Prey

Romance Series 28423

SEBAIK membuka pintu bilik, suasana begitu sunyi sekali. Sudah seminggu Daizy dan Zila tidak berbual kerana Zila selalu kerja lebih masa. Sebelum Daizy pulang, dia sudah berangkat ke tempat kerja. Dan dia hanya akan pulang ke rumah sebaik Daizy bertolak ke pejabat. Pendek kata, sudah seminggu ini mereka tidak bersua muka.

     Selesai mandi, barulah Daizy rebahkan tubuh di atas tempat tidur. Semenjak pertemuannya dengan Alfie tempoh hari, Daizy semakin tak tenang. Apa akan terjadi jika Alfie memberitahu keberadaannya kepada Levent?

     Tapi, sudah seminggu ini Alfie tak munculkan diri. Levent juga tidak ada datang mencarinya. Semudah itukah mereka berputus asa?

    Bersama keluhan berat, Daizy mengiring ke sisi sambil memeluk bantal guling. Sejujurnya, tidur tak lagi sama semenjak pergi meninggalkan suaminya. Tiada lagi pelukan mesra serta belaian manja.

WAJAH Levent kelihatan tegang. Sesekali merenung tajam ke arah Alfie yang ada di hadapannya. Mereka bertemu kembali untuk berbincang soal Daizy. Sebuah taman yang dilengkapi meja serta tempat duduk menjadi pilihan mereka.

"Kau tipu, kan? Kau tipu yang kau dah jumpa Daizy, kan?" Soal Levent begitu tegang sekali. Antara percaya dan tidak dengan apa yang Alfie katakan. Lelaki itu sudah menemui Daizy seminggu yang lalu.

"Terserah. Yang penting aku dah jumpa dia. Sekarang ni aku kena pujuk dia untuk pulang. Pulang ke rumah kami. Bukan pulang ke rumah kau," kata Alfie, sinis.

     Levent tergelak sinis.

"Kau jangan lupa, dia masih isteri aku. Kalau kau bawa dia balik rumah kau, aku akan buat police report yang kau larikan isteri aku," ugut Levent pula.

"Kau pun jangan lupa yang dia sendiri lari dari rumah. Itu tandanya dia dah tak nak dengan kau. Faham?" Tempelak Alfie.

"But still, she is my wife. Aku ada hak ke atas diri dia. Selagi aku tak mendatangkan kecederaan ke atas tubuh badan dia dan tunaikan semua keperluan dia," balas Levent.

     "Tapi, ada satu benda yang kau kena risaukan," kata Alfie tiba-tiba.

     "She is with another guy," beritahu Alfie sekaligus membuatkan riak wajah Levent berubah.

     "Lelaki?"

     "Ya, lelaki. Segak, dan nampak kaya. Ciri-ciri lelaki tu betul-betul serupa dengan kau. Kalau aku perhati, lelaki tu pun berdarah kacukan juga macam kau," sambung Alfie lagi.

     Levent bertukar resah. Adakah Daizy sudah mulai mencari pengganti dirinya? Secepat itu? Hanya dalam masa setahun?

     "They are in a relationship," tambah Alfie lagi.

     "Enough!" Meja dihentak kuat oleh Levent.

     "Kau jangan nak reka cerita!"

     "Lelaki tu yang cakap. Dan, Daizy tak teragak-agak untuk ikut dia waktu tu." Kegusaran mulai terlihat di wajah Alfie. Walaupun marah pada Levent, dia tidak mahu Daizy berdosa pada suaminya. Biarlah mereka berpisah dahulu jika benar Daizy mahu menjalin hubungan bersama lelaki lain.

     "Bagitahu aku sekarang! Daizy dekat mana?!" Levent semakin tak keruan. Tidak mahu isterinya jatuh ke tangan lelaki lain.

"Never." Alfie berdiri sambil membalas renungan mata Levent.

"Aku dah pernah cakap sebelum, kan? Lepas aku dah jumpa dia, aku tak akan biar dia balik dengan kau. Aku sendiri yang akan jaga dia macam dulu."

Keadaan menjadi hening seketika. Masing-masing sedang beradu tatapan tajam sebelum akhirnya Alfie lebih dulu beredar dari situ.

     Levent semakin tak senang duduk selepas apa yang Alfie sampaikan. Tidak terima jika isterinya mulai mencintai lelaki lain sedangkan dirinya masih menyayangi wanita itu. Namun jauh di sudut hati, dia masih mempercayai isterinya. Sebagaimana Daizy setia padanya selama ini, dia pasti bahawa isterinya tidak akan pernah jatuh cinta pada lelaki lain.

"ARE you okay?" Tanya Muzammil. Entah sejak bila dia sudah terpacak di hadapan meja kerja milik Daizy.

     "Hm," balas Daizy mendatar. Matanya masih lekap pada skrin komputer manakala jari jemarinya rancak menekan-nekan papan kekunci.

     "Masuk bilik saya sekarang," arah Muzammil.

Daizy angkat wajah memandang Muzammil. Jelas sekali terlihat bawah mata Daizy yang sedikit bengkak. Wajahnya juga kelihatan lesu bagaikan orang yang tidak cukup tidur. Sewaktu rehat tengahari tadi pun dia tidak meninggalkan mejanya. Hanya duduk dan rebahkan kepala di atas meja.

"Daizy, come into my room. Now," tegas Muzammil dengan suara yang sedikit ditekan menyebabkan mereka berdua menjadi perhatian para staf yang lain.

"Baik," jawab Daizy lalu berdiri. Dia segera mengikut Muzammil yang lebih dulu mengatur langkah menuju ke ruangannya.

"Duduk." Muzammil mengarahkan Daizy agar duduk di sofa.

Tanpa bersuara, Daizy turuti arahan Muzammil. Entah apa yang lelaki itu ingin katakan kali ini. Setelah duduk, Muzammil kembali ke meja kerjanya dan memulai semula pekerjaan yang tertangguh sebentar tadi.

Hampir setengah jam duduk di situ, Daizy mulai tak selesa. Semenjak duduk, tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut lelaki itu. Baru hendak berdiri, tiba-tiba datang seorang wanita yang merupakan pembantu peribadi Muzammil. Ditangannya membawa bungkusan makanan serta minuman yang dipesan atas talian.

"Letak atas meja," arah Muzammil. Matanya melirik meja yang ada di hadapan Daizy.

Setelah bungkusan makanan tersebut diletak di atas meja, barulah wanita itu beredar.

"Makanlah. Saya ada beli kek dan minuman untuk awak," kata Muzammil tanpa memandang. Matanya masih fokus pada komputer di hadapannya.

"Tuan nak bincang apa sebenarnya ni? Dah setengah jam saya duduk dekat sini," tutur Daizy, kesal.

"Tak ada apa nak dibincang. Saya bawa awak masuk sini sebab nak suruh awak berehat. Muka awak tu nampak sangat tak cukup tidur," kata Muzammil, serius. Pandangan matanya begitu tajam sekali. Dia bukan tak sedar akan perubahan sikap Daizy semenjak menemui Alfie tempoh hari.

"Saya okey, tuan. Jangan risau. Saya tahu jaga diri." Daizy mulai berdiri dan serentak itu tatapan mata Muzammil semakin galak menatap dirinya.

"Duduk. Makan," tekan Muzammil.

"Tuan, saya banyak kerja dekat luar tu..." tak habis Daizy berbicara sebaik Muzammil bangkit dari duduknya.

"I said, sit down!" Tegas Muzammil.

Daizy terpempan seketika. Sepanjang perkenalan mereka, dia tidak pernah melihat Muzammil marah seperti ini. Apatah lagi meninggi suara kepadanya. Perlahan-lahan, punggung Daizy jatuh semula di atas sofa.

"Makan, minum lepas tu rehat." Nada suara Muzammil kembali tenang selepas melihat perubahan pada wajah Daizy.

"Banyak songeh betullah orang tua ni!" Rungut Daizy perlahan. Sambil menjeling tajam, tangannya membuka bungkusan tersebut. Kini, bibirnya mulai menguntum senyuman lebar sebaik melihat lima potong kek pelbagai perisa yang terdapat di dalam kotak.

Tanpa pedulikan Muzammil, Daizy mulai menjamah kek tersebut. Caramel latte dalam gelas plastik dicucuk dengan straw kemudian disedut perlahan-lahan.

"Ah! Sedap!" Pujinya sendiri. Tanpa dia sedari, setiap tingkahnya diperhati oleh Muzammil. Tersenyum lelaki itu melihat Daizy yang sedang menikmati makanan dan minuman tersebut.

Sambil menikmati makanannya, terdengar Daizy bersenandung perlahan. Hatinya senang bagaikan lupa pada kejadian sebelum ini.

Tak mahu mengganggu Daizy, Muzammil lanjut menyiapkan tugasnya. Hatinya sedikit tenang melihat senyuman yang terbit di bibir wanita itu.

HAMPIR sejam menghadap komputer, barulah Muzammil bangun untuk meregangkan tubuh. Saat menoleh ke arah sofa, dia terdiam sejenak sebelum akhirnya tawa kecil terlepas dari bibir. Tercuit hatinya melihat Daizy yang sedang tertidur duduk di atas sofa. Pasti kekenyangan selepas menjamah kek serta minuman tersebut.

"Haih, comel betullah dia ni," getusnya perlahan sambil menuju ke arah kabinet paras pinggang yang terdapat di sebelah sofa. Selimut nipis berwarna putih dikeluarkan kemudian pergi mendekati Daizy. Sebaik selimut dilebarkan, ianya digunakan untuk menutupi tubuh Daizy. Melihat wanita itu berpeluk tubuh, sudah pasti kerana kedinginan.

Akhirnya Muzammil duduk di sisi Daizy kemudian mulai menjamah sisa kek yang tidak habis dimakan. Air yang tersisa juga disedut sehingga habis.

Setelah itu barulah dia kembali ke meja kerjanya sehinggalah tamat waktu pejabat. Daizy pula masih tertidur pulas dan semakin lena di situ. Yang tadinya duduk kini sudah terbaring di atas sofa. Entah sejak bila wanita itu menukar posisi tidurnya.

Muzammil mula menutup tirai agar cahaya petang tidak masuk ke dalam ruangannya. Maka dapatlah Daizy tidur dengan nyenyak. Lampu juga dimatikan. Yang dibiarkan menyala hanyalah lampu meja di sebelah sofa. Setelah itu, barulah dia menuju ke pantri. Ingin membancuh segelas kopi untuk menyegarkan tubuhnya.

BATANG rokok disedut dalam sehingga membarakan api di hujungnya. Perlahan-lahan, asap dihembus berkepul-kepul seiring helaan nafas yang panjang.

      "Lusa, aku nak kau selesaikan kerja kau. Jangan lari pulak kali ni," pesan Zila. Lelaki yang sedang duduk di hadapannya mengangguk perlahan dengan wajah serius.

     "Kalau dia jerit macam mana? Mati aku kena belasah nanti," kata lelaki itu.

     "Kau lelaki. Takkan tak boleh guna kekuatan kau untuk senyapkan dia? Kalau kau tak nak, aku cari orang lain. Kau bayar balik seribu yang aku bagi hari tu," ugut Zila.

    "Aku dah bagitahu Lady Lala yang aku nak balik awal lusa ni. Lepas aku letak pil dalam air dia, dalam masa sejam kau kena datang bilik tu. Mesti ubat tu dah mulai bertindak balas." Terbit senyuman sinis di bibir Zila. Tempoh hari rancangannya gagal. Kali ini, dia harus memastikan Daizy mendapat balasan atas perbuatannya.

     "Ubat apa?"

     "Addyi. Ubat perangsang untuk perempuan."

     "Fuyoo. Ubat untuk perempuan pun ada? Wah! Menang besarlah aku nanti. Kalau macam tu, bagilah lagi sebiji. Mana tahu boleh ride sampai pagi," kata lelaki sambil tersenyum penuh nafsu.

     "Nah." Sepapan ubat perangsang diletak di atas meja.

     "Jangan lupa ambil gambar sekali. Lantak kaulah nak buat video ke apa. Yang penting aku nak muka dia. Faham?"

     Lelaki itu mengangguk laju. Tidak sabar mahu meratah tubuh suci milik Daizy.

     "Kita jumpa nanti. Pil tu jaga elok-elok," pesan Zila sebelum kembali melanjutkan kerja. Ada pelanggan yang harus dipuaskan nafsunya.

     Selama ini, Daizy tidak mengetahui akan pekerjaannya sebagai pelacur. Yang dia ketahui, Zila hanya bekerja sebagai peneman kepada pelanggan yang datang untuk minum.

     Angkara harta dan kesenangan dunia, dia memilih mengkhianati Daizy. Tidak terima saat wanita itu lebih dulu mendapatkan apa yang dirinya inginkan selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience