Imbas kembali....
"Dina. Dina tahu tak sebenarnya... Akak dengan Danial...." Kak Farah memandang wajahku tepat. Bunyinya serius.
"Kenapa akak?" Plastik roti yang aku makan tadi terus aku letak di atas meja kembali. Aku mahu mendengar sepenuhnya apa yang akan dikatakan kak Farah.
"Disebabkan akak asyik kena ganggu dengan bekas suami akak, mama Danial suruh kami nikah cepat. Naikah je dulu, sandingnya kemudian. Akak fikir mama Danial terburu-buru, tetapi semua ni untuk kebaikan akak juga. Tak sanggup akak nak kena kacau lagi dengan abang Azim tu... Tapi itulah, takut ayah fikir akak ni terburu-buru nak kahwin." Luah kakak saudaraku yang satu ini.
"Maksudnya, akak nak kahwin bulan depan? Macam tu?" Ternganga aku dibuatnya. Wah, hebat.
"InShaaAllah, kalau tiada masalah. Keluarga Danial pun dah restu, cuma.... Ayah jelah, itu yang menjadi masalah." Nada suaranya kembali perlahan.
"Dina sentiasa doakan yang terbaik untuk akak. Akak jangan risau. InShaaAllah paklong akan berlembut hati walikan akak...." Bahunya aku pegang. Mungkin kedengaran agak mustahil, tetapi semua manusia boleh berubah ke arah yang lebih baik, bukan?
"Harap begitulah. Amin..."
Aku naik ke atas katil lalu menarik selimut. Aku biarkan sahaja kak Farah yang masih menonton televisyen. Nasib baiklah suara dari televisyen dibiarkan perlahan dan tidak mengganggu tidurku. Tidak apalah, kak Farah sudah tidur lama semasa perjalanan. Aku pula yang menjadi bantalnya.
"Goodnight. Sweet dreams, akak. Jangan tidur lewat sangat, esok perjalanan kita panjang."
Tamat imbas kembali.
Kak Farah menghulurkan tangan kepada bapa kandungnya untuk bersalam. Rindu, memang rindu. Namun benci lebih menguasai diri.
Tangan lembut itu terus ditepis laju. Nampak sangat orang tua ini masih sama perangainya seperti dulu. Tak pernah berubah.
"Kalau kau datang sini bawak laki baru, baik engkau blah. Aku malas nak tengok muka kau dah!" Paklong menjegilkan matanya kepada Farah. "Kau nikah dengan siapa ni? Kat Siam sana? Aku tak bagi kebenaran pun! Ke kau dah bunting lepas tu nak suruh aku kahwinkan kau!?"
"Ayah. Farah nak minta... Ayah walikan Farah. Farah tak mengandung. Farah tak pernah buat semua tu pun ayah. Wallahi. Farah cuma nak ayah walikan Farah je.... Tolonglah...." Rayu seorang Farah sambil air matanya mengalir laju.
"Aku takkan, anak tak guna!"
Pang!
Pipi kak Farah ditampar kuat. Aku yang melihat ini pun, sudah sakit hati apatah lagi kak Farah yang sedang menanggungnya.
"Pakcik, janganlah macam ni, pakcik.... Bawa bertenang, pakcik. Kesianlah Farah.... Farah ni anak kandung pakcik tau...." Danial berusaha menenangkan paklong yang sedang berang. Aku pula memujuk kak Farah.
"Kau siapa! Acah lelaki mithali konon! Aku tak benarkan kauorang kahwin, kat mana-mana pun. Aku takkan restu kau sampai bila-bila!" Pintu dihempas kuat, mengejutkan semua ahli di dalamnya. Kak Farah terduduk kecewa. Niatnya yang baik, disalah erti. Kerana seorang bapa toksik yang muncul dalam hidupnya.
"Danial, Dina. Kita balik." Kami bertiga lantas masuk ke dalam kereta. Aku masih memujuk kak Farah yang masih menangis. Danial pun sama, lihat air mukanya, macam mahu menangis pun ada. Tetapi dia lelaki,. takkan mahu menangis di hadapan kami pula. Malu lah begitu!
*
"Makcik, Farah minta maaf sangat-sangat. Farah tak boleh, makcik.... Ayah Farah tak mahu walikan, dia takkan restu...." Tiada lagi panggilan 'mama' kepada Puan Rozita. Dia tahu, dia bukan lagi bakal isteri seorang Danial. Segalanya telah musnah.
Hari ini Farah ke rumah Puan Rozita pun tanpa pengetahuan Danial. Demam yang melanda dirinya pun masih belum sembuh sepenuhnya.
"Tolong bagitahu Danial, Farah minta maaf sangat. Farah tahu, makcik dan Danial marah sangat dekat Farah... Farah sanggup bayar ganti rugi dekat keluarga makcik...." Ucap Farah sambil teresak-esak menahan air mata.
"Its gonna be okay, sayang.... Tak perlu nangis. Mama faham, apa yang Farah rasa. Ayah Farah, sebenarnya nakkan yang terbaik untuk Farah, percayalah. Dia nak tengok anak dia bahagia. Tiada ayah yang tak sayangkan anak, Farah..." Nasihat Puan Rozita sebak.
"Tapi, ayah Farah tak, makcik.... Ayah Farah jahat. Ayah Farah, ayah tak guna!"
Mereka berpelukan. Di situlah Farah berkongsi kasih seorang ibu selain daripada makngahnya. Alangkah indahnya jika ibunya masih hidup, pasti dia akan menjaga dan menyayangi sepenuhnya.
*
"Luf, hang ni elok ke tak elok?" Soalku apabila melihat Lufya asyik mundar-mandir di ruang tamu. Pelik sungguh.
"Dina.... Kalau kita mimpi seseorang, tandanya sayang kan?"
"Awat hang tanya macam tu? Iyalah. Ada betulnya." Jawabku.
"Tapi, kalau kita mimpi yang buruk pasal dia, tandanya apa pula?" Lufya memandang aku serius. Kenapa Lufya, kenapa? "Aku selalu mimpi buruk pasal Harith. Kami ni dah nak kahwin, Dina. Aku takut, semua mimpi tu beri sesuatu petanda..."
"Maksud hang, mimpi yang macam mana? Kalau ada masalah, habaq ja, toksah pendam... Lama-lama boleh murung..." Kataku dalam loghat Kedah.
"Aku selalu mimpi Harith dan aku selalu bergaduh. Gaduh sebab apa, aku tak tahu. Tapi aku rasa, mimpi tu macam membawa satu petanda." Lufya menghela nafasnya perlahan.
"Aku ni, taklah arif pasal mimpi ni... Tapi selama aku belajaq, mimpi ni ada dua jenis, satu mimpi daripada Allah satu lagi daripada syaitan. Baik hang pi tanya orang yang lagi pandai la." Jawabku. Aku tidak mampu untuk menjawab sendiri tanpa ada ilmu apatah lagi apabila bunyinya kedengaran serius.
*
"Farah."
Entah mengapa, wanita itu tidak dapat dihubungi langsung hari ini. Bertambah kecewa Danial dibuatnya. Mungkinkah wanita itu merajuk kecewa? Kalau ianya benar, adakah kerana dirinya atau ayahnya?
Persoalan itu berlegar-legar di ruang minda Danial. Tipulah andai dia tidak tersentak dengan riaksi ayah Farah semalam. Bukan kerana tidak restu mereka bakal berkahwin, sebaliknya mengapa perlu menampar si anak? Bukankah Farah telah meminta dengan sopan dan penuh adab?
Mungkin bukan pertama kali Danial melihat wujudnya ibu bapa toksik seperti ayah Farah, tetapi langsung tidak disangka Farah sedang mengalaminya. Ibarat kejutan budaya buat seorang Danial, yang sudah dibesarkan dengan penuh kasih sayang secukupnya melihat Farah yang menderita disebabkan keluarga.
"Farah.... Kalau kita tak berjodoh.... Saya minta maaf...."
*
"Kau nak apa lagi?" Farah cuba mengundurkan langkahnya ke belakang sedikit demi sedikit apabila menyedari lelaki itu muncul secara tiba-tiba.
"Aku tahu kau dah nak kahwin. Tapi, mana anak aku!?" Kedua-dua tangannya dirapatkan di dinding, membuatkan Farah terperangkap dan tidak boleh keluar lagi. Lelaki itu hampir memeluknya.
"Anak aku, tak ada kaitan dengan kau! Aku dah bagi peluang kau hidup bahagia, jangan cari aku lagi! Please!" Farah bergelut untuk keluar daripada dakapan lelaki itu. Benci, semakin benci apabila melihat wajah orang yang pernah menyakitinya dahulu. Ternyata bekerja di warung tepi jalan ini sangat mengancam keselamatannya. Namun ini sahajalah pilihan yang dia ada, memandangkan Farah seorang yang tidak berpelajaran. Dahulu bolehlah, belajar setakat SPM pun sudah boleh diterima kerja berbeza dengan sekarang.
Semuanya dilakukan kerana terpaksa. Kerana sayang yang tiada batasnya.
Biarlah dia merana. Asalkan orang yang disayangnya bahagia.
Itulah Farah. Pada luarannya, kelihatan cantik di mata namun di hati tersimpan jutaan luka dan duka. Kalau diikutkan, hari pernikahannya bakal berlangsung lebih kurang tiga minggu lagi. Semuanya sudah musnah. Terpaksa dibatalkan segalanya kerana taat akan seorang bapa. Kalau diikutkan, mereka boleh sahaja untuk berkahwin lari di Selatan Thailand berwalikan wali hakim, tetapi inilah keputusan yang diputuskan Farah.
Move on. Mungkin tiada jodoh antara mereka.
Sukar untuk diterima, namun ianya jalan terbaik.
*
Danial mundar mandir dalam biliknya sambil berfikir sejenak. Hampir seminggu dia tidak dapat bertemu Farah. Bila ditanya ibunya, memang jawapan yang diberikan ialah 'tak tahu' lah nampaknya.
Kadangkala, Danial perasan juga ibunya seperti menyimpan sesuatu, namun seringkali Danial menyedapkan hati dengan mengatakan itu semua hanya perasaannya sahaja.
Tipulah andai Danial tidak kecewa. Tarikh yang sepatutnya mereka diijabkabulkan semakin hampir, tetapi terpaksa dibatalkan. Nasib baiklah belum jemput orang lagi.
Tiba-tiba Danial mendapat sebuah idea. Danial mengambil sebuah cebisan kertas daripada laci meja soleknya, lalu mendail nombor tersebut. Farah yang memberinya.
"Dina...."
Share this novel