalan Danial, aku juga ingin tahu.

Kenapa Kak Farah lari? Kenapa tidak selesaikan sahaja dengan cara baik? Semuanya tidak akan huru hara jika Kak Farah tidak lari.

"Danial, awak pernah tahu tak apa yang ada dalam hati saya? Ayah saya tak bagi saya kahwin dengan awak lepas dah bertahun-tahun bercinta, awak memang tak kisah kan? Senangnya lelaki melupakan. Awak faham tak, saya ni ada dua orang anak lagi nak jaga, takkanlah saya nak bergantung dengan awak sampai bila-bila."

Tubuhku kaku. Mungkin kali pertama aku mendengari Kak Farah bersuara.

"Danial. Jangan ulang benda yang sama dekat Dina. Jangan jadi setia, tapi mudah melupakan. It's okay, awak nak lupakan saya. I'm not your love anymore," ucap Kak Farah sinis. Tangan dua orang kanak-kanak ditarik laju lalu mereka keluar dari rumah.

"Farah... Awak tak faham. Awak yang tak faham."

"Danial, Farah, Dina. Umi bukan nak menyampuk atau masuk campuq, tapi umi dah tengok sendiri. Hampa semua ni tak amalkan komunikasi yang betul. Suami isteri, kena luahkan setiap isi hati masing-masing. Macam mana nak ke syurga, kalau komunikasi pun payah."

Kata-kata nasihat daripada umi aku hadam dalam kepala. Benar, memang benar.

Kenapa aku dan Danial, tidak pernah luahkan isi hati masing-masing. Takut? Takut kami akan berselisih pendapat dan akhirnya memusnahkan hubungan sesama sendiri?

"Danial, kalau masih ada perasaan kat Farah lagi, bagitau je Dina. Dina pun sama, kalau rasa tak selesa dengan Farah, bagitahulah Danial. Insya-Allah boleh selesaikan baik-baik," pesan umi lagi.

Aku tenung Danial.

Dia tenung aku.

Kami berdua kaku, tidak reti mahu buat apa. Kak Farah yang sudah berlalu pergi dibiarkan seketika.

"Abang minta maaf, tapi memang betul apa yang umi cakap."

Setiap bait-bait perkataan dari mulut Danial aku dengar dengan teliti. Sudah aku jangkakan semua ini, tidak perlu untuk terkejut lagi.

Dan aku, tidak menghalang Danial untuk mencintai dia. Sedangkan Allah membenarkan seorang lelaki untuk berkahwin sebanyak empat orang isteri dalam satu masa, siapa aku untuk menolaknya?

Cuma, biarlah cinta itu dalam keadaan yang halal. Bukan sekadar berjanji manis dan akhirnya terputus di tengah jalan. Biarlah perasaan cinta dan sayang itu diakhiri dengan pernikahan, sehalal-halal cara.

Kalau benar Danial mahu melakukannya, mustahil untuk aku sebagai isteri sedia ada untuk tidak berasa sedih mahupun cemburu.

Ini bukan hancur, ini cuma berkongsi kasih. Aku sayangkan Kak Farah, aku tidak mahu dia menderita di atas kebahagiaanku. Orang kata, suami boleh cari tetapi keluarga tidak boleh ditukar ganti.

Kak Farah ialah seorang ibu tunggal yang mencuba untuk bahagia sejak dahulu kala. Ditinggalkan ahli keluarga, hidup merana bertahun lamanya, akhirnya kembali bersama cinta hati yang belum miliknya.

Terbalik pula takdirnya, aku pula yang kini isteri Danial, dan Kak Farah masih sendiri.

Aku faham, dia perlukan seorang suami untuk bergantung. Untuk mencari lelaki yang baik di dalam dunia ini, bukan mudah lagi seperti dahulu. Zaman kini lelaki lebih memilih rupa berbanding sikap sendiri.

Bagi sesetengah daripada mereka, janda ini tidak berguna. Mereka yang berkahwin atas dasar untuk memuaskan nafsu serakah, secara tidak sedar golongan ini jugalah yang menambahkan lagi janda dan ibu tunggal di dalam negara ini.

Kuatlah, Dina. Aku yakin, aku akan okey dan boleh melakukannya.

"Sayang ... okey tak ni?"

"Eh? Hah?" Aku mula melatah. Berjangkit dari siapalah perangai melatah ini. Ekor mataku kembali menatap wajah encik suami, yang dikatakan paling hensem di dunia ini.

"Okey je, abang. Tak ada apa pun." Aku cuba berlagak kuat kali ini, sedangkan hati sedang meluruh.

Aku tidak akan lemah di hadapan Danial. Bukan kerana aku ingin merahsiakan apa yang tersirat di hatiku, cuma aku tidak mahu Danial risau.

Biarlah kesulitan ini, hanya aku yang tahu.

"I'm sorry."

Serta-merta tubuhku dipeluk olehnya. Hatiku kosong dan sepi. Aku cuba untuk tersenyum tetapi gagal.

"Abang tak salah," bisikku lembut ke telinganya. Perasaan sendu yang mendatang aku tepis dengan tabah. Cuba untuk kuat, biarpun sedang lemah.

Aku lemah.

Aku manusia yang lemah.

Mudahnya aku kalah dengan orang. Mudahnya aku ditindas orang. Mudahnya kepalaku dipijak orang, tanpa belas kasihan.

Sekali aku cinta, sukar untuk aku lepaskan. Aku tidak menjanjikan kesetiaan, tetapi aku menjanjikan usahaku untuk terus memperjuangkan cinta ini.

Sampai bila-bila.

Sampai ... bila-bila.

"Irdina Safiya...." Ubun-ubunku dicium Danial penuh kasih. Tidak sedikit pun perasaanku terusik dengan perbuatannya yang mengingatkan tentang arwah abah yang telah pergi menghadap penciptanya.

"Abang ... Dina okey je. Kenapa abang emosi sangat ni?"

Kali ini, aku benar-benar mencuba untuk senyum. Bukankah senyum itu satu sedekah?

"Abang takut, abang dah lukakan hati cint abang. Memang abang tak boleh nak bagi seluruh hati abang kat Dina, tapi Dina kena percaya kat abang, sayangnya abang kat Dina lebih dari Farah. Okay?"

Untuk percaya mahupun tidak, semuanya bergantung kepada diriku sendiri. Benarkah semua itu, ataupun hanya sekadar sandiwara untuk menarik kembali aku ke dalam hatinya.

Tidak perlu semua itu, hati aku tetap kepada Danial biarpun apa yang terjadi.

Buat masa ini, aku akan percaya. Aku akan percaya, setiap kata yang keluar dari mulut Danial.

"Sorry. Abang tak sangka jadi macam ni. Abang balik nak jumpa sayang dengan baby je, tak sangka jadi macam ni."

"It's okay. At least, dapat jumpa Kak Farah," balasku perlahan.

Jiwaku sepi.

Sesungguhnya makin bosan. Takpelah, nak tamat dah. Nanti nak fokus Bayangan Semalam je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience