PINTU yang dibuka oleh Zila lantas menyedarkan Daizy dari tidurnya. Saat mengerling jam di dinding, ianya sudah menunjukkan pukul 7 pagi.
"Baru balik?" Tanya Daizy dalam keadaan mamai.
"Sorry. Kau terkejut ke?" Zila serba salah kerana sudah membuat Daizy terbangun dari tidur.
"Tak apalah. Aku memang nak bangun juga. Nasiblah kau buka pintu. Kalau tak, confirm aku terlajar tidur." Daizy mulai bangun dari tempat tidur lalu mencapai tuala.
Untuk seketika, hidungnya terhidu bau alkohol yang sangat kuat. Sememangnya sudah menjadi kebiasaan Zila pulang dalam keadaan berbau minuman keras. Namun kali ini baunya terlalu kuat.
"Kau minum juga, Zila?" Tanya Daizy takut-takut. Bimbang pertanyaannya menyinggung perasaan Zila. Setahu dirinya, Zila tak meneguk minuman itu. Dia hanya menemani pelanggan sahaja.
"Er... tak. Costumer tumpahkan air dekat baju aku. Sebab tu lah berbau. Kuat sangat ke bau dia?" Tanya Zila lalu tersengih sumbang.
Daizy mengangguk dengan senyuman nipisnya. Terbit rasa syukur kerana Zila tidak meneguk air haram tersebut.
ZILA yang sedang tertidur pulas dikerling sekilas. Tidurnya masih dengan pakaian yang dipakai semalam tanpa membersihkan diri. Daizy sudah faham dengan keadaan Zila. Lelah bekerja semalaman membuatkan wanita itu memilih untuk memanfaatkan masa tidurnya yang terganggu.
Semenjak Daizy mulai bekerja, mereka berdua sudah jarang berbual panjng. Bertemu pun sewaktu masing-masing sedang bersiap untuk ke tempat kerja atau pun sewaktu pulang dari kerja.
Setelah bersiap, Daizy keluar dari bilik dengan perlahan-lahan. Tidak mahu menganggu m Zila yamg semakin lena. Dengan menaiki kenderaan awam, Daizy berangkat ke pejabat yang jaraknya sekitar 20 minit perjalanan.
Disebabkan menaiki kenderaan awam, Daizy mengambil keputusan untuk bergerak awal. Bimbang jika dia terlepas bas ataupun tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Kerana itulah, dia selalu menjadi staf pertama yang tiba di pejabat.
"Semenjak Cik Daizy kerja dekat sini, mak cik pun dah ada kawan tiap pagi," tegur Mak Ina, yang bertanggungjawab menjaga kebersihan pejabat itu.
"Eh, Mak Ina. Awal sampai hari ni," sahut Daizy. Mereka bersama-sama menapak masuk ke dalam lif.
Belum pun sempat lif tertutup, kelihatan tangan seseorang pantas menahan lif tersebut sehingga terbuka kembali.
"Eh, Tuan Muzammil. Awalnya sampai. Tak pernah masuk awal macam ni," tegur Mak Ina. Daizy pula segera berundur ke belakang bagi memberi ruang kepada Muzammil. Sebenarnya, ruangan lif tersebut sangatlah luas. Hanya Daizy yang agak kekok berdiri dekat dengan atasannya.
"Ya, Mak Ina. Ada kerja nak kena settle sebelum meeting."
Mak Ina segera menekan butang lif bernombor 1. Dia akan memulai kerjanya dari tingkat itu.
"Tingkat 5, kan?" Soalnya seraya menekan butang bernombor 5. Daizy dan Muzammil mengangguk serentak. Sememangnya Daizy bekerja di bawah jabatan yang sama dengan Muzammil.
Sebaik Mak Ina keluar dari lif. Keadaan kembali sunyi.
"Macam mana kerja dekat sini? Okey?" Soal Muzammil tiba-tiba.
"Er, okey," jawab Daizy seraya mengerking sekilas dengan senyuman nipisnya. Sepanjang dua minggu bekerja, ini merupakan kali pertama dia bertemu dan bersua muka dengan Muzammil. Lelaki itu terlalu sibuk sehingga jarang berada di dalam pejabat.
"Saya dengar, awak ada tolong bahagian akauntan semalam. Betul?" Tanya Muzammil lagi.
Daizy menelan liur pekat. Sebenarnya bukan niatnya mahu mencampuri urusan pekerja yang kain. Kebetulan dia berada di situ kemudian terdengar masalah tersebutz
"Ya, cash flow tak balance. But all is good," jawab Daizy, tenang.
"Should I recommend you dekat bahagian akauntan?" Tanya Muzammil dengan nada bergurau.
"Eh, tak payah. Saya lebih selesa jadi admin." Laju sahaja Daizy membantah. Pengalaman menjadi pembantu akauntan di syarikat suami dahulu sudah lama terkubur. Lebih tepat ta, dia tidak mahu memerah otak hanya dengan pengalaman yang tidak seberapa itu.
"Saya terima awak bekerja bukan kena ikut keselesaan awak. Saya kena pastikan yang awak memang berguna untuk syarikat saya," ujar Muzammil begitu santai namun kedengaran agak pedas di telinga Daizy.
Pintu lif terbuka menandakan mereka sudah tiba di tingkat lima. Muzammil mulai melangkah keluar lalu diikuti oleh Daizy.
"Selesa atau tidak, awak kena all out sewaktu bekerja. Saya tak nak buang duit bayar gaji hanya untuk keselesaan awak."
Daizy semakin membungkam di sisi Muzammil. Wajahnya mulai membahang menahan sebak.
"Disebabkan itu jugalah awak akan lari bila dah tak rasa selesa dekat sini."
Daizy tersentak bukan kepalang. Pantas, wajah diangkat untuk memandang Muzammil yang sedang tersenyum nipis. Entah kenapa, kata-kata lelaki itu bagaikan sebuah sindiran untuknya.
"Selamat bekerja," ucap Muzammil kemudian lebih dulu menuju ke ruangannya. Dibiarkan sahaja Daizy yang masih berdiri dengan mata yang mulai berkaca-kaca. Sebaik Muzammil hilang dari pandangan, barulah Daizy menuju ke meja kerjanya.
Air mata yang jatuh dikesat kasar dengan jarinya. Kenapa harus menangis? Bukankah lari dari suami adalah keputusan yang tepat? Buktinya, dia mampu hidup dengan aman dan tenteram tanpa prasangka buruk dan cemburu buta lelaki itu.
Akan tetapi, rasa kosong yang menyelubungi hati tak akan mampu diselindungi. Sekuat apa pun dia menahan rasa itu, namum jika bersendirian, pasti air mata akan menemani.
BUNYI bip yang datang dari jam digital di atas meja dikerling sekilas. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari sekaligus menandakan tibanya waktu makan tengah hari.
Staf sudah mulai meninggalkan meja masing-masing untuk pergi mengisi perut. Daizy pula masih di tempatnya. Statusnya sebagai pekerja baharu membuatkan dirinya belum mampu bergaul dengan pekerja yang lain. Alhasil, tiada siapa pun mahu mengajaknya makan bersama. Daizy sedikit pun tak peduli. Sejak dari dulu lagi dia memang sudah terbiasa sendirian.
Setelah pejabat benar-benar kosong, barulah Daizy menuju ke pantri. Ada minuman 3in1 yang tersedia di pantri serta biskut yang boleh dijamah untuk mengisi perut.
Sedang asyik membancuh nescafe, Daizy dikejutkan dengan bunyi yang datang dari meja di belakangnya. Sebaik menoleh, kelihatan Muzammil sedang duduk sambil membuka mangkuk tingkat di hadapannya.
"Tak keluar lunch?" Soal Muzammil tanpa memandang. Matanya fokus pada mangkuk tingkat yang sedang dibuka.
Daizy tak langsung menjawab. Adakah soalan itu untuk dirinya? Tapi hanya mereka berdua yang ada di situ.
"Er, tak. Tak ada selera," jawab Daizy lalu mengangkat gelas berisi nescafe untuk dibawa keluar. Mana mungkin duduk di situ bersama atasannya. Apatah lagi selepas perbualan mereka di dalam lif. Dia masih dihimpit rasa malu.
"Saya keluar dulu, tuan," pamit Daizy.
"Duduk," arah Muzammil tiba-tiba.
Tanpa bersuara, Daizy segera duduk di situ. Mana mungkin membantah arahan lelaki itu.
Daizy senyap memerhati Muzammil yang sedang menyusun satu persatu mangkuk tingkat di atas meja. Seketika, dahi Daizy berkerut sebaik melihat ada dua mangkuk berisi nasi. Tiba-tiba, perutnya berbunyi sebaik bau makanan tersebut menerpa hidungnya.
"Nah, makan." Muzammil menolak satu mangkuk yang berisi nasi ke arah Daizy.
"Hah?" Daizy terpinga-pinga. Lelaki ini memang sukar ditebak. Ada sahaja kata-kata serta tingkahnya yang di luar pemikiran.
"Makan. Bunyi perut awak tu kuat sangat," kata Muzammil, selamba.
"Hah?" Daizy semakin kebingungan.
"Daizy, makan. Saya memang pesan dua mangkuk nasi. Satu ni memang saya nak bagi awak."
"Makan cepat." Mangkuk berisi nasi tersebut ditolak lagi sehingga menyentuh gelas milik Daizy.
"Ba... baik." Daizy bingkas berdiri untuk mengambil sudu di dalam kabinet kemudian duduk semula di tempatnya. Setelah bacaan doa, mereka pun mulai makan dengan senyap.
"Sedap tak?" Soal Muzammil di tengah-tengah kesunyian.
"Sedap." Daizy angguk tanpa memandang. Tidak sabar mahu menghabiskan makanan tersebut agar dapat keluar dari situ.
"Tunang saya yang masak. Dia masak memang sedap," beritahu Muzammil tanpa ditanya.
Daizy terhenti dari mengunyah. Tunang? Apa perasaan wanita itu jika tahu tunangnya sedang berkongsi makanan dengan wanita lain?
"Kalau tunang tuan tahu yang saya makan bekal ni, dia tak marah ke?" Soal Daizy mulai bimbang. Tidak terbayang dirinya bakal diserang di luar sana.
"Tak. Dia tahu yang saya kongsi makanan dengan awak."
"Hah?" Daizy berkerut dahi. Adakah dirinya salah dengar?
"Saya yang suruh dia bekalkan dua nasi," sambung Muzammil lagi.
"Hah?!"
Sudu di tangan kini terlepas kemudian jatuh di atas meja.
Share this novel