Allahu akbar.... Allahu akbar....
Suara azan berkumandang mengejutkan aku daripada tidur yang panjang sejak semalam. Kerana kepenatan, aku tertidur awal. Tidak sempat untuk membantu umi dan orang lain di dapur.
Jam 5.45 pagi. Aku melihat sekujur tubuh yang sedang lena dibuai mimpi di sebelahku ini sambil tersenyum nipis. Hendak kejut konon. Sekarang dia yang tak bangun-bangun lagi. Sudahlah hari ini majlis sanding kami. Sepatutnya pengantin baru, kenalah bangun awal.
Comel. Comel sungguh dia tidur sampai tidak sampai hati untuk aku kejut. Jangan kata kejut. Hendak sentuh dia pun malu. Aku ini bukan jenis main pegang-pegang sahaja orang bukan mahram, mungkin normal untukku merasa begini.
"A-Awak....." Kejutku dengan suara paling lembut. Ya Allah, bantulah aku. Kenapalah masa ini pula aku hendak malu?
"Awak... Bangunlah... Dah subuh...."
"Dina?...." Danial meraih tanganku dalam keadaan masih mamai.
"Awak....." Semakin gugup aku dibuatnya apabila menyedari tindakan Danial. Setiap sentuhannya punyai keistimewaan tersendiri yang tidak dapat aku katakan.
"Abang dah sedar lah. Cuma malas nak bangun je. Abang nak isteri abang ni tarik abang. Abang melekat sangat sampai tak boleh bangun. Bukan melekat kat atas tilam ni, melekat di hati Dina lah!"
Aku menahan ketawa mendengar suamiku sendiri mengucapkan 'pickupline' kepadaku. Merah padam aku dibuatnya. Danial ini memang sweet talker lah. Sumpah!
"K-Kenapa nak tarik dari hati Dina? Nanti awak nak pergi kat hati siapa pulak? Cemburu lah Dina nanti...." Aku memuncungkan mulutku. Sengaja mahu membalas pickupline tak berpantun yang diucap Danial.
"Pandai pulak Dina balas eh. Biasalah, darah muda kan. Abang ni dah tua... Kalau macam tu tariklah abang ke hati Dina balik. Biar melekat selamanya. Tak nak tercabut dah." Pinta suamiku. Dia tetap mahu aku tarik dia. Di dalam kegelapan malam ini.
"Okey lah..." Aku terpaksa mengalah. Tangan berkulit sawo matang itu aku tarik perlahan-lahan sambil tersengih di bibir. Agaknya drama apalah yang kami sedang lakukan sekarang. Yang pastinya berbeza dari drama cintan cintun di televisyen, kerana kami sudah halal.
Danial bangun daripada katil lalu menarik tanganku lembut. Aku tak tahu kerja gila apa pula yang dia mahu lakukan.
"Baby, can we dance?"
Menari dalam kegelapan? Are you serious, Danial? Sudah aku katakan, Danial ini memang gila.
"Takkan nak dance pagi-pagi buta ni. Orang kejut suruh solat subuh, bukan suruh menari. Dahlah bilik ni sempit." Aku menggelengkan kepala tanda tidak setuju.
"Tapi abang nak....." Danial menggerakkan satu persatu kakinya membuatkan aku terikut sama. Langkah demi langkah aku bertapak, mengikut gerak geri suamiku. Tanpa irama muzik.
Tiba-tiba....
"Allahuakbar!" Elok elok kami sedang menari, tiba-tiba Danial jatuh tersembam ke belakang. Aku yang sedang pegang tangannya, pastilah terjatuh sekali.
"Awak...." Aku malu keadaan aku yang sedang tersembam di atas badan suamiku sendiri. Aku sudah kata, bilik ini sempit dia degil juga!
"I love you...." Danial memeluk aku dalam keadaan kami terbaring di lantai. Hanya Allah tahu betapa aku ingin lari sekarang.
"Awak sakit tak ni? Awak?" Aku cuba untuk bangun. Entah apalah perasaan aku sekarang. Mood aku sedang dibawa ke laut tetapi Danial seperti menariknya kembali. Kembali ke awangan cinta aku dan dia.
"Tak... Sakit hati tengok Dina lari.... Janganlah lari...."
"Awak.... Dah subuh ni. Awak yang kata nak solat berjemaah, kan? Macam mana nak berjemaah kalau imamnya pun belum mandi..." Aku membuat isyarat jari telunjuk kepada Danial. Dalam hati, pastilah aku senyum tidak henti-henti.
I love you too, Muhammad Danial. Wallahi.
*
"Selamat pengantin baru, Dina. Dulu Dina kecil je, sekarang dah ada suami..." Seperti biasa, ucapan ini tidak pernah hilang di telingaku. Namun kali ini berbeza kerana ianya datang daripada ibu saudaraku sebelah bapa yang aku gelarinya makcik Ani. Dahulu semasa kecil, memang aku rapat dengan makcik Ani serta sepupu aku sebelah ayah di kampung. Setelah abah meninggalkan kami, segan pula kami hendak bertemu mereka.
Macam biasalah, aku bukan pengantin yang hanya duduk bersanding di atas pelamin. Aku dan Danial sudah bertukar menjadi penyambut tetamu pula. Tetapi okeylah, ini baru kerja mudah. Belum lagi mencuci periuk belanga lagi.
Setiap tetamu yang datang, kami bersalaman sesama sendiri. Lagipun, banyak yang hadir hanyalah kaum keluarga sendiri dan jiran terdekat sahaja. Tiada orang luar. Kadang ada yang sudah tidak berjumpa hampir sepuluh tahun. Aku kahwin, barulah mereka mahu menjenguk keluarga kami ini. Itu pun umi jemput. Kalau tidak, memang tidak berjumpa lah nampak gayanya. Sudah nama pun keluarga jauh.
Majlis hari ini pun, bukan seperti majlis kahwin orang lain. Tiada baju pengantin yang berharga ribuan ringgit, tiada hiasan mewah yang hanrganya mencecah puluhan ribu ringgit, tiada. Dapat memakai pakaian baru yang sedondon dengan suamiku pun sudah membuatkan aku berasa cukup.
Aku mengenakan sepasang baju kebaya satin dan kain bercorak batik manakala Danial pula baju melayu yang sama warna denganku serta sampin hitam. Jujurlah aku katakan, memang baju nikah kami semalam lebih cantik berbanding baju ini. Tidak apalah, janji tidak berhutang. Banyak lagi duit perlu digunakan selepas kahwin nanti.
Tanpa aku sedari, masa telah berlalu dengan cepat. Sudah jam 4 petang. Nasib baiklah kami sudah solat awal sebelum majlis. Betullah kata umi, kalau dilengahkan akan tertinggal juga. Majlis, majlis juga. Tuntutan Allah, jangan terlupa.
Mulalah tugas kami untuk mengemas. Aku mungkin membuat kerja di dalam rumah sahaja manakala Danial perlu mengangkat kerusi meja semula ke stor. Iyalah, kami mana ada sewa kanopi. Semua peralatan kanopi termasuk kerusi dan meja dipinjam daripada 'syarikat' kampung. Yang biasa duduk di kampung, tahulah apa maksud syarikat itu. Orang kampung sama-sama berkongsi duit untuk membeli keperluan majlis atau acara keramaian bagi digunakan bersama.
Sakit pinggang suamiku nanti. Alah, biarlah. Biarlah dia buat kerja sikit. Nanti lepas kahwin pun, kena buat jugak kan?
Jangan sampai jadi takut bini sudah!
Aku tersengih sendiri. Aduhai pengantin baru, sabar sahajalah. Ini baru sedikit, pelbagai lagi cabaran yang perlu aku dan dia tempuhi bersama.
*
"Dina buat apa sorang-sorang?" Danial tiba-tiba sahaja 'memecah masuk' bilikku. Terkejut aku dibuatnya dengan keadaan aku yang belum sepat mengenakan sebarang tudung. Semalam pun aku tidur dengan bertudung, masih tidak membenarkan 'suamiku' melihat aurat aku.
"Awak!"
"Why? Eh, cantik jugak kan rambut awak ni... Halus, lembut, bersinar. Macam mama saya la." Jari Danial bermain-main di rambut ikal mayang aku. Ish dia ini, geram aku dibuatnya.
"Awak ni, tak ada kerja ke?" Rambut aku masih dibelai Danial.
"Kerja abang, kacau isteri abang la!" Aku dipeluk erat dari belakang oleh suamiku sendiri. Eh, macam-macam pula ni.
"Nakal!" Aku tersengih bahagia. Ya Allah, suami aku ni pun satulah.
"Of course. Abang nakal dengan isteri abang je. Tak ada yang lain." Tutur Danial sambil mengangkat sebelah keningnya. Kononnya maco lah sangat!
"Kak Farah?" Sengaja aku mahu menguji dia.
Lantas 'wajah bayi' Danial berubah. Alamak, aku tersilap cakapkah? "Janganlah rosakkan mood abang. Dia dah tak ada, biarlah."
"Yelah..." Aku menunduk merenung lantai kayu.
"Please, jangan cakap pasal dia dah. Kita, hal kita je. Abang ada Dina seorang je. Bekas girlfriend dengan isteri tu jauh beza tau." Danial memandang aku.
"Awak..."
"Ye, ada apa isteri abang yang comel?" Rambut aku masih lagi menjadi permainannya. Tahulah rambut dia pendek.
"Awak boleh janji tak, Kak Farah bukan lagi siapa-siapa melainkan hubungan keluarga. Saya dan dia cuma sepupu." Pinta aku. Aku tidak mahu emosi aku terganggu sepanjang perkahwinan ini. Aku tahu, mungkin kak Farah belum mengetahui semua ini. Dia hilang seketika waktu. Bak kata orang, lose contact namanya. Tetapi aku yakin, lambat laun dia akan tahu juga.
"Mestilah ye, sayang. Abang kan ada Dina sorang je. Tak ada yang lain. Okay?"
"Terima kasih." Aku cuba untuk tersenyum. Sejujurnya, mood romantis aku pun rosak disebabkan tindakan aku sendiri. Iyalah, aku yang membuka topik tentang kak Farah.
Haii readers! Kalau ada, tolong lah munculkan diri... Lama saya cuti sebab down, rasa syok sendiri menulis. Yang masih baca sampai sekarang (kalau ada), terima kasih tau. Pray for my health <3 With love, Deena.
Share this novel