Sharing

Romance Series 28423

DAIZY melangkah perlahan dengan mata yang tak lari dari menatap suami Zila yang juga merupakan suaminya sendiri.

     "Awak. Awak buat apa dekat sini?" Tanya Levent hampir tak berkedip.

     Daizy juga sama. Hampir tak percaya dengan apa yang dilihat saat ini. Suaminya sedang mengenakan baju melayu dan baru sahaja melafazkan akad nikah pada temannya sendiri.

     Kini, matanya perlahan-lahan memandang Zila yang sedang berdiri di atas mini pelamin. Wajahnya tenang tanpa senyuman atau rasa bersalah sekalipun.

     "Zila..." panggil Daizy. Dia mahukan penjelasan namun mulutnya bagaikan terkunci untuk menuntut sebarang penjelasan dari wanita itu.

     "Thanks, Daizy. Sebab sudi datang. Aku sangka kau tak datang tadi," kata Zila seraya turun dari pelamin kemudian mendekati Daizy. Levent masih berdiri di tempatnya seraya memerhati kedua-dua isterinya.

     "Pergilah makan dulu. Semuanya dah terhidang," pelawa Zila. Saat ingin meraih tangan Daizy, wanita itu mengelak.

     "Zila..." anak mata Daizy bergerak-gerak merenung mata Zila.

     "Kita cakap dekat dalam," bisik Zila. Dia tidak mahu tetamu yang datang mengetahui perkara sebenar.

    Dia lebih dulu menuju ke bilik sebelum diikuti oleh Daizy. Wanita itu sempat menatap suaminya dengan mata yang berkaca-kaca. Sakit sungguh diperlakukan seperti itu.

     Sebaik mereka masuk ke dalam bilik, Zila terus menutup pintu.

     Untuk seketika, tiada apa yang keluar dari mulut mereka melainkan renungan sesama sendiri. Hampir beberapa saat berbalas tatapan, barulah Zila mengeluh pendek.

     "Aku tahu. Kau marah sekarang ni," katanya tanpa rasa bersalah langsung.

     "Kau... kau kawin dengan suami aku?" Tanya Daizy mahukan kepastian. Mungkin saja suaminya sengaja duduk di situ hanya sebagai saksi atau apalah. Dia cuma berusaha untuk sedapkan hati sendiri.

     "Alhamdulillah. Kami dah selamat diijab kabul," balas Zila begitu tenang sekali.

     "Zila... dia suami aku, Zila," tutur Daizy mulai sebak. Air mata mulai deras membasahi pipi.

    "Sekarang ni, dia pun suami aku jugak," balas Zila tak mahu kalah.

"Zila, kau sedar tak apa kau buat ni?" Daizy masih cuba untuk tenang. Dia tidak mahu membuat keributan di majlis temannya sendiri. Walaupun temannya sudah merampas suaminya.

     Di ruang tamu, Mak Esah segera mendekati Levent. Dia tidak mengerti apa yang sedang terjadi. Mujur sahaja tetamu tidak menyedari apa yang sedang berlaku sebentar tadi.
    
"Kejap, ya mak cik," kata Levent dan terus menuju ke bilik yang dimasuki oleh Zila dan Daizy.

Sebaik pintu dikuak, serentak kedua-dua wanita itu memandangnya.

"Sayang, masuklah," panggil Zila. Dia segera menarik Levent masuk ke dalam biliknya.

"Aku harap kau terima semua ni, Daizy. Dah jodoh aku dengan Levent," tutur Zila tanpa memikirkan betapa sakitnya seorang Daizy diperlakukan sebegini.

"Jodoh?" Daizy ketap bibir seketika.

"Dia suami aku, Zila. Kau tahu dia suami aku. Kenapa buat aku macam ni? Aku anggap kau kawan baik aku selama ni." Daizy tak habis fikir. Di mana silapnya sehingga Zila mengkhianatinya.

Levent belum mampu berkata apa-apa. Masih tak percaya dengan kehadiran isterinya.

"Inikah urusan penting yang awak cakapkan tu?" Tanya Daizy pada suaminya pula.

"Awak tak sepatutnya datang sini," kata Levent sebaliknya.

Kini, wanita yang baru sahaja bergelar isterinya itu dipandang dengan wajah kesal.

"Saya dah cakap jangan bagitahu dia," kata Levent perlahan.

"Tak nak bagitahu saya?" Daizy menyampuk. Saat ini, api dalam dirinya mulai membara. Kalau bukan ingin menjaga air muka Zila, sudah tentu dia membuat onar di rumah itu.

"Awak serahkan urusan perceraian kita pada saya lepas tu awak diam-diam nikah dengan kawan saya sendiri?" Daizy gigit bibir yang bergetar akibat sebak.

"So, awak dah urus?" Tanya Zila selamba. Spontan, renungan mata berair milik Daizy menikam ke arahnya.

"Mana hati perut kau?!" Tengking Daizy. Tidak lagi mampu menahan emosinya.

"Dia suami aku, Zila! Mati-mati aku nak perbaiki hubungan kami!... tapi kau tikam belakang aku!" Daizy maju namun Levent segera melindung Zila di belakangnya. Itu membuatkan Daizy semakin kecewa.

"Ya Allah!" Ucap Daizy seraya terduduk di atas tilam sebelum menekup wajah. Kakinya terasa lemah untuk berdiri menghadapi kedua-dua pasangan itu. Teresak-esak dia menangis di situ berharap agar ada simpati tersisa untuknya.

"Awak tak sepatutnya nampak semua ni," kata Levent, tenang. Zila pantas menoleh dengan wajah berkerut. Benci kerana Levent masih mahu menjaga perasaan Daizy.

"Aku harap kau selesaikan urusan perceraian tu secepat mungkin," sampuk Zila.

Esakan Daizy terhenti, perlahan-lahan wajah diangkat lalu menatap Zila yang sedang merangkul suaminya. Levent pula sudah terkedu melihat wajah basah lencun isterinya akibat air mata. Namun saat itu, hatinya masih terasa kosong.

Daizy hilang kata-kata. Mahu marah, tapi semuanya sudah pun terlanjur berlaku. Mereka berdua sudah sah menjadi suami isteri. Mahu ikhlas, tapi bukan sekarang. Hatinya bagai ditusuk sembilu. Terasa pedih sampai ke ubun-ubun.

Daizy selak rambut ke belakang sebelum mengelap wajah dengan lengan baju kebaya yang dipakai. Nafas panjang dihela untuk menenangkan hati sendiri sebelum berdiri semula.

"Daddy dah tahu?" Tanya Daizy dengan suara yang serak. Berusaha menahan sebak yang kembali menyerang dada.

Levent tak menjawab. Namun Daizy sudah tahu apa jawapannya. Dato Ahmed tidak mengetahui pernikahan yang kedua ini.

"Boleh kita cakap sekejap?" Daizy mendekati Levent. Serentak itu Zila eratkan rangkulan.

"Berdua," sambung Daizy seraya menjeling sekilas ke arah Zila.

Akhirnya Levent melepas rangkulan isteri keduanya membuatkan wanita itu kesal.

"Saya pun isteri awak juga," rungut Zila.

"Let me talk to her," tegas Levent.

Zila telan liur. Untuk pertama kalinya dia merasa gerun dengan lelaki itu. Dengan kesalnya, dia keluar dari bilik itu. Sebaik pintu di tutup, Daizy dan Levent kembali menatap satu sama lain.

"Kenapa nikah tak bagitahu saya?" Soal Daizy, cuba untuk berlagak tenang.

Levent masih diam. Wajah merah isterinya terus direnung tanpa sebarang riak wajah.

"Awak bahagia... dengan pernikahan ni?" Tanya Daizy lagi. Sebaknya mulai kedengaran kembali.

Levent larikan pandangan saat mata berair isterinya menikam tepat ke dalam anak matanya.

"Awak..." Daizy gigir bibir lagi. Kali ini sakitnya bukan main-main. Mahu saja dia merobek dada lalu mengeluarkan hatinya yang sedang terluka dan berdarah.

    "You should go." Akhirnya Levent bersuara.

     "Awak nak saya pergi mana? Satu-satunya tempat yang saya nak pergi sekarang ni adalah rumah kita. Tapi awak... awak dah ada rumah lain." Daizy kesat air mata, raup wajah kemudian menyelak rambut ke belakang. Dia tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Semuanya serba tak kena.

     "Awak boleh ambil rumah tu kalau awak nak. Itu rumah awak," kata Levent, tenang. Rumah tersehut sememangnya atas nama Daizy.

     "Buat apa saya balik rumah tu kalau awak dah tak ada?" Suaranya bergetar dan begitu sarat dengan kekecewaan.

     Tiba-tiba, pintu terbuka. Zila menapak masuk walaupun perbualan Daizy dan Levent belum berakhir.

    "Kami tak habis cakap lagi!" Marah Daizy. Untuk pertama kalinya, dia begitu benci pada Zila.

     "Nak berahsia sangat kenapa? Aku pun isteri dia, so aku berhak tahu apa yang korang bincangkan," balas Zila.

     "Keluar!" Halau Daizy.

    "Hello! Ni bilik aku, rumah aku! Kau yang patut keluar!"

     "Saya tak habis cakap lagi dengan awak," kata Daizy pada suaminya pula.

     "We talk about this later," kata Levent sekaligus menerbitkan senyuman kepuasan di bibir Zila.

     "Please..." Daizy terpaksa merayu.

     "Dah, blah!" Zila mendekati Daizy dan terus menarik pergelangan wanita itu.

     "Jangan sentuh aku!" Daizy menepis kasar. Kemudian memaut lengan suaminya.

     "Please!" Daizy semakin merayu suaminya.

     "Kau pekak ke?" Zila merentap kasar tangan Daizy sehingga rangkulan wanita itu terlepas.

     "Jangan sentuh aku!" Sekelip mata, wajah Zila terpaling selepas ditampar oleh Daizy. Laju sahaja Levent bertindak dengan berdiri di tengah-tengah mereka.

      Akhirnya, Mak Esah muncul di situ selepas mendengar pertengkaran mereka.

     "Kenapa ni, Zila? Levent?" Tanya Mak Esah.

     Masing-masing tak menjawab. Hanya deruan nafas yang kedengaran.

"Balik, Daizy," arah Levent. Tidak mahu isterinya semakin hilang kawalan.

Akhirnya Daizy berlari keluar tanpa pamit. Sebaik masuk ke dalam kereta, dia segera memandu pergi dari situ. Sepanjang perjalanan, hanya air mata yang mengalir. Esakan mahupun sedunya langsung tak terzahir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience