Regretted

Romance Series 28423

PAGAR besi halaman rumah milik Dato Ahmed kedengaran bergegar akibat digoncang kuat oleh Levent. Lelaki itu menjerit-jerit memanggil nama isterinya. Cukup dua minggu, dia tidak lagi mampu menahan rindunya. Dia tidak sanggup berjauhan lagi dengan isterinya.

     "Sayang! Please!" Panggil Levent lagi. Mak Iti, pembantu rumah Dato Ahmed tidak berani membuka pintu kerana sudah diberi arahan oleh Dato Ahmed agar tidak membiarkan Levent menemui Daizy.

     "Macam mana ni, puan?" Soal Mak Iti. Mereka berdua sedang mengintai Levent dari dalam rumah.

     "Saya tak berani buka. Dato dah pesan sebelum ni," kata Mak Iti.

     Daizy juga tidak berani menemui Levent. Dia masih takut dengan suaminya. Tetapi, setelah mendengar panggilan sayu dan rayuan lelaki itu, hati Daizy mulai luluh. Tidak lama itu, dia menuju ke pintu rumah. Dengan pantas, Mak Iti menghalangnya. Seperti tahu apa yang ingin dilakukan wanita itu.

     "Tunggu! Puan nak keluar?" Tanya Mak Iti sambil menahan Daizy.

     Kini, mereka berdua bertentangan mata. Masing-masing buntu apa yang hendak dilakukan.

     "Jangan, puan. Kita tunggu Dato balik. Boleh?" Mak Iti hanya menurut perintah Dato Ahmed.

      "Mak Iti! Pak Said!" Panggil Levent sambil menggoncang pagar dengan lebih kuat. Pak Said yang sedang bersembunyi di belakang juga tidak berani munculkan diri kerana sudah diberi amaran oleh Dato Ahmed.

     Hampir sejam di situ, akhirnya Levent beredar. Daizy pula hanya mampu menangis sambil memerhati suaminya berlalu dengan perasaan kecewa. Walau bagaimanapun, dia harus memberi pengajaran kepada lelaki itu atas nasihat Dato Ahmed. Levent harus sedar bahawa apa yang dia lakukan adalah salah.

SETELAH selesai menghidang makann malam, Mak Iti pun bersiap untuk beredar.

     "Makan, dato," pelawa Mak Iti sebelum meninggalkan mereka berdua di situ.

     "Levent kata, dia datang sini tengahari tadi?" Soal Dato Ahmed sebelum menyuap nasi ke dalam mulut.

     Daizy tersentak seketika. Perlahan-lahan nasi disuap ke dalam mulut kemudian mengangguk perlahan.

     "Dia jumpa daddy tadi. Merayu-rayu supaya daddy pulangkan kamu," kata Dato Ahmed sebelum tertawa kecil.

     "Saya kesian tengok dia, daddy." Akhirnya Daizy bersuara.

     "Kesian? Kamu tak marahkah atas apa yang dia dah buat pada kamu?"

     Daizy terdiam sejenak. Dia bukanlah marah, tetapi lebih kepada kecewa. Cintanya untuk Levent masih mekar di hati walaupun setelah apa yang lelaki itu lakukan.

     "Selama dua tahun ni, Levent layan kamu macam tu, kamu tak sakit hati? Kamu tak ada rasa nak tamatkan perkahwinan korang berdua?"

      Daizy semakin tertampar dengan soalan bapa mentuanya. Sudah tak terhitung berapa kali dia ingin menamatkan pernikahan itu angkara sikap suaminya. Namun setelah itu, semuanya kembali terkubur. Jauh di sudut hati, dia masih berharap agar pernikahan mereka menuju pengakhiran yang bahagia.

     "Saya sayangkan Levent, daddy. Saya cintakan dia. Saya bersabar sebab saya nak bagi peluang pada rumah tangga kami. Tapi..." Daizy menggigit bibir bawah menahan sebak.

     "Setiap hari, sikap dia semakin keterlaluan. We fought over silly things. Saya berusaha untuk tak simpan dalam hati, but..." Daizy akhirnya tersedu. Tidak mampu menahan sebak di dada.

     Kedengaran Dato Ahmed menghela nafas panjang sebelum menegakkan duduknya.

     "Bonda Zainah dah tahu tentang masalah kamu berdua?"

     "Tak. Saya tak nak keluarga saya tahu. Biarlah masalah ni saya selesaikan sendiri," tutur Daizy sedikit serak.

     "Kamu nak balik rumah bonda?" Soal Dato Ahmed tiba-tiba.

     Daizy menghela nafas panjang seraya melepas sudu dan garfu.

     "Kalau kamu nak balik sekarang, daddy boleh hantar," katanya lagi memberi cadangan.

      Daizy tak menjawab. Dia juga sedang buntu. Jika pulang ke rumah bonda, pasti wanita tua itu akan curiga.

     "Macam ni lah. Daizy duduk sini dua tiga hari lagi. Fikir baik-baik. Lepas ni kalau nak balik sana, bagitahu daddy terus. Okey?" Tangan menantunya diusap lembut.

     Mereka kembali menjamah makanan sebelum menuju ke bilik masing-masing.

Di tepi tingkap, Daizy termenung keluar bilik. Cahaya bulan yang menyinar menerpa separuh wajahnya. Tak dinafikan, dia rindu pada Levent. Mahu menghubungi suaminya pun telefon bimbitnya ada bersama lelaki itu. Semenjak di kurung, Levent tidak membenarkan Daizy memegang telefon bimbit.

      "Sayang!" Daizy tersentak saat mendengar suara yang datang dari arah luar tingkap.

      "Sayang! Tengok bawah!" Serta merta, Daizy memandang ke bawah tepatnya di hadapan pagar rumah. Alangkah terkejutnya dia melihat suaminya sedang memanjat separuh pagar rumah itu.

     Daizy tegakkan diri dengan mata yang terbuntang. Tidak sangka dengan tindakan suaminya. Ibarat cuba menceroboh rumah orang tua sendiri.
     "Awak buat apa?!" Soal Daizy. Suaranya cuba dikawal. Dia bimbang Dato Ahmed akan terdengar suaranya.

     "Sayang, Please. Balik rumah, jom," rayu Levent sambil memeluk pagar.

     "Ish! Turunlah! Jatuh nanti!" Tangan Daizy tak henti memberi isyarat agar suaminya turun namun Levent tak mengendahkan isterinya.

     "Tak nak! Selagi awak tak turun." Pelukan pada pagar rumah semakin erat membuatkan isterinya semakin buntu.

     "Tunggu!" Daizy memberi isyarat tangan sebelum berlari keluar dari situ. Setibanya di tingkat bawah, langkahnya mulai perlahan. Tidak mahu mengejutkan penghuni rumah yang sedang tidur. Sebaik membuka pintu, Daizy berlari anak menuju ke pagar rumah.

     "Sayang, balik rumah jom." Levent kembali merayu. Tangan isterinya diraih kemudian dikucup sepuas hati.

     Mata Daizy mulai merah. Kasihan melihat suaminya merayu-rayu di luar pagar rumah.

     "Daddy suruh duduk sini dua tiga hari lagi. Dia suruh saya fikir baik-baik..."

     Kucupan Levent terhenti. Keningnya sedikit berkerut mendengar kata-kata isterinya.

     "Fikir baik-baik? Untuk apa?" Soal Levent tak sedap hati.

     "Dia suruh fikir, nak duduk sini atau nak balik rumah bonda," jelas Daizy, takut-takut.

     "Daddy suruh awak minta cerai? Dia suruh kita berpisah?" Levent semakin resah.

     "Bukan itu maksud daddy..." Daizy menggeleng perlahan.

     "Awak nak berpisah? Tak nak bagi peluang pada rumah tangga kita?" Soal Levent, sayu.

     "Tak. Saya tak nak berpisah. Tapi... kita kena belajar untuk bagi ruang pada diri sendiri. Kena muhasabah diri. We made too many mistakes," tutur Daizy, lembut.

     "We do it together, sayang. We fix it together in our own home. Please." Levent tak henti-henti merayu. Dia menyesal. Benar-benar menyesali perbuatannya. Selama seminggu ketiadaan Daizy, hidupnya serba tak kena. Jiwanya terasa kosong.

Tiba-tiba, Levent kembali memanjat pagar rumah.

"Kejap! Awak nak buat apa?" Soal Daizy mulai panik.

"Nak masuklah."

"Ish! Tak payah! Nanti daddy marah," halang Daizy. Pasti suaminya akan dimarahi.

"I don't care, sayang. Saya rindu awak." Levent meneruskan panjatannya.

"Ish! Turun!" Daizy bertindak menarik baju suaminya sehingga lelaki itu turun semul.

"Biar saya yang keluar. Daddy tak akan marah saya," kata Daizy seraya memanjat pagar. Levent agak terperanjat melihat aksi isterinya memanjat pagar rumah. Bagaikan sudah biasa.

"Ugh!" Daizy melompat ke luar pagar dan terus disambut oleh suaminya.

"Sayang... you're so expert!" Levent mengangkat kedua-dua ibu jarinya.

"Dah, jom! Pastikan awak hantar saya balik sebelum subuh!" Daizy menarik suaminya pergi. Bimbang jika penghuni rumah menyedari keberadaan mereka berdua di situ.

Sepanjang memandu, Levent tak melepas tangan isterinya. Sesekali dikucup lembut dan dielus manja. Rindunya setelah dua minggu tidak bertemu. Daizy hanya membiarkan perbuatan suaminya. Dia juga rindu dengan sentuhan lelaki itu.

    Setengah jam memandu, mereka tiba di sebuah pantai yang terletak tidak jauh dari kota. Suasana agak sibuk walaupun jam sudah menunjukkan lewat malam. Masih ramai pengunjung yang menghabiskan masa di situ.

     Setelah membeli sedikit makanan, mereka mengambil tempat di sebuah pondok yang menghadap ke arah pantai. Kini, masing-masing senyap menikmati jajan yang dibeli ditemani sejuknya angin yang bertiup.

     "I'm sorry, sayang. Saya tahu awak dah bosan dengar permintaan maaf dari saya. But, I'm really, really sorry," luah Levent sayu.

     "Saya tak tahu macam nak buang perasaan cemburu ni. Saya tak boleh hilangkan fikiran negatif yang selalu menghantui. Saya cuba, sayang. I've tried. Tapi saya selalu kalah. I'm being paranoid, delusional and so on." Mata yang berkaca-kaca itu mulai merenung jauh pantai yang terhampar di hadapan mereka.

     "Saya tak boleh buang semua tu. Saya penat sayang. Saya penat nak hadap semua tu dalam kepala. Saya cuba percayakan awak tapi that things keep talking and make everything worst." Akhirnya mata dipejam rapat sebaik tubir mata tak lagi mampu menampung airnya. Begitu laju air jernih tersebut jatuh membasahi pipinya.

      Perlahan-lahan, Daizy jatuhkan kepala di bahu suaminya kemudian merangkul lengan lelaki itu.

     "I'm terrified... of losing you," tutur Levent semakin sebak.

     "No. We are not losing each other," pintas Daizy seraya mengeratkan pelukan.

     "Allah jentik hati kita untuk sama-sama berubah. Saling membantu pertahankan rumah tangga kita." Daizy mengangkat wajah kemudian menyentuh lembut pipi suaminya.

     "I trust you. Saya yakin yang awak akan berubah," katanya sambil menatap ke dalam mata suaminya.

     "You can count on me," balas Levent seraya menguntum senyuman lebar.

     Mereka kembali senyap sambil menikmati pemandangan laut di hadapan mereka. Walaupun dengan suasana gelap malam, cahaya bulan yang memantul di atas permukaan air laut membuatkan suasana redup itu bercahaya dan romantik untuk pasangan seperti mereka.

     Tepat pukul 12 malam, Levent membawa isterinya pergi dari situ. Akan tetapi, mereka bukanlah pulang ke rumah Dato Ahmed. Sebaliknya, Levent membawa isterinya menginap di hotel.

     "Kalau daddy tahu yang saya tak ada dalam bilik, macam mana?" Soal Daizy, resah.

     "Alah, sayang bukan lari dengan jantan lain. Dengan suami sendiri jugak. Daddy pun tak ada hak nak larang," balas Levent seraya melepas jaket hitam kemudian digantung di dalam almari.

     "Dah, pergi basuh kaki lepas tu kita tidur. Dah lewat sangat ni," arah Levent kemudian terlebih dahulu menuju ke bilik air. Setelah itu barulah isterinya mengikuti di belakang. Setelah selesai, mereka pun naik ke tempat tidur bersama-sama.

Sudah setengah jam baring di situ, Daizy belum juga dapat lelapkan mata. Tubuhnya tidak boleh berhenti dari bergerak ke kiri dan ke kanan. Sebenarnya, dia bimbang jika Dato Ahmed menyedari ketiadaannya. Dia tidak mahu suaminya dimarahi lagi.

"Sayang? Kenapa tak tidur lagi?" Soal Levent. Isterinya yang tak henti bergerak telah menyedarkan dirinya dari tidur.

"Fikir pasal daddy lagi?" Levent sudah dapat meneka apa yang bermain di fikiran isterinya. Dan semakin jelas saat terdengar keluhan wanita itu.

"Okay, fine. Sebelum subuh saya hantar sayang balik. Puas?" Akhirnya Levent mengalah.

"Dah, tidur. Nanti terlajak tidur, hah. Jangan salahkan saya pulak." Selimut ditarik hingga menutupi tubuh isterinya.

"Tapi sebelum balik..." tiba-tiba Levent mengukir senyuman miring.

"Bayar hutang dulu!" Katanya dan terus menarik selimut hingga menutupi kepala mereka.

"Awak! Gelilah!" Teriak Daizy dari dalam selimut.

Maka, berlalu lagi malam indah untuk mereka. Yang hanya akan dirasai jika hubungan baik-baik sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience