Confuse

Romance Series 28423

WAJAH ceria isterinya yang sedang duduk di hadapan meja solek ditatap lama. Terdengar jelas di telinga Levent nyanyian perlahan isterinya sambil meratakan losyen di tubuh.

     Entah kenapa, nyanyian itu seperti melambangkan hati isterinya yang sedang berbunga-bunga. Adakah kerana kedekatan Daizy dengan Azwan?

     Mata Levent semakin tajam merenung belakang isterinya. Telinga pula mulai bingit mendengar nyanyian itu. Akhirnya, Levent bangun dari katil lalu mendekati isterinya. Losyen dituang sedikit di atas tapak tangan kemudian ikut meratakan losyen di bahu isterinya yang terdedah.

     Daizy hanya melemparkan senyuman manis sebaik mata mereka bertentangan melalui pantulan cermin. Langsung tidak tahu apa yang sedang bermain di fikiran suaminya.

     "Macam mana kerja tadi? Okey?" Soal Levent. Tangannya masih lembut menyapu losyen di bahu mulus isterinya.

     "Okey. Mestilah okey. Seronok tau dapat kerja," kata Daizy begitu senang. Senyuman lebar tak lekang dari bibirnya.

     Levent mengangguk perlahan sambil mengetap bibir menahan sakit hati. Segembira itukah isterinya dapat bekerja? Atau ada penyebab lain?

      "Tapi, tu lah. It's daunting task. Untung ada Wati, Azwan," beritahu Daizy begitu bersyukur.

     "Lately, saya selalu nampak awak dengan Azwan." Akhirnya Levent memecahkan ruyung.

     Tangan Daizy berhenti dari menyapu losyen. Matanya perlahan-lahan bergerak menatap suaminya dari pantulan cermin.

     "Dia tolong saya buat kerja kalau Wati busy. Kitorang tengah buat penutupan akaun untuk bulan ni," jelas Daizy, perlahan.

"Oh." Levent mengangguk perlahan. Dia cuba untuk tidak beremosi walaupun dadanya sudah mulai berombak menahan marah.

Daizy segera melemparkan senyuman sebaik melihat suaminya tidak memperbesar perkara itu.

     Levent akhirnya tersenyum sambil meratakan kembali losyen di bahu isterinya. Dia harus berusaha  menahan cemburunya agar tidak terluah. Apatah lagi yang dilakukan isterinya hanyalah sebatas kerja. Tidak mungkin wanita itu mencuranginya.

HAMPIR 6 bulan Daizy bekerja di pejabat yang sama, dia semakin rapat dengan staf di situ memandangkan dirinya memang seorang yang peramah. Tidak kira umur dan jantina, Daizy bergaul dengan semua staf di situ.

     Jika suaminya bekerja di luar, Daizy akan berehat bersama staf yang lain samada di dalam pejabat atau pun di restoran. Walaupun kebanyakan staf segan kerana status Daizy sebagai isteri Levent, mereka semua terpaksa akur jika Daizy mengajak untuk berkumpul bersama.

     "Korang cakap aje nak makan dekat mana. Saya belanja," kata Daizy kepada beberapa orang staf lelaki dan wanita yang masih duduk di meja masing-masing. Waktu makan tengah hari sudah tiba dan masing-masing sudah bersiap untuk keluar dari pejabat.

     "Tak apalah, Cik Daizy. Kami seganlah. Asyik-asyik, Cik Daizy aje yang belanja. Nanti apa kata Encik Levent?" Kata Wati serba salah. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

"Nak kata apa pulak? Bukan pakai duit bos korang. Ni duit bini bos," kata Daizy seraya menggoyang-goyangkan keningnya.

     Akhirnya mereka semua akur untuk makan bersama Daizy. Pun begitu, mereka benar-benar terharu dengan kemurahan hati Daizy. Tidak lokek langsung membelanjakan duitnya untuk mereka semua.

SUASANA di meja makan agak riuh dengan suara mereka semua. Mereka juga terpaksa menggabung dua meja sekaligus agar dapat duduk bersama-sama. Beberapa minit kemudian, pesanan mereka pun tiba di atas meja satu persatu. Setelah semuanya terhidang barulah mereka makan bersama-sama.

Baru hendak menyuap makanan, Daizy dikejutkan dengan kehadiran Alfie. Tanpa berfikir panjang, dia mempelawa lelaki itu untuk menyertai mereka. Kerusinya dianjak sedikit bagi memberi ruang kepada Alfie agar duduk di sebelahnya.

Daizy mulai perkenalkan Alfie kepada mereka semua sebagai abangnya. Sedikit pun tak segan menceritakan dirinya yang berasal dari rumah anak yatim dan membesar bersama Alfie.

     "Sedih pulak dengar cerita Cik Daizy. Tak sangka cik Daizy ceria ni rupanya dah lalui kehidupan yang macam tu. Dari kecil lagi dah kehilangan ibu bapa," ujar Wati penuh simpati. Mereka yang lain turut meluahkan dukacita.

     "Daizy ni memang. Pandai sangat sembunyi kesedihan dia sampai orang sekeliling tak tahu yang dia tengah pendam sesuatu," sampuk Alfie.

     "Tanyalah seribu kali, dia tak akan cerita masalah dia. Nanti, bila dia dah tak tahan, dia akan menangis tiba-tiba. Itu pun sembunyi-sembunyi. Dia paling takut kalau kitorang nampak air mata dia."

     Daizy segera menoleh memandang Alfie. Tak sangka lelaki itu tahu apa yang dia alami waktu itu. Tidak hairanlah kenapa Alfie selalu muncul setiap kali dia bersembunyi dan menangis sendirian.

Seketika, suasana yang tadinya riuh kini bertukar hening. Masing-masing tersentuh mendengar cerita Alfie.

     Dari kejauhan pula, Levent sedang memerhati mereka berdua. Walaupun staf ada bersama, sosok Alfie dengan Daizy yang paling mencuri pandangannya. Semakin panas hatinya saat melihat mereka berdua saling bertatapan sesama sendiri.

"Ala, sweetnya ada abang macam ni!" Ujar salah seorang staf wanita di situ.

"Kan! Kalau akulah kan, dah lama jatuh hati, tau!" Sampuk Wati sambil tersenyum penuh haru melihat Alfie.

"Amboi, Wati. Tunang kau tu nak letak mana?" Azwan ikut mencelah. Mereka semua tahu bahawa Wati sudah bertunang.

"Ala, gurau jelah," balas Wati kemudian mengekek tertawa.

Daizy hanya tersenyum mendengar celoteh mereka semua sebelum kembali menjamah makanannya. Alfie juga begitu, tersenyum manis di sebelah Daizy. Ada kalanya mata melirik wanita itu. Andaikan sahaja Daizy belum menikah dengan Levent, dia pasti tidak akan berlengah untuk menyunting Daizy menjadi isterinya.

ADA berbaki beberapa minit lagi sebelum waktu pulang, masing-masing sudah mulai mengemas meja kerja mereka. Tidak terkecuali Daizy. Dia sedari tadi menunggu sang suami keluar dari bilik kerjanya.

     Sebaik tiba waktu pulang, suaminya belum juga keluar. Staf di situ sudah mulai berpulangan sehinggalah tinggal beberapa orang staf sahaja.

Akhirnya Daizy pergi ke bilik kerja suaminya. Setelah mengetuk pintu, dia pun menapak masuk. Levent saat itu sedang duduk sambil membelakangi pintu. Entah apa yang lelaki itu sedang lakukan.

"Sayang?" Panggil Daizy sebaik menutup pintu. Setelah itu dia pergi mendekati suaminya.

"Sayang, tak nak balik ke?" Soal Daizy sebaik berdiri di sisi suaminya. Dahi wanita mulai berkerut saat melihat suaminya sedang bersandar sambil menutup mata. Kedua-dua belah tangan pula sedang menggenggam erat pemegang kerusi di kiri dan kanannya.

"Sayang?" Panggil Daizy . Tangan suaminya disentuh, namun sayangnya lelaki itu tidak merespon apa-apa.

"Sayang? Tidur ke?" Daizy mulai membongkokkan tubuh lalu mendekatkan wajahnya ke wajah Levent sambil tersenyum manis. Dia berniat mahu mengusik suaminya.

Tangan Daizy mulai naik menyentuh hujung hidung suaminya. Kemudian beralih ke pipi lalu dicubit-cubit lembut sambil tertawa kecil. Tidak lama itu, Levent membuka mata. Serta merta senyuman Daizy memudar saat melihat mata merah dan berair milik suaminya.

Tanpa amaran, tangan Levent menyambar pinggang isterinya kemudian ditarik sehingga wanita itu terduduk di atas ribanya. Daizy benar-benar terkejut dengan perbuatan suaminya. Yang lebih mengejutkan lagi, Levent tiba-tiba memegang belakang kepala isterinya kemudian menarik wanita itu hingga bibir mereka bertemu.

"Emph!" Daizy cuba menolak dada suaminya namun tidak berjaya. Levent pula semakin menekan kepala isterinya agar ciuman tidak dilepaskan.

Hampir beberapa minit barulah Levent melepaskan isterinya. Serentak itu, Daizy bangun dari riba suaminya sambil tercungap-cungap. Hampar sahaja dia pengsan kerana kehilangan nafas.

"What's wrong with you?!" Marah Daizy sambil merapikan rambut. Bibirnya yang pedih dikesat dengan belakang tangannya.

"Me?!" Soal Levent seraya bangkit dari duduknya. Kedua-dua pinggang dicekak manakala wajahnya menyinga menatap isterinya.

"Aku cuba Daizy! Aku cuba untuk tak bersangka buruk dengan kau! But, end up..." Levent menggeleng kepala seketika.

     Daizy pula semakin berkerut dahi. Entah apa yang suaminya marahkan kali ini.

     "Kau langsung tak hormat aku sebagai suami! Kau tak jaga langsung air muka aku dekat luar sana! Kau berkepit! Tersenyum lebar dengan jantan lain!" Luah Levent sekali nafas.

     "Aku ni siapa, Daizy?!" Levent semakin maju mendekati isterinya.
     Daizy pula sudah menelan liur pekat. Dia tidak pernah melihat suaminya semarah ini.

     Kini, dia mulai teringat pada pertemuannya dengan Alfie tengah hari tadi. Dia mulai yakin bahawa pertemuan itu ada kaitan dengan tingkah suaminya sekarang.

      "Alfie?" Soal Daizy, berani.

      "Alfie, right?" Daizy nekad menentang mata suaminya.
     "Tolonglah, Levent. Saya penatlah macam ni." Daizy memegang dahi seraya membelakangi suaminya. Wajahnya sedikit mendongak untuk menahan air mata agar tidak mengalir.

     "Penat? Habis tu saya tak penat?" Levent berganjak lalu berdiri hadapan isterinya.

     "Aku pun penat nak pujuk hati! Aku penat nak set dalam kepala otak aku yang isteri aku setia! Tak pandang lelaki lain!"

     "Tough!... all the thoughts are contrary!" Penumbuk Levent hinggap di atas meja. Segala yang terdapat di atas meja kerjanya ikut bergegar.

     "Kau tak mampu nak jaga hati aku, Daizy! Kau!... kau tak pernah nak ambil pengajaran dengan apa yang terjadi dalam rumah tangga kita sebelum ni!"

     Daizy tertawa walaupun hatinya sedang membara.

     "Apa yang terjadi dalam rumah tangga kita? Kita kawin tak sampai setahun pun. Saya tak faham langsung apa yang awak marahkan sangat!" Suara Daizy semakin tinggi di hujung bicara.

     "Lower your voice!" Tekan Levent.

     "So, be in your limits, Levent! Bukan awak sorang aje yang boleh marah!" Daizy bertindak menentang suaminya.

     "How dare you?! Saya suami awak, tahu tak?!"

     Tawa Daizy semakin pecah walaupun matanya mulai berair.

     "You're winding me up, Levent," ungkap Daizy dengan kepala yang menggeleng.

     "It's confusing..." Daizy termenung seketika. Dia bingung. Inikah bahasa cinta dari suaminya? Inikah cara suaminya meluah kasih sayang?

     "What?" Soal Levent. Dia tidak mengerti maksud dari soalan isterinya.

     "Your love languange. It's so baffling..." sebaik air mata mengalir, Daizy mengatur langkah menuju ke pintu.

     "I love you, Daizy!"

     "Love?" Daizy palingkan tubuh memandang suaminya.

     "You're suck at it!" Tempelaknya sebelum kembali mengatur langkah keluar dari situ.

     "Damn it!" Kali ini, kaki meja disepak kuat oleh Levent.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience