Bab 45

Romance Series 27539

"Tenunglah awan tu. Iyelah, lepas ni kita nak balik semenanjung dah. Muka abang ni, tak nak tenung pulak." Danial membuat rolling eyes kepadaku. Aku hanya tersenyum kecil, tahu pula mahu cemburu encik suami ini.

"Dengan awan pun awak nak cemburu?" soalku sebelum tawaku terburai galak. Kalau awan mampu untuk setia, akan ku pilih awar berbanding manusia yang hatinya sentiasa berubah-ubah ini.

Eh, cakap orang! Sedangkan, diri sendiri pun sama sahaja! Hatiku pun, mudah untuk berubah-ubah, seperti manusia Iain juga.

"Cemburu? Sejak bila abang cemburu dengan awan ni? Taklah, sayang tak bosan ke tengok awan bergerak tu, macam sama je. Tak ada apa yang menarik pun, kat rumah sendiri pun boleh tengok."

Kepala aku tolehkan ke lelaki yang duduk di sebelahku ini. Mahu sangat perhatian aku, kini aku akan beri. Jangan jemu memandang si isteri cantik rupawan, sudah!

Perasan. Siapalah diri aku, jika tidak disumbat sekali dengan sifat-sifat perasan ini.

"Nak sangat perhatian Dina abang sayang..." Pipi halus itu aku usap lembut. Tenang sahaja tangan aku bermain di pipinya, bersaksikan ramai orang di lapangan terbang ini. Selamba sahaja.

"Buat lagi. Abang suka."

"Suka ye ... kalau macam tu, Dina usap lagi." Serta merta tanganku merayap ke leher dan rambutnya, bertujuan untuk 'mengusap' seperti apa yang disuruh Danial.

Sudah puas?

Tanganku berhenti daripada membuat kerja 'mengusap' seperti yang disuruh Danial. Aku tersenyum sambil bertentang mata dengannya, sambil di dalam hati sudah berkumandang lagu hindustan balada memenuhi ruang fikiranku.

Ini, sudah seperti dalam filem Hindustan! Cuma, tiada zoom in dan zoom out sahaja.

"Sayang, sayang terasa ke dengan perbuatan abang sebelum ni?" Danial meletakkan tangannya di bahuku. Meskipun terasa berat, namun agak selesa. Kehangatan tangan lelaki itu, menerjah masuk sekali ke dalam tubuhku.

"Tak, tak pun. Mana pernah terasa. Kalau dah sayang, semuanya buta." Hanya itu, yang mampu aku titipkan untuk Danial. Selanjutnya, biarlah aku seorang sahaja yang tahu.

"Abang tahu, Dina sayang abang sangat. Abang pun sayang Dina tau. Dina jangan salah faham dengan abang, abang cuma tengah serabut dengan masalah je," balas suamiku dengan nada mendatar.

Mudah sahaja ayat yang terpacul dari mulut Danial, mudah sahaja untuk aku mengerti isi tersurat dan tersiratnya.

Danial, kalaulah aku boleh bantu menyelesaikan masalah itu, aku rela untuk bantu. Ya, aku tahu kadangkala masalah peribadi yang menghantui Danial, yang hanya dapat diselesaikan oleh tuan badan sahaja.

"Dahlah tu, asyik buat vibe sedih je, kita datang sini nak happy-happy kan?"

"Y ... ye." Aku mengangguk laju berkali-kali. Sebenarnya, tujuan aku datang ke sini hanya untuk menghadiri majlis perkahwinan Lufya, tetapi Danial yang mengubahnya menjadi pakej percutian bajet pula. Bajet? Bajet pun bajetlah, asalkan aku gembira.

"Jom main sesuatu," ajaknya.

Aku mengangkat kening hairan. Main apa sementara menunggu kapal terbang ini?

"Main apa?" tanyaku pula.

"Main ... soal jawab. Sayang tanya abang, abang tanya sayang. Syaratnya, wajib jawab dan tak boleh tipu. Kalau tak, ada denda nanti ...."

"Soal jawab? Hmm, okeylah. Setuju." Aku mengangguk sekali tanda mahu bermain 'permainan' itu. Permainan teka teki seperti kanak-kanak sahaja pun, tak mungkin aku tidak boleh jawab.

"Soalan pertama."

Debaran tiba-tiba rancak di dalam hatiku manakala otakku mula membayangkan adanya muzik drum mengiringi 'permainan' yang kami main ini.

"Sayang pernah ada boyfriend sebelum kahwin?"

Uhuks!

Terbatuk-batuk aku mendengar soalan Danial. Aduhai Danial, ingatkan teka teki biasa yang ingin ditanyanya, rupanya soalan jenis ini. Sakit perutku kerana terlebih ketawa.

"Boyfriend? Tak ada, tapi pernah tersuka orang tu ada lah. Cuma tak sampai ke tahap bercouple." Tawa dilepaskan dari mulutku. Irdina Safiya ini, siapalah yang mahu buat girlfriend dan bini. Mana laku, hanya Danial yang mampu kutip aku jadikan isteri, itu pun dalam keadaan terdesak.

"Ooo, okey. I see. Your turn now." Kini giliranku untuk bertanyakan soalan cepu emas kepada Danial.

"Antara Dina dengan Kak Farah, abang sayang yang mana satu?" Aku menggigit bibir bawahku sambil menanti jawapan, menahan diri daripada terlepas ketawa.

Aku tidak boleh terlalu yakin, sedangkan aku tidak tahu siapa pilihan Danial. Kadang-kadang, Danial akan pilih aku, kadangkala fikirannya berubah juga.

"Abang akan pilih isteri abang, sebab .... Dina satu-satunya isteri halal abang, kak Farah bukan.
Abang sedar, mana satu kaca dan permata. Abang tak boleh terus menanti orang yang dah tak ada, yang dah lesap dari pandangan kita. Lagipun, abang rasa kesian dekat Dina, Dina bersungguh ikhlas dengan abang, kenapa abng tak?" Pinggang aku dipeluk Danial. Nasib baiklah, tidak ramai orang di sini.

"Betul ke?" Aku tenung lama wajah Danial yang redup memberikan jawapan tadi. Keadaan kami tenang, tidak marah mahupun sedih. Hendak kata gembira, sedikit itu bolehlah.

"Betul! Wallahi!" Tangan kanannya diangkat seperti ingin membaca ikrar semasa zaman sekolah dahulu. Bukan tangan yang menjadi perhatian aku, tetapi muka cuak Danial sendiri. Aduhai, kelakar!

Kalau benar dia mencintai aku, aku juga akan mencintai dia.

"Soalan kedua untuk Dina. Sampai tahap mana cemburu Dina bila abang teringatkan Farah? Nomborkan, satu hingga lima."

Cemburu?

Aku terdiam. Patutkah aku jujur dengan soalan ini, ataupun beritahu sahaja Danial kecemburuan aku sudah naik ke tahap lima?

Tidak, jangan buat hal, Dina. Merajuk pula encik suami nanti.

Aku menarik nafas panjang, sebelum menjawab 'soalan cepu emas' ini. Sabar, jangan gelabah sangat.

"Tahap .... Ti ... ti ... tiga!"

Fuh.

Nafas lega aku hembuskan. Kini aku sedang menutup dua kelopak mataku, tidak berani untuk melihat sendiri riaksi Danial. Hanya di perkataan yang tertulis tiga, sedangkan di hati sebenarnya sepuluh.

Aku, tidak kuat melepaskan orang yang berjaya membuatkan aku sayang padanya, jatuh ke tangan orang lain. Maafkan aku, kerana tidak sekuat Aisyah, isteri Rasulullah yang mampu menempuh cabaran berpoligami. Maafkan aku, kerana aku terlalu sayangkan dia, sampai tidak bisa melepaskan walaupun seminit.

Maafkan aku, kerana aku tidak pandai untuk menangani emosi sendiri.

"Terima kasih, sebab sayangkan abang. Cemburu, tandanya sayang kan?" Pipi mulusku menjadi permainan tangan Danial pula. Perlahan-lahan aku buka kelopak mata, membiarkan sahaja Danial bersinggah di bahagian pipiku.

Cemburu tandanya sayang? Mengapa? Bukankah cemburu itu, menjengkelkan dan merimaskan?

*

Getah pengikat rambut yang aku letakkan di atas meja solek, aku capai lalu menyimpul rambutku yang panjang mengurai ini. Setelah berjam-jam menempuh perjalanan, akhirnya kami tiba di kampung halaman.

Eh, kami?

Silap, bukan kami. Danial hanya menghantar aku dan pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur. Kasihan pula Danial, berulang alik merentas negeri semata-mata demi untuk menghantar aku. Kenapa tidak tidur sana sahaja?

Seperti biasa, setiap kali aku bersinggah di meja solek ini, pasti ada sesuatu yang menjadi tatapan mataku. Bingkai gambar kayu bersaiz A4 berwarna coklat, yang didalamnya terdapat sekeping gambar aku dan Farah bersama yang dilindung dengan kaca.

Entah mengapa setiap kali aku melihat gambar itu, fikiran aku mula tidak tenang. Salahkah aku? Berdosakah aku dengan kakak saudaraku sendiri? Biasanya kalau tidak tenang sebegini, orang kata ada dosa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience