"Zila!" Daizy semakin kesal. Zila sedikit pun tak menujukkan penyesalan atas perbuatannya.
"Kau dah nak kawin, Zila! Kenapa sampai jadi macam ni?!" Marah Daizy.
"Sudahlah, Daizy. Hidup kau pun tak betul, jangan nak urus hidup aku!" Balas Zila, sinis.
"Aku tak urus hidup kau, Zila! Kau kawan aku! Dah tentu aku risaukan kau!"
"Kau cakap sekarang. Siapa yang buat? Biar aku pergi jumpa orang tu! Dia kena tanggungjawab!" Tegas Daizy.
Zila telan liur. Anak matanya bergerak-gerak saat ditenung tajam oleh Daizy.
"Dahlah, Daizy. Biar aku tanggung semua. Aku dah nak kawin. Jadi, masalah ni akan selesai." Kit ujian kehamilan dibuang semula ke dalam tong sampah.
"Zila! Kau tak boleh biarkan lelaki tu lepas macam tu aje!"
"Cakap! Siapa lelaki tu!" Tekan Daizy.
"Dahlah, Daizy!" Zila rimas terus-terus ditekan oleh Daizy.
"Tak! Aku tak akan berhenti sampai kau cakap siapa lelaki tu!" Daizy tetap berkeras.
"Kau nak tahu sangat siapa lelaki?" Mata Daizy ditentang tajam.
"Lelaki tu... bakal suami aku sendiri. Puas?"
Daizy terundur lemah. Sangat terpempan dengan pengakuan Zila. Suasana menjadi hening seketika di antara mereka. Daizy masih berdiri di tempatnya manakala Zila menuju ke tempat tidurnya.
"Dahlah, Daizy. Kau tak payah nak serabut. Kami dah nak kawin. Patutnya kau bersyukur yang lelaki tu nak bertanggungjawab," katanya begitu tenang sekali.
"Dua minggu lagi kami dah nak nikah. Nanti aku hantar location pada kau," sambungnya lagi seraya labuhkan punggung di atas katil.
"Mak dengan ayah kau dah tahu?" Tanya Daizy.
"Diorang tak perlu tahu. Asalkan aku kawin, itu dah cukup."
Daizy kembali senyap. Apa lagi yang mampu dia lakukan jika Zila sudah berkata begitu.
SEMINGGU kemudian, Zila sudah mulai mengemas pakaiannya. Setelah menikah nanti, dia akan tinggal bersama suaminya. Tidak perlu lagi tinggal di dalam bilik sempit itu.
Daizy turut membantu Zila mengemas barangannya. Walaupun sedih, dia tetap bersyukur kerana wanita itu bakal menjadi isteri orang. Kegembiraan di wajah Zila jelas menunjukkan wanita itu bahagia atas pilihannya.
"Lepas ni jaranglah kita berjumpa, kan. Kau dah kawin, mesti sibuk jaga suami kau," usik Daizy.
"Hm, tu lah. Aku memang jarang datang sini dah lepas ni. Atau pun mungkin tak datang langsung sebab rumah bakal suami aku jauh dari sini."
"Tak apa, Zila. Aku faham." Daizy angguk tanda mengerti akan keadaan mereka selepas ini.
"Lepas ni mesti kau sunyi, kan Daizy. Tinggal sini sendiri. Makan, tidur semuanya kena buat sendiri. Suami kau pun dah tak datang sini dah," kata Zila sambil melipat pakaiannya.
Daizy angkat wajah memandang Zila. Agak hairan dengan bicara wanita itu.
"Bila kau nak urus cerai?" Tanya Zila lagi. Tangannya semakin rancak melipat pakaian.
"Cerai?" Daizy kerut dahi. Makin tak senang dengan soalan dari Zila.
Suasana hening seketika sebelum akhirnya Zila sedar akan kata-katanya.
"Em... maksud aku, korang berdua gaduh agak besar hari tu. Aku sangka korang dah... berpisah," jelasnya terputus-putus.
Daizy hela nafas panjang. Dalam waktu terdekat ini, dia tidak akan mengurus perceraian mereka memandangkan dirinya sedang hamil. Biarlah dia selamat bersalin dahulu. Tidak mahu fikirannya terganggu sehingga menjejaskan kandungan. Lagi pula, urusan perceraian itu sudah diserahkan pada dirinya. Maka, terpulanglah padanya bila mahu mengurus perceraian itu.
"Sebenarnya..." baru hendak berterus terang tentang kehamilannya, telefon bimbit Zila berdering.
Laju sahaja wanita itu menyambut panggilan kemudian keluar dari bilik itu. Daizy hanya memerhati sebelum kembali melipat pakaian milik Zila.
DAIZY terdiam sejenak sambil tersenyum gembira di atas sofa di dalam ruangan Muzammil. Perihal pernikahan yang baru sahaja disampaikan oleh lelaki itu membuatkan Daizy begitu teruja. Akhirnya, Muzammil juga bakal menamatkan zaman bujangnya.
"Minggu depan nak nikah, baru hari ni nak bagitahu saya. Nampak sangat saya ni cuma mengisi kekosongan tempat duduk," usik Daizy.
Muzammil hanya tersengih sambil menggaru kepala. Sebenarnya, segala persiapan perkahwinan bukanlah diurus olehnya melainkan ahli keluarga. Dia terlalu sibuk untuk turun tangan memandangkan terlalu banyak perkara hendak diselesaikan di pejabat.
"Tak baik fitnah, tau. Awak pun tahu saya macam lipas kudung dalam pejabat ni. Masuk pagi, duduk kejap dalam office lepas tu keluar. Nak habis waktu pejabat nanti barulah muka saya muncul balik dalam pejabat ni. Sampaikan terlupa nak bagitahu awak," jelasnya diiringi keluhan panjang.
"Uncle pun saya baru maklumkan petang kelmarin. Tapi mungkin dia tak dapat datang waktu akad nikah pagi tu. Katanya ada urusan dengan klien. Mungkin waktu majlis bersanding nanti barulah dia datang," jelas Muzammil.
"Hm, yelah. Saya doakan semoga majlis tuan berjalan lancar," ucap Daizy sambil menadah tangan sebelum diusap ke wajah.
"Aamiin," ucap mereka serentak.
"Rasanya, awak dah boleh berhenti kerja," kata Muzammil tiba-tiba.
Daizy tersentak seketika. Ya, dia sedar akan kemurahan hati Muzammil membantunya selama ini disebabkan amanah dari Dato Ahmed. Mana mungkin selama-lamanya lelaki itu mahu mengambir berat tentang dirinya.
"Yalah, tuan pun dah nak kahwin. Lepas ni mesti isteri tuan cemburu kalau tuan asyik tolong saya," katanya cuba bergurau walaupun suaranya kedengaran hambar sekali.
"Daizy, bukan itu maksud saya." Muzammil akhirnya duduk di sebelah Daizy.
"Hubungan awak dengan Levent pun dah membaik sekarang ni. So, dah tiba masa untuk saya pulangkan awak pada pemilik awak yang sah," katanya, tertib. Tidak mahu Daizy tersalah sangka.
"Daddy pun asyik call saya. Tanya bila nak berhentikan awak kerja," kata Muzammil sengaja bergurau.
"Tentang contract yang awak pernah sign dulu, awak jangan risau. Saya akan settle dengan atasan. Don't worry," ujar Muzammil meyakinkan Daizy.
Daizy semakin kehilangan kata-kata. Hingga saat ini, tiada siapa pun tahu apa yang terjadi antara dirinya dan Levent malam itu. Dan ternyata, suaminya juga tidak menceritakan apa-apa pada Dato Ahmed memandangkan bapa mentuanya menganggap hubungan mereka sudah membaik.
"Yalah, kalau macam tu. Saya pun tak nak tuan kena bebel dengan daddy," kata Daizy dengan senyuman mendatar.
"And one more thing, Daizy. Waktu saya cuti nanti, saya akan pinjamkan satu kereta untuk awak pakai pergi dan balik kerja. Saya tak nak awak naik bas atau teksi."
"Ish, tak payahlah, tuan. Saya okey aje kalau naik bas." Daizy menolak. Sejujurnya, dia segan dengan pertolongan lelaki itu.
"Saya tak nak dengar apa-apa alasan. Malam ni saya akan hantar kereta," tegas Muzammil.
Sudahnya, Daizy terpaksa akur. Pun begitu, dia tetap bersyukur urusannya dipermudahkan sepanjang ketiadaan lelaki itu.
ADA berbaki dua hari lagi sebelum majlis pernikahannya, lelaki itu sudah tidak kelihatan lagi di pejabat. Dia harus mendapatkan rehat yang secukupnya sehinggalah tiba majlis yang bakal berlangsung ahad ini.
Daizy pula masih bekerja seperti biasa. Dia harus menyelesaikan tugasnya sebelum berhenti dari situ. Sedang fokus menaip, telefon bimbitnya bergetar menandakan masuknya pesanan ringkas. Laju sahaja tangannya mencapai telefon sebaik melihat nama Zila tertera di skrin telefon.
Rupanya, wanita itu mengirim tarikh pernikahannya. Spontan, keluhan Daizy terlepas. Tarikh nikah Zila bertembung dengan tarikh nikah Muzammil. Mana mungkin melepaskan kedua-dua acara penting tersebut.
Seketika, dia terhenti dari menaip akibat perut yang terasa memulas. Hingga saat ini, belum ada yang mengetahui akan kehamilannya. Dia belum bersedia untuk memberitahu sesiapa. Niatnya mahu pulang ke rumah anak yatim My Hope sebaik berhenti kerja di situ.
Baru hendak menghubungi Muzammil, perutnya semakin kerap memulas. Akhirnya, telefon diletak semula di atas meja kemudian bergegas menuju ke bilik air.
KEESOKAN harinya, Daizy singgah di pusat membeli belah selepas habis waktu pejabat. Untung sahaja hari itu waktu pejabat hanya separuh hari. Maka dapatlah dia membeli baju baru untuk dipakai di majlis pernikahan yang akan dihadiri nanti.
Hampir sejam keluar masuk butik pakaian, akhirnya sepasang kebaya berwarna kelabu dengan padanan kain bercorak batik menjadi pilihannya. Memandangkan kandungannya belum terlihat, pasti kebaya itu padan di tubuhnya.
Kaki yang sedikit lenguh diurut perlahan-lahan. Lelah berjalan mengelilingi pusat membeli belah. Sebaik tiba di bilik sewa sebentar tadi, Daizy segera bersihkan diri. Dia ingin tidur lebih awal kerana esok hari dia harus bangun lebih awal juga untuk menghadiri majlis pernikahan Zila. Tidak sampai beberapa minit lelapkan mata, Daizy sudah tertidur pulas.
Tidur yang terlalu pulas itu menyebabkan dirinya terlewat bangun. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Dan lebih parahnya, dia belum memaklumkan pada Muzammil tentang pernikahan Zila yang jatuh pada hari yang sama. Selesai mandi, Daizy segera bersiap. Sambil itu, dia segera menghubungi Muzammil. Dia memutuskan untuk menghadiri majlis akad nikah Zila terlebih dahulu.
Malangnya, sudah berkali-kali dia menghubungi lelaki itu namun tidak disambut. Akhirnya, Daizy mengirim pesanan ringkas pada Muzammil. Menyatakan dirinya akan ke majlis lelaki itu pada sebelah petang. Berkat kereta yang dipinjamkan oleh Muzammil, Daizy memandu ke lokasi yang dikirim oleh Zila pagi ini.
Di tengah perjalanan, Daizy terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Hampir setengah jam barulah dia tiba di lokasi yang dikirim oleh Zila, tepatnya sebuah kampung. Daizy memarkir kereta tidak jauh dari sebuah rumah yang sedikit meriah. Dia pasti, itulah rumah milik Zila.
Sewaktu bergegas menuju ke rumah itu, bertembung dengan seorang wanita tua yang baru sahaja menuruni dari tangga.
"Mak cik, saya nak tumpang tanya. Betulkah ini rumah, Zila?" Tanya Daizy.
"Hah, betullah. Kawan Zila ke?" Tanya wanita berusia itu.
"Ya, saya."
"Kenapa lambat? Baru aje selesai akad nikah. Dah sah dah pun," seloroh wanita tua itu.
"Oh yakah, mak cik. Tak apalah. Saya naik dulu, ya," pamit Daizy. Sempat bersalaman sebelum mulai menaiki tangga.
Tiba di muka pintu, kelihatan Zila sedang duduk di atas pelamin dengan pakaian serba putih. Tersipu malu saat suaminya mulai bangun dari tempat duduk untuk menyarung cincin. Lelaki itu duduk membelakangi pintu menyebabkan wajahnya tidak terlihat oleh Daizy.
Seketika, langkah Daizy terhenti. Bentuk tubuh lelaki yang sedang mengenakan baju melayu berwarna putih itu sangat tak asing baginya. Walaupun membelakanginya, dia yakin dengan apa yang dilihat.
"Daizy..." Zila bangun dari duduk seraya tersenyum lebar. Senyumannya begitu sukar untuk ditafsir namun terlihatp puas sekali.
Serentak itu, lelaki yang baru sahaja bergelar suaminya menoleh ke arah pintu.
How's the story? So far so good or so far so bored.. HEEHEEHEEHEE.. KBAII
Share this novel