Beginning

Romance Series 28423

DUA TAHUN LALU...

"Welcome home, sweetheart." Levent Haidar membuka pintu rumah seluas luasnya. Pinggang isterinya dipeluk erat kemudian bersama-sama menapak masuk ke dalam rumah.

Daizy Baseera tersenyum lebar saat pertama kali menginjak kaki ke dalam rumah bak istana itu. Rumah yang dijanjikan oleh Levent untuknya sebelum mereka menikah lagi. Kini, lelaki itu benar-benar menepati janjinya.

"Suka tak?" Soal Levent. Wajah teruja isterinya ditatap penuh kasih sayang.

Mata Daizy seakan tak berkedip melihat keindahan rumah tersebut. Dirinya yang berasal daripada rumah anak yatim membuatkan Daizy tidak tidak pernah ikiran bahawa dia akan tinggal di rumah seindah itu.

"Enough." Levent menyentuh kedua bahu isteirnya agar memandangnya.

"Rumah ni dah jadi milik sayang. Esok-esok boleh tenung lama-lama." Pinggang isterinya kembali dirangkul kemudian bersama-sama naik ke tingkat atas.

Sebaik tiba di bilik utama, sekali lagi Daizy terpegun. Benar-benar tidak menyangka dirinya bakal beradu di dalam bilik seindah ini bersama seorang suami yang cukup sempurna rupa paras dan hartanya.

"Cantiknya bilik awak." Kepala Daizy perlahan-lahan berputar memerhati hiasan dalaman bilik itu.
"Bilik kita, sayang," bisik Levent di belakang isterinya. Daizy tersentak saat tubuhnya dirangkul dari belakang. Perlahan, tangannya naik memeluk tangan Levent yang melingkar di perutnya.

Spontan, Daizy memejam mata saat hembusan nafas Levent terasa hangat menyentuh kulit lehernya.

"You are totally mine now, baby," bisik Levent dengan suara garaunya.

"Sebelum kawin pun awak asyik ulang benda yang sama," bisik Daizy kembali. Perkataan tersebut sudah menjadi halwa telinganya sejak menjalin kasih dengan Levent. Dan, saat mereka sudah rasmi menjadi pasangan suami isteri pun Levent masih mengulang perkataan tersebut.

"Saja nak ingatkan. Supaya sayang tak lupa." Kini, bibirnya mendarat di leher jenjang isterinya.

Serentak itu, Daizy mengetap bibir menahan rasa yang semakin memuncak. Hembusan nafas Levent yang semakin kencang membuatkan Daizy semakin berdebar. Dia tahu apa nasibnya selepas ini.

DAIZY menggeliat kecil sebelum membuka mata. Saat ingin palingkan tubuh, dia terhenti seketika. Perut dan kakinya tidak dapat digerakkan kerana ditindih oleh tangan kekar dan kaki berotot milik suaminya.

Sesaat, Daizy tersenyum bahagia. Kejadian semalam menerpa benaknya. Lebih tepatnya malam pertama mereka berdua. Tidak sangka dia mampu memilik lelaki seperti Levent. Sedangkan dirinya hanya berasal dari rumah anak yatim.

Teringat kembali pertemuan pertama mereka tepatnya sewaktu Levent menemani ayahnya menyampaikan sumbangan di rumah anak yatim My Hope, tempat Daizy Baseera membesar.

Saat itu, mereka berdua belum mengenali satu sama lain. Pertemuan mereka pun hanya sebatas penyumbang dan penerima. Levent baru berusia 25 tahun dan baru pertama kali mengikuti ayahnya Ahmed Alibek ke rumah kebajikan tersebut.

Saat itu pula Daizy baru berusia 18 tahun dan paling tua di rumah anak yatim tersebut. Dialah yang membantu Bonda Zainah menguruskan tempat itu ditemani Ibu Ratih dan Ibu Salwa. Remaja seusia Daizy kebanyakkan sudah keluar dari situ untuk meneruskan hidup. Ada juga yang sudah diangkat menjadi anak oleh keluarga baru.

Daizy memilih menemani Bonda Zainah. Tidak sanggup meninggalkan wanita yang sudah dianggap seperti ibu kandung sendiri. Sejak dari kanak-kanak lagi, sudah berpuluh keluarga baru ingin mengambilnya sebagai anak angkat. Namun Daizy menolaknya. Hingga suatu hari Daizy nekad bersembunyi di dalam stor selama seminggu kerana tidak mahu mengikuti bakal keluarga barunya.

Dia dijumpa tidak sedarkan diri kerana dehidrasi dan kekurangan makanan akibat bersembunyi.

Akhirnya, Bonda Zainah akur untuk membiarkan Daizy tinggal di rumah kebajikan tersebut. Sejujurnya, Bonda Zainah juga tidak sanggup melepaskan anak-anak di bawah jagaannya. Namun, akibat kekangan ekonomi, dia harus melepaskan anak-anak tersebut jika ada keluarga yang ingin mengambil mereka sebagai anak angkat.

Daizy sedar akan kekangan tersebut. Sehabis diploma, Daizy tidak lagi melanjutkan pelajarannya. Dia nekad mahu bekerja untuk menghasilakn pendapatan sensiri. Dia lebih memilih membantu Bonda Zainah daripada meneruskan pendidikannya.

CUBITAN manja di hidung menyedarkan Daizy dari lamunannya. Ternyata, Levent sudah terbangun dari tidurnya.

"Renung suami sendiri macam nak ditelan," tegur Levent. Pinggang sang isteri dirangkul kemudian ditarik agar merapatinya.

"Sayang ni, awal pagi dah mengelamun. Fikir apa? Pasal semalam? Tak puas ke?" Tanya Levent sengaja mengusik.

Spontan, Daizy membenam wajah di dada suaminya untuk menyembunyi wajah penuh bahagia miliknya. Sebaik perasaanya terkawal, Daizy menatap suaminya semula.

Levent sudah tersenyum manis dengan mata kuyu. 

"How I wish we could cuddling like this forever. I don't wanna get up," rengek Levent.

"Mengada!" Daizy lebih dulu bangun sambil mengikat rambutnya.

"Sayang... nak pegi mana?" Panggil Levent saat isterinya mengenakan cardigan paras lutut. Tidak selesa jika keluar hanya mengenakan gaun tidur bertali halus separas paha itu.

"Nak masak, lapar," katanya tanpa menoleh. Tidak mahu terus kalah dengan godaan suaminya. Ada perut yang harus diisi.

Hampir sejam menyiapkan sarapan pagi, barulah makanan dihidang di atas meja.

"Morning, sayang," sapa Levent lalu mengucup pipi isterinya. Lelaki itu sudah lengkap berpakaian formal untuk ke pejabat.

"Nak masuk pejabat?" Soal Daizy seraya menuang kopi ke dalam gelas.

"Hm," balas Levent, mendatar. Berat rasanya meninggalkan isterinya di hari kedua mereka sebagai suami isteri. Belum puas bermanja dan berkasih sayang.

"Tak apalah. Kerja lagi penting." Kopi tersebut diletak di hadapan suaminya. Setelah itu barulah dia duduk di sebelah lelaki itu.

"Sorry, sebab tak dapat temankan sayang dekat rumah. Daddy pesan semalam yang harini kena masuk office. Bahan kimia dari Turki dah sampai pagi tadi," jelas Levent sebelum menghirup kopi buatan isterinya.

"Tak apa. Lagi pun saya nak balik ke rumah tengah hari nanti." Daizy mulai menyicip sandwich buatannya.

Levent segera menoleh. Dahinya sedikit berkerut menatap wajah sang isteri yang sedang menikmati sarapannya.

"Kenapa tak bagi tahu abang?" Soal Levent sedikit tegang. Kunyahan Daizy mulai perlahan sebelum akhirnya dia memandang suaminya.

"Saya bagitahu awaklah ni," balas Daizy perlahan.

"Kalau nak bagitahu, kena cakap awal-awal. Bukan nak pergi baru nak cakap," tekan Levent.

Daizy mengeluh pendek. Inilah salah satu sifat Levent yang harus dia hadapi.

"Awak, saya tak pergi lagi tau. Sekarang ni baru pukul 8 pagi. Saya nak ke rumah, tengah hari nanti," jelas Daizy, kesal.

"Alfie, mesti dia ada dekat rumah kebajikan tu jugak kan?"

Cemburu Levent sudah dapat dihidu oleh Daizy.

Walaupun sudah menginjak usia 28 tahun, Levent tidak mampu menyembunyikan cemburunya. Apatah lagi di hadapan Daizy. Dia paling tidak suka jika isterinya didekati oleh mana-mana lelaki.

"Alfie tak ada dekat rumah. Dia ada kursus di Bali. Sebab tu dia tak datang nikah kita kemarin," jelas Daizy.

"Lagipun Alfie tu dah macam abang saya, tau. Kitorang membesar sama-sama dalam rumah tu," jelas Daizy lagi untuk kesekian kalinya. Bukan pertama kali Levent cemburu pada Alfie.

"Abang tahu, tapi Alfie tu bukannya anak yatim piatu. Dia anak Bonda Zainah. Abang bukan tak tahu sebelum ni bonda nak jodohkan korang berdua," beritahu Levent.

Potong sandwich yang terakhir disumbat ke dalam mulut sambil memerhati wajah suaminya. Daizy sedikit terkejut mendengar kata-kata suaminya.

"Siapa cakap?" Soal Daizy ingin tahu.

"Bonda sendiri yang cakap. Seminggu sebelum kita menikah. Dah lama Alfie nak berterus terang tapi dia segan, sampailah akhirnya abang lebih dulu ajak sayang kawin," jelas Levent panjang lebar.

Hampir beberapa saat terdiam, akhirnya tawa Daizy terlepas jua. Wajah cemburu suaminya sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Awak, buruklah muka cemburu tu. Ish!" Usik Daizy diiringi tawanya.

Wajah Levent sudah membahang. Geram kerana ditertawa oleh isteri sendiri.

"Sayang, diam. Kalau tak nak jadi second round dekat sini. Dekat atas meja makan ni pun abang tak kesah," ugut Levent. Tali lehernya sudah dilonggarkan.

Serentak itu Daizy berdiri kemudian mendekati suaminya. Tawanya masih juga kedengaran. Dia segera memeluk leher suaminya dari belakang. Pipi lelaki itu dikucup berkali-kali.

"Sorry, okay. Sorry," ucapnya walaupun tawanya masih tersisa.

Sebaik perasaanya reda, barulah Levent berdiri. Daizy ikut berdiri di hadapan suaminya kemudian membetulkan tali leher lelaki itu.

"Don't worry. Saya nak jumpa Bonda aje. Rindulah dengan dia. Ibu Ratih dengan Ibu Salwa pun dah tanya bila saya nak ke rumah. Adik-adik yang lain pun kata rindu," luah Daizy, sengaja menayang wajah sedih.

Levent menghela nafas pendek sebelum mengangguk setuju. Serentak itu Daizy menayang senyuman manis.

Levent terus merapatkan bibirnya ke bibir sang isteri. Hampir beberapa saat sebelum ciuman dilepaskan.

"Bekal untuk sayang dan untuk abang," kata Levent sebelum akhirnya dia tersenyum mendatar.

Setelah bersalaman, barulah Levent berangkat ke pejabat. Daizy pula mulai menyibukkan diri mengemas rumah yang tidaklah terlalu bersepah. Semuanya sudah cantik tersusun. Hanya ada habuk halus yang melekat di kabinet.

Seketika, perbuatan Daizy terhenti. Masih teringat akan cerita suaminya. Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa Bonda Zainah pernah berniat mahu menyatukan dirinya dengan Alfie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience