SEMENJAK kejadian itu, Daizy mengelak untuk bersua muka dengan Muzammil walaupun mereka berada di bawah satu bumbung. Hanya akan bertemu atas urusan kerja sahaja. Zila pula tak henti-henti bertanya tentang Muzammil. Pertemuan mereka tempoh hari membuatkan Zila tak lena tidur. Sayang jika lelaki sekacak dan sekaya Muzammil tidak dimanfaatkan.
"Daizy, bagilah number phone dia. Aku janji aku tak akan bagitahu sesiapa kau yang bagi aku. Sumpah!" Zila angkat tangan tanda bersumpah.
"Tak boleh, Zila. Aku takut nanti kedapatan pulak. Lagi pun aku tak percayalah dia tu. Even dia bos aku, aku risau kalau dia gunakan kau. Biasalah orang kaya ni, kau fahamlah perangai diorang macam mana," ujar Daizy, bimbang. Tidak mahu Zila dipergunakan oleh lelaki seperti Muzammil.
Zila pula mengeluh panjang. Dia tidak peduli jika Muzammil mahu pergunakan dirinya asalkan dia juga dapat manfaatnya.
"Jangan risau, aku tahu jaga diri. Kau tak kesian dekat aku, Daizy? Manalah tahu boleh buat laki, tak perlulah aku nak kerja macam ni sampai tua." Zila tayang wajah sedih. Berharap agar Daizy terpancing dengannya.
Daizy pula mulai rasa bersalah. Sejujurnya dia juga berharap agar Zila berhenti dari pekerjaannya. Tapi, tidak mungkin juga membiarkan Zila menjadi perosak hubungan Muzammil bersama tunangnya.
"Sorry, Zila. Aku tak boleh bagi. Lagi pun itu privasi dia. Aku risau kalau tunang dia dapat tahu," ujar Daizy, resah. Berharap agar Zila faham akan kebimbangannya.
"Aku tidur dulu, Zila." Daizy sudah bersedia untuk tidur.
Zila hanya menayang senyuman hambar. Sakit hatinya kerana tidak berjaya mendapatkan nombor telefon Muzammil. Namun, dia tidak akan berhenti di situ. Akan memastikan bahawa Muzammil sedar akan kewujudannya.
WALAUPUN keadaan sekeliling hiruk pikuk, Levent dan Alfie masih dengan perbualan mereka.
Daizy. Itulah topik perbualan mereka.
"Aku terpaksa langgar arahan daddy kau. Aku tak boleh diam dan tunggu Daizy balik. Aku kena buat cara aku sendiri untuk cari dia," kata Alfie, tegas.
Levent angguk dengan wajah serius. Genap setahun Daizy pergi, tiada langsung khabar yang sampai kepada mereka.
"Bonda dah tak tenang. Dia tahu aku sorokkan sesuatu. Dia dapat agak ada sesuatu yang berlaku pada Daizy."
"So, apa kau nak buat?" Soal Levent.
"Entahlah. Aku buntu. Aku tak nak Daizy makin jauh. Apa yang aku boleh nampak sekarang ni, dia memang nak jauhkan diri dari semua orang. Dari aku, dari bonda."
"Dari dulu lagi Daizy memang macam ni. Dia tak nak kami nampak kesedihan dan kesusahan dia. Dia akan munculkan diri kalau dia dah rasa okey," sambung Alfie lagi.
"Habis tu kenapa dia tak munculkan diri sekarang?" Soal Levent.
"Itu tandanya, luka yang kau buat bukannya kecil. Daizy betul-betul kecewa," tekan Alfie.
Levent kembali diam. Walaupun rasa bersalah, dia tidak mahu mempamer riak itu di hadapan Alfie.
"Apa yang pasti sekarang ni, Daizy nak jauhkan diri dari kau. Jadi, kau tak payah sibuk nak cari dia. Kau duduk diam-diam sampai aku jumpa dia," tegas Alfie.
Levent tegakkan duduk. Tak setuju dengan kata-kata Alfie.
"No. Aku kena cari dia juga. Aku kena buktikan yang aku masih perlukan dia. Takkan aku nak biar kau jumpa dia dulu. No," balas Levent.
Kini, ketegangan mulai terasa. Sudah menjadi kebiasaan setiap kali mereka bertemu untuk berbincang soal Daizy. Di akhir perbualan, pasti mereka akan bertegang urat.
SEDANG bersiap di hadapan cermin, Daizy terdengar bunyi bising yang datang dari luar bilik sewa. Tidak biasanya bangunan bilik sewa itu riuh seawal pagi seperti ini. Malas mahu menyibuk, Daizy lanjut bersiap. Sebentar lagi dia harus ke pejabat. Zila pula belum pulang dari tempat kerjanya. Pasti kerja lebih masa lagi.
Ketukan pintu bilik sedikit mengejutkan Daizy. Sepanjang tinggal di situ, pintu bilik sewa mereka tidak pernah diketuk. Hampir beberapa kali ketukan barulah Daizy membuka pintu. Kelihatan dua orang lelaki berdiri di hadapan pintu bilik sambil memegang invois di tangan mereka.
"Cik Daizy Baseera?" Soal salah seorang lelaki.
"Ya, saya." Daizy angguk perlahan.
"Kami dari Chang Furniture. Ini tilam dan almari yang Cik Daizy pesan," kata lelaki itu lagi.
Daizy terkedu seketika. Sejak bila pula dia memesan kesemua barangan itu. Kepala segera menjengah keluar untuk melihat tilam serta almari yang dikatakan.
"Maaf, tapi saya tak pernah pesan apa-apa pun," tutur Daizy dengan sopan.
Kedua-dua lelaki itu mula berpandangan. Masing-masing bingung.
"Tapi, payment dah dibuat. So, kami kena serahkan juga barang-barang ni. Kami tak boleh bawa balik." Invois di tangan diserahkan kepada Daizy.
Setelah diteliti, Daizy mengeluh panjang. Nama penerima yang tertera memang tertulis namanya, namun penama yang membuat pembayaran tertulis nama Muzammil.
"Cik, tolong sign. Sebagai bukti yang barang telah diserahkan sepenuhnya." Pen tersebut dihulur kepada Daizy.
"Macam nilah, barang ni encik berdua bawa balik. Nanti saya akan call Tuan Muzammil untuk tuntut semula barang ni. Boleh?" Pinta Daizy. Tidak mungkin menerima bulat-bulat pemberian lelaki itu.
"Tak boleh, cik. Lagipun kami nak kena hantar barang seterusnya. Kami dah lambat ni."
Daizy buntu seketika. Melihat wajah pekerja yang jelas kelelahan selepas mengangkat tilam serta almari tersebut, pasti bertambah lelah jika harus membawa turun semula. Akhirnya, Diazy mengarahkan mereka berdua untuk membawa masuk barangan tersebut. Setelah itu barulah dia bertolak ke pejabat.
Tidak mahu membuang masa, Daizy segera menuju ke ruangan Muzammil. Kebetulan lelaki itu tiba lebih awal pagi tadi. Dia sudah dapat mengagak bahawa Daizy akan datang menemuinya. Sebaik pintu terbuka, Muzammil tayang senyuman lebar.
Setelah menutup pintu, Daizy mendekati Muzammil dengan wajah tegangnya.
"Apa yang tuan dah buat?" Soal Daizy masih cuba untuk tenang walaupun tangannya bergetar mahu dilayang ke wajah Muzammil.
"Barang dah sampai?" Tanya Muzammil tanpa pedulikan soalan Daizy.
"What are you trying to do?!" Tanya Daizy lagi.
"Nak bagi awak selesa," kata Muzammil selamba.
"Saya dah cukup selesa dengan apa yang saya ada sekarang," tegas Daizy.
"No, you're not."
Daizy kerut dahi. Benci bila Muzammil bertingkah seolah-olah tahu tentang dirinya.
"You better stop, Tuan Muzammil. Saya hormat awak sebagai atasan saya. Tapi kalau cara tuan macam ni..." Daizy terhenti saat Muzammil tiba-tiba tergelak kecil.
"You need me, Daizy. Not now. But, you really, really need me," kata Muzammil dengan senyuman manisnya.
"Sebab tuan bos saya? Sebab tuan yang bayar gaji saya? Itu penyebab tuan sewenang-wenang ke atas diri saya?" Daizy semakin beremosi.
"Tuan dah melebihi batas sebagai bos. From now on, I am not your employee anymore!" Tegas Daizy.
Tawa Muzammil semakin galak memecah gegendang telinga Daizy.
"Remember about the contract that you sign before? Awak kena bayar ganti rugi jika berhenti tanpa notis dan jika berhenti sebelum genap 6 bulan awak bekerja di sini," jelas Muzammil cuba mengingatkan wanita itu.
Daizy terdiam sebaik teringat akan kontrak yang dia tandatangani sebelum ini.
"Dah ingat, kan? So now, back to your work." Bahu Daizy ditepuk-tepuk lembut.
"Faster, Daizy! Go!" Penumbuknya naik
sebagai tanda memberi semangat untuk Daizy.
Mulut Daizy semakin terkunci. Bukan mudah untuk dia keluar dari situ. Kini, dia mulai teringat pada suaminya. Disaat-saat seperti ini, dia mulai menginginkan pertolongan lelaki itu.
SUARA teruja Zila begitu membingitkan telinga Daizy. Sedari tadi wanita itu tak henti memuji pemberian dari Muzammil. Sejujurnya, Zila cemburu dengan apa yang Daizy terima dari lelaki itu. Jika berada di tempat Daizy, pasti dia juga akan mendapatakan layanan yang sama.
"Daizy, kau patut minta lebih daripada ini. Aku yakin, dia akan bagi apa saja yang kau minta!" Zila mulai menghasut. Namun seperti biasa, Daizy tak mudah termakan hasutannya.
"Aku tak minta semua ni, Zila. Dia yang bagi. Tiba-tiba aje barang ni semua dah terpacak depan bilik. Kalau aku tak fikirkan pasal penat pekerja tu nak naik naik tangga, memang aku dah suruh diorang hantar balik semua barang ni," kata Daizy begitu kesal. Matanya tak henti menjeling tilam empuk yang sedang diduduki serta almari pakaian yang terpacak di hadapan katilnya.
"Aku syak, dia suka kau. Confirm!" Kata Zila begitu yakin.
"Nak suka apa pulak dia dah terang-terang cakap dia ada tunang. Ish! Tak nak aku!" Daizy geleng kepala dengan wajah geli.
Tanpa dia sedari, Zila sudah menayang wajah menyampah. Baginya, Daizy hanya jual mahal. Mana ada wanita yang mahu menolak pemberian dari lelaki seperti Muzammil.
"Aku tidur dulu, Zila. Hati-hati kerja, tau," pesan Daizy seraya menghempas tubuh di atas tilam. Walaupun kesal, tidak dinafikan kelembutan tilam baru itu telah melegakan sakit belakangnya. Tidak sampai beberapa saat, Daizy sudah pun tertidur lena.
Zila yang sedang bersiap sesekali melirik tajam ke arah Daizy melalui pantulan cermin. Cemburu semakin membuak-buka melihat semua yang Muzammil berikan pada wanita itu. Kini, Zila semakin nekad. Dia harus segera mendekati Muzammil sebelum Daizy mula membuka hati untuk menerima lelaki itu.
Perlahan-lahan, dia mula berjalan mendekati tempat tidur Daizy. Dengan cermat, tangannya mencapai telefon bimbit Daizy yang terletak di atas meja. Sebaik menekan skrin, ianya terus terbuka kerana tidak dilengkapi dengan kata laluam. Maka semakin lebarlah senyuman Zila. Laju sahaja tangannya mencari nombor telefon Muzammil kemudian disalin ke telefon bimbitnya.
"Kau tak nak, aku nak," bisiknya perlahan sambil tersenyum miring.
RUPANYA, pemberian Muzammil tak terhenti di situ, dia semakin galak membeli segala keperluan Daizy. Setiap hujung bulan, dia akan menghantar belanja dapur untuk Daizy. Pendek kata, dia ingin memastikan segala keperluan Daizy lengkap tak kira luar atau dalam.
"Wah! Kalau macam ni, jimatlah duit makan kita." Zila membongkar satu persatu plastik berisi barangan dapur yang diberikan oleh Muzammil. Lelaki itu membuat pesanan atas talian kemudian dihantar terus ke bilik sewa Daizy.
Kedengaran Daizy mengeluh panjang.
"Aku tak sukalah. Dia buat kita ni macam pengemis pula. Kita berdua ni dah kerja tau. Tahulah nak sara hidup macam mana." Matanya memerhati satu persatu plastik berisi makanan sebelum akhirnya terhenti pada plastik yang cukup besar berwarna hitam di sudut bilik. Semenjak dibawa masuk, ianya tidak pernah dibuka. Tidak berminat langsung mahu mengetahui isinya.
Zila juga ikut memerhati plastik tersebut sebelum lebih dulu membukanya. Dia pula yang terlebih teruja. Untuk seketika, mulutnya terlopong dengan mata yang terbeliak.
Di dalam plastik tersebut, terdapat tiga beg kertas yang masing-masing berisi beg, kasut serta sekotak cincin baldu biru.
"What?! Chanel Loafers?! Christian Dior bag?!" Satu persatu beg kertas dikeluarkan dari dalam plastik. Dan terakhir sekali, kotak cincin baldu biru itu.
"Oh my god..." tutur Zila perlahan sebaik membuka kotak cincin tersebut. Sebentuk cincin emas putih bertatah berlian membuatkan mata Zila hampir tak berkedip. Dada berombak laju melihat cincin tersebut. Mahu saja disarung di jari manisnya.
Daizy menggeleng dengan wajah berkerut. Perbuatan Muzammil semakin membimbangkan dirinya. Lebih tepat lagi, dia takut dengan lelaki itu.
"Simpan balik, Zila. Aku nak pulangkan." Daizy berdiri dan mula mencapai beg tangannya.
Tanpa pedulikan arahan Daizy, Zila menyarung cincin tersebut di jari manisnha namun sayangnya, cincin tersebut tak melepasi separuh jarinya kerana tidak muat.
"Ish!" Rungut Zila tanpa sedar.
"Zila! Simpan balik! Aku nak pulangkan!" Beg kertas berisi beg serta kasut disumbat ke dalam plastik hitam semula. Cincin di tangan Zila dirampas kemudian dimasukkan ke dalam kotak lalu disumbat ke dalam beg tangannya.
Zila hanya memerhati Daizy membawa semua barangan itu dengan amarah yang membuak-buak.
Entah kenapa, timbul perasaan benci pada Daizy. Seharusnya dia yang mendapatkan semua itu. Bukannya Daizy yang tak tahu bersyukur.
Sebaik tiba di bawah, Daizy segera menghubungi Muzammil. Dia mahu memulangkan semula barang-barang tersebut.
"Saya nak jumpa tuan! Sekarang!" Kata Daizy sebaik panggilannya disambut.
"Wait, barang yang saya beli tu, awak dah dapat? Soal Muzammil tanpa pedulikan kata-kata Daizy.
"Ya! Dan saya tak suka! Saya nak pulangkan balik!"
"Tak suka? Nak beli yang baru?" Soal Muzammil.
"Kau ni tak faham bahasa betul kan?!" Tengking Daizy. Tidak lagi mampu menahan emosinya.
"Kau dekat mana sekarang?! Aku nak pulangkan balik barang-barang ni!" Tiada lagi panggilan tuan untuk Muzammil. Tiada guna menghormati orang yang tidak mahu menghormati dirinya.
"Saya dekat rumah sekarang," kata Muzammil masih tenang.
"Kita jumpa dekat luar!"
"Sorry, saya tak boleh keluar sekarang. Apa kata awak datang sini sendiri, boleh?"
"Fine! Bagi alamat sekarang!" Setelah itu panggilan dimatikan serta merta. Tidak sampai beberapa saat, muncul pesanan ringkas dari Muzammil.
Tanpa berfikir panjang Daizy segera menuju ke alamat tersebut dengan menaiki teksi...
Share this novel