"ANGKATLAH cepat!" Marah Daizy saat menghubungi suaminya. Hampir 10 kali dia menghubungi lelaki itu namun tidak disambut.
"Kau memang cari pasal dengan aku! Kau fikir kau laki, sesenang aje nak kongkong hidup aku! Kalau aku tahulah macam ni perangai kau!... memang taklah aku nak kawin dengan kau! Kalau setakat kaya tapi perangai macam ni!... baik aku kawin dengan orang miskin aje!" Bebel Daizy panjang lebar. Tangannya tak henti menekan-nekan skirn telefon bimbit untuk menghubungi suaminya.
Malangnya, panggilan Daizy tidak juga disambut oleh suaminya. Maka semakin membaralah kemarahannya. Daizy segera keluar dari bilik dan serentak itu, Edsel tegakkan dirinya.
"Hoi, Excel!" Panggil Daizy dengan hidung yang kembang kempis menahan marah.
"Edsel, puan," kata Edsel, cuba perbetulkan panggilan Daizy.
"Whatever! Edmond!" Daizy semakin geram. Disaat seperti ini pun Edsel masih cuba perbetulkm dirinya. Silap haribulan, lelaki ini pula yang dapat penampar darinya.
"Kau call tuan kau sekarang!" Arah Daizy sambil mencekak pinggang.
Tanpa membantah, Edsel segera menghubungi Levent. Tidak sampai beberapa saat, panggilannya disambut. Itu membuatkan Daizy semakin bengang. Hampir patah jarinya tadi menghubungi Levent namun lelaki itu tidak mahu menyambutnya.
Belum sempat Edsel melanjutkan bicara, Daizy segera merampas telefon tersebut dari tangan Edsel kemudian dibawa ke telinga.
"Awak buat apa ni?" Soal Daizy masih cuba untuk menahan emosinya.
Levent menggaru kening yang tidak gatal. Kalau dia tahu Daizy yang ingin berbicara, sudah pasti dia tidak akan menyambut panggilan itu.
"Awak fikir saya ni apa? Binatang? Sampai hati awak buat saya macam ni, kan?" Dada Daizy berombak semakin laju.
"I'm just trying to protect you, honey," tutur Levent, tenang.
"Protect me from what? Hah? Awak jangan fikir saya tak tahu yang awak cuba kongkong saya!"
"Bingo!" Kata Levent diiringi tawa kecil.
"Seriously, Levent?" Daizy semakin tak habis fikir.
"Of course. Saya nak pastikan yang awak tak akan dapat jumpa skandal awak tu lagi," tekan Levent.
"Skandal apa?! Tak habis-habis dengan skandal!"
"Dahlah, Levent. Aku penatlah hidup macam ni. Kau suruh orang-orang kau ni keluar sekarang! Kalau tak... aku yang akan keluar dari rumah ni!" Ugut Daizy.
"No! You can't!"
"Suruh diorang keluar dari rumah ni!" Bentak Daizy.
"Kau nak tengok aku lebih gila dari ini?" Soal Levent penuh dengan ugutan.
Daizy segera matikan panggilan. Mahu melawan pun dia masih gerun dengan suaminya. Entah dari mana dia dapat kekuatan untuk menampar suaminya semalam.
Tidak lama itu Edsel mendekat.
"Telefon saya, puan," kata Edsel sambil menghulur telapak tangannya.
"Nah ambil! Kau fikir aku hadap sangat dengan telefon kau!" Telefon bimbit Edsel dihentak di atas telapak tangan lelaki itu.
"Keluar! Aku tak nak tengok muka kau depan bilik aku. Keluar!" Halau Daizy.
KERETA Dato Ahmed berhenti tepat di hadapan rumah anaknya. Khabar tentang Daizy yang tidak sihat baru sahaja disampaikan oleh Levent.
Dato Ahmed segera turun bersama buah tangan yang dibeli sewaktu dalam perjalanan ke situ.
Saat melepasi pagar rumah, dia agak terkejut melihat kehadiran lelaki dan wanita yang sedang berdiri di hadapan pintu rumah. Kedua-dua mereka tunduk saat melihat Dato Ahmed mendekati mereka.
"Awak berdua ni siapa?" Tanya Dato Ahmed.
"Saya Edsel."
"Saya Edna."
Serentak mereka berdua perkenalkan diri.
"Tuan Levent arahkan kami untuk jaga Puan Daizy," kata Edsel.
"Jaga?" Dato Ahmed semakin hairan.
"Ya, kami berdua ditugaskan untuk jaga, dan bantu Puan Daizy," jelas Edna pula.
"Silakan masuk, Dato," pelawa mereka serentak.
Dato Ahmed segera meninggalkan mereka berdua lalu masuk ke dalam rumah. Kebetulan Daizy baru sahaja turun dari tingkat atas.
"Daddy!" Daizy berlari anak mendekati mentuanya.
"Hello, sweetheart. Dah sihat?" Soal Dato Ahmed seraya bersalaman dengan menantunya.
"Alhamdulillah, daddy. Dah okey sikit."
Mereka berdua bersama-sama duduk di ruang tamu.
"Ni ada buah dengan kek. Daddy singgah beli tadi," beg kertas berisi buah serta kek diletak di atas meja.
"Thanks daddy. Susah-susah aje."
"Oh ya, sejak bila pulak Levent upah dua orang tu?" Tanya Dato Ahmed seraya menoleh sekilas ke arah pintu rumah.
Serentak itu Daizy mengeluh panjang. Wajah yang tadinya ceria kini bertukar sayu. Daizy bangkit dari duduk kemudian duduk di sebelah Dato Ahmed.
"Daddy tolong saya boleh tak? Pujuk Levent supaya hentikan semua ni," rayu Daizy. Dia sudah tidak tahan dengan perlakuan suaminya.
"Saya penat, daddy. Saya tak tahu macam mana lagi nak jelaskan pada dia. Cuma daddy satu-satunya harapan saya sekarang ni." Kedua-dua belah tangan ayah mentuanya digenggam erat. Berharap agar lelaki itu tahu akan kesengsaraannya.
"Sebelum tu, boleh Daizy ceritakan apa yang berlaku?" Soal Dato Ahmed seraya tegakkan duduk.
Tanpa membuang masa, Daizy mula menceritakan apa yang berlaku. Tiada satu pun yang disembunyikan termasuk jam yang diberikan kepada Alfie yang belum diketahui oleh Levent. Dia mengakui kesalahannya tentang itu namun selebihnya, perbuatan Levent sudah diluar batas kesabarannya.
Dato Ahmed menghela nafas panjang sambil mengurut seketika dagunya. Masalah yang berlaku bukanlah masalah berat. Hanya anaknya yang terlalu memperbesar masalah. Dia tahu punca semua itu. Tidak lain, trauma yang dialami oleh Levent sebelum ini. Akan tetapi, Dato Ahmed masih berbelah bagi untuk menceritakan perkara sebenar. Baginya, Levent lebih berhak untuk berterus terang kepada isterinya.
"Nanti daddy akan cuba untuk bercakap dengan dia. Daizy jangan risau. Apa pun yang Levent buat, semuanya sebab dia sayangkan Daizy. Cuma, cara dia terlalu mendesak." Bahu menantunya diusap lembut. Simpati sungguh pada nasib yang menimpa menantunya.
"Daddy pun tak setuju dengan cara dia. Daizy berhak bergerak bebas," tuturnya lagi.
"Cuma daddy harap, lepas ni Daizy jangan sembunyikan apa-apa dari Levent. Itu boleh jadi trigger untuk dia," pinta Dato Ahmed.
"Trigger? Maksud daddy?" Soal Daizy, bingung.
Dato Ahmed menggaru kening yang tidak gatal. Entah bagaimana mahu menyusun ayat yang sesuai.
"Daddy pun susah nak cakap. Daddy takut yang daddy cuma meneka benda yang tak betul. Daddy cuma boleh cakap yang Levent sedang mengalami trauma," jelas Dato Ahmed benar-benar dalam keadaan serba salah.
Entah kenapa, Daizy teringat pada gambar yang pernah dilihat sewaktu di bilik suaminya.
"Zahara." Nama itu terbit dalam hatinya.
"Daddy harap, korang berdua dapat selesaikan masalah ni. Duduk dan bincang bagus-bagus, okey?" Kepala menantunya diusap lagi. Berharap agar rumah tangga anak muda itu masih berkekalan.
Daizy tersandar lemah di tempat duduknya. Bagaimana mahu menyelesaikan masalah jika suaminya lebih dulu menghambur tuduhan tanpa sempat dia membela diri.
Setelah berbual sebentar barulah Dato Ahmed beredar dari situ. Tidak henti memberi nasihat kepada menantunya agar lebih sabar dalam menghadapi masalah rumah tangga.
TEPAT pukul 7 petang, Levent tiba di rumah. Sepanjang bekerja, dia tidak dapat fokus kerana memikirkan kesihatan isterinya. Walaupun kasih matah, dia tetap bimbang dengan keadaan isterinya yang ditinggalkan demam pagi tadi.
Sebaik membuka pintu bilik, isterinya sudah menunggu di tepi katil. Berdiri menghadap pintu sambil berpeluk tubuh.
Dengan wajah tenang, Levent masuk kemudian melepasi isterinya lalu menuju ke meja kerja. Beg bimbit diletak di atas meja kerja seraya melonggarkan tali leher.
Daizy masih dengan keadaannya. Mata tak lari dari memerhati suaminya.
"Awak," panggil Daizy, cuba untuk menahan marahnya. Teringat pesanan Dato Ahmed tengahari tadi agar mereka berbincang dengan cara baik.
"Any explanation?" Soal Daizy. Levent masih dengan perbuatannya. Melepas segala yang ada ditubuh kemudian membalut separuh tubuh dengan tuala.
"Rasanya saya dah explain masa call tadi," balas Levent sambil berpeluk tubuh.
Mata Daizy mulai turun memerhati tubuh suaminya. Kelihatan jelas otot lengan serta 'v line' di bahagian perut lelaki itu. Tidak dinafikan, tubuh Levent sememangnya menjadi idaman para wanita di luar sana.
Daizy segera larikan mata seraya menjeling tajam. Dalam keadaan marah pun dia masih sempat memuji tubuh kekar suaminya.
"Saya mandi dulu, segarkan diri. We talk about this later," kata Levent dan terus berlalu ke bilik mandi.
Daizy mendengus kasar sebaik pintu bilik mandi ditutup rapat. Dengan perasaan marah yang ditahan-tahan, Daizy keluar dari situ lalu menuju ke dapur. Semarah apa pun pada suaminya, dia masih harus menyiapkan makanan untuk lelaki itu.
Setibanya di ruang makan, lauk sudah terhidang di atas meja. Ada ayam goreng, sayur campur serta beberapa jeni menu sampingan dan juga pencuci mulut.
Sesaat, Edan tiba dari dapur sambil membawa jag berisi jus oren. Daizy agak terkejut meliaht wanita itu sedang mengenakan apron di badannya.
"Puan, nak apa-apa?" Soal Edna setelah meletak kag tersebut di atas meja.
"Awak yang masak?" Soal Daizy kembali. Matanya tak henti melirik satu persatu makanan tang terdapat di atas meja.
"Ya, puan," balas Edna seraya tundukkan sedikit kepala.
Daizy mencebik sambil mengangguk perlahan. Tidak sangka kehadiran Edna memudahkan kerjanya.
"Awak dah lama kerja dengan suami saya?" Soal Daizy cuba mengorek cerita.
Edna senyap dan masih tundukkan pandangannya.
"Saya minta diri dulu, puan. Kalau perlu apa-apa, saya ada dekat depan." Tanpa menjawab soalan Daizy, Edna lebih dulu beredar dari situ.
"Ish! Boleh pulak dia pulaukan aku!" Rungut Daizy kemudian mengambil tempat duduk. Tidak lama itu, suaminya pun muncul di situ. Setelah bacaan doa, mereka pun mula menjamah dengan senyap.
Sedari tadi duduk Daizy tak pernah tenang. Begitu resah dan gelisah. Terlalu banyak yang ingin dikatakan kepada suaminya namun lelaki itu pula tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berbicara.
Levent sedar akan tingkah isterinya. Sebab itulah dia mengelak dari bertentang mata dengan wanita itu. Sudah pasti dirinya akan diserang dengan pelbagai soalan.
"Awak," panggil Daizy. Sudu dan garfu diletak di atas pinggan yang masih tersisa makanannya.
"Makan," arah Levent ringkas dan padat.
Daizy menggigit bibir bawah sambil mengepal tangan. Disaat ingin melampiaskan rasa marah, perasaan takut pada suaminya pula lebih dulu menjadi tembok penghadang. Saat itu juga dia mencari kembali kekuatan seperti mana dia menampar suamia sebelum ini. Alangkah bagusnya jika kekuatan itu muncul sehingga dia mampu bangkit dari duduknya lalu menterbalikkan meja makan itu.
"Sayang, makan." Suara garau Levent menyentak Daizy yang asyik mengelamun jauh. Sekelip mata, angan-angannya musnah. Dengan helaan nafas yang panjang, Daizy mencapai kembali sudu kemudian lanjut menjamah makanannya.
TELEFON bimbit Daizy yang berdering mengganggu Levent yang sedang fokus pada komputer riba di hadapannya.
Matan mengerling sang isterinya yang sedang menyambut panggilan itu.
"Hello, Alfie?" Sambut Daizy perlahan. Dia segera keluar dari bilik tersebut.
Wajah Levent bertukar ketat. Sepenting apakah panggilan itu sehingga harus menjauhinya?
Daizy segera menuju ke beranda rumah untuk berbicara dengan Alfie.
"Sorrylah sebab call kau malam-malam. Aku cuma risau keadaan kau. Kau okey tak?" Suara Alfie benar-benar kedengaran bimbang.
"Aku okey dah. Kau jangan risaulah," balas Daizy cuba berlagak ceria.
"Kau dengan Levent... something happened, right?" Alfie cuba meneka.
"Hm, biasalah. Masalah rumah tangga. Aku je yang terlebih emosi," kata Daizy memberi alasan. Mana mungkin untuk berterus terang tentang masalah rumah tangganya.
"Syukurlah kalau macam tu. Kau buat aku risau, Izy. Aku tak pernah nampak kau sedih macam tu selama pernikahan korang. Kau jarang sangat menangis depan orang. So, bila aku nampak air mata kau hari tu, aku tahu yang kau betul-betul sedih," kata Alfie begitu resah. Daizy yang dia kenali bukanlah mudah untuk menangis di hadapan orang lain.
"Aku okey, Inshaa Allah. Tapi, kau hangan cerita dekat bonda pulak. Aku tak nak dia risau."
"Don't worry. Aku tak akan cerita dengan bonda. Aku pun tak nak dia risau lebih-lebih."
Serentak itu Daizy menghela nafas lega. Biarlah masalah yamg dihadapi diselesaikan sendiri.
"Sayang?" Panggil Levent yang baru muncul di belakang Daizy. Tangannya mulai meliar di pinggang isterinya manakala wajah mendekati leher isterinya tepat di mana telefon bimbit itu berada. Dia sengaja mahu mencuri dengar perbualan wanita itu berdama Alfie.
"Er... awak." Daizy mulai gugup bercampur rasa malu kerana panggilan tersebut belum dimatikan.
"Sayang, jomlah masuk bilik. Dah lewat sangat dah ni," bisik Levent. Hidungnya tak henti-henti bermain di leher isterinya.
Alfie mengetap bibir mendengar suara lunak milik Levent. Spontan, terbayang bagaimana lelaki itu menyentuh Daizy.
"Er, Alfie. Kita... berbual lain... kali, okey," nafas Daizy tersekat-sekat saat bibir Levent mulai bermain-main di tepi tulang rahangnya. Kedengaran jelas ciuman lelaki itu di dari corong telefon milik Alfie.
"Oh, okey. Good night, Izy." Alfie lebih dulu matikan panggilan. Tidak sanggup mendengar suara Daizy yang mulai tenggelam dalam sentuhan suaminya.
Saat panggilan sudah tamat pun Levent masih tak hentikan perbuatannya. Tangan pula mulai meliar di tubuh isterinya.
"Awak," panggil Daizy. Dia bimbang jika Edsel atau Edna melihat aksi mereka di situ.
"Shuuu..." jari telunjuk Levent menyentuh lembut bibir isterinya.
"Should I be careful with Alfie? He seems to be your scandal," bisik Levent. Sentuhan yang tadinya lembut kini bertukar agak kasar.
"I'm sick of you!..." Diazy terdiam saat tubuhnya dicempung oleh suaminya.
"Put me down!" Daizy meronta saat dibawa masuk ke dalam bilik.
Setibanya di sisi katil, tubuh Daizy dihumban ke tengah tengah katil.
"Tak cukupkah nafkah batin yang saya bagi?" Soal Levent seraya membuka baju tshirt yang dipakai.
Daizy menelan liur pekat.
"Should I traumatize you... with my hand?" Levent mulai naik ke atas katil dengan dada yang berombak.
Biar! Biar kali ini isterinya sedar akan kuasa veto yang dia miliki. Daizy harus tunduk pada arahan dan telunjuknya!
Share this novel