SEDARI tadi Daizy termenung di meja kerja walaupun jam kerja sudah tamat setengah jam yang lalu. Dari kejauhan, ada Muzammil yang sedang memerhati Daizy. Dia tahu benar apa yang sedang mengganggu fikiran wanita itu. Akhirnya, dia pergi mendekati Daizy.
"Speak your mind," tegur Muzammil sebaik tiba di situ.
Pantas, Daizy mengangkat kepala dengan wajah yang terpinga-pinga. Terkejut dengan kehadiran Muzammil di situ.
"Tuan tak balik lagi?" Tanya Daizy seraya tegakkan duduk.
"Tak, selagi awak masih duduk dekat sini," kata lelaki itu.
Daizy angguk dengan senyuman kelat. Sedar akan dirinya yang sudah berlama-lama di pejabat sedangkan waktu kerja sudah habis. Sebenarnya, ada sesuatu yang ingin diutarakan kepada Muzammil. Lebih tepatnya dia perlukn pertolongan lelaki itu.
"Tuan," panggil Daizy teragak-agak.
Muzammil memeluk tubuh sambil bersandar di meja Daizy. Sudah bersedia untuk mendengar apa yang wanita itu ingin katakan.
"Kalau saya minta tolong dengan tuan, boleh tak?" Tanya Daizy semakin gugup.
"What?"
Daizy gigit bibir. Serba salah mahu menyatakan hasratnya.
"Daizy, say it," tegur Muzammil sewaktu Daizy diam.
"Sebenarnya, saya nak minta tolong tuan untuk jemput dan hantar saya balik kerja."
Kening Muzammil sudah terjongket sebelah. Hujung bibirnya juga mulai naik sedikit menandakan dia sedang menahan senyuman.
"Tuan jangan salah faham dulu." Daizy lebih dulu menjernihkan keadaan. Tidak mahu sampai Muzammil tersalah erti.
"Macam ni..." Daizy tarik nafas sebelum melanjutkan bicaranya.
"Selagi suami saya masih ada dekat sini, saya nak minta tolong dekat tuan untuk jemput dan hantar saya balik kerja. Saya akan bayar berapa pun yang tuan minta," kata Daizy kedengaran gugup.
"Tapi, janganlah minta bayaran lebih daripada gaji saya." Suara Daizy semakin perlahan sebelum akhirnya tertunduk seketika.
"Awak nak buat suami awak cemburu?" Tanya Muzammil.
"Tak."
"Habis tu?"
"Saya nak... dia lepaskan... saya," kata Daizy terputus-putus. Berat sungguh untuk meluahkan kata-kata itu. Bagaikan tak seiringan dengan hatinya.
"Sampai macam tu sekali?"
"You don't know what I've been through in our marriage," tutur Daizy cuba menahan sebak.
"What do you want me to do? Kick his ass?" Muzammil cuba bergurau.
"He is stronger than you," balas Daizy seraya mengesat air mata dengan hujung jarinya. Ada senyuman yang terukir di bibir menandakan hatinya terusik dengan gurauan Muzammil.
"Em, okay." Muzammil angguk seraya tertawa kecil.
"So, dah nak balik?" Tanya Muzammil seraya menjauhi meja Daizy.
"Yes. I'm all set." Daizy akhirnya berdiri kemudian beredar dari pejabat bersama-sama Muzammil. Sebelum pulang, mereka sempat singgah mengisi perut di sebuah restoran.
BARU sahaja turun dari kereta, Daizy terhenti seketika sewaktu melihat suaminya sedang menunggu di hadapan tangga sambil berbual bersama Zila.
Mereka berdua kelihatan begitu rancak berbual sambil tertawa. Kedua-dua mereka bertembung sewaktu Zila ingin ke tempat kerja dan Levent pula mahu menemui isterinya.
Kening Daizy mulai berkerut sewaktu melihat tangan Zila yang sedang memaut lengan suaminya. Levent nampaknya tak peduli tentang rangkulan itu.
"Cemburu?" Soal Muzammil sewaktu mendekati Daizy.
"Kalau saya buat macam tu, mungkin tangan saya dah kena potong. Saya bercakap dengan lelaki pun dia dah mengamuk, inikan pula nak pegang-pegang."
Wajah suram Daizy ditatap lama oleh Muzammil. Jujur, ada rasa simpati melihat wanita itu.
"Jom," ajak Muzammil sambil merangkul lengan Daizy.
Daizy keraskan tubuh. Agak terkejut dengan tindakan Muzammil.
"Kenapa? Takut? Nak jaga hati suami? Kata tadi nak minta dilepaskan. Manatahu lepas nampak kita macam ni, dia rela hati nak lepaskan awak," kata Muzammil dengan yakin.
"Jom." Daizy dibawa mendekati Levent dan Zila.
Sewaktu Levent menoleh, tawa terus terhenti. Timbul sakit hati melihat tangan Muzammil yang sedang merangkul lengan isterinya. Serta merta, tangan Zila ditolak perlahan lalu berdiri tepat di hadapan mereka berdua.
"Sayang, lambatnya sampai," tegur Levent dengan senyuman nipis walau hatinya sedang berapi.
"Kami pergi makan tadi." Muzammil lebih dulu menjawab.
"Sayang makan apa tadi? Kenyang tak? Nak pergi makan lagi?" Tanya Levent sambil mendekati isterinya. Tak pernah jemu untuk memujuk wanita itu.
"Baliklah. Saya dah kenyang. Nak naik atas nak mandi lepas tu tidur," kata Daizy lalu melepas rangkulan Muzammil. Dia terus meninggalkan mereka bertiga di situ.
Zila mencebik sambil menjeling tajam. Benci melihat tingkah Daizy yang dirasakan mengada-ngada. Tidak sabar rasanya mahu menunggu perkahwinan pasangan itu musnah.
Tanpa dia sedari, Muzammil sedang memerhati riak wajahnya yang begitu ketara tak suka pada Daizy. Itu membuatkan Muzammil semakin risau.
"Encik Levent, kalau nak pujuk tu, pujuk betul-betul. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Saya dekat sini memerhati perkembangan. Kalau tak ada kemajuan, saya yang akan bertindak," kata Muzammil seraya melirik sekilas Zila yang cuba mengawal riak wajahnya.
"Kau nak bertindak apa kalau dia masih isteri aku? Kau nak aku report kau atas tuduhan mengganggu rumah tangga aku?" Tegas Levent.
"Saya ganggu? Atau Encik Levent yang tengah buka kuota. Mentang-mentanglah boleh pasang lagi tiga," kata Muzammil selamba.
"Kau cakap apa?! Hah?! Susah-susah aku cari dia selama ni, takkan aku nak curang pulak!" Marah Levent tak puas hati.
"Dah tahu susah, bila dah sampai sini kau buat perangai pulak." Muzammil maju sehingga hanya menjarakkan beberapa inci antara mereka.
"Bini kau tu ramai orang yang nak. Kau buat silap lagi, kau akan menyesal sampai bila-bila," katanya berbaur ugutan.
"Perempuan tu." Mata Muzammil melirik sekilas ke arah Zila di belakang Levent.
"Kau hati-hati sikit dengan dia. Kau tak kenal lagi dia siapa, kan?" Soalnya yang hanya didengari Levent.
"Lebih baik aku percaya dia daripada kau," balas Levent seraya menolak bahu Muzammil.
"Up to you." Muzammil angkat kedua tangan sambil mengundur ke belakang. Setelah itu dia terus beredar dari situ.
"Saya minta maaf kalau saya datangkan masalah dalam rumah tangga kamu berdua. Niat saya cuma nak membantu," tutur Zila kedengaran sayu.
"Eh tak. Awak tak salah. Awak yang teman Daizy selama ni. So saya lebih percayakan awak."
"Saya minta maaf sangat. Lain kali saya akan jaga batas," kata Zila lagi dengan mata yang mulai berair.
"Saya gerak dulu," pamitnya dan terus beredar. Sebaik menjauh, senyuman sinisnya terukir. Senang hati kerana Levent sudah tertipu dengan lakonannya.
Levent hanya memerhati dengan perasaan simpati. Dia semakin yakin Zila sangat tulus mahu membantunya perbaiki hubungan bersama Daizy. Sebaik Zila beredar barulah Levent naik ke bilik sewa untuk bertemu isterinya.
Kebetulan, Daizy baru hendak ke bilik mandi sewaktu Levent tiba di situ.
"Nak apa lagi?" Tanya Daizy acuh tak acuh.
"Saya tak akan berhenti selagi awak terus berkeras macam ni. Awak pun tahu kenapa saya datang sini kan?"
"Apa pun alasan awak, saya tak akn ikut awak balik. Saya selesa dekat sini."
"Selesa? Mandi pun nak kena beratur."
"Saya dah biasa dengan semua ni. Dulu saya dah pernah lalui. Jangankan mandi, nak makan pun kena beratur," katanya sambil menjeling tajam.
"Kenapa susah sangat awak nak dengar cakap saya? Saya dah minta maaf. Saya betul-betul menyesal. Awak suruh saya pergi berubat..."
Daizy pantas memandang suaminya.
"Fine, saya akan pergi berubat. Cakap saja apa yang awak nak saya buat. Saya akan buat demi awak," tutur Levent kedengaran pasrah.
"Saya sayang awak. Saya cintakan awak. Apa pun yang terjadi sebelum ni, semuanya sebab saya tak nak kehilangan awak." Suara Levent begitu sayu sekali. Buntu, bagaimana lagi mahu meyakinkan isterinya.
"Entahlah. Saya susah nak percayakan awak. Benda tu akan sentiasa berulang walaupun saya maafkan awak. Dan akhirnya, saya juga yang sakit. Disebabkan kuasa awak sebagai suami, awak sanggup sakiti saya." Teringat kembali perbuatan suaminya sebelum dia nekad larikan diri dari rumah.
"I'm so sorry, sayang. Saya minta ampun."
Daizy berpaling menuju ke bilik sewa. Niatnya untuk mandi sudah terkubur akibat sebak yang mulai menyerang dada.
"Sayang, please! Bagi saya peluang!" Levent mulai merayu.
Namun sayangnya, Daizy tak endahkan langsung rayuan suaminua. Dia nekad masuk ke dalam bilik kemudian menguncinya.
"Sayang..." panggil Levent sambil mengetuk perlahan daun pintu. Serentak itu Daizy bersandar pada pintu sehingga dapat mendengar esakan kecil suaminya.
"Sayang... please." Ketukan kini beransur perlahan sehingga akhirnya tiada lagi kedengaran. Yang jelas terdengar di cuping telinga hanyalah esakan suaminya.
Daizy juga sudah tersedu-sedan di belakang pintu. Isteri manakah yang tak terkesan mendengar tangisan suaminya? Pun begitu, luka yang ditoreh masih membekas membuatkan dirinya masih keras hati untuk memaafkan suaminya.
TANPA sedar, Daizy sudah tertidur hampir dua jam di atas katilnya. Hanya tersedar sewaktu telefon bimbitnya berbunyi. Sebaik ianya disambut, terdengar suara Zila yang agak panik di hujung telefon.
"Daizy, boleh tolong aku tak?"
"Zila? Kenapa ni?" Tanya Daizy sedikit mamai.
"Dompet aku tertinggal atas meja. Kau boleh tolong hantar pergi tempat kerja aku?"
Daizy segera mengerling jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 11 malam. Dia bimbang mahu keluar selewat ini. Namun setelah mendengar suara Zila yang agak panik itu, Daizy turuti juga permintaan temannya.
Dengan menaiki teksi, Daizy menuju ke tempat kerja Zila. Beberapa minit kemudian, teksi berhenti tepat di hadapan sebuah kelab hiburan di tengah-tengah kota. Daizy segera menghubungi Zila kerana teragak-agak untuk masuk memandangkan dia tidak pernah ke tempat itu.
Setelah tiga kali panggilannya tidak dijawab, Daizy beranikan masuk ke dalam kelab hiburan tersebut. Sebaik masuk, telinganya mulai terasa bingit akibat bunyi musik yang kuat. Matanya juga terasa silau setiap kali lampu terpancar mengenai wajahnya.
"Daizy!" Tegur Zila yang datang dari arah belakang.
"Zila! Aku call banyak kali tapi kau tak angkat!"Suara terpaksa dikuatkan kerana bunyi musik membataskan pendengaran mereka.
"Sorry, aku ada costumer tadi."
"Tak apa. Ni dompet kau." Dompet milik Zila dihulur.
"Aku balik dulu, Zila." Sebaik dompet bertukar tangan, Daizy pamit untuk pulang. Tak selesa berlama-lama di situ.
"Ala, kejaplah. Jom," ajak Zila dan terus membawa Daizy.
"Aku pergi tandas kejap. Kau tunggu sini tau," pesannya lalu masuk ke dalam bilik air. Sementara itu Daizy menunggu di luar. Sejujurnya, ini pertama kali Daizy menginjak kaki ke dalam kelab hiburan. Ternyata, itu bukan jiwanya. Ruangan yang tertutup dan sangat bising membuatkan kepalanya terasa sakit. Belum lagi bau minuman keras yang menusuk hidung membuatkan tekaknya terasa loya.
Setiap pengunjung yang berselisih dengan Daizy pasti akan memerhati dirinya. Masakan tidak, hanya dia seorang yang datang dengan berpakaian tshirt bersaiz besar serta berseluar panjang dan tanpa dandanan tebal di wajah.
"Jom," ajak Zila sebaik keluar dari bilik air.
"Kita nak pergi mana?" Tanya Daizy tanpa sedikit pun rasa curiga.
"Aku nak jumpa costumer kejap dan lepastu aku ada break setengah jam. Temankan aku, okey?" Pinta Zila sambil memeluk erat lengan Daizy. Tanpa bantahan, Daizy ikuti permintaan Zila.
Setibanya di hadapan sebuah bilik karaoke, Zila segera masuk. Sempat memesan pada Daizy agar menunggunya di situ. Sementara menunggu Zila, mata Daizy tak lari memerhati deretan bilik karaoke yang terdapat di dalam kelab hiburan itu. Tak terkira pengunjung yang keluar masuk dari bilik karaoke yang ada di situ.
Hampir beberapa minit di luar memerhati pengunjung lalu lalang, kaki Daizy mulai lenguh berdiri. Kini, belakangnya disandarkan pada dinding bilik.
"Hello, beautiful. Are you alone?" Tanya seorang lelaki yang baru keluar dari bilik di hadapannya.
"No. I'm waiting for my friend," jawab Daizy.
"Wanna join me? Saya pun tengah tunggu kawan." Lelaki itu mulai mendekat.
"Er, no thanks." Daizy angkat tangan tanda menolak.
"Come on. My treats. Semuanya dah terhidang." Lelaki itu mulai berani menyentuh lengan Daizy.
"I'm sorry, sir. I have to go." Daizy mulai tak sedap hati. Sewaktu ingin mengetuk pintu, tiba-tiba sepasang tangan melingkar di perutnya. Belum pun sempat menjerit. Tangan lelaki tersebut menekup mulutnya kemudian menarik tubuhnya masuk ke dalam bilik.
Daizy mulai meronta-ronta saat kakinya tidak lagi memijak lantai.
"Argh!" Jerit Daizy sewaktu tubuhnya dihumban ke atas sofa yang terdapat di dalam bilik karaoke tersebut.
"Aku dah bayar lebih, takkan nak balik dengan tangan kosong." Lelaki itu mulai mendekat sambil menggosok belakang lehernya.
"Kau... kau salah orang!" Tengking Daizy.
Lelaki itu tertawa kecil sambil menggeleng kepala.
"Tak sangka pula perempuan yang aku dapat ni agak agresif. But, I like."
"Kau salah orang!" Daizy bingkas bangun dan terus meluru ke arah pintu. Namun malangnya, lelaki itu dapat mencengkam rambut. Dengan sekali rentap, Daizy dihumban ke dinding.
Untuk seketika, keadaan sekeliling terasa berpusing. Kepala dan badannya terasa sakit akibat terhentak pada dinding.
"Enough playing." Lelaki tersebut kembali mendekat dan serentak itu pintu terbuka luas.
"Daizy!" Tepat pada waktunya, Muzammil muncul di situ. Terkejut sungguh melihat Daizy yang sedang terduduk di atas lantai sambil memegang kepala.
"Tu... tuan," panggil Daizy sambil menghulur tangan meminta bantuan. Sekelip kata, wajah Muzammil menyinga. Lelaki yang sedang berdiri di belakang Daizy ditatap bagai hendak diterkam.
"Binatang!" Muzammil meluru bersama penumbuknya.
Sebaik lelaki tersebut terbaring angkara penumbuknya, Muzammil segera mendapatkan Daizy. Dipapah wanita itu keluar dari bilik karaoke tersebut.
"Macam mana... tuan tahu saya dekat sini?" Tanya Daizy sewaktu dibawa keluar. Tangannya juga erat memeluk bahu Muzammil.
"I'm following you," kata Muzammil mendatar. Terdengar jelas dengusannya yang keluar dari rongga hidungnya.
Sesaat kemudian, Zila keluar sebaik mereka Daizy dan Muzammil melepasi bilik yang dimasuki tadi. Telefon bimbit segera dikeluarkan kemudian menangkap beberapa gambar Daizy dan Muzammil.
"Nasib kau memang baik, Daizy. Kenapalah susah sangat aku nak perangkap kau? Kenapa susah sangat lelaki lain nak ratah tubuh kau?" Tangan sudah dikepal erat. Benci kerana setiap rancangannya untuk memerangkap Daizy tak pernah berjaya.
"NAK pergi klinik?" Tanya Muzammil yang sedang fokus memandu. Sesekali memandang Daizy tang sedang memejam mata menahan sakit kepala.
"Tak payah, saya nak balik bilik," katanya, lemah.
Muzammil angguk perlahan. Dia tidak mahu memaksa jika Daizy sudah menolak. Setibanya di bilik sewa, Muzammil kembali memapah Daizy naik ke bilik. Sewaktu ingin menaiki tangga, mereka bertembung dengan Levent yang sedang menuruni tangga.
"Sayang!" Levent meluru ke arah isterinya dan terus memeluk wanita itu. Dia lebih dulu mencempung tubuh isterinya naik ke bilik sewa. Daizy tak mampu menolak. Rasa sakit kepala membuatkan amarahnya tak terluah.
Sebaik membuka kunci pintu, Daizy diletak di atas tilam.
"Sayang pergi mana? Saya tak sedap hati. Sebab tu saya datang balik," tutur Levent dengan suara yang bergetar. Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatinya terjentik untuk menemui isterinya semula.
Muzammil yang baru tiba di pintu hanya mampu menhela nafas panjang. Syukur kerana Levent juga dapat merasakan sesuatu yang buruk berlaku pada isterinya.
Setelah menyelimuti isterinya, Levent mendekati Muzammil.
"Kau bawa dia pergi mana?" Tanya Levent tak puas hati.
Muzammil terdiam sejenak. Mana mungkin memberitahu Levent bahawa dia menjemput Daizy di kelab hiburan. Apa yang akan lelaki itu fikirkan nanti?
"Kau pun tahu Daizy tak keruan lepas jumpa kau, kan.Dia nak healing. But end up..." Muzammil terpaksa mencipta alasan.
Levent menghela nafas berat. Ya, dia juga akui akan isterimya yang tidak menyenangi kehadirannya.
"Kau boleh balik. Aku akan jaga dia," kata Levent dan terus menutup pintu. Dia kembali mendekati isterinya yang masih memicit kepala sendiri.
"Sayang, I'm so sorry kalau awak jadi macam ni disebabkan saya," tutur Levent yang sudah terduduk di sisi isterinya.
Daizy geleng perlahan. Semua yang terjadi sebentar tadi tak ada kaitan dengan suaminya. Tak sampai hati mendengar lelaki itu menyalahkan diri.
"Tak..." tuturnya perlahan.
"Saya minta maaf, sayang. Kali ni aje, please. Kita balik rumah, kita mula semula. Please, sayang." Tangan isterinya dikucup berkali-kali.
"Stop talking. Kepala saya sakit," kata Daizy diiringi jelingannya.
"Mana yang sakit? Sini?" Levent mulai memicit dahi isterinya.
Daizy pula hanya membiarkan. Hentakan di kepala sebentar tadi bagaikan sudah menggegarkan otaknya. Untung sahaja Muzammil tiba tepat waktu. Kalau tidak, pasti perkara buruk bakal berlaku.
Tanpa sedar, Daizy tersenyum sendiri. Untung sahaja Muzammil tak membelasah lelaki tadi. Jika tidak, pasti nyawa-nyawa ikan memandangkan perbezaan tubuh badan mereka sangatlah ketara.
"Sayang, kenapa senyum?" Tanya Levent. Sejujurnya, dia rindu pada senyuman itu.
"Nothing." Daizy geleng kepala. Untuk pertama kali semenjak mereka bertemu semula, baru kali ini rasa marahnya tak muncul. Dia juga cuba untuk membuang rasa tenang yang mulai menerjah namun tak berjaya. Jangan sampai, urutan lembut di dahi membuatkan dia lupa pada segalanya.
"Do you miss me?" Tanya Levent tiba-tiba.
Daizy larikan pandangan. Tidak mahu termakan kata-kata suaminya.
"Kalau rindu, cakap." Urutan di dahi isterinya kini bertukar usap lembut.
"Oh ya, esok saya nak balik. Ada meeting lagi. Mungkin minggu depan baru saya datang semula," kata Levent walaupun tak ditanya.
Daizy masih nekad mengunci mulut.
"Sepatutnya saya balik malam ni, tapi tiba-tiba hati saya tak sedap. Saya terus patah balik sini," sambung Levent lagi.
"Masih marah? Tak nak cakap apa-apa?" Suara Levent kedengaran sedikit sayu.
"Saya rindu awak. Rindu kenangan kita." Levent larikan pandangannya seketika kerana matanya mulai berair.
"Saya rindu pada malam kita yang dulu. Begitu nikmat memeluk awak sambil dengar awak bercerita sampai terlena."
Daizy menggigit bibir menahan sebak. Andaikan sahaja semuanya tak berlaku dulu, pasti mereka berdua menjadi pasangan paling bahagia.
"I miss you so much, sayang. Percayalah, saya betul-betul sayang awak. Apa pun yang terjadi dulu, saya tak salahkan awak." Suara Levent mulai bergetar.
"Selagi saya masih suami awak, saya tak akan berhenti merayu sampailah awak balik ke rumah kita."
Tanpa sedar, Daizy mengalirkan air mata. Dan saat itu juga satu kucupan hinggap di dahinya. Begitu lembut dan penuh kasih sayang.
Kucupan yang tadinya di dahi perlahan-lahan turun ke pipi serta hidung. Dan akhirnya, kucupan itu hinggap di bibirnya. Daizy pejam mata dan begitu juga suaminya. Masing-masing menikmati rasa yang begitu lama tak dilampiaskan.
Tangan Daizy mulai berani menyentuh rambut suaminya kemudian diramas lembut. Merasakan sentuhan itu, Levent semakin berani bertindak sehingga akhirnya, mereka berdua hanyut dalam pelayaran yang sekian lama berlabuh.
Share this novel