"BUT, why?" Soal Dato Ahmed Alibek seraya memandang anak dan menantunya silih berganti.
Daizy Baseera tak lagi mampu bersuara. Tangan yang digenggam oleh suaminya ditarik perlahan sebelum mencapai segelas air putih lalu diteguk.
"Em, I have so many things to do, daddy," kata Levent Haidar memberi alasan.
"Saya kena pastikan bahan mentah sampai lebih awal untuk buat sampel sabun. Hotel Paradise nak secepatnya," jelas Levent.
"Don't worry about that. Encik Taufik boleh uruskan."
"No, daddy," tekan Levent. Perbuatannya membuatkan Dato Ahmed dapat menghidu sesuatu antara mereka.
"Are you guys okay?" Menantu dan anaknya ditatap silih berganti.
Daizy larikan mata agar tak bertentangan dengan Dato Ahmed. Dia bimbang air matanya bakal mengalir di hadapan bapa mentuanya.
"Levent?" Kini, anak lelakinya pula disoal.
"No. All is good. Kan sayang?" Pipi isterinya diusap lembut.
Daizy hanya menayang senyuman nipis yang cukup hambar di mata Dato Ahmed.
"Saya pergi toilet kejap," pamit Daizy seraya berdiri. Dia segera beredar dari situ sebelum air matanya tumpah. Tidak mampu lagi membendung air jernih itu dari tubir matanya. Setibanya di bilik air, tangisan Daizy terus pecah. Mujurlah waktu itu hanya dia sendiri yang ada di situ.
Di meja makan, Dato Ahmed Alibek tak henti menatap wajah tenang anaknya. Namun lelaki muda itu tak berani menatap matanya.
"What have you done, Levent?" Soal Dato Ahmed.
"What?" Levent kembali menyoal.
"Stop pretending. Daddy tahu yang kamu berdua ada masalah."
Levent menggaru batang hidung yang tak gatal. Nampaknya Dato Ahmed berjaya membaca tingkah mereka.
"Just a little punishment," kata Levent selamba.
"Punishment? Maksudnya?" Dato Ahmed benar-benar tak mengerti.
Levent menghela nafas panjang seraya tegakkan duduk kemudian mulai menceritakan apa yang berlaku.
"Are you serious?!" Suara Dato Ahmed sedikit tinggi. Tidak percaya dengan pengakuan anaknya.
"Daizy tu isteri kamu! Are you lost your mind?!" Dato Ahmed mengetap bibir menahan marah.
"I am doing my job as a husband," balas Levent selamba.
"No! You're not!" Bantah Dato Ahmed seraya menghentak meja. Sekelip mata, mereka menjadi tumpuan pengunjung dari meja yang lain.
"You should stop, Levent! Jangan sampai Daizy tawar hati! Kamu tak kesian dekat dia?! Dia tu anak yatim piatu! Dengan siapa lagi dia nak harapkan pertolongan kalau bukan dari kamu sendiri?!"
Levent memejam mata seketika sambil memicit dahi.
"Saya buat semua ni untuk kebaikan kami berdua. Dia kena sedar yang perbuatan dia salah. Dan saya ada kuasa untuk hukum dia," balas Levent begitu angkuh.
"Jangan lampiaskan kemarahan kamu pada Daizy! Daddy tahu penyebab kamu bertindak macam ni! I warn you, Levent Haidar. Jangan sampai daddy yang bertindak!" Tegas Dato Ahmed Alibek memberi amaran.
"Jangan masuk campur dalam rumah tangga saya." Levent cuba menayang senyuman nipis walupun bibirnya sedikit bergetar menahan marah.
"Kamu sedar tak kamu bercakap dengan siapa?!"
"I know, daddy." Levent bangun dari duduk kemudian menepuk bahu Dato Ahmed.
"Kami balik dulu," pamit Levent seraya meraih tangan Dato Ahmed kemudian disalam. Dato Ahmed hanya mampu memerhati anaknya berlalu pergi.
Sewaktu menuju ke bilik air, Levent terhenti saat melihat isterinya sedang berbual bersama seorang lelaki yang jelas bukan orang tempatan.
"I heard you screaming. Are you okay?" Soal lelaki asing itu. Tangannya spontan menyentuh belakang badan Daizy.
"Ya. I'm okay. It's just a... bug," kata Daizy. Belum sedar akan tangan lelaki asing itu sedang berada di belakang badannya.
"Oh god. I Thought something happen to you." Kini, tangan lelaki asing itu mengusap lembut belakang Daizy dan serentak itu Daizy menyedarinya.
"Excuse me. I have to go," pamit Daizy Baseera. Dan saat itu juga Levent menghampiri mereka.
"Jantan mana pulak ni?" Soal Levent sambil merenung tajam lelaki asing itu.
"Your husband?" Soal lelaki itu pula sambil memandang Levent.
"Yes, I am." Levent lebih dulu menjawab dengan angkuh.
"Hands off!" Marah Levent seraya menepis tangan lelaki itu.
"Easy, bro. I just tryna help her." Lelaki itu mengangkat kedua-dua belah tangan seraya berundur.
"Pantang keluar sekejap, dah jumpa jantan lain. Kau memang tak serik, Daizy!" Lengan isterinya ditarik kasar hingga keluar dari situ.
"Lepaslah. Sakit!" Daizy cuba melepaskan tangan suaminya sepanjang berjalan menuju ke tempat letak kereta.
"Tak cukup aku kurung kau dalam bilik, kau nak aku kurung kau dalam tandas pulak?!" Tubuh isterinya ditolak hingga terhentak pada badan keretanya.
"Levent! You're too much!" Sergah Dato Ahmed.
"Macam ni kamu layan isteri?!" Dato Ahmed segera menarik Daizy menjauhi Levent.
"Shu... it's okay, sweetheart." Belakang menantunya ditepuk-tepuk lembut sambil merenung tajam ke arah anak lelakinya.
"Daddy, let her go." Levent cuba berlagak tenang.
"No! Daddy bawa dia balik rumah malam ni!" Tegas Dato Ahmed.
"She is my wife!" Nada suara Levent mulai meninggi.
"She is my daughter!" Balas Dato Ahmed. Semenjak Daizy menikah dengan anaknya, dia tidak pernah menganggap wanita itu sebagai menantu melainkan anaknya sendiri. Dia tidak pernah membezakan anak dan menantunya. Apatah lagi status Daizy sebagai anak yatim piatu, itu membuatkan dia semakin simpati pada wanita itu.
"Daizy, masuk kereta sekarang," arah Levent.
Serentak itu, Daizy berlindung di belakang Dato Ahmed. Dia tidak mahu mengikuti suaminya.
"Daizy! Kau jangan cabar aku!" Levent maju namun dengan pantas Dato Ahmed berdiri tegak menghalangnya.
"She choose to stay with me." Dato Ahmed juga berkeras.
"Daddy!" Tengking Levent.
"Levent Haidar!" Balas Dato Ahmed dengan suara yang lebih kuat. Serta merta Levent terdiam sebaik ditengking sebegitu kuat. Sepanjang hidup, Dato Ahmed tidak pernah meninggi suara kepadanya. Inilah kali pertama dia melihat kemarahan orang tua itu.
"Argh!" Badan kereta serta merta kemik setelah menjadi sasaran tendangan Levent.
Dengan dada yang berombak, Levent beredar dari situ. Dia tidak mampu melawan jika Dato Ahmed sudah berkeras. Setelah dia memandu pergi barulah Dato Ahmed membawa Daizy pulang ke rumah.
"Mandi, segarkan badan. Lepas tu tidur." Menantunya dibawa duduk di atas katil.
"Daddy, saya takut," luah Daizy resah. Dia tahu yang suaminya tidak akan berdiam diri.
"Don't worry, sweetheart. Daddy ada. Levent tak akan berani buat apa-apa dekat sini," kata Dato Ahmed meyakinkan menantunya.
"Tapi, daddy..."
"Tak apa, Daizy. Sekarang Daizy rehat dulu. Serahkan semuanya pada daddy. Kalau perlu apa-apa panggil saja Mak Iti. Okey?" Kepala menantunya diusap lembut sebelum keluar dari bilik itu.
SELESAI membersihkan diri, Daizy keluar mencari bapa mentuanya. Setibanya di tingkat bawah, langkahnya terhenti saat terdengar lelaki itu sedang berbicara di telefon.
"I will lodge a police report if you keep hurting your wife!" Kata Dato Ahmed memberi amaran.
"I am not hurting her, daddy! I love her so much!" Balas Levent mahu meyakinkan Dato Ahmed.
"Tak, Levent. Daddy nampak semuanya. Itu yang daddy nampak, yang daddy tak nampak pula?" Dato Ahmed benar-benar kesal dengan perbuatan anaknya.
"Daddy..." suara Levent tidak sekeras tadi. Dia juga menyesal menolak tubuh isterinya sehingga terhentak pada badan kereta. Tapi itu bukanlah niatnya. Selama ini pun dia tidak pernah menyakiti tubuh isterinya dengan sengaja.
"Tak. Biarkan Daizy dekat sini sampai semuanya cool down. Daddy tak akan biar Daizy jadi tempat kamu lampiaskan kemarahan masa lalu. She deserve to be happy. Kalau kamu tak boleh jadi lelaki terbaik untuk Daizy, daddy akan cari lelaki lain untuk dia. Mark my words," ugut Dato Ahmed begitu nekad.
Levent tidak mampu lagi berkata-kata. Dato Ahmed bukanlah orang yang suka bermain-main dengan kata-katanya. Dia seorang yang menepati apa yang diucapkan. Kerana itulah dia menjadi salah seorang ahli perniagaan yang disegani.
Daizy tak jadi meneruskan langkahnya. Dia kembali semula ke dalam bilik lalu menutup pintu.
Fikirannya mulai terganggu selepas mendengar perbualan Dato Ahmed sebentar tadi. Dia semakin yakin kelakuan suaminya ada kaitan dengan masa lalu. Tetapi, kenapa dirinya pula yang menjadi mangsa?
Share this novel