Bab 25

Romance Series 27539

Telekung putih suci yang aku pakai semasa menunaikan perintah Allah sebentar tadi aku tanggalkan daripada tubuhku. Hari ini aku solat bersendirian memandangkan suamiku ke surau. Tertanya-tanya juga aku, perlukah Danial ke surau sedangkan aku ada di rumah?

Ya, jawapannya sudah pastilah perlu. Aku sepatutnya menyokong suamiku ke surau, bukan memprotes. Iyalah, tidak ramai anak muda zaman sekarang yang ingin menunaikan solat berjemaah di surau atau masjid.

Setelah menggantungnya kembali ke dalam almari, aku keluar dari bilik lalu menuju ke dapur. Apa lagi kalau bukan untuk membantu umi menyiapkan sarapan pagi untuk kami bertiga.

"Umi..." Panggilku sebaik sahaja aku melangkah ke ruangan dapur.

"Ye Dina?" Umi masih berdiri tegak di hadapan kuali sambil tangannya memegang senduk. Biasalah itu. Nampaknya umi sedang menggoreng.

"Umi goreng apa tu?" Soalku sambil mataku meliar ke dalam kuali panas.

"Cucuq udang. Dina kan suka? Suami Dina suka tak?" Cucur udang yang masih panas di dalam kuali dipindahkan ke dalam pinggan oleh umi. Harumnya menusuk ke hidungku. Sedapnya cucur udang buatan umi, aku tidak nafikan.

"Suka kot? Tapi takkan cucuq udang je? Makanan berat? Dina boleh tolong masak." Pelawaku.

"Tak apalah. Umi dah masak. Tu dekat bawah tudung saji tu. Bihun goreng."

Segera aku meluru ke meja makan lalu membuka tudung saji anyam itu. Ya, semangkuk bihun goreng di dalamnya. Pun berbau harum. Terliur aku dibuatnya.

"Umi masak bihun goreng?" Terkejut aku melihat hidangan lazat yang berada di bawah tudung saji itu. Makanan kegemaran aku.

"Umi masak khas untuk hang....Tapi suami hang suka tak? Kalau tak suka umi boleh masak lain."

Ya Allah, terharunya aku.

Patutlah rumahtangga umi dan abah bahagia dan kekal hingga akhir hayat. Umi sentiasa mengutamakan suami walau apa pun yang terjadi. Biar penat mana sekalipun, asalkan suaminya bahagia.

Tapi kenapa, umi?

Kenapa kita perlu merajakan suami?

Kerana syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami. Bukanlah perlu dicium tapak kaki suami, bukan. Jangan ada yang buat pula.

Ia bermakna syurga seorang isteri terletak di bawah keredaan suami. Sebab itulah isteri perlu menghormati suami biarpun penat lelah.

Sedihnya zaman kini, ada yang sudah memberontak, melawan, berkata kasar kepada suami sendiri walaupun suami itu baik orangnya. Iyalah, nama pun sudah akhir zaman.

Banyak penceraian berlaku.
Akhirnya anak-anak menjadi mangsa.

Kasihan aku melihat mereka yang menanggung sengsara apatah lagi kakak saudaraku sendiri. Dia? Tidak pasti dia sudah hilang ke mana. Kalau ikutkan aku tersepit juga.

Aku tidak mahu kak Farah berjumpa dengan Danial, cukuplah aku ingin berjumpanya sebagai hubungan keluarga. Aku dan dia, masih keluarga. Umi tetap ibu saudaranya.

Tetapi, sampai bila aku boleh simpan semua ini? Satu hari nanti, pasti rahsia akan terbongkar juga. Aku takut, hubungan aku dengan kak Farah tidak sama seperti dahulu lagi. Iyalah, aku seperti merampas pula.

Tidak apalah, janji aku dengan Danial sudah kahwin. Tidak adalah 'dosa kering' aku dengannya.

"Assalamualaikum."

Danial tiba-tiba datang ke dapur sambil memberi salam. Hampir gugur jantung dibuatnya aku terkejut. Umi pun, bukan nak tolong anaknya bertenang, ketawa kecil sahaja melihat riaksi aku. Huh.

"W-Waalaikumussalam." Jawabku dengan umi.

"Abang bagi salam kat pintu, tak ada siapa dengar ke?" Soal suamiku. Langkahnya diatur satu persatu lalu Danial melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu meja makan. Betul-betul di sebelahku.

"Oh, Dina dengan umi dekat dapur, sorrylah." Balasku mesra. Tenang hatiku melihat suami di sisi.

"Dina dengan umi masak apa?" Tangan Danial mula meliar membuka tudung saji mengkuang itu.

"Bihun goreng. Umi tengah goreng cucur. Kami orang utara panggil 'cuq' udang. Pernah makan?" Aku tersenyum seketika. Entah mengapa, mungkin tanpa sebab.

"Cucur udang? Mestilah pernah sayang... Tipulah tak pernah. Abang dulu masa sekolah selalu je beli kat luar cucur udang ni. Sedap. Tapi kalau umi masak mesti lagi sedap kan?" Kata suamiku dalam nada ceria.

"Mestilah sedap. Umi masak, semuanya sedap." Tangan suamiku aku genggam. Tiba-tiba sahaja aku teringin melakukan sebegitu.

"Kenapa pegang tangan abang?" Sudah aku agak, soalan ini pasti ditanyakan kepadaku.

"Nak pegang pun tak boleh ke?" Muka paling comel aku berikan, harap dapat tarik perhatian suamiku. Macam kanak-kanak betullah.

"Mana boleh, nanti abang terjatuh cinta. Nanti abang tak boleh nak pergi kerjalah, sayang... Nanti abang tak boleh lepaskan sayang." Balasnya dalam nada yang romantis, di hadapan umi. Malu pula aku dibuatnya tiba-tiba.

"Baguslah macam tu, Dina taknak abang lari. Dina nak abang stay dengan Dina, sampai akhir hayat." Kataku dalam nada yang sedikit merajuk.
Macam biasalah, sengaja mahu menarik perhatian Danial, manalah tahu boleh dapat satu lagi cuti ke?

"Abang akan stay dalam hati Dina. Forever. Tapi, bagi abang kerja. Boleh? Nanti abang cuti abang baliklah sini. Abang pun mesti rindukan Dina." Rambut ikal mayangku diusap Danial. Aku selesa dengan sentuhan lembut itu. Ingin aku menangis seketika, tetapi aku kelihatan seperti kanak-kanak pula nanti.

Ya, aku memang tak pernah matang walaupun sudah berusia 25 tahun dan sudah berkahwin. Pelik, bukan? Memang wujud orang seperti aku, tidak kurang juga jumlahnya di dunia ini.

"Okeylah. Dina surrender. Abang pergi kerja elok-elok tau, jangan pandang perempuan lain." Rayuku sebak. Meskipun aku yakin Danial akan setia, apabila sudah menjadi isteri, perasaan risau itu bertambah. Kita akan rasakan suami hanya hak milik kita seorang.

"Takkan. Insya-Allah. Abang tak nak tambah dosa kering, sayang. Allah kan suruh lelaki dan perempuan jaga pandangan, sebab manusia mempunyai nafsu. Nafsu pun terbahagi kepada banyak, nafsu perut dan nafsu syahwat. Nafsu syahwat pula, senang cerita nafsu kepada manusia lah. Tapi, semua tu hanya boleh dilakukan untuk orang yang dah berkahwin je, macam kita berdua semalam." Danial menatap wajahku.

"Abang! Janganlah cakap macam tu." Aku cepat-cepat menutup mulut suamiku dengan tangan. Dia tidak sedarkah umi ada dengan kami? Huh.

"Sorry. Terlepas kata." Ringkas sahaja jawapannya. Boleh naik darah tinggi aku dibuatnya.

"Apa sorry-sorry. Ingat naik lori?" Aku mengetap bibir. Umi dari jauh hanya tersengih melihat kami berdua.

Malu tahu tak!

"Janganlah marah. Nanti cepat tua." Jawapan ringkas lagi yang diberikan Danial. Aku menarik nafas lembut lalu melepaskannya.

"Yelah." Tidak jadi rasanya untuk aku memarahi suamiku walaupun 'marah-marah sayang'. Tetapi, comel juga bila Danial sedang risau.

"Sambung cerita tadi. Allah suruh hamba-hambanya menjauhi zina. Bercouple ke, bersama-sama ke semua tu menghampiri zina." Terang Danial. Jelas lagi nyata.

"Kalau macam tu, kenapa abang dan kak Farah dulu...." Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, tiba-tiba dicantas Danial.

"Sebab tu kesilapan abang. Abang rasa selesa dengan Farah. 'Selesa' tulah yang membuatkan abang terjebak dalam dosa. Abang pun silap, dah suka sepatutnya abang ajak kahwin je terus. Bukan pendam punya pendam perasaan sampai jadi macam ni." Ayat terakhir itu benar-benar menusuk ke kalbuku. Danial... Menyesal kahwin dengan aku kah?

"Jadi, abang menyesal kahwin dengan Dina?" Tebakku. Bibir digigit sementara menanti jawapan yang sebenar daripada suamiku.

"Ya Allah, isteri abang salah faham ni. Abang tak pernah menyesal dengan Dina. Maksud abang dalam ayat terakhir tu, sampai ada orang lain yang terluka. Abang kesian dekat Farah, tapi abang lagi fikirkan Dina. Dina isteri abang sekarang, bukan Farah." Kata-kata itu terhenti di situ.

Aku menghembus nafas lembut. Setiap kali Danial membuka topik tentang kak Farah, pasti resah di kepala akan kembali. Sudah alahan agaknya dengan nama 'Farah' itu.

Walau apa yang terjadi, dia tetap sepupuku. Itu janjiku.

"Abang tahu je, Dina tak suka kan abang cakap pasal Farah? Tengok air muka Dina pun dah tahu. Okeylah, abang takkan cakap dah." Leherku dirangkul kemas.

"Dah tu, sembang-sembang sampai lupa nak makan eh?" Panggilan umi membuatkan kami berdua terkejut.

Leka sangat bersembang sampai lupa untuk makan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience