Failed

Romance Series 28423

"AWAK tak sihat, sayang." Levent merapat kemudian menyentuh dahi isterinya. Langsung tak peduli pada pipinya yang mulai merah selepas ditampar sebentar tadi.

"Keluar! Tolonglah keluar!" Daizy mendorong tubuh suaminya hingga melepasi pintu.

     "No! Awak tak sihat!" Peluh di dahi isterinya dikesat dengan tapak tangannya.

     Setelah membuka kasut, Levent meluru masuk dan terus menutup pintu kemudian dikunci. Daizy mulai meronta-ronta. Dia tidak tahu apa yang sedang terjadi pada dirinya. Entah kenapa keinginan itu semakin memuncak.

Levent pula berusaha menenangkan isterinya. Dia tidak bahawa isterinya sedang berperang dengan nafsu sendiri.

     "Keluar! Aku tak nak tengok muka kau!" Bentak Daizy. Tangannya sudah berada dalam genggaman suaminya kerana dia cuba untuk memukul lelaki itu.
 
     "What's wrong with you?!" Levent semakin bimbang melihat tingkah isterinya.

     "Lepaslah!" Dengan sekuat tenaga, tangan direntap dari genggaman suaminya. Tanpa pedulikan lelaki itu, Daizy lanjut membuka satu persatu butang kemeja yang dipakai.

     "Awak ni dah kenapa?!" Diperhati sahaja perbuatan isterinya penuh kehairanan. Sewaktu wanita itu ingin menanggalkan baju, dia segera menahannya.

     "Daizy! Stop it!"

     Sekelip mata, Daizy mencengkam leher baju suaminya. Mata lelaki itu direnung tajam dengan nafas yang turun naik.

      "Tolong aku..." suara Daizy bertukar sayu.

     "Why?!" Soal Levent mulai panik.

      Daizy telan liur sambil merenung mata suaminya. Dia malu. Malu untuk menyuarakan  keinginannya.

       "Why?..." belum sempat Levent habiskan soalan, mulutnya dikunci oleh bibir Daizy. Terbulat matanya angkara tindakan isterinya yang di luar kawalan.
     "Emph!" Levent cuba menolak namun Daizy semakin menekan. Tangannya mulai menjalar di belakang kepala suaminya kemudian mencengkam rambut lelaki itu. Sambil bercumbu, tubuh suaminya didorong hingga mereka sama-sama jatuh di atas tilam.

    "Daizy! Sudah!" Walaupun rindu, dia tidak mahu mengambil kesempatan ke atas isterinya. Ini bukan kemahuan isterinya memandangkan wanita itu belum memaafkan dirinya. Dia tahu, sesuatu sedang terjadi pada Daizy.

     "Daizy! Awak sedar tak ni?!" Saat ini Daizy sudah duduk di atas perut suaminya.

     "Shut up!" Dagu suaminya dicengkam kuat.

     "Kau nak sangat, kan?! Kau tak payah nak acah-acah menolak! Ini yang kau nak selama ni, kan?!" Kini, butang kemeja suaminya pula mulai dibuka.

    "Jangan, Daizy! Awak sedar tak apa yang awak buat ni?!" Tangan isterinya ditahan dari terus menbuka butang bajunya.

     "If you keep doing this, I won't stop too," kata Levent memberi amaran.

     Daizy tak peduli, dia terus membuka butang baju suaminya sehingga butang terakhir.

     "Sayang! Jangan!" Levent terpaksa menahan kerana isterinya benar-benar nekad.

    "Just do it," kata Daizy sebelum kembali membenam bibirnya ke bibir suaminya.

     Levent pejam mata. Sejujurnya dia rindu pada ciuman itu. Walau apapun yang terjadi nanti, mereka berdua masih suami isteri yang sah. Maka tiada apa yang perlu dirisaukan.

    Dengan sekali pusing, kini Daizy sudah berada di bawah tubuh suaminya. Levent tak mampu lagi menolak jika isterinya yang lebih dulu bertindak.

"BODOH! BODOH!" Maki Zila. Rambutnya digenggam kuat sambil mendengus kasar. Berang kerana rancangan tidak berjaya.

     "Susah sangat ke nak buat kerja?! Aku suruh kau buat kerja senang aje pun!" Tengking Zila. Rugi satu hal, dan sekarang Daizy pula bersenang-senang dengan lelaki yang sepatutnya dia miliki.

     "Argh! Sial!" Zila semakin bengang. Perangkap yang dipasang tidak berjaya menjerat mangsanya.

     "Blah! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Duit yang aku bagi sebelum ni aku nak kau bayar balik! Faham?!" Bentak Zila sebelum beredar dengan perasaan yang membara.

TELEFON bimbit masih melekap kemas di telinga walaupun matanya fokus pada jalan di hadapan.

     "Dia datang lagi?" Soal Muzammil pada teman bicaranya di dalam telefon.

     Sesekali keningnya berkerut mendengar suara yang keluar dari corong telefon bimbitnya.

     "Saya ada meeting petang tadi. Saya dah pesan dekat Daizy untuk tunggu saya, tapi..." keluhan panjang Muzammil terzahir.

     "Uncle pun tahu kan Daizy tu macam mana," sambungnya lagi. Daizy bukanlah orang yang suka menyusahkan orang lain. Apatah lagi yang tiada hubungan dengannya.

Beberapa minit berbual, panggilan ditamatkan. Muzammil kembali memandu menuju ke bilik sewa Daizy.

Setibanya di sana, dia bergegas naik ke bilik sewa dan terhenti tepat di hadapan pintu sebaik melihat kasut milik seorang lelaki berada di situ. Pintu segera diketuk, berharap apa yang difikirkan tidak terjadi.

Beberapa saat kemudian, pintu terbuka. Alangkah terkejutnya dia saat melihat Levent yang hanya bertuala. Daizy pula terbaring di atas katil tanpa seurat benang dan hanya ditutupi selimut hingga paras dada.

"Kau buat apa, bodoh?!" Levent ditolak kasar seraya meluru masuk ke dalam bilik.

"Kau buat apa dekat Daizy?!" Muzammil segera mendekati Daizy namun cepat dihalang oleh Levent.

"Jangan kacau dia! Dia tengah tidur!" Marah Levent. Tidak mahu tidur isterinya terganggu.

"Kau paksa dia kan?!" Soal Muzammil tak puas hati. Melihat keadaan Daizy, dia tahu sesuatu sudah berlaku sebentar tadi.

"Paksa apa pulak? Dia bini aku!"

Muzammil kembali mendekati Daizy dan cuba untuk mengejutkan wanita itu.

"Daizy, wake up." Pipi Daizy ditepuk lembut. Namun sayangnya tiada respon dari wanita itu.

"Daizy, bangun." Tepukan dipipi dikuatkan lagi. Namun Daizy tetap tak sedarkan diri.

  "Dia tak akan sedar," kata Levent kedengaran penuh sesal.

"Kau buat apa dekat dia, bodoh?!" Marah Muzammil yang sudah mulai mengepal penumbuknya.

"Nothing!" Balas Levent.

"Kami tak buat apa-apa! Sebab!..." Levent memandang isterinya dengan pandangan sayu.

"Something wrong with her," sambungnya.

"Dia susah payah larikan diri dari aku. Then, tiba-tiba dia nak kami buat benda tu. I know, ada sesuatu yang tak kena," ujar Levent lagi.

"Maksud kau?" Soal Muzammil yang sudah mulai reda kemarahannya.

"Aku tak tahu. Waktu aku sampai tu dia dah macam cacing kepanasan. She look so horny," kata Levent lagi sambil menyelak rambutnya ke belakang.

"Kau fikir aku percaya? Kau dah bogel macam ni, Daizy pun dah tak berbaju. Bini kau kot. Takkan kau nak tolak?" Perli Muzammil.

"Aku tak buatlah! Susah-susah aku nak pujuk dia, takkan aku nak buat benda bodoh kalau dia tak nak!" Keadaan kembali tegang.

"Habis tu sekarang macam mana?! Nak bawa dia pergi hospital?"

"Tak perlu. Semuanya okey. Mungkin dia tengah tidur."

"Dadah?" Duga Muzammil. Tidak mungkin Daizy tiba-tiba tidak sedarkan diri.

"Maybe. Tapi siapa?" Soal Levent pula.

Mereka kembali senyap sambil memerhati Daizy yang tidak sedarkan diri di atas katil. Muzammil tahu siapa yang bertanggungjawab atas kejadian yang menimpa Daizy. Namun dia tidak mahu terburu-buru membuat pertuduhan. Bimbang jika Daizy semakin dalam bahaya.

SUDAH lima jam berlalu, Daizy masih tak sedarkan diri. Levent dan Muzammil pula masih setia menunggu di dalam bilik itu. Muzammil duduk di hadapan cermin solek manakala Levent duduk di sisi isterinya sambil memghubungi Alfie.

"Aku dah jumpa dia. Aku akan usaha untuk bawa dia balik," kata Levent. Sesekali melirik isterinya yang tertidur lena.

     "Aku pegang kata-kata kau. Kalau kau tak mampu nak bawa dia balik dalam masa seminggu, aku akan bawa bonda untuk pujuk dia. At that time, you will lose her forever. I said what I said," kata Alfie begitu nekad. Dia cuba untuk memberi peluang kepada Levent sekali lagi. Jika disia-siakan juga, dia akan memastikan rumah tangga mereka berdua akan diruntuhkan dengan tangannya sendiri.

"Mark my words," balas Levent sebelum putuskan panggilan.

"Kau boleh balik," kata Levent seraya memandang Muzammil.

"Aku tunggu dia sedar," balas Muzammil pula.

Levent mengerut dahi. Sebenarnya dia tidak selesa dengan kehadiran Muzammil dia situ. Ditambah lagi dengan keadaan isterinya yang hanya ditutupi selimut.

"Apa hubungan kau dengan Daizy?" Tanya Levent. Memandangkan mereka berdua di situ, lebih baik dia bertanya langsung.

"Aku yang jaga dia selama ni."

"Jaga? Maksud kau?"

Muzammil tegakkan duduk dengan wajah serius.

"Aku lengkapkan semua keperluan dia. Aku jaga keselamatan dia. Ke mana pun dia pergi aku selalu perhati langkah dia."

"Kau suka dia? Kau tahu tak dia sebenarnya isteri orang?" Tanya Levent.

"Aku sayang dia macam adik sendiri. Dia isteri orang atau tak, kalau dah terabai macam ni, rasanya suami dia tu orang yang tak berguna," balas Muzammil selamba.

"Useless," tekan Muzammil lagi.

"Easy, man," kata Levent berusaha untuk tetap tenang.

"Memang salah aku, tapi tak bermakna aku tak sayang dia. Selama ni pun aku tak duduk diam. Aku memang cari dia," jelas Levent.

"Sebab apa dia lari? Kau seksa dia, kan?" Duga Muzammil.

"Dah setahun hilang baru sekarang kau cari?" Perli Muzammil lagi lalu tertawa sinis.

Levent berkerut dahi mendengar kata-kata Muzammil. Ada yang aneh dengan bicara lelaki itu.

"Macam mana kau tahu dah setahun dia hilang?"

Muzammil terdiam seketika seraya membasahkan bibir bawahnya dengan lidah. Nampaknya, dia hampir terlepas cakap.

"Kau siapa sebenarnya? Kenapa muka kau macam aku pernah nampak sebelum ni?" Soal Levent semakin tertanya-tanya.

Muzammil tertawa seraya berdiri kemudian berjalan mendekati Levent.

"Muka kau pun macam pernah nampak. Biasalah, bussinessman. Kita tak tahu dengan siapa kita berurusan," ujar Muzammil lalu duduk di sisi Daizy. Dengan selamba, kepala Daizy diusap lembut tanpa pedulikan Levent yang sudah mulai panas hati.

"Kalau kau tak boleh jaga dia, aku ada untuk jaga dia. I'm all alone too. Saya tak kesah kalau ada adik," kata Muzammil sambil menatap wajah Daizy dengan penuh kasih sayang.

"Move your hand," arah Levent. Semakin tak puas hati saat melihat Muzammil mengusap kepala isterinya.

"Dah subuh dah ni. Kau baliklah," halau Levent. Tak senang duduknya selagi Muzammil masih ada di situ.

Serentak, mereka berdua menoleh ke arah pintu saat ianya terbuka luas. Kelihatan Zila meluru masuk dengan wajah penuh kerisauannya.

"Daizy!" Baru hendak berlari mendekati Daizy, dia terhenti sebaik melihat Levent di situ. Untuk seketika, matanya tak berkedip menatap Levent. Ketampanan lelaki itu benar-benar menggoyahkan jiwanya. Lebih tampan dan segak berbanding Muzammil.

"Encik ni siapa?" Tanya Zila. Sudah lupa pada Daizy yang sedang terbaring angkara ulahnya.

"Saya suami dia," kata Levent.

Serta merta, Zila mengetap bibir. Sakit hati dan cemburu mulai menyerbu diri. Kenapa Daizy sentiasa dikelilingi lelaki tampan dan kaya sedangkan mereka sama-sama bekas gelandangan. Apa kelebihan wanita itu sehingga dirinya selalu tertinggal dalam segala hal?

"Oh." Zila angguk perlahan seraya melirik Daizy yang masih tak sedarkan diri.

Muzammil yang sedang duduk hanya memerhati wajah Zila. Dia bukan tidak tahu isi kepala seorang wanita seperti Zila. Hanya ingin memanfaatkan lelaki yang dirasakan mampu membawa keuntungan pada dirinya.

Sementara menunggu Daizy sedarkan diri, Zila mulai rancak berbual bersama Levent. Tidak henti menceritakan dirinya yang menjaga Daizy sewaktu mereka masih gelandangan. Pendek kata, dia ingin terlihat seperti penyelamat di mata Levent. Muzammil pula hanya senyap di tempatnya. Masih setia duduk di sisi Daizy. Namun hatinya mulai tak tenang melihat Zila yang semakin menggedik di hadapan Levent. Dia sudah dapat menghidu niat busuk wanita itu.

"Thank you, Cik Zila. Sebab tolong jagakan Daizy selama ni," ucap Levent begitu bersyukur sekali. Untung ada Zila yang menjadi peneman isterinya.

Zila sudah tersipu malu bercampur senang. Nampaknya Levent sudah tertipu dengan ceritanya.

Tepat pukul 7 pagi, akhirnya Daizy sedarkan diri juga. Lelaki pertama yang dilihat adalah wajah suaminya. Wajah yang selama ini ingin dihindari. Sewaktu cuba untuk bangun, baru tersedar akan dirinya yang tidak berpakaian dan hanya ditutupi selimut. Lebih memalukan, Muzammil turut ada di situ.

"Tuan!" Selimut digenggam erat di dada.

"Sayang, it's okay. Saya ada dekat sini dari semalam," kata Levent lebih dulu menenangkan isterinya.

"Awak buat apa lagi dekat sini?!" Marah Daizy. Tak peduli langsung pada Muzammil dan Zila yang sedang memerhati mereka berdua.

"Sayang," pujuk Levent. Dia tidak mahu Muzammil dan Zila tahu apa yang sedang melanda rumah tangga mereka.

"Keluar!" Tengking Daizy.

"Zila, tolong ambilkan pakaian untuk aku," pintanya pada Zila pula. Dia semakin malu kerana keadaan dirinya saat itu. Entah apa yang sudah suaminya lakukan tanpa dia sedari. Walaupun sebenarnya dia tahu apa yang berlaku sebelum tidak sedarkan diri.

Benci. Dia benci pada diri sendiri kerana telah merayu suaminya. Akan tetapi, dia juga tidak tahu apa yang membuat dirinya seberani itu.

Muzammil segera berpaling sewaktu Daizy mengenakan pakaiannya. Levent pula hanya diam memerhati sehingga isterinya lengkap berpakaian.

"We need to talk!" Kata Daizy pada Levent sebelum lebih dulu keluar dari bilik tersebut.

Tanpa membantah, Levent mengikuti isterinya. Maka tinggallah Zila dan Muzammil di dalam bilik itu.

"Awak ada dalam bilik ni waktu Daizy balik semalam?" Tanya Muzammil.

"Ya," jawab Zila seraya mengangguk perlahan.

"Dia okey tak waktu sampai bilik ni? I mean, dia ada mengadu sakit atau cerita apa-apa dekat awak?" Tanya Muzammil lagi.

Zila terdiam seketika. Dia harus bijak mengatur jawapan agar Muzammil tidak mengesyaki dirinya.

"Tak ada pula. Dia okey aje. Lagi pun saya tak lama sangat dalam bilik ni. 10 minit macam tu saya terus gerak pergi kerja," kata Zila tanpa memandang Muzammil. Dia sibuk melepas aksesori yang dipakai sambil berjalan menuju ke meja solek.

Muzammil angguk perlahan selepas mendengar pengakuan Zila. Namun jauh di sudut hati, dia tidak mempercayai seratus peratus yang dikatakan wanita itu.

Di tingkat bawah bilik sewa pula, Daizy sedang menatap suaminya dengan penuh amarah. Benci kerana lelaki itu munculkan diri semula.

"Saya dah lari sejauh ini, tak faham-faham lagi ke?!" Marah Daizy sambil mencekak pinggang.

"Sayang, sudahlah tu. Saya minta maaf. I'm really, really sorry. Dah setahun awak pergi. Cukuplah tu. Saya dah tak tahan dah. Saya rindukan awak," pujuk Levent.

"Dahlah! Saya muak! Dua tahun saya asyik hadap benda yang sama! Maaf! maaf! Maaf!" Daizy semakin bengang setiap kali mengingat kejadian sebelum ini.

"Tak sayang! Kali ni saya betul-betul menyesal!"

"Bagi saya peluang. Kali ini saja. Saya janji saya tak akan ulang lagi," rayu Levent. Dia benar-benar menyesali perbuatannya. Tapi apakan daya, Daizy sudah tawar hati padanya.

"Peluang?" Daizy tertawa sinis.

     "Allah pun tak bagi saya peluang untuk jumpa mak dengan ayah saya, kenapa saya kena bagi awak peluang pula?" Tempelak Daizy.

Levent memejam mata seketika. Sungguh tertampar dengan kata-kata isterinya.

"Sayang, tolonglah." Levent semakin merayu-rayu. Tidak terbayang jika rumah tangga mereka runtuh begitu saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience