Manipulation

Romance Series 28423

SEBAIK membuka pintu rumah, semakin jelas bunyi kaca pecah berderai yang datang dari arah ruang makan. Daizy mulai ketakutan. Langkahnya berhenti tepat di hadapan pintu rumah. Dia ingin melihat apa yang berlaku namun dia takut.

"Argh!" Teriakan Levent yang datang dari arah ruang makan begitu memeranjatkan Daizy.

Tanpa berfikir panjang, Daizy berlari menuju ke ruang makan. Baru tiba di situ, langkahnya terhenti saat sebiji kek mendarat tepat di hadapan kakinya. Tidak lama itu, matanya mulai memerhati makanan yang bertaburan di atas meja dan lantai disertai serpihan pinggan dan gelas kaca. Bunga ros merah juga kelihatan patah mematah tangkainya dan sudah terkeluar dari pasunya.

Dengan perasaan yang gementar, Daizy mengangkat wajah memandang suaminya. Untuk seketika, dia bagaikan tak mengenali siapa lelaki di hadapannya saat itu. Wajahnya begitu bengis. Matanya merah dan galak sekali. Deruan nafasnya kedengaran begitu kasar melepasi rongga hidung. Dada bidang lelaki itu juga berombak laju angkara emosi.

"A... awak..." panggil Daizy. Kakinya berjengket saat berjalan mendekati suaminya. Dia bimbang akan terpijak serpihan kaca yang berselerak di atas lantai.

"Awak, kenapa ni?" Daizy beranikan diri untuk bertanya walaupun wajah suaminya bagaikan mahu menerkam dirinya.

"Where did you go?" Soal Levent. Kelihatan dia sedang cuba menahan emosinya.

     "Da... dari mall," jawab Daizy, gugup.

     "Saya pesan apa tengahari tadi?" Soal Levent. Dadanya semakin berombak laju.

     Daizy menelan liur pekat. Adakah ini punca kemarahan suaminya?

     "Daizy Baseera! I'm asking you!" Bergema suara Levent sehingga memeranjatkan Daizy.

    "Ulang balik apa yang saya cakap tengahari tadi! Now!" Tengking Levent.

     "Saya cuma pergi mall, sayang..." Daizy terhenti bicara saat suaminya menggeleng kepala.

     "Not that one. Ulang balik apa yang sayang cakap tengahari tadi!" Levent maju selangkah. Kedengaran serpihan kaca bergeser di bawah tapak kakinya.

     Mata Daizy terus membulat. Dia pasti, telapak kaki suaminya sudah luka terpijak kaca.

     "Look at me!" Dagu isterinya ditolak ke atas agar memandangnya.

     "Okay, fine!" Daizy menolak tangan suaminya.

     "Awak suruh saya terus balik rumah lepas dari pejabat. Tapi..."

     "That's all! Balik terus ke rumah lepas dari pejabat. Susah ke?"

     Mata Daizy mulai berair membalas renungan suaminya. Ternyata, salah dirinya hanya itu.

     "I prepared this fucking food and cake just to celebrate our anniversary with you!... and you ruin everything!" Bentak Levent seraya melepaskan penumbuk di atas meja makan.

     "Habis tu, awak fikir saya pergi mall buat apa?! I bought you a gift, sayang!" Daizy juga tidak mahu kalah.

     "Nonsense! Dengan siapa? Alfie? Your so called abang angkat? Or Azwan? Or another fucking guy in my office? Name it! I'll cut their heads off!"

     "Enough! Levent Haidar!..." Bentak Daizy dengan mata yang terpejam seketika melampiaskan kemarahannya. Kedua-dua belah tangan digenggam erat di sisi.

     "Just... enough." Daizy lelah. Begitu lelah dengan sikap suaminya.

     Untuk pertama kalinya, dia menyesali keputusan menikahi Levent. Walaupun menikahi lelaki itu atas faktor kewangan, namun cintanya benar-benar tulus untuk suaminya.

    Inikah pulangan yang harus dia terima? Kerana niat utamanya untuk menikahi lelaki itu sudah salah sejak awal lagi.

     "You're a bad wife," tutur Levent perlahan sebelum beredar dari situ bersama kekecewaan.

    Mata Daizy pula mengikuti bekas jejak kaki suaminya yang berdarah sepanjang lelaki itu keluar dari ruang makan. Sebaik bayang suaminya hilang, Daizy mula membersihkan tempat itu. Tersedu-sedu dia menangis mengenang semua yang suaminya sediakan malahan dirosakkan sendiri oleh lelaki itu.

Setelah selesai, Daizy menuju ke bilik tidur mereka. Saat itu, Levent sudah terbaring di atas katil sambil membelakangi pintu. Telapak kaki yang berdarah dibiarkan sahaja tanpa dirawat terlebih dahulu.

Daizy segera mengeluarkan kit ubatan dari dalam almari kemudian duduk di atas lantai tepatnya di hadapan kaki suaminya. Mata mulai memerhati beberapa serpihan kecil kaca yang terbenam di dalam telapak kaki suaminya. Dengan menggunakan penyepit kecil, serpihan kaca yang pertama ditarik keluar. Serentak itu, Levent tersedar dari tidurnya. Dia cuba menarik kakinya namun ditahan oleh Daizy.

"Let me," kata Daizy, perlahan.

"No," tekan Levent.

"Please..."

"Just... don't. Leave me alone," arah Levent seraya palingkan wajah. Dia tidak sanggup melihat wajah sayu isterinya.

      "Tolonglah, jangan buat saya macam ni," luah Daizy seraya tertunduk. Dia rasa dirinya benar-benar isteri yang teruk.

     "Then, jangan buat saya macam ni juga," balas Levent. Bukan cuma isterinya yang kecewa. Dia juga kecewa. Dengan segala persiapan ulang tahun perkahwinan yang dia sediakan, semuanya berakhir ke dalam tong sampah.

     "Saya minta maaf," ucap Daizy. Jika dia tidak akur, masalah tidak akan pernah selesai.

     "Saya minta maaf sebab dah kecewakan awak." Kedua-dua tangan Daizy berpaut di kaki suaminya. Dan dengan perlahan-lahan, kepalanya dirapatkan di kaki lelaki itu.
 
     "Saya minta ampun," katanya lagi diiringi esakan.

      Levent terkedu seketika. Begitu tercabik jiwanya melihat sang isteri menangis di hadapan kakinya. Namun disebabkan ego, hatinya keras mahu menghalang wanita itu.

     Beberapa saat kemudian, Daizy mulai mengangkat kepala. Setelah itu, dia kembali mencabut serpihan kaca dari telapak kaki suaminya. Levent tidak lagi menghalang sehinggalah kakinya selesai diubati.

     "Kalau nak apa-apa, panggil saya," kata Daizy seraya bangun bersama kit ubatan kemudian diletak di dalam kabinet.

     "Awak rehat dulu. Saya nak siapkan makan malam." Selimut ditarik sehingga menutupi pinggang suaminya. Sempat mengucup dahi lelaki itu sebelum keluar dari situ.

     Sebaik isterinya keluar, Levent bangun semula dari katil. Dengan perlahan-lahan, dia mencapai telefon bimbit isterinya. Jarinya mulai menekan-nekan skrin telefon bimbit tersebut. Segala folder yang terdapat di dalam telefon bimbit isterinya diperiksa. Entah apa yang dicari, Levent juga tidak tahu. Apa yang pasti, dia bimbang isterinya memyembunyikan sesuatu. Dirinya benar-benar dikaburi oleh salah sangka.

Kini, beg tangan isterinya yang terletak di atas meja solek dicapai kemudian mulai diselongkar. Semua poket kecil yang terdapat di dalam beg tersebut dicek satu persatu. Sesaat, tangannya terhenti sebaik melihat kotak kecil berisi jam di dalam beg tersebut.

     Kotak jam tersebut dikeluarkan dari dalam beg kemudian ditatap lama. Ternyata, Daizy benar-benar menyiapkan hadiah untuknya. Tiba-tiba, Levent menggeleng sendiri. Tidak. Dia sudah mempunyai jam sendiri. Untuk apa Daizy membeli jam lagi jika bukan untuk lelaki lain?

     Dengan kasarnya jam tersebut dimasukkan kembali ke dalam beg isterinya. Setelah itu dia kembali semula ke katil.

     Setengah jam kemudian Daizy muncul sambil membawa sepinggan nasi berserta lauk untuk suaminya. Senyuman manis tak lekang dari bibir wanita itu sehinggalah dia duduk di sisi suaminya.

     "Nah, makan dulu." Pinggan beserta sudu dihulur kepada suaminya.

     Levent masih diam. Matanya melirik sekilas pinggan tersebut sebelum kembali menatap isterinya.

"Tak nak? Nak kena suap? Ok." Daizy terus memegang sudu lalu mengaut sedikit nasi.

"Aa, buka mulut." Sudu berhenti tepat di hadapan mulut suaminya. Beberapa saat kemudian barulah Levent membuka mulut. Serentak itu Daizy menyuap suaminya. Lebar sungguh senyuman Daizy kerana suaminya tidak menolak.

   Sepanjang menyuap suaminya, Daizy tak henti-henti bercerita walaupun suaminya tidak merespon apa-apa.

     "Saya ingatkan awak dah lupa dengan anniversary kita," luah Daizy sedikit merajuk.

     "Sepanjang hari ni saya tak ada mood nak buat kerja. Asyik tenung kalender aje," sambungnya lagi sambil menguis nasi di dalam pinggan.

     "Waktu awak call tu, saya tunggu awak cakap pasal anniversary kita. Tapi awak tak cakap langsung. Awak kata awak sibuk. Saya terus tak jadi nak marah. Kesian sangat dengar suara awak." Daizy tunduk saat matanya mulai berair.

     "Rupanya awak tak lupa pun. Awak siapkan diam-diam untuk celebrate sama-sama. Saya minta maaf sebab dah buruk sangka." Daizy angkat wajah kembali dan serentak itu air matanya mengalir ke pipi. Dibiarkan sahaja tanpa diseka. Levent juga begitu. Keras jarinya mahu menyeka air mata isterinya.

     Nasi terakhir disuap ke dalam mulut Levent. Setelah itu, pinggan kosong tersebut diletak di atas meja di sisi katil. Segelas air putih dicapai kemudian diberikan kepada suaminya.

     Levent masih senyap saat meneguk air itu sehingga habis.

"Tidurlah dulu. Saya nak kemas dapur." Saat ingin berdiri, Daizy ditahan oleh suaminya.

     "Awak beli jam?" Soal Levent.

     Daizy mengangguk laju dengan senyuman.

     "Kenapa jam?"

     "Saya tak tahu nak beli apa. Jadi, saya belikan awak jam. Tapi tak adalah mahal sangat," jelas Daizy, yakin.

     "Dalam banyak-banyak benda, kenapa jam?" Soal Levent lagi.

     "Awak tahukan yang saya dah ada jam. Kenapa nak beli jam juga?" Kening Levent mulai terjongket sebelah.

     "Betul ke jam tu untuk saya? Atau awak nak belikan untuk orang lain? Awak tahu kan jam saya lebih mahal daripada jam yang awak belikan tu. Awak rasa saya nak turunkan standard untuk pakai jam murah tu?" Soalan bertubi tubi dari Levent berjaya mengendurkan senyuman isterinya. Dari soalan itu juga dia cuba memanipulasi dan memerangkap isterinya.

     Ternyata, levent berjaya membuat isterinya merasa bersalah.

     "Sorry, kalau awak rasa jam tu jatuhkan standard awak. It's okay kalau awak tak nak. Saya tak akan paksa awak terima jam tu. I will buy another gift for you." Pipi suaminya diusap lembut sebelum berdiri bersama pinggan kosong lalu dibawa keluar.

     Sebaik Daizy keluar, senyuman sinis Levent mulai terukir. Satu kepuasan kerana melihat isterinya mengakui kesalahan dan meminta maaf.

     Kini, dia mahu melihat kepada siapa jam itu akan diberikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience