TEPAT pukul 12 tengah hari, Daizy bertolak menuju ke rumah kebajikan My Hope. Setibanya di situ, dia disambut meriah oleh penghuni rumah itu. Rupanya, Bonda Zainah sudah membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Daizy.
"Selamat pengantin baru, Kak Daizy Baseera!" Ucapan seremtak dari kanak-kanak yang ada di situ. Serentak itu mereka meluru ke arah Daizy kemudian memeluk wanita itu.
"Terima kasih, sayang!" Daizy mengelus satu persatu kepala anak-anak yatim tersebut. Dia melihat dirinya di dalam mata setiap anak-anak itu.
"Dah, dah. Pegi makan. Bagi Kak Izy rehat dulu." Bonda Zainah terpaksa mencelah. Kasihan melihat Daizy dikerumuni mereka semua.
Sebaik kanak-kanak itu bersurai barulah Daizy mendatangi Bonda Zainah. Dia segera memeluk wanita tua itu. Baru sahaja mereka bertemu sewaktu pernikahan kelmarin, rasa rindunya sudah seberat ini.
Ibu Ratih dan Ibu Salwa juga datang dan terus memeluk mereka berdua. Hampir beberapa saat, esakan mereka mulai kedengaran.
"Ibu rasa lain sangat lepas Izy keluar dari sini. Tak ada lagi yang usik ibu," tutur Ibu Ratih, sayu.
"Betul. Tak ada lagi yang kejutkan budak-budak tu bangun subuh pakai speaker." Ibu Salwa juga mencelah.
Maka, semakin pecahlah tangisan mereka.
"Janganlah cakap macam tu. Izy tak ke mana pun. Ada aje dekat sini. Bunda dengan ibu pun boleh datang rumah Izy bila-bila masa aje."
Pelukan dilepaskan kemudian bersama-sama menuju ke taman mini yang terletak di luar rumah.
Mereka mulai rancak berbual untuk melepas rindu. Selepas ini pasti jarang untuk mereka bertemu memandangkan Daizy juga sudah punya keluarga sendiri.
"Kalau ada apa-apa yang kurang, bonda jangan segan nak bagitahu saya, tau," pesan Daizy.
"Ibu, kalau nak beli barang mentah ke apa, kalau tak ada orang hantar, terus call saya. Jangan malu," pesannya pada kedua-dua ibunya.
"Izy, kami tak nak susahkan Izy lagi. Cukuplah selama ni Izy berkorban untuk rumah ni. Inilah masa untuk Izy hidup bahagia dengan suami," tutur Bonda Zainah, sayu.
Kasihan melihat Daizy yang tidak habis-habis memikirkan rumah yang bukan tanggungjawabnya.
"Tak apa, bonda. Dulu, saya usaha sendiri untuk tolong bonda dengan ibu. Sekarang ni, saya dah dapat nafkah dari Levent. Lebih dari cukup kalau nak dibelanjakan untuk diri saya sendiri," jelas Daizy.
"Saya nak kongsi dengan adik-adik saya," tambah Daizy lagi.
Ketiga-tiga wanita tua itu berpandangan sesama sendiri. Tidak menyangka dengan keikhlasan dan kemurahan hati Daizy.
Suara jeritan kanak-kanak menyentak mereka berempat.
"Hah! Dah mulalah tu." Ibu Salwa bersuara.
"Korang berboraklah dulu. Kami nak tengok budak-budak tu dulu. Karang ada yang jadi superman dekat atas meja makan tu," seloroh Ibu Ratih kemudian beredar bersama ibu Salwa.
"Apa perasaan bila dah jadi isteri? Seronok?" Soal Bonda Zainah sengaja mengusik.
Daizy tersipu malu. Teringat kembali layanan manja dan penuh kasih sayang dari Levent.
"Tengok senyuman Izy tu pun bonda dah tahu. Syukurlah kalau Izy bahagia," tuturnya ikut tumpang gembira.
"Alfie tu, entah bila dia nak kawin. Umur pun dah nak masuk 25 tahun. Tak ada sorang perempuan pun yang dia bawa jumpa bonda," luah Bunda Zainah, sayu.
Daizy mulai teringat akan perbualannya dengan Levent pagi tadi.
"Bonda, saya nak tanya ni, bonda jangan marah tau." Daizy mendekati Bonda Zainah.
"Sebenarnya pagi tadi Levent ada bagitahu saya yang... bonda nak jodohkan saya dengan Alfie."
Serta merta, Wajah Bonda Zainah sedikit berubah sebelum kembali tersenyum.
"Maaflah kalau bunda tak pernah terus terang. Tengoklah ni, sampai Izy dah kawin pun. Bonda tak berani nak terus terang." Bunda Zainah tergelak kecil.
"Sebenarnya, bukan bonda nak jodohkan kamu. Alfie tu sendiri yang nak kawin dengan Izy," jelas Bonda Zainah.
"Lagi satu, bonda sebenarnya terlepas cakap dekat Levent yang Alfie sukakan Izy. Nasiblah bonda sempat cover. Sebab tu bonda cakap bonda yang nak jodohkan kamu berdua," jelas Bonda Zainah lagi..
Daizy terdiam sejenak. Lebih tepatnya, dia terkesima mendengar pengakuan Bonda Zainah. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa Alfie menaruh perasaan padanya. Sedangkan dia hanya menganggap lelaki itu sebagai abang memandangkan mereka membesar di rumah yang sama.
"Alfie tu lambat sangat bertindak. Dah berapa kali bonda suruh terus terang tapi dia malu. Sampailah Levent lebih dulu bertindak. Hah, putih matalah Si Alfie tu." Bonda Zainah tergelak kecil.
Walaupun Alfie anak kandungnya, dia tidak sedikit pun terasa hati saat Daizy menikah dengan lelaki lain. Baginya, itu kesilapan Alfie sendiri kerana tidak berani meluahkan perasaannya. Kini, lelaki itu sedang sibuk menghadiri kursus di Bali. Pernikahan Daizy pun tidak dapat dihadiri.
PUKUL 4 petang Daizy sudah bersiap untuk pulang. Sempat membantu membersihkan rumah bersama anak-anak di situ.
Ibu Salwa dan Ibu Ratih sedang mengatur anak-anak mereka. Manakala Bonda Zainah pula mengiringi Daizy ke luar rumah.
"Assalamualaikum," ucapan salam dari pagar rumah menyentak mereka berdua. Kelihatan Alfie sedang menapak masuk sambil menarik bagasinya.
"Alfie? Awalnya balik," tegur Bonda Zainah.
"Surprise!" Alfie segera memeluk wanita tua itu. Rindu, walaupun baru dua minggu tidak bertemu.
Sebaik melihat Daizy, Alfie segera melemparkan senyuman.
"Tahniah, dan selamat pengantin baru," ucap Alfie sambil memghulur tangan untuk bersalaman. Dengan senyuman nipis, Daizy menyambut tangan Alfie.
"Thanks, Alfie. Sayang pula kau tak datang majlis aku. Tak adalah gambar kenangan kita," tutur Daizy, sedikit merajuk.
"Korang berbuallah dulu. Bonda nak tengok budak-budak tu," kata Bonda Zainah sebelum meninggalkan mereka berdua di situ.
"Dah nak balik?" Soal Alfie. Mereka bersama-sama menuju ke tempat duduk yang tersedia di luar rumah.
"Ya, dari tengah hari tadi aku dekat sini."
Entah kenapa Daizy mulai janggal duduk bersama Alfie. Apatah lagi selepas mengetahui lelaki itu menaruh perasaan padanya.
"I'm happy for you. Akhirnya kau dah jumpa lelaki yang terbaik untuk kau. Tak perlulah kau nak fikirkan tentang budak-budak dekat sini."
Daizy mengukir senyuman nipis. Perkahwinannya tidak menjadi halangan untuk dia terus membantu rumah kebajikan itu.
"Kau salah, Alfie. Lepas kawin ni lah aku makin semangat nak bantu budak-budak tu semua." Daizy menegakkan duduknya.
"Kiranya, kau tak main-mainlah dengan kata-kata kau sebelum ni?" Soal Alfie, serius.
Daizy menoleh laju.
"Aku masih ingat yang kau pernah cakap nak kawin dengan orang kaya."
Serentak itu, Daizy tertawa. Rupanya Alfie masih ingat akan kata-katanya. Waktu itu dia baru berusia 18 tahun.
"See, Allah pun kabulkan permintaan aku. Jadi, apa alasan aku untuk tak tolong bonda?"
"Kau tak perlu susahkan diri, Izy. Aku pun boleh tolong bonda juga."
"Tak apalah, kita sama-sama tolong. Kitakan adik-beradik. Kenalah sama-sama tolong bonda."
"Tapi, aku tak pernah anggap kau adik," ungkap Alfie, serius. Wajahnya begitu tenang memgungkapkan kata-kata itu.
Daizy terkedu. Lidahnya berat untuk berkata-kata.
"Erm, aku balik dululah. Dah lewat ni. Tak lama lagi suami aku sampi rumah." Dasiy menayang senyuman hambar.
Dia semakin rasa janggal duduk berduaan di situ. Kata-kata Alfie bagaikan sedang meluah perasaan padanya. Dulu, mungkin dia boleh terharu, tapi sekarang dia sudah mempunyai suami yang cukup sempurna. Walaupun pernikahannya disebabkan satu matlamat, namun kasih sayangnya untuk Levent benar-benar ikhlas.
Share this novel