Miss (+18)

Romance Series 28423

SEBAIK cadar dan selimut ditukar kepada yang baru, Daizy pun pergi membersihkan diri. Saat ingin menukar pakaian yang dibawa oleh suaminya, Daizy terdiam sejenak.

"Dia ni memang buang tebiat ke apa? Baju macam ni jugak yang dia bawa!" Rungut Daizy saat mengangkat gaun tidur satin berwarna hitam serta kardigan yang dibawa oleh suaminya.

Dengan dengusan kecilnya, Daizy segera memakai pakaian tersebut. Levent saat itu berada di bilik Alfie dan sedang berbual bersama lelaki itu.

"Dah berapa lama rumah ni didirikan?" Soal Levent yamg sedang duduk di sofa berangkai dua yang ada di situ. Matanya memerhati ruangan bilik Alfie.

     "Sebelum aku lahir lagi, rumah ni memang dah dibina oleh arwah ayah. Bonda cakap, ayah memang suka dengan anak-anak yatim," jelas Alfie yang sedang duduk di hadapan meja solek.

     "So, ayah jumpa Daizy dekat mana?" Tanya Levent ingin tahu. Daizy tak pernah bercerita tentang dirinya.

     "Bukan jumpa, ahli keluarga dia yang bawa masuk sini sebaik orang tua dia meninggal. Ahli keluarga dia masing-masing tak nak jaga. Mak dengan ayah dia dua-dua anak tunggal. Sedara mara yang lain pula ada keluarga sendiri," jelas Alfie.

     Levent terdiam sejenak. Tidak sangka wanita yang dinikahi rupanya dibuang oleh ahli keluarga sendiri. Levent mulai teringat kembali bagaimana layanannya terhadap Daizy selama ini. Namun baginya, semua yang dia lakukan hanya untuk mempertahankan rumah tangga mereka. Dia tidak mahu isterinya terus menjalin hubungan dengan lelaki lain.

     "So, selama tinggal dekat sini, Daizy pernah bercinta?" Soal Levent.

"Tak pernah. Kalau suka tu aku tak tahulah. Sebab dia memang tak pernah cerita. Tapi kalau bercinta, aku boleh jamin yang dia memang tak pernah bercinta," jelas Alfie begitu yakin.

"Kalau yang suka dia tu memang ramailah. Ada yang siap datang rumah jumpa aku dengan bonda," kata Alfie lalu tertawa kecil.

"Tapi aku memang tak bagi restu. Daizy masa tu muda lagi. Masih belajar. Aku nak pastikan yang dia kejar cita-cita dia." Alfie mulai mengelamun jauh.

"Bukan sebab kau pun suka dia?" Soal Levent tiba-tiba lantas menghentikan lamunan lelaki itu.

Alfie tertawa kecil seraya tegakkan duduk.

"Kalau aku jujur, risau pula kau cemburu nanti," gurau Alfie.

Levent masih mampu mengekalkan senyuman di bibir walaupun hatinya sudah mulai membara.

"Sayang tu memang ada. Tapi semua tu sebelum korang kawin. Sekarang ni aku kena anggap dia macam adik jelah," jelas Alfie selamba.

"Kena? So, maksudnya kau masih ada perasaan dekat dia?" Levent sengaja menduga.

Alfie senyap seketika. Sengaja menjeda perbualan mereka.

"Kau kena faham yang kami membesar dalam rumah yang sama. Suka duka, gelak tawa semuanya kami kongsi bersama. Rasa cinta tu memang ada, tapi dah tak boleh tandingi rasa sayang sebagai adik," luah Alfie sejujurnya.

"Kau bertuah, Levent. Kau cinta pertama dia. Dan Daizy pun bertuah sebab dapat hidup bahagia dengan cinta pertama dia."

Levent mengangguk perlahan. Walaupun masih terkesan dengan kejujuran Alfie, namun dia tidak mampu menafikan rasa sayang lelaki itu terhadap isterinya.

DAIZY yang baru mahu lelapkan mata segera menoleh saat pintu bilik dibuka. Kelihatan Levent menapak masuk kemudian menghampiri tempat tidur.

"Awak tidur dekat sana," arah Daizy sambil melirik katil milik Ibu Ratih. Dia lebih dahulu mengambil tempat di atas katil miliknya. Memandangkan 3 buah katil yang ada di situ semunya bersaiz 'single', pasti agak sempit untuk mereka berdua.

Tanpa mengendahkan suaminya, Daizy palingkan tubuh membelakangi lelaki itu kemudian lelapkan mata. Beberapa saat kemudian, terasa katilnya bergoyang sebelum belakangnya terasa hangat oleh suhu tubuh suaminya.

"Sempitlah. Mana muat," rungut Daizy, kesal. Pun begitu, dia masih bergerak untuk memberi ruang kepada suaminya. Tidak lama itu, tangan Levent melingkar di pinggang Daizy sekaligus membuatkan tubuh wanita itu kaku seketika. Hampir berbulan-bulan Levent tidak memeluknya, namun malam itu entah apa yang merasuki lelaki itu sehingga berbuat demikian.

"Kenapa nak asing katil?" Bisik Levent. Tubuh yang terlalu rapat membuatkan nafasnya begitu terasa di leher isterinya.

"Tak muat," jawab Daizy, perlahan.

"Muat, kalau kita tidur macam ni," kata Levent seraya mengeratkan pelukannya.

Daizy memejam mata merasakan pelukan suaminya. Jujur, dia begitu rindu dengan rangkulan lelaki itu.

     "Do you miss me?" Soal Levent membuatkan Daizy mencelikkan mata.

     "I miss you so much," bisik Levent lagi. Hidungnya sengaja digesel di belakang telinga isterinya.

    Daizy hanya membiarkan tangan suaminya yang mulai meliar di tubuhnya. Jauh di dalam hati, dirinya bagaikan boneka di hadapan suaminya. Lelaki itu hanya melontarkan ayat manis jika hendak menuntut haknya sebagai suami.

     Daizy bertindak menahan tangan suaminya yang semakin menghampiri bahagian bawah tubuhnya.

     "Saya bertahan hampir berbulan-bulan tanpa sentuhan awak. Kenapa baru kali ini awak nak bertindak?" Soal Daizy, lebih tepatnya menyindir.

Levent sedar akan kesilapannya. Dia juga rindu pada isterinya. Rindu mahu bermanja dan berasmara. Namun apakan daya, apabila ego dalam diri lebih menguasai.

"We made a mistake, sayang. Awak dengan keras kepala awak, saya dengan ego saya. Kita tak jumpa lagi jalan penyelesaian kita," tutur Levent, tenang. Tidak pernah dia berbicara setenang itu semenjak konflik mereka tercetus.

Daizy senyap dalam pelukan suaminya. Dia juga sedar akan dirinya masih berkeras dan suka membantah arahan dan larangan suaminya.

Levent menarik perlahan tubuh Daizy agar memandangnya. Mereka mulai merenung sesama sendiri kemudian cuba mencari semula kebahagiaan seperti saat pertama kali menikah dahulu.

Akhirnya, Levent memulai langkah. Lebih dulu mendekati bibir isterinya. Mereka sama-sama menikmati rasa yang hampir terlupakan. Cuba mencari rentak nafsu yang sekian lama tak dilampiaskan.

"Emph..." Daizy mendesah kecil. Serentak itu Levent lepaskan bibir mereka seketika. Mata separuh terpejam isterinya ditatap sedalamnya. Sudah lama dia tidak mendengar desahan nikmat wanita itu.

Daizy juga begitu. Semarah dan sekecewa apa pun, dia pasti kalah dengan sentuhan suaminya. Ditambah lagi perselisihan mereka selama ini membuatkan mereka jarang bersentuhan.

"May I?" Soal Levent meminta izin. Ibu jarinya mulai bermain di ulas bibir isterinya.

Daizy mengangguk perlahan dengan senyuman nipis. Tiada sebab untuk menolak ajakan suaminya. Dengan penuh kelembutan, mereka tenggelam dalam nikmat dunia bersama-sama.

JARI jemari Daizy yang runcing itu sedang bermain di dada bidang suaminya yang tidak tertutup selimut. Lelaki itu terus tertidur pulas selepas mereka berhubungan intim sebentar tadi.

Kini tangan Daizy naik bermain di wajah suaminya. Teringat kembali sewaktu malam pertama mereka. Sungguh dia rindu saat-saat itu. Semuanya indah belaka. Dan malam ini, dia kembali merasakan semua itu.

"Saya tak ada lelaki lain," bisik Daizy perlahan walaupun suaminya sedang tidur.

"Cinta dan sayang saya semuanya untuk awak. Selain daripada keluarga dalam rumah ni, saya hanya ada awak," bisiknya lagi seraya mengeratkan pelukan.

"Saya tak sangka akan sesayang ini dekat awak." Teringat kembali niat asalnya menikah Levent hanya disebabkan harta. Dan kini, cintanya untuk lelaki itu sudah tidak berbelah bagi.

"Saya wanita yang paling bodoh kalau saya duakan awak." Daizy membenam wajah di leher suaminya sebelum menangis di situ.

"Am I hurt you?" Soal Levent saat terbangun dari tidur akibat terdengar tangisan isterinya. Bimbang kebersamaan mereka tadi telah menyakiti isterinya. Memandangkan sudah lama mereka tidak berhubungan badan.

Daizy menggeleng perlahan kemudian mengangkat wajah yang sudah lencun dengan air mata.

"Tak, sayang. It was so good," tutur Daizy dengan suara serak basahnya.

"Ah. I miss that voice." Levent menggesel batang hidung mereka.

"I miss you too." Daizy kembali memeluk suaminya.

Levent membiarkan perbuatan isterinya. Dia tahu bahawa wanita itu benar-benar merinduinya. Terasa pertengkaran itu telah membuatkan mereka kehilangan masa-masa bahagia. Terlalu banyak masa indah yang terbuang begitu sahaja angkara emosi.

"I wanna fix it, sayang," ungkap Levent diselangi kucupan di dahi isterinya.

"Saya nak mula dari sekarang. Saya tak sanggup diamkan awak setiap malam. Saya rasa teruk sangat sebab tak ada kekuatan nak lap air mata awak setiap kali kita bergaduh." Belakang kepala isterinya diusap penuh kasih sayang.

Daizy akhirnya mengangkat wajah seraya tersenyum manis. Akhirnya Levent mahu menghentikan pertengkaran yang sia-sia ini.

"Tak lama lagi our second anniversary, kan?" Tanya Levent. Ada berbaki dua bulan lagi sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua.

"Lepas dah sign contract dengan Hotel Paradise, saya nak bawa sayang honeymoon dekat Turki."

"Contract apa?" Soal Daizy. Disebabkan sudah lama tidak menginjakkan kaki ke pejabat, dia tidak tahu perkembangan syarikat bapa mentuanya.

"Hotel Paradise nak jadikan syarikat kita sebagai pembekal sabun untuk hotel diorang," jelas Levent, penuh semangat.

"Wah! Tahniah sayang!" Ucap Daizy.

"Hm, patutlah tiap malam awak busy memanjang. Rupanya dah ada projek baru. Sampai hati tak bagitahu saya." Daizy tayang wajah cemberut.

"You know what, sayang? Saya punyalah tak sabar nak kongsi dengan awak. Tapi disebabkan pertengkaran kita, saya terpaksa pendam sendiri. Encik Taufik sibuk nak buat makan-makan dekat luar, tapi saya tak ada mood. Tak best lah kalau tak bawa isteri tercinta," usik Levent.

"Tak aci! Saya tetap nak tuntut hutang. Saya nak tuntut waktu pergi Turki nanti!" Daizy lebih dulu menuntut.

"Ya, sayang. Apa pun awak nak dekat sana nanti, saya akan tunaikan. Anggaplah itu permintaan maaf dari saya sebab dah abaikan awak selama beberapa bulan ni."

Mereka kembali berpelukan menikmati masa-masa indah itu tanpa mengetahui badai yang sedang menanti mereka di masa akan datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience