Control

Romance Series 28423

DAIZY menggeliat kecil sebelum membuka mata perlahan-lahan. Cahaya samar lampu tidur yang terdapat di tepi katil sedikit mengganggu tidurnya. Entah kenapa tubuhnya terasa begitu lemah. Kepala juga terasa berat sekali.

     Saat ingin bangun, baru Daizy sedari bajunya sudah ditukar ke gaun tidur. Tidak lain, pasti suaminya yang menukarkan baju untuknya. Spontan, teringat kembali pertengkaran mereka sebelum dia tidak sedarkan diri.

     Dengan cermat, Daizy duduk lalu bersandar pada kepala katil. Selimut ditarik hingga menutupi tubuhnya. Terasa sejuk sekali bilik itu ditambah lagi dengan pendingim hawa yang dipasang.

Beberapa saat kemudian, pintu bilik terbuka. Levent menapak masuk sambil menatang dulang berisi sepinggan bubur ayam serta segelas air putih.

"Sayang dah bangun?" Soal Levent begitu lembut. Dulang yang dibawa diletak di atas meja kemudian pergi yduduk di sebelah isterinya.

Daizy masih senyap. Kejadian sebelum pengsan tadi masih segar diingatannya.

"Awak demam. Mesti gara-gara berhujan tadi," kata Levent lagi.

Daizy mengeluh pendek seraya menjeling suaminya. Gara-gara lelaki itulah dia ditimpa sakit begini.

"Makan bubur dulu. Lepas ni makan ubat." Mangkuk berisi bubur diangkat kemudian dibawa mendekati isterinya. Bubur tersebut mulai dikaut dengan sudu kemudian ditiup seketika sebelum dibawa mendekati bibir isterinya.

Tanpa membantah, Daizy membuka mulut. Menghidu aroma bubur ayam tersebut membuatkan laparnya mulai terasa. Tidak sampai beberapa minit, bubur tersebut habis dimakan. Setelah itu barulah Daizy menelan ubat yang dibawa sekali oleh suaminya.

"Feeling better?" Soal Levent begitu tenang bagaikan tiada apa yang berlaku sebelum ini.

"What do you expect?" Soal Daizy mendatar. Demam yang melanda tidak sebanding dengan sakit hatinya.

"It's your fault, too," balas Levent, tenang. Dalam keadaan begini pun dia masih tidak mahu mengakui kesalahannya.

Daizy tergelak kecil sebelum menggigit bibir bawahnya. Cuba menahan sebak dan amarah yang mulai menyerang dada.

"Seriously, Levent? Susah sangat ke nak mengaku yang awak silap? Tuduhan tak berasas awak selama ni semuanya tak betul!" Daizy mulai beremosi.

"No. Saya cuma tak jumpa lagi bukti yang awak sembunyikan selama ini," balas Levent tanpa sedikit pun rasa bersalah.

"Enough. Saya nak tidur." Daizy menarik semula selimut sambil baringkan tubuh.

"Good night," ucap Levent. Dia turut merapikan selimut isterinya. Setelah menghadiahkan ciuman di dahi isterinya barulah Levent keluar dari situ. Daizy pula kembali terlelap. Demam yang melanda membuatkan dirinya cepat mengantuk.

SAAT ingin palingkan tubuh, Daizy terhenti seketika. Perutnya terasa senak akibat ditindih oleh tangan suaminya. Kaki juga tidak dapat digerakkan kerana sudah menjadi bantal peluk lelaki itu.

Walaupun mereka berdua masih bertengkar, Levent tak pernah mengabaikan dirinya. Pelukan dan belaian tidak pernah dilupakan oleh lelaki itu. Daizy semakin buntu dan bingung. Dia ingin marah dan menghambur rasa sakit hatinya. Namun perbuatan Levent selalu berjaya membuatkan hasratnya terkubur.

Perlahan-lahan, Daizy menolak tangan Levent yang melingkar di atas perutnya. Setelah itu, dia bangun untuk mengalihkan kaki suaminya. Tidurnya benar-benar tidak selesai kerana terhimpit.

Baru hendak bangun dari katil, tangan suaminya sudah melingkar kembali di perutnya kemudian menarik dirinya hingga terbaring semula. Kaki pula kembali menindih kaki Daizy layaknya seperti bantal guling.

Tubuh Daizy sudah mengeras dalam pelukan suaminya. Dia benci keadaan itu. Keadaan di mana dia ingin marah namun suaminya pula bertingkah seolah tiada apa-apa yang berlaku.

"Move your hand, please," bisik Daizy perlahan. Dia cuba melepas pelukan suaminya yang dirasakan semakin erat. Dia tahu, suaminya tidak tidur.

"Levent! I can't breath!" Bisik Daizy lagi. Kaki dan tangan suaminya terlalu berat untuk tubuh kurusnya.

"We used to sleep like this every night," balas Levent tanpa membuka mata. Suaranya begitu garau sekali.

"No! Selama ni saya yang peluk awak!"

Akhirnya, Levent tersenyum sendiri. Dia sengaja memeluk isterinya kerana wanita itu tidak mahu memeluknya malam itu seperti kebiasaannya.

Levent mengangkat wajah yang sedikit sembab dengan mata kuyunya.

"See. Kan senang kalau awak mengaku salah. Selesai masalah," katanya seraya duduk.

"So, tak nak terus terang apa yang awak buat selama ni?" Levent duduk berhadapan dengan isterinya yang sedang terbaring.

Daizy pula terpinga-pinga melihat suaminya. Entah apa lagi yang harus dia katakan.

"Oh god!" Daizy menutup wajah dengan selimut sambil mengetap bibir penuh geram. Bila agaknya Levent menghentikan semua ini.

"Berapa kali saya nak cakap?! Awak tu yang fikir bukan-bukan!" Marah Daizy seraya menyelak kasar selimutnya.

"Kalau awak yakin sangat yang saya ni curang, apa kata awak ceraikan saya? Daripada hidup berdua tapi tak ada kepercayaan!" Marah Daizy lalu palingkan tubuh membelakangi suaminya. Serentak itu Levent menarik tangan isterinya sehingga wanita itu terlentang. Setelah itu dia naik ke atas tubuh isterinya kemudian mencengkam kedua-dua pergelangan tangan isterinya ke permukaan katil.

"Cerai? Lepas dah kantoi buat salah, senang-senang nak minta cerai?" Matanya begitu tajam merenung mata isterinya disebalik samar-samar cahaya lampu tidur.

     "Awak fikir saya tahan nak hidup dalam delusi awak?! Tuduh saya curang! Sorok lelaki lain!" Daizy mulai meronta-ronta di bawah tindihan suaminya.

"Awak sakit, Levent! Sakit!" Bentak Daizy membuatkan suaminya semakin bengang.

"Shut up!" Kedua-dua belah tangan Levent beralih ke leher isterinya. Ianya dicengkam kuat dan erat.

"Let... me... go!" Teriak Daizy yang sudah mulai terbatuk-batuk akibat kehilangan nafas.

"Kau cakap aku sakit?! Kau nak cakap yang aku ni gila?!" Cengkaman di leher Daizy semakin kuat membuatkan wanita itu semakin kehabisan oksigen. Pandangannya mulai kabur. Wajahnya juga mulai kebas dan berdenyut-denyut.

"I... can't... breath!..." dengan sekuat tenaga Daizy memukul tangan suaminya. Dia berusaha untuk mengalihkan tangan lelaki itu dari lehernya. Namun semakin dia mencuba, semakin kuat cengkaman di lehernya.

     "Levent!..." Daizy sudah mulai hilang kesedaran. Pandangan matanya perlahan-lahan mulai kabur sehingga akhirnya kelopak mata tertutup dek nafas yang sudah mulai tersekat di kerongkong.

     "Daizy?" Kedengaran suara Levent sayup-sayup memanggil namanya.

     "Daizy. Wake up." Pipi isterinya di tepuk lembut.

Sebaik membuka mata, Daizy terperanjat melihat suaminya benar-benar di hadapannya.

"Jangan dekat!" Daizy menolak kuat tubuh suaminya kemudian bergegas bangun dari katil. Lehernya diraba-raba kasar seketika. Teringat kembali bagaimana Levent mencekiknya.

"Awak ni kenapa? Meracau-racau. Mimpi?" Soal Levent kehairanan.

Daizy berdeham beberapa kali untuk menutupi rasa malunya.

"Saya nak pergi kerja dulu. Sarapan semua dah siap. Awak tak payah pergi kerja hari ni," kata Levent lalu mencapai beg bimbit di atas meja kerjanya. Sempat mencium dahi isterinya sebelum keluar dari situ.

Daizy tak membantah. Dia juga tiada mood mahu bekerja saat itu. Ditambah lagi demamnya panas belum kebah. Dia kembali rebahkan badan kemudian sambung lelapkan mata.

KOPI panasnya dihirup sedikit kemudian kembali termenung jauh. Hampir semalaman Alfie tidak dapat lelapkan mata kerana memikirkan keadaan Daizy. Tidak pernah dia melihat wanita itu bersedih seperti itu.

"Kenapa tak sarapan? Dah sejuk nasi goreng tu," tegur Bonda Zainah saat melihat anak terunanya termenung jauh.

Alfie tegakkan duduk kemudian mulai menjamah nasi goreng buatan ibunya.

"Bonda ada call Daizy?" Tanya Alfie.

"Ada, minggu lepas. Kenapa?"

"Dia ada cerita apa-apa? Atau, mengadu?" Soal Alfie lagi.

Bonda Zainah mulai berkerut dahi. Lain benar soalan dari anaknya.

"Tak ada pulak. Dia cuma tanya khabar. Bual-bual kosong, itu aje," jelas Bonda Zainah.

Alfie kembali diam. Dia semakin risau akan keadaan Daizy. Sepanjang tinggal bersama, Daizy tidak pernah sesedih itu. Alfie pasti, perkara itu berpunca daripada Levent.

BUNYI bising yang sayup-sayup kedengaran menyedarkan Daizy dari tidurnya. Seketika, suasana kembali hening. Daizy akhirnya bangun sebaik melihat jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Tuala di capai lalu menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Mujur sahaja demamnya sudah sedikit kebah.

Selesai mandi dan berpakaian, Daizy bersedia untuk keluar dari biliknya. Saat membuka pintu, alangkah terkejutnya dia saat melihat seorang lelaki berpakaian formal serba hitam sedang berdiri tepat di hadapan bilik tidurnya.

"Awak siapa?!" Soal Daizy yang terkejut bukan kepalang.

Lelaki itu juga terpinga-pinga namun masih cuba untuk tetap profesional.

"Saya Edsel. Tuan Levent arahkan saya untuk jaga Puan Daizy," jelasnya begitu tertib.

"Hah?!" Daizy belum mampu mencerna apa yang berlaki.

Tidak lama itu, muncul pula seorang wanita yang juga berpakaian sama seperti lelaki itu.

"Saya Edna. Tuan Levent tugaskan saya untuk bantu Puan Daizy," jelas wanita itu pula.

     Daizy sudah kehilangan kata-kata. Tangan sebelah naik mencengkam rambut manakala sebelah lagi sedang mencekak pinggang. Dia cuba untuk menghadam apa yang sedang berlaku saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience