MATA yang mulai berair dipejam beberapa kali. Semakin pedih akibat terlalu lama menghadap komputer. Ditambah lagi semalam tidurnya tak begitu lena selepas pertemuan bersama suaminya.
"Daizy, awak okey tak ni?" Tanya Muzammil. Di tangannya sedang menjinjit beg berisi fail-fail penting.
"Saya okey. Tuan jangan risau." Sambil mengelap hujung mata dengan tisu, Daizy angguk perlahan. Semakin segan bersemuka dengan Muzammil selepas kejadian semalam.
"Saya ada kerja dekat luar. Awak jaga diri tau. Saya akan usahakan balik office secepatnya. So, saya boleh hantar awak balik."
"Don't worry, tuan. Saya boleh balik sendiri." Daizy tayang senyuman nipis.
"No excuses. Tunggu sampai saya balik offie, lepas tu saya hantar awak balik ke bilik sewa." Bahu Daizy ditepuk perlahan sebelum meninggalkan wanita itu.
Sebaik Muzammil beredar, Daizy kembali melanjutkan kerjanya. Seberat apa pun masalah yang menimpa, ada kerja hakiki yang harus diselesaikan.
Sebaik tamat waktu pejabat, Daizy sudah mulai merapikan meja yang berantakan. Malas mahu menunggu Muzammil. Lagi pula tiada sebab untuk dia menuruti kata-kata lelaki itu.
Di luar pejabat, langit sedang mencurahkan air dengan lebatnya. Daizy terpaksa menunggu di lobi sementara menunggu hujan berhenti ataupun setidaknya biarlah hujan itu reda sedikit. Memandangkan dia pulang dengan menaiki bas awam, pasti mengganggu penumpang yang lain jika naik ke bas dalam keadaan basah.
Namun malangnya, langit semakin gelap dan hujan pula tak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti dan malahan semakin lebat.
Telefon yang berbunyi segera diseluk dari dalam beg. Sesaat, keluhannya terlepas. Sebuah pesanan ringkas dari Muzammil dibaca dalam hati.
'Wait for me. I'll pick you up in a half an hour.'
Telefon dimasukkan semula ke dalam beg lalu kembali merenung hujan yang membasahi bumi. Beberapa minit kemudian, hujan mulai reda. Kebanyakan staf di situ sudah mulai meredah hujan. Maka Daizy pun mengambil keputusan untuk meredah hujan menuju ke perhentian bas.
Belum pun beberapa minit duduk, sebuah kenderaan kelihatan berhenti tepat di hadapan perhentian bas. Daizy tak ambil peduli. Kemungkinan ada orang lain yang ingin dijemput memandangan bukan dia seorang sahaja yang duduk di situ.
Sebaik pemandu kereta tersebut keluar, kelihatan lelaki itu berlari anak masuk ke dalam pondok memandangan hujan mulai lebat kembali.
"Come," kata lelaki itu sebaik berhenti tepat di hadapan Daizy. Baju yang basah akibat hujan ditepis-tepis perlahan.
Sebaik mengangkat wajah, mata Daizy terbuntang luas.
"Awak..." Perlahan-lahan, Daizy berdiri. Matanya hampir tak berkedip melihat suaminya ada di situ.
"Jom, saya hantar awak balik," pelawa Levent sambil menghulur tangan.
Daizy terdiam. Wajah basah dek terkena hujan itu ditatap lama. Wajah yang sudah setahun ditinggal pergi membuatkan rindunya mulai menggunung. Akan tetapi, perbuatan suaminya terdahulu membuatkan segunung rindu itu runtuh sekelip mata.
"No, thanks," tolak Daizy lalu kembali duduk.
"Daizy, jom." Levent masih tak putus asa.
Daizy juga begitu. Masih keras membatu.
"Sayang," panggil Levent lembut dan mendayu. Orang sekeliling mulai memerhati mereka berdua selepas terdengar panggilan tersebut.
"Hish!" Daizy mendengus kasar seraya berdiri. Dengan perasaan marah, dia menuju ke kereta milik suaminya. Levent akhirnya tersenyum lebar. Menyangka langkah pertamanya membuahkan hasil.
Tiba-tiba, sebuah bas awam berhenti tepat di belakang kereta Levent. Dengan pantas, Daizy membelok tubuh dan terus menaiki bas tersebut tanpa pedulikan suaminya. Levent hanya mampu mengeluh panjang melihat isterinya menaiki bas tanpa sedikit pun menoleh.
Sebaik bas bergerak, barulah Daizy menoleh ke luar tingkap. Sejujurnya, hati begitu sayu melihat suaminya. Malangnya, luka yang ditoreh oleh suaminya terdahulu bukanlah kecil. Ianya meninggalkan bekas dan trauma dalam dirinya.
Setibanya di bilik sewa, kelihatan Zila masih bersiap di hadapan cermin solek. Baru kali ini mereka bertembung pagi. Biasanya bilik sudah kosong sebaik Daizy tiba di situ.
"Kerja hari ni?" Tanya Daizy.
"Hm. Aku lambat sikit. Tak sedap badan pulak," kata Zila sambil bersiap.
"Oh ya, aku ada order air tadi. Satu untuk kau," kata Zila sambil memuncungkan bibir ke arah gelas kertas berisi coklat panas di atas meja.
"Tapi mungkin dah suam," katanya lagi.
"Wah, thank you! Kebetulan pulak hujan-hujan macam ni minum coklat panas." Terbit senyuman lebar di bibir Daizy sambil mencapai gelas tersebut. Sebaik dihirup, matanya terpejam menikmati keenakan coklat suam itu.
"Aku gerak dulu," pamit Zila sebaik siap. Beg tangan dicapai lalu keluar dari bilik itu. Di sebalik wajah itu, ada senyuman kepuasan yang terukir sebaik melihat minuman itu dinikmati oleh Daizy. Dia pasti, ubat yang diletak di dalam minuman tersebut pasti akan bertindak tidak lama lagi.
Daizy kembali menghirup minuman coklat itu sehingga habis sebelum membersihkan tempat tidurnya. Setelah mandi nanti, dia ingin rebahkan badan. Sementara bunyi hujan masih kedengaran di luar sana, pasti menjadi pengantar tidur untuknya nanti.
Sewaktu hendak menanggalkan pakaian, Daizy tiba-tiba gelisah. Ada sesuatu yang sedang bergelora dalam dirinya. Seiring dengan itu, kepala pula terasa pening. Daizy segera duduk di atas katil. Bimbang dirinya akan jatuh pengsan di situ. Hampir beberapa saat barulah rasa pening itu surut. Namun kali ini, loya pula terasa.
"Aduh! Masuk angin ke?" Getus Daizy. Memandangkan dia baru sahaja terkena hujan, mungkin itulah penyebabnya. Ditambah lagi dia belum menjamah apa-apa malam ini.
Belum pun hilang rasa loya di tekak, tiba-tiba tubuhnya berpeluh dingin diiringi batin yang bergelora. Degupan jantung mulai berdetak laju bersama nafas yang tak teratur.
Disebabkan peluh mulai membasahi dahi dan tubuh, Daizy segera mencapai tuala. Dia perlu mandi untuk melegakan tubuhnya. Sebaik membuka pintu, kakinya kaku seketika. Mulut sedikit ternganga sebaik melihat lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu biliknya.
"Awak?!" Daizy terundur selangkah sambil memegang kuat tombol pintu.
"Awak buat apa dekat sini?! Macam mana awak tahu saya dekat sini?!" Soal Daizy dalam marah dan terkejut.
"I'm following you," kata Levent sambil menahan daun pintu.
"Tolonglah bagi saya privasi! Saya jauh-jauh datang sini sebab nak lari dari awak!" Marah Daizy. Dalam masa yang sama, dia cuba menahan rasa pening yang semakin menyerang.
Ternyata, ubat yang dimasukkan ke dalam minumannya sudah mulai bertindak balas.
"Saya boleh bagi awak privasi tapi bukan bermaksud awak kena lari dari saya," pujuk Levent.
"Saya minta maaf, Daizy. Saya betul-betul minta maaf. Saya menyesal. Menyesal atas apa yang saya buat pada awak dulu." Tangan Daizy cuba diraih namun wanita itu menepisnya kasar.
"Keluar! Saya tak nak penyewa lain tahu yang awak suami saya. Bilik sewa ni hanya untuk orang bujang!" Daizy cuba menutup pintu tapi Levent menahannya.
"Oh ya? I thought your friend dah ada boyfriend sebab ada lelaki berdiri depan bilik ni tadi," kata Levent.
"Saya tak masuk campur. So please, get out!" Dada suaminya didorong kuat.
Pantas, Levent mencengkam pergelangan tangan isterinya kemudian ditarik sehingga tubuh mereka bertemu.
"Saya risaukan awak. Saya rasa tempat ni tak selama untuk awak," suara Levent seolah-olah merayu.
"Lelaki tadi tu, dia terus lari lepas nampak saya," kata Levent lagi.
"Dahlah! Balik! Saya pening! Saya nak tidur!"
Semakin berusaha menolak, jiwanya semakin tak keruan
"Nak tidur? Awak baru aje buka pintu ni sambil bawa tuala," perli Levent sambil melirik tuala yang tersangkut di bahu isterinya.
"Tak! Saya sakit kepala! Balik!" Daizy masih cuba untuk melawan rasa yang semakin memuncak dalam dirinya.
Nafsu. Nafsu itu semakin mencanak naik. Dia mahukan suaminya. Mahukan sentuhan dan belaian lelaki itu.
"Are you okay? Muka awak nampak merah," tegur Levent tanpa tahu apa yang sedang isterinya alami.
"Tolonglah balik! Saya!..." Daizy telan liur pekat yang semakin merembes di dalam mulutnya.
"Saya!... Ya Allah!..." Daizy segera membuka butang baju bahagian atas kemeja yang dipakai kerana tubuhnya semakin berpeluh-peluh dingin.
Levent pula semakin bimbang melihat tingkah isterinya yang bagaikan cacing kepanasan. Resah dan gelisah sekali.
"Sayang..." Levent melangkah masuk dan serentak itu penampar Daizy mendarat di pipinya.
"Aku kata keluar!" Bentak Daizy.
Gelora yang sedang melanda semakin menghempas jiwanya. Sebelum ianya tak terkawal, dia harus memastikan suaminya pergi dari situ.
Di dalam kereta, ada Muzammil yang sedang memandu menuju ke bilik sewa Daizy. Dia bimbang kerana panggilannya tidak diangkat. Dia sudah memesan agar Daizy menunggunya di pejabat petang tadi.
Share this novel