Bab 24

Romance Series 27539

"Kenapa diam je ni?" Danial menyedari aku yang asyik diam sejak tadi. Mungkin kerana topik 'anak' yang tiba-tiba sahaja kami bincangkan sebentar tadi.

"Dina rasa, Dina belum bersedia untuk jadi ibu." Jujur aku. Aku masih belum matang seperti umi untuk mendidik seorang permata bergelar anak. Aku masih janggal.

"Kenapa pula macam tu? Takut untuk bersalin?" Tebak Danial. Ternyata jawapan itu salah.

Bukan sakit bersalin yang aku takutkan, tetapi cabaran untuk mendidik anak itu sendiri tambahan pula mungkin tanggungjawab itu akan berada di bahuku seorang. Danial dan aku akan berpisah tempat tinggal, nanti mestilah anak itu diberi padaku untuk dijaga.

"Bukan." Jawabku sepatah tanpa nada.

"Habis tu? Bagitahu lah abang." Danial senyum memandang aku. Senyumannya, membuatkan aku tidak tenang. Ada sesuatu bermain di hatiku.

"D-Dina, belum sedia."

"Tak apa, suatu hari nanti sayang akan sedia dan mahukannya, Insya-Allah." Tutur suamiku. Sayu aku mendengar suaranya.

Ya, suatu hari nanti aku akan mahukannya. Tetapi bukanlah hari ini.

Aku mahu menikmati saat berdua bersama Danial terlebih dahulu sebelum merancang ingin ada zuriat.

"Insya-Allah." Semakin lama aku melihat suamiku, semakin aku sebak.

Aku bukan bidadari syurga yang serba sempurna. Maafkan aku, Danial.

"Sayang, sebelum tidur jom kita sembang-sembang dulu, hilangkan kekok sesama sendiri." Ajak suamiku. Kami sudah berada di pembaringan.

"Boleh. Abang lah mulakan dulu."

"Dina nak abang cerita apa?" Kepalaku dibiarkan menghadap siling. Tangan lembut suamiku menyentuh aku.

"Pengalaman hidup abang?"

"Pengalaman hidup abang ada banyak. Kalau yang random je, boleh tak?" Danial ketawa kecil.

"Boleh. Dina nak dengar juga cerita hidup abang. Cerita hidup kita masing-masing, lain-lain kan?" Iya, jalan dan suratan takdir setiap manusia adalah berbeza, tanpa kita sedari ianya unik, bukan? Semuanya kerana rancangan Allah, Tuhan yang Maha Esa.

"Abang, dilahirkan semasa keluarga abang belum sedia. Mama abang tiba-tiba mengandungkan abang masa umur 20 tahun. Muda lagi kan? Sebab itu mama abang muda, baru 48 tahun." Cerita itu terhenti seketika.

Bersangka baiklah dengan suamimu, Irdina Safiya.

"Maksudnya?" Aku cuba meneka sambungan cerita Danial.

"Memang mama dan papa kahwin muda, mama 19 tahun dan papa 22 tahun. Tapi, papa dan mama abang dah janji, mereka takkan ada anak dalam usia semuda tu." Cerita Danial.

Aku menganggukkan kepala perlahan. Otakku ligat cuba mentafsir makna yang diberikan Danial. Kenapa pula tak mahu ada anak dalam usia itu?

"Sebab mama abang tengah belajar masa tu. Macam pelik lah kan tiba-tiba budak 'u' mengandung? Memanglah dah kahwin, tapi tak semua orang tahu. Maka, timbullah fitnah besar-besaran masa tu. Sampailah mama abang bergelut dengan tekanan emosi, terganggu kehamilan. Memang besar kesannya kepada abang."

Aku mengangguk perlahan. Cerita hidup Danial, jauh lebih mendalam berbanding hidupku.

"Mama abang rasa nak gugurkan kandungan tu. Tapi masa tu, Allah hadirkan semangat untuk mama abang terus jaga abang dalam kandungan."

Tersentuh hatiku. Besarnya pengorbanan seorang ibu.

"Abang lahir dalam keadaan tak terduga. Tak diingini. Tapi alhamdulillah, abang diberi kasih sayang sepenuhnya oleh mama dan papa. Cerita ni pun abang tahu lepas abang habis sekolah."

"Abang...." Panggilku lemah.

"Ya, kenapa? Kenapa macam sebak je ni? Janganlah menangis, benda dah berlalu." Sekuntum senyuman lagi dibelanjakan kepadaku.

"Semua takdir kita, berbeza-beza kan?" Soalku sengaja. Sudah tentulah aku mengetahui jawapannya, tetapi aku sengaja menyoal suamiku.

"Semestinya, sayang. Cuba bayangkan, kalau semua orang takdirnya sama saja, tak bestlah macam tu. Tak unik." Terang Danial.

"Tapi kan, kenapa ada yang indah je selalu, ada yang susah je selalu. Kenapa?" Soalku lagi. Ini soalan cepu emas namanya.

"Mana ada macam tu. Semua manusia dalam dunia ni, mesti ada derita bahagia. Kadang-kadang derita, kadang-kadang bahagia. Macam contoh orang A, dia hidup susah tapi ada keluarga yang bahagia. Macam itulah contohnya. Tapi kalau nak dibandingkan dengan seumur hidup, derita dan bahagia ni macam-macam. Bukan setakat miskin bahagia, kaya tak bahagia macam tu."

Ya, benar sekali cakap suamiku. Bukan aku tidak tahu, cuma mahu tahu pendapat Danial. Mungkin dia lebih arif daripada aku.

"Abang dah cerita kisah hidup abang, sayang kenalah cerita kisah sayang pula." Minta Danial.

"Eh, itu bukan kisah hidup abang. Itu kisah sebelum hidup abang." Aku mencebik.

"Kisah sebelum hidup pun, bolehlah. Kena mulakan dari A sampai Z. Mana boleh dari Z ke A." Bicara Danial. Bijak, bijak, bijak. Sungguh bijak mengenakan aku.

Aha!

"Tapi, mana ada orang mulakan daripada negatif, kan. Macam budak tadika baru belajar nombor, tak ada pun dia kira dari negatif satu, kemudian baru satu." Bernas juga aku membalas. Ingat dia seorang sahaja bijak dalam 'perumpamaan'?

"Hmm, iyalah. Abang kalah. Sayang kena cerita 'kisah sebelum hidup' sayang kalau ada." Akhirnya mengalah juga suamiku. Bukan senang untuk mengenakan seorang Irdina Safiya.

"Hmm, Dina tak berapa ingatlah. Yang pasti, arwah abah pernah cerita satu cerita kat Dina." Aku berhenti sekejap daripada berkata. Nafas ditarik dalam sebelum memulakan bicara seterusnya. "Umi dengan abah harapkan jarak tiga tahun untuk setiap anak, tapi keluarga belah sepupu cakap umi dah mandullah. Jahat kan?"

"Mandul? Astaghfirullahalazim... Macam mana dia boleh cakap macam tu?" Danial menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.

"Hmm, macam itulah. Dengan campur tangan makcik bawang lagi. Hangat satu kampung kata umi dah tak boleh lahirkan anak. Iyalah, orang lain anak sampai lima enam, tapi masa tu umi baru ada dua anak."

Aku tenangkan diri seketika.

"Abah dan umi jadi tertekan dengan sikap orang kampung, last-last diamkan diri. Masa tu umi tak tahu umi tengah mengandungkan Dina. Seminggu lepas tu, malu dia orang umi rupanya disahkan mengandung kembar. Dina lah tu."

"Kembar? D-Dina ada kembar?" Terkejut beruk Danial dibuatnya.

"Betullah. Tapi, belum habis lagi abang. Dengarlah dulu." Mintaku. Terlalu awal untuk memberi keputusan atau pendapat.

"Okey, okey." Danial mengangguk laju. Nampak sangat tidak sabar mahu mendengar 'kisah sebelum hidup' ku.

"Tapi Allah sebaik-baik perancang." Satu ayat sahaja yang terpacul dari mulutku.

"Maksud...sayang?" Tanya Danial lebih ingin tahu.

"Kembar Dina meninggal dunia dulu sebelum sempat dilahirkan. Mungkin kakak atau abang Dina lah tu." Akhirnya Danial tahu kebenaran yang sebenar. "Lepas tu, umi fobia nak melahirkan anak yang tak hidup lagi. Jadi, umi dah tak nak mengandung. Takut."

"Lepastu, abah.... Cari lain?" Tebak suamiku. Celupar betul mulutnya.

"Abang!" Kataku separa menjerit namun masih kelihatan manja.

"S-Sorry. Abang lupa nak bersangka baik." Pipi mulusku diusap lembut. Nasib baik aku mudah memaafkan orangnya. "Back to story, dear."

"Abah tak cari lainlah. Abah setia tau. Abang jangan nak macam tu. Kalau tak, Dina angkat kaki nanti." Kataku sambil mulutku masih muncung. Eh, memang fitrah lelakikah begitu. Tak sempurna, cari lain. Huh! Panas, cukup panas.

"Sayang, abang minta maaf. Abang terlepas katalah tadi." Danial cuba meraih kemaafan aku. Meskipun aku sudah memaafkan, aku sengaja mahu melihat suamiku risau. Risau risau pun, jangan sampai kepala biru, sudah.

"Abang jangan macam tu. Pinky promise."

"Ye, abang takkan. Okey? Abang terlepas kata je tadi." Kedua-dua jari manis kami bertaut sama, menandakan pinky promise yang dilakukan.

Janji.

Haraplah janji ini, kekal hingga ke akhir hayat.

Macam mana dengan chapter kali ini? Deena dah double update harini. Kalau idea melimpah ruah, bila-bila masa pun boleh update. Hiks. Selasa, 8 Disember 2020, Deena akan kembali aktif menulis macam biasa, Insya-Allah. Tinggal tiga paper lagi nak jawab :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience