Opportunity

Romance Series 28423

DAIZY tersentak saat mendengar tumbukan suaminya. Ternyata wajahnya bukan sasaran lelaki itu. Daizy pantas membuka mata. Dan untuk seketika, dia terpaku melihat komputer riba suaminya melengkung serta retak di sekitarnya. Penumbuk suaminya pula masih tegak di atas komputer riba itu. Jika tumbukan itu mengenai wajahnya, pasti dia sudah tidak sedarkan diri.

     "Kau nak sangat berpisah?!" Soal Levent semakin berang. Penumbuk diangkat dari komputer ribanya.

     "Cakap! Kau nak sangat berpisah?! Lepas tu apa?! Nak kawin dengan Alfie?!"

      Daizy menggeleng sambil memejam mata saat mendengar tuduhan suaminya.

     "Tak..." suara Daizy kedengaran begitu pasrah sekali.

     "Habis tu?! Nak sangat keluar dari rumah ni?! Rumah yang ada segala-galanya untuk kau! Dasar perempuan tak tahu bersyukur!" Herdik Levent.

     "Cukuplah, Levent. Dah terlalu banyak awak tuduh saya bukan-bukan. Saya penat, saya muak. Saya dah tak tahan." Daizy mencengkam rambut sendiri seraya berundur ke belakang. Untuk pertama kalinya, dia rasa begitu benci pada lelaki itu.

"Kita pisah. Kita akhiri semua ni. Please..." rayu Daizy. Walaupun terasa benci, cintanya pada Levent masuh belum pudar. Dia hanya membenci sikap lelaki itu.

"Jangan berani sebut ayat tu!" Levent maju selangkah.

"Tak. Kita... kita dah tak sehaluan." Daizy terus berundur sehingga punggungnya menyentuh dinding.

"Bullshit! Cakap aje yang kau nak berpisah sebab nak kawin dengan Alfie! Kan?!"

Daizy senyap menyentuh dada yang berombak laju. Habis sudah kata-katanya.

"Kau nak sangat balik rumah anak yatim yang tak seberapa tu! Yang serba kekurangan daripada duduk sini yang penuh dengan kemewahan!"

"Mana silap aku sampaikan kau tak reti nak balas budi?! I gave you everything! Fucking everything!" Bentak Levent seraya berpaling ke arah meja kerjanya. Sekelip mata, segala yang ada di atas meja itu ditolak kasar hingga jatuh bertaburan di atas lantai.

Daizy memejam mata seketika. Telinganya terasa bingit mendengar bunyi barangan yang jatuh.

"We are... done," ulang Daizy untuk kesekian kalinya.

"Never! Aku yang tentukan sama ada kita berpisah atau tidak! Jangan cuba-cuba nak ambil alih kuasa aku sebagai suami!" Tegas Levent memberi amaran.

     "Saya tak nak teruskan perkahwinan ni..."

     "Diam! Kau diam sebelum penumbuk aku ni hinggap dekat muka kau!" Tanpa sedar, Levent melontarkan ayat ugutan itu.

     "Pukullah. Pukul. Biar puas hati awak. Tapi ingat... seinci tubuh saya awak sakiti, awak tak akan nampak muka saya lagi." Daizy juga memberi ugutan.

     "Sekali kau masuk dalam hidup aku, bukan senang-senang kau nak keluar kalau bukan aku yang buang kau! Batang leher kau tu dalam cengkaman aku! Kalau aku kata toleh kiri, kau kena toleh kiri. Kau faham?" Kata-kata yang keluar dari mulut Levent semakin menggores hati isterinya. Tidak langsung mempamer bentuk kewarasan seseorang yang bergelar suami.

     "Awak dah lain. Lain sangat. Kata-kata awak kasar. Dah tak ada panggilan sayang. Kau, aku... perkataan tu buatkan kita makin jauh..." perlahan-lahan tubuh Daizy turun sehingga punggungnya menyentuh lantai bilik.

     "Keluar," halau Daizy tanpa memandang suaminya. Jika terkurung di situ boleh menjauhkan dirinya dari sang suami, maka dia rela terpuruk selamanya.

     Jauh di sudut hati, dia berharap agar rasa cinta yang masih tersisa itu perlahan-lahan menghilang agar perpisahan yang bakal terjadi nanti tidak menyakiti jiwa dan raganya.

SUDAH lebih sebulan Daizy dikurung dalam bilik tidur mereka, dia tidak lagi pernah meminta untuk dilepaskan. Dia akur pada perbuatan suaminya. Dia juga sudah lelah mahu melawan lelaki itu.

     Levent pula tidak lagi pernah tidur di dalam bilik itu. Hanya menjenguk sebentar untuk memeriksa keadaan isterinya. Dia harus memastikan isterinya dalam keadaan baik walaupun dikurung. Tanpa sedar akan perbuatannya sedang mengganggu kesihatan mental isterinya.

     Semenjak itu juga Daizy banyak duduk dan termenung di hadapan tingkap. Tak kira siang atau malam, jika dia rindu untuk keluar, maka jendela itu pasti menjadi tempatnya melampias rindu. Makanan yang dibawa untuknya pula kadang dijamah, dan kadang dibiarkan sehingga ditukar kepada yang baru. Itu menyebabkan berat badan Daizy mulai menyusut.

     "Kenapa tak makan? Nak mati?" Soal Levent sekaligus mengganggu lamunan isterinya. Sedari tadi lagi dia berdiri di situ semenjak tiba dari pejabat. Makanan yang dihidang untuk isterinya dikerling sekilas. Sedikit pun tak dijamah oleh wanita itu.

     "Kau nak tunjukkan dekat semua orang yang aku tak bagi kau makan ke?" Levent menapak masuk lalu mendekati Daizy. Sakit hatinya kerana wanita itu tidak menjawab pertanyaannya.

     "Apa yang kau tengok dekat luar tu?" Soal Levent seraya menarik kasar tabir sehingga menutup tingkap tersebut.

     Daizy masih di situ. Sedikit pun tak memandang suaminya.

     Tidak lama itu, Edsel dan Edna muncul di muka pintu. Kedua-dua belah tangan mereka penuh dengan bungkusan barang yang ditempah atas talian.

     "Bawa masuk," arah Levent.

     Edsel dan Edna segera membawa masuk bungkusan tersebut lalu di letak di atas lantai. Setelah itu mereka pun keluar dari situ.

     "Ni semua barang-barang kau. Baju, kasut, skin care. Everything. Kau tak payah susah-susah nak keluar pergi shopping." Bungkusan tersebut ditolak menggunakan kaki ke arah isterinya.

     Mata Daizy akhirnya menatap satu persatu bungkusan yang dibeli oleh suaminya.

     "Lepas ni kau buka semua barang ni. Cek mana yang tak cukup, bagitahu terus. Aku order lagi untuk kau," kata Levent angkuh. Baginya, dengan berbelanja untuk isterinya, wanita itu tidak mempunyai alasan lagi untuk keluar dari rumah. Namun bagi Daizy, dia tidak memerlukan semua barangan tersebut.

     "Aku tahu, kau mesti ketagih nak shopping, kan? Dah berkepuk-kepuk duit aku bagi, sayang pulak kalau kau tak hambur ke mana-mana. Selama ni pun duit yang aku bagi tu kau sedekah dekat rumah anak yatim kau tu kan?"

     Daizy mengangkat wajah memandang suaminya. Kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu tidak lain hanya untuk menyakiti hatinya. Namun Daizy sudah tak peduli. Telinganya sudah kebal dengan kata-kata tuduhan dari suaminya.

     Akhirnya Daizy berdiri. Malas mahu mendengar apa pun yang keluar dari mulut lelaki itu. Saat melepasi suaminya, lelaki itu mencengkam lengannya.

     "Mana rasa hormat kau pada suami? Dari tadi aku bercakap, sepatah pun kau tak jawab. Kau nak jadi apa, Daizy?"

     Daizy mengangkat wajah sehingga mata mereka bertentangan. Matanya sedikit merah namun tidak berair. Dia berusaha menahan agar air mata tak jatuh di hadapan suaminya.

     "Kau memang keras, kan? Keras kepala, keras hati. Aku dah lama tak nampak air mata kau. Kalau dulu, sikit-sikit nangis. Sebab kau tahu itu kelemahan aku." Levent juga membalas tatapan mata isterinya. Dia berusaha melawan rasa simpati yang semakin membuak-buak. Dia tidak mahu kalah lagi dengan wajah minta simpati yang dipamer isterinya.

     "Malam ni daddy nak datang," kata Levent seraya melepas lengan isterinya.

     "Pergi mandi, pakai baju elok sikit. Bibir tu kalau boleh calitlah lipstik sikit. Dah macam mayat hidup aku tengok," katanya lagi.

     "Dalam parcel ni ada baju. Pandai-pandailah kau cari. Buka, pakai," arahnya seraya menolak bungkusan tersebut menggunakan kaki.
    
    "Saya tak nak keluar," kata Daizy lalu kembali mengatur langkah menuju ke katil. Saat ingin duduk, tubuhnya terpaling sebaik tangannya ditarik kasar.

"Kenapa tak nak keluar? Hari-hari kau tenung luar tingkap, mesti kau tak sabar nak keluar, kan?" Soal Levent begitu sinis.

"Dahlah, Daizy. Kau tak payah nak tunjuk kuat. Tak payah nak buktikan yang kau tu berjiwa kental. Menangis jelah. Minta ampun, minta maaf. Mana tahu hati aku lembut nak maafkan kau."

Daizy tak merespon apa-apa. Hanya senyuman nipis yang menghiasi bibirnya yang merekah.

"Kenapa kau senyum? Are you teasing me?" Levent semakin tak puas hati melihat senyuman isterinya.

Daizy tiba-tiba tertawa kecil. Perbuatannya membuatkan Levent semakin bengang.

"Kau memang nak cari pasal dengan aku, kan?" Tangan isterinya ditarik kasar menuju ke bilik mandi dan terus berhenti tepat di bawah pancuran air. Serta merta, pancuran dihidupkan sehingga membasahi tubuh isterinya.

Baju satin berwarna krim yang dipakai isterinya mulai basah sehingga menampakkan lekuk tubuh serta baju dalam yang dipakai wanita itu. Levent mulai menelan liur pekat. Nafsunya mulai terpancing melihat isteri yang sudah lama tidak disentuh.

Hampir beberapa saat menatap tubuh isterinya, Levent segera palingkan wajah. Jangan sampai nafsunya tercabar. Dia harus tegas menghukum isterinya walaupun hukuman tersebut sedang memakan dirinya sendiri.

Sesaat, Daizy mulai membuka butang atas baju yang dipakainya. Mata Levent kembali melirik walaupun wajahnya dipalingkan ke sisi. Susah untuk melawan perasaan yang sedang bergelora dalam dirinya.

"Kau tak boleh nak tunggu aku keluar dulu?" Levent kembali memandang isterinya. Wanita itu pula masih senyap sambil membuka butang bajunya hingga ke bawah. Saat ingin membuka baju, tangannya ditahan oleh Levent.

"Kau sengaja nak goda aku, kan?" Levent agak kesal.

Daizy mengangkat wajah yang semakin lencun oleh air yang turun dari pancuran.

Levent kembali terdiam melihat wajah basah isterinya. Tidak dinafikan, rasa rindunya mulai menerpa dada. Sudah lama mereka tak bermadu kasih.

Tanpa amaran, Daizy melepas baju lalu dibiarkan jatuh di atas lantai. Serentak itu juga Levent palingkan membelakangi isterinya. Tidak! Dia tidak boleh kalah dalam perang yang dia cipta sendiri. Baru ingin melangkah, kedua-dua belah tangan isterinya melingkar di perut.

"For the last time... can we?" Tutur Daizy perlahan. Kepalanya disandar pada belakang suaminya.

"Last time? Kenapa? Kau dah nak mati?" Soal Levent, sinis.

"Boleh tak kita tolak tepi semua yang pernah terjadi. We start, again," rayu Daizy. Masih tetap mencuba untuk memperbaiki hubungan mereka. Jika diikutkan hati, sudah jauh dia membawa diri. Namun fikiran warasnya masih mampu membuatkan dirinya bertahan.

"Kau patut bersyukur yang aku masih simpan kau dalam rumah ni. Kalau lelaki lain, kau dah lama merempat tepi jalan. Disebabkan sayang, aku masih jaga makan, pakaian kau. Semua keperluan kau aku masih penuhi." Dengan sekali rentap, tangan isterinya terlepas dari terus memeluknya.

     "Kau kena ingat, yang ini adalah hukuman untuk kau."

     "Please..." Daizy separuh merayu.

"Aku tak ada masa nak layan nafsu kau. Mandi sekarang, lepas tu bersiap. Aku tunggu dekat bawah. Untuk hari ni, pintu bilik ni terbuka luas untuk kau keluar." Setelah itu, Levent melangkah keluar dari situ. Dibiarkan sahaja isterinya meredakan perasaan sendiri.

SELESAI berpakaian, Daizy melangkah keluar dari bilik itu setelah hampir sebulan lebih terkurung di situ. Setibanya di tingkat bawah, kelihatan suaminya sedang berbicara di telefon dengan wajah yang agak tegang.

"But, daddy..." Levent mengeluh perlahan.

     "Okay. Be there in 30 minutes," kata Levent sebelum tamatkan panggilan.

"Daddy tak jadi datang. Dia nak jumpa kita dekat luar," kata Levent lebih dulu sebaik melihat isterinya menuruni tangga. Tanpa membuang masa, mereka pun bertolak untuk menemui Dato Ahmed di sebuah restoran.

     Setibanya di sana, Dato Ahmed sudah pun menunggu di situ bersama hidangan yang sudah dipesan sebentar tadi. Sebaik Levent dan Daizy tiba, kedua-dua anak dan menantunya dipeluk erat.

     "Daizy sihat? Kenapa makin kurus ni?" Pipi menantunya disentuh lembut. Jelas terasa tulang rahangnya sedikit timbul.

     "Diet, daddy. Senang sikit nak lari," kata Daizy dengan nada bergurau. Namun gurauan itu tidak disenang suaminya.

     "Nak jogging apa lagi? Dah kurus sangat ni," kata Dato Ahmed kedengaran bimbang.

     "Taklah daddy. Gurau je," balas Daizy dengan senyuman nipis. Levent lebih dulu duduk lalu meneguk segelas air putih di atas meja.

      Setelah mengambil tempat masing-masing, mereka pun mula menjamah makan malam. Daizy hanya senyap mendengar perbualan berkaitan bisnes antara suami dan mentuanya.

     "Dah terima email yang daddy hantar petang tadi?" Soal Dato Ahmed sebaik selesai makan.

     "Email apa? Saya tak sempat buka laptop tadi." Levent tegakkan duduk. Dia juga baru selesai menghabiskan makanannya.

     "Pakej bulan madu dekat Turki," katanya mulai tersenyum lebar.

     Serentak itu Daizy dan Levent berpandang seketika. Disaat hubungan mereka yang sedang dingin, apa ertinya bulan madu untuk mereka?

     "Korang berdua tak payah risau. Daddy akan atur semuanya," kata Dato Levent lagi.

     Daizy tunduk seketika menyembuyi senyuman penuh keterujaan. Mungkin inilah masa untuk mereka perbaiki hubungan. Selama ini pun Levent terlalu sibuk dengan pekerjaannya sehingga mereka kekurangan masa untuk duduk dan berbincang.

     "Lain kalilah, kan sayang." Levent lebih dulu menolak seraya menggenggam lembut tangan isterinya di atas paha.

     Pantas, Daizy mengangkat wajah dengan senyuman yang perlahan-lahan memudar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience