'Anak Haram'

Romance Series 28423

DI atas katil, Levent termenung jauh memikirkan perletakan jawatannya dari syarikat. Dia tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari syarikat itu dan menyerahkan jawatannya kepada Daizy. Ada pun pilihan yang ditawarkan oleh Dato Ahmed, adalah sebagai COO, yakni sebagai eksekutif bawahan. Mana mungkin dia mahu bekerja dibawah arahan Daizy. Sudah pasti bakal menjatuhkan air mukanya nanti.

     Sudahnya, dengan penuh rasa angkuh dia meletak jawatan tersebut. Namun, perkara itu belum diketahui Zila. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk berterus terang tentangnya. Apatah lagi tentang kembalinya Daizy dalam syarikat.

     "Sayang," panggil Zila yang baru keluar dari bilik air.

     "Awak tak masukkan lagi duit yang saya minta tu kan?" Tanya Zila sambil berjalan menuju ke meja solek.

     "Belum lagi," balas Levent mendatar. Ini lagi satu masalah yang membebani fikirannya. Bukan bermaksud berkira, namun perbelanjaan Zila sudah lebih dari sepatutnya. Mulai saat ini dia harus mengawal pengeluaran sebelum menemui pekerjaan baharu.

     Walaupun simpanannya masih banyak, dia tetap harus bersedia dengan segala kemungkinan. Rumah, kereta, saham dalam syarikat dan sebagainya semua atas nama isteri pertamanya.

    "Sayang. Saya nak duit tu esok pagi. Pastikan awak transfer malam ni."

     "10 ribu tu. Awak nak buat apa?" Tanya Levent kedengaran kesal.

     "Nak beli baranglah."

     "Barang apa mahal macam tu?"

     "Nak berkira? Gaji awak tak luak pun kalau setakat 10 ribu. Simpanan awak pun ada. Bapa awak tu bos. Takkan dengan bini sendiri nak berkira," perli Zila.

     "Bukan nak berkira. Nafkah saya dah bagi. Tak pernah kurang pun. 5 ribu sebulan habis macam tu aje. Dan sekarang awak minta 10 ribu." Levent benar-benar tak habis fikir ke mana duit itu dibelanjakan.

     "Nafkah duit awak bagi. Nafkah batin bila nak bagi?" Zila bangkit sambil mencekak pinggang.

     "Selagi awak tak sentuh saya. Selagi tu saya tak akan berhenti minta duit," katanya dan terus naik ke tempat tidur. Setelah baring, dia palingkan tubuh membelakangi suaminya.

     Levent cuba sabarkan hati. Mana mungkin menyentuh wanita itu tanpa rela. Dia benar-benar tak sanggup.

DUA MINGGU KEMUDIAN...

Daizy berdiri di hadapan cermin solek dengan lengkap berkemeja putih yang dipadankan dengan blazer serta skirt paras lutut. Rambut yang sudah dipotong paras bahu itu dirapikan sekali lagi sebelum mengenakan jepit rambut berbentuk bunga daisy.

Wajah juga didandan sedikit tidak seperti biasanya. Mudah-mudahan dalat menutupi wajah yang pucat dan tak bermaya. Setelah menenangkan diri dengan bacaan doa, barulah Daizy turun ke bawah. Sebentar lagi mereka akan bergerak ke pejabat.

Sewaktu menuruni tangga, Dato Ahmed sudah menunggu di bawah. Untuk seketika, mata bagai tak berkedip melihat menantunya yang lebih bersemangat dari biasanya.

"Wow! You look so stunning, honey," puji Dato Ahmed.

"Adalah, make up sikit-sikit," balas Daizy dengan senyuman malu.

"Nope. You are drop-dead gorgeous!" Bahu menantunya ditepuk lembut sebaik wanita itu tiba di sisinya.

"Kalau macam ni, daddy tak tanggung kalau Levent jatuh hati semula," bisik Dato Ahmed.

"Is that gonna happen?" Tanya Daizy diiringi tawa hambar.

Dato Ahmed jongket bahu sambil mencebik. Jika perkara itu benar-benar berlaku, bukankah ianya satu perkara yang baik?

"Cucu grandpa, hari ni kita jumpa papa," bisiknya sewaktu membongkok tubuh mendekati perut menantunya.

Di parkir pejabat tepatnya di dalam kereta, Levent masih termenung jauh. Hari ini merupakan hari pertemuan semula bersama Daizy selepas sekian lama. Tertanya-tanya bagaimana agaknya wanita itu? Sedihkah? Atau merana selepas digantung begitu sahaja.

Dengan helaan nafas yang panjang, Levent keluar dari kereta dan terus naik ke bangunan pejabat. Dia memutuskan untuk menunggu ketibaan isterinya di dalam ruangannya.

Setengah jam kemudian, Daizy tiba bersama Dato Ahmed. Kedatangan Daizy disambut meriah oleh staf yang pernah bekerja dengannya. Mereka teruja melihat wanita itu kembali semula ke dalam syarikat. Tak terkecuali yang mengucap tahniah atas kehamilannya.

Daizy memutuskan untuk tidak menyembunyikan lagi kehamilannya. Dia harus bangga dengan anak yang dikandung. Dan orang sekeliling patut tahu tentang kandungannya. Setelah puas menyapa dan bersalam-salaman, barulah Dato Ahmed membawa Daizy masuk ke ruangan Levent.

Sewakru pintu terbuka, Levent segera mengangkat wajah. Dia yang sedang duduk di hadapan meja kerja perlahan-lahan berdiri sewaktu melihat Dato Ahmed masuk bersama Daizy. Yang paling memegunkan adalah perut yang sedikit timbul dibalik tubuh kurus itu.

Isterinya hamil? Tapi sejak bila? Adakah bayi itu benihnya? Tapi kerana baru sekarang? Bermacam-macam persoalan yang menyerbu otaknya sehingga tak sedar Daizy sudah pun berdiri di hadapannya.

"It's a pleasure to meet you," ucap Daizy terlebih dahulu sekaligus menyedarkan Levent dari lamunannya.

"I'm looking forward to working with you," sambung Daizy seraya menghulur tangan untuk bersalaman.

Levent masih terpempan. Tangannya berat sekali mahu diangkat.

Melihat tangannya tak disambut, Daizy tarik semula tangannya namun sekelip mata, tangannya disambar laju oleh Levent.

"Semoga bertahan," kata Levent, cuba berlagak tenang. Entah kenapa, dia gugup di hadapan isteri sendiri.

Sejujurnya, penampilan terbaru Daizy benar-benar menarik perhatiannya. Dengan rambut yang dipotong pendek ditambah lagi dandanan ringan di wajah, Daizy kelihatannya baik-baik sahaja walaupun selepas apa yang dia lakukan pada isterinya.

"Dah boleh mula?" Sampuk Dato Ahmed sekaligus menghentikan mata yang sedang asyik bertatapan itu.

"Sure," balas Levent dan terus menuju ke sofa.

"Pergilah," arah Dato Levent sambil mengusap belakang Daizy. Cuba untuk memberi sedikit semangat dan kekuatan untuk menantunya.

      Daizy merenung mata Dato Ahmed. Berharap agar lelaki itu tak membiarkan mereka berdua-duaan.

     "You can do it," bisik Dato Ahmed dengan senyuman nipisnya. Setelah itu barulah dia beredar dari situ.

     Dengan helaan nafas yang panjang, Daizy menuju ke sofa lalu duduk tepat berhadapan suaminya. Di atas meja sudah tersusun fail-fail berkaitan profil syarikat. Atas dasar profesional, masalah peribadi ditolak ke tepi. Masing-masing fokus pada perbincangan serta sesi tunjuk ajar yang bakal berlangsung.

JARI telunjuk digigit-gigit perlahan sambil merenung ke luar cermin hotel. Perihal ubat penggungur kandungan yang dipesan belum ada khabar berita hingga saat ini.

    "Sorry, Zila. Black market sekarang ni memang agak kacaulah. Kebanyakan pengedar tengah slow down. Takut kena cekup," jelas lelaki separa bogel di atas ranjang hotel.

     Pantas, Zila memusing tubuh sambil melonggarkan gaun mandi yang sedikit ketat seingga perutnya terasa terhimpit.

     "Aku perlu pil tu cepat! Aku dah tak ada cara lain!" Marah Zila.
      "Kenapa tak gugurkan dekat klinik?" Soal lelaki itu.

      "Semua klinik yang aku pergi tak nak ambil risiko sebab kandungan aku dah besar. Diorang cuma terima kandungan bawah 18 minggu," getus Zila.

     "Kalau aku tahu budak ni menyusahkan, memang dah lama aku gugurkan!" Marahnya sambil menampar perut sendiri. Sakit memang sakit tapi sakit lagi hatinya saat semua yang dirancang tak berjalan dengan lancar.

      "Sebenarnya, ada satu klinik yang jalankan kegiatan menggugurkan bayi. Tapi..." lelaki itu bangun lalu duduk di hujung katil.

     "Yang ni pun sama juga. Kau kena tanggung risiko sendiri," sambungnya.

     "Dekat mana klinik tu? Berapa kos yang diperlukan? Aku sanggup bayar," tegas Zila.

     Serentak itu, senyuman lelaki tersebut terukir sinis. Nampaknya, dia boleh menghasilkan duit lagi dari cadangannya itu.

     Di pejabat, Levent dan Daizy berehat sebentar setelah dua jam sesi tunjuk ajar itu berlangsung. Masing-masing meregangkan tubuh yang sedikit lenguh. Seketika, mata Levent terhenti pada perut isterinya. Entah kenapa dia begitu musykil pada perut yang timbul itu. Hendak dikata gemuk, hanya perut itu yang membuncit. Anggota badan yang lain masih terlihat kurus. Mahu bertanya, pasti dirinya dikatakan penyibuk.

     Daizy yang menyedari perutnya diperhati segera melindunginya dengan blazer yang dipakai. Bukan bermaksud menutupi. Dia cuma kurang selesa ditatap seperti itu. 

     "Dah makin berisi sekarang. Happy sebab tak dikongkong?" Tanya Levent seraya bersandar pada sofa.

     Daizy tak menjawab. Dia kembali membelek fail di atas meja.

     "You look so fine. Macam tak terkesan pun dengan apa jadi sebelum ni. Adakah awak segembira itu?" Ada tawa kecil di hujung bicaranya.

     Anak mata Daizy bergerak menatap suaminya. Dia tahu, lelaki itu sengaja mahu memancing emosinya.

     "Habis tu, awak nak saya buat apa? Berkurung? Menangis, meraung dalam bilik selepas awak madukan saya?" Daizy tegakkan duduk.

     "Tahniah," ucap Daizy.

     "Tahniah sebab awak memang dah berjaya buat saya lalui semua tu. Tapi itu dulu. Sekarang ni saya datang nak tuntut apa yang sepatutnya jadi hak saya," tegas Daizy.

     "Oh." Levent angguk seraya tegakkan duduk.

     "Jadi, semua ni pasal harta? Rupanya, awak tak jauh beza dengan perempuan yang saya pernah kenal dulu. Gold digger."

    Daizy berdecit perlahan sebelum tertawa kecil.

    "Zahara?"

     Levent malah tertawa mendengar nama itu.

    "Karma hit her so fucking hard," katanya kedengaran puas. Dia tahu apa yang sedang terjadi pada Zahara selama ini.

    Daizy kerut dahi. Kedengaran kejam sekali kata-kata suaminya. Sepertinya lelaki itu begitu puas mengetahui kehidupan Zahara yang serba kekurangan.
     "Karma?" Tanya Daizy, sedaya upaya menahan emosi.

     "Ingat sikit, awak pun buat jahat dengan orang lain juga. Jangan sampai karma tu yang bagi penampar baru awak nak sedar," tempelak Daizy begitu beremosi.

     "Dengan siapa? Awak?" Levent gelak kembali.

     "Awak curang. Kaki curang. Dari dulu sampai sekarang. Memang padanlah dengan apa yang saya buat dekat awak. Tapi bezanya, saya dapat kawin dengan Zila. Tapi awak? Hanya mampu bercinta dari jauh. Menyedihkan," katanya sinis.

     Daizy genggam erat hujung fail. Mahu sahaja ianya diangkat lalu dihumban ke wajah suaminya. Tapi mujurlah fikirannya masih waras. Lelaki itu masih suaminya.

     "Tahniah saya ucapkan untuk awak dengan Zila," ucap Daizy kini lebih tenang.

     "Tak lama lagi awak nak jadi ayah, kan." Anak haram antara Levent dan Zila yang terhasil sebelum pernikahan yang sah itu kembali menerpa ingatan Daizy.

    Serta merta, riak wajah Levent berubah.

Ayah? Menyentuh wanita itu pun tidak pernah. Bagaimana mungkin dia mampu bergelar ayah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience